Total Pageviews

Universal Studios Singapore


Khamis- 28.03.2013


Sebenarnya lama dah aku bercadang nak pegi Universal Studio Singapore ni tapi masih belum berkesempatan lagi sebab sibuk dengan urusan kerja. Alhamdulillah kali ni dapat tarikh dan masa yang sesuai untuk pergi.

Bertolak dari rumah aku tengahari rabu 27.03.2013 dan sampai Johor Bahru dalam petang lepas tu check in kat Hotel Sentral Johor Bahru 4H 3M.





Takde aktiviti sangat...petang ronda-ronda kat bandar Johor Bahru cari makan dan malam lepak cuci mata kat Danga Bay...hehe. 



Esoknya bersiap nak ke Universal Studio Singapore....drive kereta ke Tune Hotel Danga Bay. Parking kereta kat kawasan kedai berhampiran dan pegi ke Syarikat Bas Odyssey yang menyediakan perkhidmatan bas ekpress terus ke Universal Studio Singapore. Harga untuk pergi-balik RM30 seorang. Bas bertolak pukul 8.00 pagi. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit...tapi kalau traffic jem mungkin lebih 2 jam. 

Sampai di imegresen Malaysia kena turun dari bas untuk scan passport dan jari. Lepas tu naik bas semula dan bila sampai di imegresen Singapore kena turun semula untuk cop passport. Dah settle semua urusan bas terus gerak ke USS. Satu lagi perlu di ingat semasa di imegresen singapore mereka akan berikan kita satu borang putih untuk di isi.....simpan baik-baik borang tu dan jangan hilang. Kalau hilang 'tak dapek pakcik nak nolong eh..' kenalah berkampung di imegresen singapore.




Aku tiba di terminal bas USS dalam pukul 9.40 pagi. Kena ingat bas ni berhenti di platform mana sebab masa nak balik nanti kena naik bas yang sama dan platform yang sama gak. Bas akan bertolak balik semula ke Tune Hotel Danga Bay dalam pukul 7.00 malam.


Alhamdulillah akhirnya aku sampai juga di Universal Studio Singapore. Tengok orang dah mula ramai. Biasalah aku sampai je terus ambil gambar. Leka ambil gambar kat kawasan luar USS ni, alih-alih tengok orang dah mula ramai beratur kat entrance masuk. Nasib baik aku dah booking online awal-awal tiket nak masuk USS ni. Jadi follow je orang beratur kat entrance tu...tak payah susah-susah nak ke kaunter tiket.





Tiket beli online

Aku beli tiket USS ni guna kad debit Maybank sebab masa tu ada promosi diskaun tiket masuk dan dapat lagi free voucher. Lepas masuk je entrance, kat sebelah kiri ada bangunan Guest Services....jadi pegi situ untuk claim free voucher.



Dalam USS ni banyak pertunjukan street show, jadual berbeza-beza...kalau nak tengok kenalah pegi information counter dan ambil brochure jadual show-show tu. Masa aku masuk tu ada show Sesame Street akan bermula. 





Orang dah mula ramai datang ke USS ni. Ok jom kita layan gambar-gambar di USS ni.







Transformers The Ride adalah tarikan utama di Sci-Fi City




Revenge Of The Mummy adalah tarikan utama di Ancient Egypt




Tengahari perut dah lapar...so aku cari lah mana-mana restoran dalam USS ni yang ada rasa terjamin halalnya. Ronda-ronda dan ternampak dalam kawasan Jurassic Park ni ada disediakan Food Court. So apa lagi masuk lah...mujur ada bahagian untuk malay cuisine. Tengok ramai orang melayu makan situ....jadi aku order combo set nasi ayam. Harga boleh lah tahan.



Dalam kawasan USS ni banyak disediakan gerai-gerai dan kiosk bergerak...macam-macam makanan dan minuman dijual...tapi kena berhati-hati takut ada makanan yang dijual tidak halal. Setakat snack dan minuman boleh lah beli. 







Shrek 4-D Adventure adalah tarikan utama di istana Far-Far Away




A Crate Adventure adalah tarikan utama di Madagascar



Street Show



Hari dah semakin senja....leka sampai aku terlupa pukul 7.00 malam bas dah tunggu. Apa lagi kelam kabut lah gi terminal bas tadi. Terminal bas tu kat area basement USS ni. Aku sampai kat bas tu dalam 6.45 petang....tgk semua orang dah ada...cuma tunggu kitaorang je....hehe.



Sebenarnya banyak lagi attractions dalam USS tu aku tak sempat nak cover, masa banyak terbuang sebab beratur panjang utk sesuatu attractions. Biasalah orang ramai kan. Kat Transformers The Ride hampir 2 jam aku beratur. Ride dia kejap je....tapi best berbaloi lah beratur lama.  

Memandangkan banyak attractions tak dapat nak cover, insyaallah kalau ada rezeki aku akan datang sekali lagi ke USS ni.