Total Pageviews

Sungai Lembing - Day 2

Rabu - 10.02.2016

Rainbow Waterfall


Plan kami di hari kedua ialah pegi ke Rainbow Waterfall. Bangun seawal 5.30 pagi untuk bersiap-siap. Pukul 6.30 pagi, 4WD akan datang ambil di Guesthouse.


Rainbow Waterfall terletak di tengah hutan. Jadi untuk ke sana kena naik 4WD. Selidik punya selidik akhirnya aku ambil package dengan Uncle Lee. Owner Guesthouse ni yang cadangkan. Sebelum datang Sungai Lembing aku dah deal awal dengan dia. Jadi aku dapatlah package harga RM50.00 seorang. Harga ini termasuk transportation, makan dan guide. Kalau sesiapa yang berminat boleh call Uncle Lee di 016-9238639.

Memandangkan aku datang waktu cuti raya cina yang merupakan waktu peak, jadi harga package agak mahal sedikit. Kalau hari-hari biasa boleh dapat RM40.00 seorang. 

Kalau nak breakfast dulu, dorang akan ambil lebih awal dalam pukul 5.30 pagi. Disebabkan kitorang nak solat subuh dulu, jadi dorang ambil pukul 6.30 pagi dan terus gerak masuk ke dalam hutan. Takde nak singgah mana-mana lagi. Kitorang hanya breakfast burger yang dibeli malam tadi kat pekan Sungai Lembing. Bawak snickers dan 100 plus sebagai bekal. Manalah tau lapar nanti.

Pukul 6.30 pagi kenderaan sampai ambil kitorang. Lepas tu terus gerak ke dalam hutan. Perjalanan dijangka mengambil masa sejam. 

Dipertengahan jalan kitorang berhenti di satu bukit yang sudah ditarah untuk melihat matahari terbit. Ala-ala Bukit Panorama. 

Tunggu punya tunggu takde pun matahari. Kitorang dah jangka hari ni memang takde matahari sebab wife aku dah check whether forecast. Hari ni berawan mendung di Kuantan. Nampak tak dah tahu apa hasilnya nanti. Tapi kena teruskan juga sebab semua sudah di booked. Rezeki ketentuan Tuhan.


Disebabkan matahari tak menunjukkan bayangnya, jadi perjalanan diteruskan lebih awal agar sampai awal di last stop nanti. Jalan sangat teruk dengan lopak air dan keadaan jalan yang tidak rata. Kena lalui anak sungai juga. Tapi best dan sangat teruja.



Dipertengahan jalan, driver akan tanya sekiranya ada sesiapa yang nak buang air. Sebab 4WD akan berhenti di sebuah resort yang cantik iaitu Xscape Resort. Group kitorang semua tak nak berhenti. Jadi perjalanan diteruskan. Aku rasa dekat sejam lebih baru sampai ke last stop.


Sampai di last stop semua kena turun dan kena redah sungai yang agak deras juga arusnya. Ada tali disediakan untuk kita berpaut menyeberang sungai. Sungai agak dalam. Lebih kurang melebihi paras pinggang jugak.



Selesai seberang sungai kita semua kena trekking lebih kurang 30 minit menuju ke waterfall. Trek mula-mula ok.


Tak lama kemudian agak mencabar juga lebih-lebih lagi bila semakin menghampiri waterfall. Dengan batu-batu besar dan licin. Nasib baik ada disediakan tali di kawasan yang agak susah dan berbahaya. Jadi demi keselamatan sila gunakan tali yang disediakan. Jangan nak memandai guna trek lain. Bahaya! Safety first ok!


Pakailah kasut yang sesuai. Jangan pakai selipar jepun. Sangat licin ketika memanjat batu. Aku tengok ada juga beberapa orang yang sampai putus tali selipar. Termasuklah wife aku. Kesian tengok dia jalan susah dengan selipar yang putus. Jadi aku berkorban bagi dia pakai selipar aku. Aku pulak jalan dengan kaki ayam.


Eh! Aku rasa lebih 30 minit baru sampai. Bila dah sampai tu, SubhanAllah, memang cantik waterfall tu. Sangat tinggi.


Tapi sedih, sampai-sampai tengok takde pelangi. Seperti yang sudah dijangka kerana ketiadaan cahaya matahari yang keluar hari ini.


Untuk makluman, waktu yang paling sesuai untuk melihat rainbow waterfall ni ialah sekitar pukul 9.00 pagi ke atas. Tapi mesti kena ada cahaya matahari. Kalau takde memang takkan timbullah pelangi pagi.



Ini kerana biasan cahaya matahari oleh butir-butir air terjun itu menghasilkan pelangi. Begitulah kuasa Tuhan Yang Maha Berkuasa. Ini semua bergantung kepada rezeki masing-masing. Kalau cuaca cerah insyaAllah dapat tengok pelangi. Kalau mendung dapat tengok air terjun sahaja. Berdoalah semoga rezeki memihak pada kita.



Walaupun tiada pelangi, kitorang tetap lepak di situ sambil menikmati keindahan air terjun dan melihat gelagat manusia yang ramai. Dan kebanyakkan yang datang daripada mereka berbangsa cina. Sempena cuti raya cina mereka mengambil peluang beriadah bersama keluarga. Siap bawa anak kecil yang masih baby lagi pun ada.


Bila sampai kat atas ni ada disediakan makanan iaitu maggi cup dan milo panas. Harga dah termasuk dalam package tadi. Bolehlah buat isi perut dan cover balik tenaga yang telah digunakan selepas meredah hutan, batu-batan dan air sungai untuk naik ke atas tadi. Sambil makan sambil lihat gelagat masing-masing.


Ada yang mandi manda, ada yang hanya ambil gambar, ada yang hanya bermain-main air dan bermacam-macam gelagat lain yang ada. Agak lama juga kitorang lepak kat sini sambil main air. Rasa nak mandi tapi malas nak basahkan seluruh badan. Aku hanya redah air ni sampai ke hujung.


Di hujung sana tu dapatlah aku tengok pelangi kecil muncul. Hanya sesiapa yang pegi kawasan tu sahaja yang dapat nampak. Itu pun kalau diperhatikan betul-betul.


Bila dah pukul 10.30 pagi, matahari masih tak mengeluarkan sinarnya dan masih berselindung dibalik awan. Pelangi yang dinanti tidak memunculkan dirinya. Tibalah masa untuk semua beredar.

Perjalanan pulang ikut laluan yang sama.



Ikut trek masa datang tadi dan menyeberangi semula sungai yang agak dalam dan deras itu. Naik semula 4WD dan terus pulang ke tempat penginapan masing-masing.



Lebih kurang pukul 1.00 petang kitorang sampai ke Guesthouse. Mandi dan kemas ape yang patut. Lepas solat zohor, check out. Drop kan sahaja kunci di reception. 

Sebelum pulang singgah pekan Sungai Lembing cari kedai makan untuk lunch. Kitorang singgah di satu medan selera berdekatan dengan muzium. Tak banyak sangat pilihan yang ada.


Selesai makan, kitorang terus gerak balik ke KL. Mula-mula ingat nak singgah ke Kuantan. Tapi malas pulak. Rasa nak balik rumah awal. Lagi pun takut jalan jem sebab hari ini dijangka ramai yang balik ke kota setelah cuti panjang.


Trip kali ini tak begitu berjaya sebab gagal dapat tengok pelangi. Mungkin ada masa dan rezeki nanti aku akan datang semula untuk melihat pelangi dan ke bukit panorama pulak.

Next time boleh datang sini pulak.

See u again Sungai Lembing. InsyaAllah!

Sungai Lembing -Day 1

Selasa - 09.02.2016

Muzium dan Terowong Sungai Lembing


Sebelum ni aku tak penah dengar pasal Sungai Lembing. Ini semua angkara sepupu aku bila mana dia postkan gambar semasa lawatannya ke sini. Paling menarik perhatian aku sekali adalah gambar di Rainbow Waterfall. Betul-betul bikin rusuk kiri ku bergetar. 

Tanpa buang masa aku pun terus cari maklumat di Lebai Google. Segalanya kan ada di situ. Dari hari ke hari aku plan tapi memandangkan musim hujan tak sesuai untuk datang ke sini. Disebabkan tak tau nak pergi mana, tiket flight pun mahal-mahal belaka, akhirnya sempena cuti Tahun Baru Cina aku dan wife pergi melawat ke Sungai Lembing, di Pahang selama 2 hari satu malam. 

Kami bertolak dari rumah pukul 10.00 pagi. Untuk ke Sungai Lembing kami gunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) keluar di Plaza Tol Kuantan. Dari Tol Kuantan jalan terus sampai traffic light ambil simpang kanan. Jalan terus, jarak dalam 30km dan lebih kurang mengambil masa dalam 30 minit akan sampai di pekan kecil Sungai Lembing. Kami sampai lambat sekitar pukul 3.00 petang sebab singgah lama di RNR, Bentong.


Sungai Lembing adalah sebuah pekan kecil. Ala-ala pekan koboi dengan bangunan-bangunan lama. Suatu waktu dahulu sangat terkenal sebagai tempat perlombongan bijih timah dan merupakan pengeluar bijih timah utama di negeri Pahang.


Plan pertama kami adalah melawat ke Muzium Sungai Lembing. Muzium ini terletak di atas bukit berdekatan dengan pekan Sungai Lembing. Waktu operasi dari pukul 9.00 pagi hingga 5 petang. Bayaran masuk hanya RM 2 sahaja untuk seorang dewasa.



Muzium ini mula dibuka kepada pengunjung pada tahun 2001. Bangunan ini asalnya adalah sebuah banglo pengurus Eropah yang tinggal di sini. Muzium ini mempamerkan peralatan-peralatan berkaitan perlombongan bijih timah, bagaimana proses perlombongan dijalankan dan mengimbau kembali nostalgia kegemilangan bijih timah di Malaysia dan Pahang khususnya.



Sangat sesuai dijadikan sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat mengenai perlombongan bijih timah dan merasai serba sedikit pengalaman bagaimana mereka ketika itu menjalankan aktiviti perlombongan tanpa menggunakan teknologi moden.





Lebih kurang sejam juga kami berada di dalam muzium ni. Setelah habis satu bangunan ni dijelajah, kami ambil keputusan keluar dari sini. Plan nak terus pegi ke Terowong Sungai Lembing tapi tengok masa dah hampir nak tutup. Rasa macam tak sempat je. 

Aku pegi try tanya kat kaunter, boleh naik atas dengan kereta sendiri tak ke terowong tu. Dia kata boleh. So kami pun teruskan je naik ke atas mengharap semoga masih ada kesempatan untuk meneroka terowong tersebut. 

Jalan arah ke terowong ni berbukit. Boleh jalan kaki juga. Tapi bagi yang tak berapa berdaya saing tu agak mengah juga nanti. Ada juga shuttle bas disediakan untuk naik ke atas. Masa aku nak naik tu dah takde bas sebab dah dekat nak tutup.

Shuttle bus untuk naik ke Terowong Sungai Lembing

Sampai di atas terus pegi ke kaunter. Waktu tutup pukul 6.00 petang. Aku sampai pukul 5.00 petang. Ada masa sejam lagi. Jadi kami putuskan masuk juga ke dalam terowong tu.

Pintu gerbang

Mula-mula aku sangka tiket ke muzium termasuk sekali dengan terowong. Rupanya tidak. Kena beli tiket lain untuk masuk ke terowong. Harga tiket RM15.90 seorang. Boleh tahan mahal juga pada aku.Tapi bayar je lah sebab nak tau jugak apa yang ada kat dalam tu.

Tiket masuk terowong

Terowong Sungai Lembing merupakan salah satu tinggalan sejarah British yang telah menjadikan Sungai Lembing pada satu ketika dahulu sebuah pekan yang masyhur. Dikendalikan oleh Syarikat PCCL sejak dari kurun ke 18 lagi. Terowong bawah tanah yang dalamnya lebih dari 1,000 kaki ini pernah menjadi terowong paling besar, paling dalam dan paling panjang di dunia.

Perjalanan bermula dengan menaiki gerabak keretapi kecil untuk masuk ke dalam terowong. Satu pengalaman yang sangat menarik dan mengujakan buat kami. Terasa seperti benar-benar merasai pengalaman sebagai seorang pelombong yang ingin memulakan tugas.

Di sini bermulanya pengembaraan

Tempat keretapi berhenti

Tapi sedih perjalanan hanya dekat saje. Tak lah jauh mana. Lepas tu kena berjalan kaki untuk teruskan perjalanan. Jangan takut! Keadaan di dalam terowong tu takde lah gelap sangat. Sepanjang terowong diterangi dengan cahaya-cahaya lampu. Suasana di dalam juga agak sejuk dan basah. Sesekali terasa air menitik dari atas. Jalan agak basah dan lembab disebabkan air bukit yang mengalir.

Memulakan perjalanan

Laluan dalam terowong

Terowong ini dikorek secara manual tanpa menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kaji bumi terlebih dahulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perlombongan akan terus beroperasi.

Sepanjang laluan terowong ini terdapat patung-patung pelombong dan peralatan lombong bersama penerangan mengenainya. Sampai di satu kawasan akan jumpa satu lubang angin semulajadi. Daripada lubang inilah masuknya angin luar ke dalam terowong dan juga air bukit. Sangat sejuk. Ala-ala air-cond semulajadi.

Laluan semulajadi angin dari luar. Rasa sejuk seperti air-cond

Sampai di satu kawasan lain pulak akan jumpa satu lubang yang dikenali sebagai Lubang Sejuta Ringgit. Kenapa lubang itu dinamakan sedemikian? Menurut audio yang ada di situ, pada tahun 1987, satu usaha melombong bijih timah secara besar-besaran telah dilakukan di dalam lubang ini, tidak lama selepas lombong ini ditutup.

 Yang putih tu adalah bijih timah

Dipercayai satu kumpulan lebih kurang seramai 20 orang pelombong yang sehingga itu belum dibayar gaji telah mengambil keputusan untuk menjalankan aktiviti perlombongan secara haram pada waktu malam.

Mereka berjaya mengeluarkan bijih timah bernilai antara RM2,000 hingga RM3,000 setiap malam untuk satu jangka masa yang lama sehingga jumlah keseluruhan bijih timah yang diambil bernilai sekitar satu juta. Bijih timah yang dilombong ini dipercayai dipecahkan dengan lesung batu di rumah sebelum dijual di pasaran gelap.

Abe-abe tengah buat keje. Seksi

Lubang ini telah dilombong sehabis-habisnya sehingga struktur dinding menjadi tidak selamat. Nasib perlombong dan bijih timah yang dikeluarkan oleh mereka masih belum diketahui sehingga kini. Begitulah kisahnya.

Tak tau lubang ape

Teruskan perjalanan lagi sampai ke tempat simulasi lif. Kena naik anak tangga untuk naik ke atas. Akan jumpa satu kotak simulasi dipanggil 'The Kiew'. Pengunjung boleh masuk untuk merasai pengalaman bagaimana menaiki lif seperti yang dilakukan oleh para pekerja lombong untuk turun ke tingkat-tingkat bawah.

Naik tangga ke simulator

Simulator

Berada di kedalaman 600 meter bawah tanah

Selesai bersimulasi bermakna telah habislah seluruh terowong ini dijelajah. Untuk keluar kena patah balik ikut laluan masa masuk tadi.

Laluan masuk menggunakan keretapi

Pintu masuk lombong laluan lama


Kasi can abe nak relax jap

Keluar daripada terowong terus gerak nak check in. Trip kali ini aku booked guesthouse berdekatan dengan pekan Sungai Lembing iaitu Tiara Atsari Guest House untuk satu malam dengan harga RM130. Aku ambil bilik standard yang ada sekali dengan bilik air.

Masa on the way nak ke guesthouse aku sempat singgah di Time Capsule Retreat Sungai Lembing. Saje nak melawat kawasan. Mula-mula aku plan nak stay kat sini tapi full house pulak. Last minute plan kan. Memang nampak privasi kalau stay kat sini.

Hati-hati hari2mau

Ruang muat-muat untuk tido sahaja

Sekejap je aku kat situ, lepas tu aku terus gerak ke guesthouse. Sampai di guesthouse dalam pukul 6.30 petang. Settle kan hal check in, lepas tu terus mandi dan solat Asar. Rehat sekejap sementara tunggu Maghrib. Lepas solat maghrib keluar untuk dinner.

Penginapan aku kali ini

Bahagian reception

Bilik agak besar dengan bilik air sekali

Ruang tamu

Dinner di gerai kat pekan Sungai Lembing saje. Abis dinner terus balik guesthouse, settle kan apa yang patut lepas tu terus tido. Esok nak kena bangun awal pagi untuk aktiviti seterusnya. Bersambung hari kedua....