Total Pageviews

Vietnam : Ninh Binh - Day 2

Ninh Binh - Trang An & Tam Coc


Ahad - 04.02.2018


Sejuk mengigil tidur malam tadi. Bercinta nak mandi. Walaupun ada air panas tapi duduk kat bilik air tu pun mengigil badan dibuatnya. Sejuk menusuk ke tulang. Mandi cincai saje pagi tu. Tapi masih belum sampai tahap P. Ramlee mandi celup jari then gosok mata saje. 

Lepas mandi, kemas-kemas barang semua kemudian turun breakfast. Kami makan roti saje pagi tu. Breakfast boleh pilih menu mana satu yang dah ditetapkan. Walaupun hotel tu kata halal, tapi kami tak berapa yakin.

Selesai makan, kami terus ke ofis tourist information di dalam hotel ini juga. Nak sewa motor dan minta cadangan tempat yang kami nak terjah. Plan asal kami nak ke Tam Coc, kemudian ke pagoda dan kuil lain. Tapi dorang cadangkan pergi ke Trang An memandangkan kami ada sehari suntuk di sini, jadi sempat untuk ke sana. 



Kalau ikutkan tak sempat nak ke Trang An sebab masa yang diperlukan agak lama iaitu 3 jam. Last train balik ke Hanoi pukul 5.30 petang. Jadi dorang ambil kesempatan offer kami balik naik van eksklusif. Harga seorang VND215,000. Van macam alphard. Merasa juga naik alphard di negara orang. Van ni bertolak dari Ninh Binh ke Hanoi pukul 7.00 malam, sempatlah kami nak explore banyak tempat hari ni.

Jadi dorang cadangkan pergi ke lokasi ikut turutan yang dicadangkan agar sempat cover semua tempat yang hendak dituju dengan berpandukan map yang diberikan. Map yang diberi tu pun lukis pakai tangan, then photostat banyak-banyak. Aku ni travel tak ambil internet. Jadi sedikit mencabar. Terlupa pula download offline map masa di hotel tadi.

Untuk explore di Ninh Binh ni boleh naik motor atau basikal. Kalau nak naik teksi pun boleh. Tapi kos mungkin lebih mahal. Sewa basikal aku tak pasti berapa sebab tak tanya pun. Aku hanya aim nak sewa motor. Sewa motor ada beberapa jenis bergantung dengan harga. Harga VND90,000 VND113,000, VND135,000 dan beberapa lagi.

Yang harga 90k tu dia bagi motor lama dan buruk. Aku takde hal boleh belasah saje. Tapi dia takut-takutkan kalau rosak tengah jalan. So wife aku suruh ambil yang 113k tapi dah habis. Jadi ambil juga yang mahal harga 135k tu.


Comel pulak helmet wife aku

Selesai urusan bayar van balik, hotel, motor dan sign kontrak sewa motor, kami mulakan perjalanan berdasarkan map yang diberi. Isi minyak motor VND50,000 cukup untuk cover satu Ninh Binh. Murah saje kan.

Destinasi pertama kami hari ni Trang An. Perjalanan ke sana ambil masa 15 hingga 20 minit. Merasa juga pengalaman memandu di Vietnam. Siapa yang pernah ke Vietnam pasti tahu bagaimana cara pemanduan mereka. Kena bayar parking VND15,000 di tempat parking motor yang disediakan di seberang jalan dari pintu masuk. 



Kemudian ke kaunter untuk beli tiket masuk dan boat. Trip boat ada dua route. Route satu ambil masa 3 jam manakala route 2 mengambil masa 2 jam. Harga tetap sama. Kami ambil yang route 1, 3 jam. Total semua termasuk boat dan entrance VND200,000 seorang. 



Di bangunan yang sama dengan kaunter tiket ada satu dewan besar di mana kita boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan Trang An. Aku jenguk sekejap sementara tunggu wife aku ke toilet.


Tiket dah ada, kami pun pergi ke tempat naik boat. Satu boat kena naik 4 orang. Kalau datang berdua kena tunggu orang lain untuk share boat dengan kita. Kebetulan ada sorang budak korea tengah tunggu. Jadi hanya kami bertiga naik satu boat.



Pelayaran selama 3 jam akan melalui sembilan terowong gua dan akan singgah di 4 temple. Ada disediakan extra dayung sekiranya penumpang ingin membantu atau merasai pengalaman mendayung sampan.




Di perhentian pertama, kami diturunkan di Trinh Temple. Sebuah temple kecil di dalam hutan. Kami hanya jalan dan tengok kawasan sekitar sekejap saje, kemudian naik sampan semula.




Pelayaran disambung semula. Kami menikmati pemandangan sungai yang dikelilingi gunung ganang yang tinggi dalam hutan hujan tropika. Sungguh indah sekali dan terasa sangat menenangkan.



Laluan gua yang rendah, sesekali memerlukan kita tunduk ketika melaluinya. Kebanyakan gua diletakkan lampu-lampu kecil untuk cahaya yang samar. Satu pengalaman yang menyeronokkan.





Selepas memasuki beberapa buah gua, kami diturunkan pula di Tran Temple.


Ada pemuzik traditional memainkan lagu di sini. Seorang menggunakan seruling dan seorang lagi menarik perhatian aku yang guna buluh. Pada buluh tu ada satu tali halus dan dia gunakan jarum untuk petik tali tu. Unik pula pada aku. Boleh masukkan tip dibekas yang disediakan.



Kami tengok sekejap saje. Kemudian pergi ke tempat kami diturunkan tadi untuk bergambar sebab air di situ sangat cantik berwarna hijau. Sementara kami bergambar, aku tengok pendayung kami sedang makan tengahari di atas sampan. So bagi dia can makan dulu.




Selepas bergambar, naik semula sampan dan sambung pelayaran. Tenang dan nyaman saje. Kami dibawa masuk ke gua lagi dan kali ni bila keluar saje dari gua, pemandangan sangat cantik dengan pokok-pokok kayu seperti pintu gerbang. Lalu di bawah pohon-pohon kayu. Suasana nampak mistik pada aku. 



Melepasi pokok tadi, kami disajikan dengan pemandangan yang lebih indah. Air sungai sangat jernih dan tenang sehingga menampakkan refleksi pokok-pokok hijau pada permukaan air sungai seperti di Tasik Cermin. 




Ya Allah. Cantik sangat. Mata terpaku sebentar melihat keindahan alam ciptaanNya. Terkesima kami dibuatnya. Sukar digambarkan dengan kata-kata perasaan ketika itu semasa melihat pemandangan yang sangat indah. Keindahannya melebihi apa yang dilihat dalam gambar ini.




Trang An Grottoes telah mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site. Pada pendapat aku, Trang An harus menjadi tempat wajib untuk dilawati bila datang ke Hanoi. Kawasannya besar dengan berkeluasan 6,172 hektar. Ada banyak tour package ke Trang An yang boleh diambil dari Hanoi sekiranya tak nak pergi sendiri.




Sungai, gunung ganang, hutan dan gua-gua menjadi gabungan landskap yang indah untuk diterokai dengan sampan kecil. Air sungainya sangat jernih. Sangat sesuai untuk para pencinta alam seperti kami.




Alhamdulillah, cuaca tak terik sangat waktu ni. Wife aku dah standby topi vietnam yang dia beli semalam semata-mata nak naik sampan di Ninh Binh ni. Nasib baik murah. Boleh juga bawa payung kalau nak berlindung dari terik matahari.




Lama dan jauh juga kami dibawa menjelajah kawasan ini. Masuk keluar gua sampai tak mampu dikira. 



Sampai di Khong Temple kami diberi pilihan sama ada nak turun kemudian naik tangga ke seberang dan sampan akan tunggu di Bao Hiew Pagoda yang terletak di bahagian lain. 



Dari sebelah sana naik jambatan tu, then naik tangga untuk ke Bao Hiew Pagoda

Kalau tak nak turun, sampan akan bawa dari Khong Temple melalui sungai dengan memasuki terowong gua dan keluar di Bao Hiew Pagoda tempat yang sama. Kami pilih laluan darat. Lagi pun aku nak ke toilet. Di setiap temple yang kami berhenti ada disediakan toilet. Jadi tak perlu risau kalau rasa nak membuang. Jangan tahan selama 3 jam sudah.

Akan keluar dari terowong gua ini.

Kemudian kami dibawa melalui Tran Cave. Keluar dari gua semasa menyusuri sungai ada ternampak banyak kambing di atas batu gunung nun di atas sana tengah makan tumbuhan. Menarik pulak aku tengok. Jauh tinggi kambing ni panjat.



Sekali lagi kami dibawa masuk ke gua yang kesembilan yang merupakan gua terakhir iaitu Quy Hau Cave. Terasa lama juga kami meneroka kawasan ini. Mula rasa risau takut tak dapat cover tempat lain pulak seperti yang dirancang. Tapi ada juga rasa masih tak puas menikmati suasana tenang begini.


Kali ni budak korea tu dan aku bantu makcik dayung sampan sekali. Biar bagi laju sikit. Kalau sebelum ni sesekali aku dan wife tolong dayungkan. Sambil dayung sambil menikmati sepuas-puasnya baki pemandangan sebelum sampai ke jeti dan mengakhiri ekplorasi ini.




Masa on the way balik ke jeti, banyak group tour baru sampai. Meriah tengok ramai-ramai. Masing-masing bertegur sapa bila bertembung dengan sampan dari arah hadapan walaupun saling tidak mengenali. 



Sebelum sampai ke jeti pendayung akan berikan survey form untuk kita isikan. Selepas tiga jam berlayar menyusuri sungai akhirnya sampai di jeti untuk kembali ke dunia realiti. Rasa tak puas pun ada.



Sampai di jeti, tanpa berlengah kami terus keluar dari sini pergi ke parking motor. Parking bayar waktu nak keluar. Kalau ikutkan kami dah agak lewat nak ke destinasi seterusnya. Menyesal pulak tak start awal pagi hari ni. Aku bertolak agak lewat juga dari hotel pagi tadi.


Destinasi seterusnya kami ke Bai Dinh Pagoda. Aku sangka jarak tak jauh dari Trang An kalau tengok daripada map. Rupanya jauh juga. Lebih kurang 30 minit. Walaupun dah sampai di tempat parking motor tapi lokasi pagoda ni masih jauh. Lebih kurang 5 km lagi. Untuk ke sana ada dua pilihan. Pilihan pertama jalan kaki dan pilihan kedua naik electric car. Cas yang dikenakan VND40,000 return.

Memandangkan masa tak berapa banyak yang tinggal dan jarak dari sini ke Tam Coc agak jauh juga, jadi kami decided tak jadi masuk ke pagoda. Kami patah balik ke parking motor tadi kemudian gerak terus ke Tam Coc. 

Pagoda dari tempat parking

Tam Coc dan Trang An sebenarnya lebih kurang sama. Tapi aku tetap nak pergi juga Tam Coc sebab pada aku tetap ada kelainannya. Walaupun sebenarnya Trang An lebih cantik dari Tam Coc. Selagi tak tengok sendiri memang tak puas hati. Jadi, aku batalkan ke pagoda.

Perjalanan ke Tam Coc agak confius sikit pada aku kalau tengok map yang diberi. Beberapa kali juga berhenti tanya orang tempatan. Lebih kurang 30 ke 45 minit juga baru kami sampai ke Tam Coc. Tempat parking motor sebelum pintu gerbang. Kena bayar VND20,000.



Kemudian jalan kaki dalam 5 minit ke kaunter tiket. Sepanjang jalan di kiri kanan ada deretan kedai dan hotel. Tak sangka meriah juga pekan Tam Coc ni. Aku sangka tempatnya pendalaman dan terpencil.

Sampai di kaunter kami bayar tiket masuk dan sampan harga VND390,000 untuk dua orang. Lepas bayar terus ke tempat naik sampan. Kami naik sampan berdua saje. Di sini tak perlu campur dengan orang lain.

Tam Coc bermaksud tiga gua. Untuk explore kawasan ini, kita akan menaiki sampan selama 2 jam melalui Sungai Ngo Dong dan akan menempuh 3 terowong gua di sepanjang pelayaran. Disebabkan aku sampai petang, suasana sedikit kelam.




Yang menariknya, pengemudi sampan akan mendayung sampan menggunakan kaki mereka bukannya dengan tangan. Baik yang perempuan atau lelaki. Kalau perempuan tu memang nampak agak kurang sopan sebab mengangkang. Tapi disebabkan dah jadi budaya mereka, jadi cara mereka ini sudah jadi perkara biasa bagi mereka. Cara ini adalah untuk support pada tulang belakang mereka. Memang nampak relaks sikit bila guna kaki.


Pemandangan di Tam Coc lebih kurang sama dengan Trang An dengan sungai, hutan, gua dan gunung ganang. Cuma yang membezakannya, di Tam Coc di bahagian kiri dan kanannya ada sawah padi. Bila musim padi memang pemandangan sangat cantik berwarna hijau. Aktiviti pertanian oleh penduduk tempatan juga boleh dilihat banyak dilakukan di sini. 




Kebetulan masa aku datang ni baru sangat nak mula tanam padi. Jadi pemandangan biasa saje. Tapi pemandangan batu batu tinggi dan hutan hijau tetap cantik. Air sungai di sini juga tidak sejernih seperti di Trang An. Almaklumlah, tempat pertanian.




Waktu terbaik untuk pemandangan yang lebih cantik di Tam Coc adalah daripada bulan April hingga awal Jun. Kalau tak silap, bulan Jun warna hijau padi dah bertukar menjadi kuning. Waktu nilah paling cantik sekali seperti warna keemasan.




Tam Coc juga telah mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site dan lebih popular di kalangan pelancong berbanding Trang An. Jadi pelancong lebih ramai datang ke sini. Ianya juga dikenali sebagai "Halong Bay On The Land'. Package tour ke Tam Coc juga boleh diambil dari Hanoi.





Disebabkan di sini lebih ramai tourist datang, jadi banyaklah sampan-sampan yang menjual air dan makanan akan datang usha kita untuk membeli barangan mereka. Sampai tahap minta kita beli air untuk pendayung sampan kita. Kesian kat pandayung, dahaga katanya. Aku lagi kesian, tak minum dan tak makan dari pagi tadi sebab leka dengan alam semulajadi.



Memang jauh beza dengan Trang An. Di Trang An terasa aman dan tenteram sangat. Tiada gangguan dari para penjual.




Menurut sumber, kalau kita beli dan beri kepada pendayung, air itu akan dikembalikan kepada penjual tadi semula dan kemudian penjual tu akan menjual air tu sekali lagi. Teruk sampai tahap macam tu. 




Kami berjaya tidak membeli apa-apa pun daripada penjual-penjual tu. Kebetulan kami tengah makan makanan yang kami bawak atas sampan masa tu. Lapar sangat sebab tak makan apa-apa lagi.



Ada juga orang yang akan usha ambil gambar kita. Dia offer 5 keping gambar VND60,000. Pada aku harga tu murah. Jadi kami pun setuju. Ada juga gambar berdua atas sampan buat kenangan.



Bila tour dah nak habis, dekat nak sampai jeti, pendayung tu akan minta tip pada kita. Aku pantang sikit kalau jenis minta-minta ni. Sebab rasa macam terpaksa aku bagilah sikit. Tapi dia tak puas hati. Minta lebih ok. Terus letak VND50,000 paling rendah. 



Kebetulan aku takde duit tu. Yang tinggal duit besar, takkan nak bagi. Aku bagi apa yang ada dia tak nak terima dengan cara yang agak marah. Sebab dah bengang dengan kami, dia campak je life jacket kami masa sampai jeti. Kasar gile. So, tip tu adalah wajib kena bagi kat dorang. Wajib ke?? Entah lah. 



Turun dari sampan tadi, kami terus ambil motor nak gerak ke Hang Mua Cave. Masa tak banyak yang tinggal sebelum hari gelap. Tambahan, kami kena balik ke Ninh Binh Town untuk naik van selewatnya 6.30 malam. Jarak tak jauh sangat. Tapi kena tambah waktu sesat. 



Lebih kurang 15 minit kami sampai di tempat parking motor. Kena bayar VND15,000. Sebelum kami bayar tu, fikir-fikir balik sempat ke nak naik 500 anak tangga kemudian balik ke town sebelum 6.30 petang. Kira-kira macam tak sempat je, jadi kami tak jadi masuk. 

Terasa rugi sangat tak dapat naik ke atas sebab view Tam Coc dari atas amatlah cantik. Ditambah dengan view sunset, super duper cantik orang kata. Nampak macam kena repeat balik je..

Terus keluar semula, balik ke town. On the way ke town tu jalan agak keliru sikit kalau tengok map yang dorang bagi. Memang sesat barat kami dibuatnya. Tambahan hari dah gelap. Nak ingat jalan pun agak susah. Setelah tanya sana tanya sini, dengan masalah bahasa, salah informasi pun ada, akhirnya kami sampai juga di hotel untuk pulangkan motor. 

Orang hotel tengah tunggu kami di depan hotel sebab van dah datang jemput kami 10 minit yang lalu. Jadi ada kereta kecil sedang tunggu kami untuk bawa kami ke tempat van. Sampai di tempat van, terus naik van. Memang excited gile dapat naik van ni. Siap dengan air mineral dan tisu disediakan. Pukul 7.00 van gerak ke Hanoi. Perjalanan selama 2 jam. 



Masuk ke Hanoi, jalan mula jammed. Kami diturunkan di Hilton Hotel. Tak tau mana arah nak ke train station, kami tanya bell boy di Hilton Hotel minta tunjuk arah. Kena jalan kaki terus saje lebih kurang 1 km dalam cuaca yang sangat sejuk. 

Perut lapar, hanya makan roti dan biskut saje siang tadi. Sebelum ke hotel yang kami stay malam ni, kami singgah di D'Lion Restaurant untuk makan malam. Oder noodle chicken soup, crispy spring roll dan nasi goreng. Harga VND343,000.




Lepas makan terus ke hotel. Sampai hotel terus dapat kunci sebab dorang dah tau kami check in lambat. Masuk-masuk bilik terus bau busuk. Busuk gile. Terus call reception bagi tau bilik busuk. So dorang bagi tukar bilik yang lebih besar sikit. Alhamdulillah dapat bilik yang ok dan tak busuk. Baru boleh rehat dengan tenang. Untuk 2 malam ini, kami menginap di Hanoi View 2 Hotel. 


Sambung hari ketiga.

Perbelanjaan hari ke dua:-

  1. Hotel Ninh Binh - VND475,000
  2. Sewa Motor - VND135,000
  3. Petrol - VND50,000
  4. Parking Trang An - VND15,000
  5. Boat Trang An - VND200,000 x 2 = VND400,000
  6. Air Mineral - VND10,000
  7. Toilet - VND4000
  8. Tips Trang An - VND5000
  9. Parking Pagoda - VND15,000
  10. Parking Tam Coc - VND20,000
  11. Entrance Tam Coc - VND120,000 x 2 = VND240,000
  12. Boat Tam Coc - VND150,000
  13. Gambar di Tam Coc - VND60,000
  14. Van - VND215,000 x 2 = VND430,000
  15. Dinner - VND343,000
Total - VND2,352,000


8 comments:

  1. awesome.. Baca Dan lihat pic Kat sini buat teruja nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang awesome. sila la pergi. pasti tak menyesal

      Delete
  2. Salam nak tnya..harga tiket bas atau keretapi dri hanoi ke nin binh brpe ye? Kalau beli walkin lah...

    ReplyDelete
  3. Salam , kat hanoi ada beli sim kad ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. kami travel tak pernah beli sim kad kecuali ms pegi NZ. Biasa kami guna internet di hotel saje.

      Delete