Total Pageviews

Vietnam : Hanoi - Day 4

Hanoi - Ho Chi Minh Mausoleum, Presidential Palace, Ho Chi Minh's Stilt House, One Pillar Pagoda & Ho Chi Minh Museum


Selasa - 06.02.2018


Pagi ni lewat sikit kami bangun. Selesai bersiap dan packing semua barang, kami turun bawah untuk breakfast. 


Menu breakfast sama seperti semalam. Makan roti, telur dan beraneka buah-buahan. Patutlah orang Vietnam slim. Semua makanan sihat.


Selesai makan, kami terus check out dan bayar hotel untuk 2 malam VND1,215,000.  Keluar ke jalan besar, kemudian kami ambil teksi bermeter menuju ke destinasi pertama hari ini iaitu Ho Chi Minh Mausoleum. Harga tambang VND22,000. 

Selesai bayar tambang, kami terus beratur masuk. Kena simpan beg. Hanya bawa wallet dan handphone. Kamera kena simpan dalam beg merah khas yang disediakan dan bawa bersama. Lepas tu jalan masuk ke dalam sikit. Sampai di satu kaunter kena tinggalkan beg kamera pula. 

Selepas simpan beg kamera, semua orang jalan mengikut laluan. Waktu ni tidak dibenarkan menggunakan handphone. Tangan tak boleh masuk poket. Hoodie kena bukak. Sepanjang laluan ada askar yang jaga dan memerhatikan pengunjung.

Memula tu aku tak tau pun ke mana sebenarnya kami nak pergi. Hanya follow orang ramai saje. Tapi bila wife aku nampak bangunan Mausoleum baru dia teringat ada mayat Ho Chi Minh yang telah diawet bersemadi di dalam bangunan ini. Rupa-rupanya kami akan melihat jenazah Ho Chi Minh. Patutlah kena ikut protokol.



Ho Chi Minh Mausoleum adalah tempat berehat terakhir Ho Chi Minh, pemimpin Vietnam yang paling ikonik dan popular dan dikenali sebagai Uncle Ho. Mayatnya disemadikan di dalam bekas kaca. 


Pengunjung yang ingin masuk mesti berpakaian sopan. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek, baju tanpa lengan dan skirt pendek. Beg dan kamera juga tidak dibenarkan dibawa bersama. Pengunjung tidak dibenarkan berhenti dan kena berjalan dalam barisan. Setiap tahun pada bulan Oktober Mayat Ho Chi Minh akan dihantar ke Rusia untuk maintenance. Jadi pada bulan tu makam ini akan ditutup.


Aku tak terfikir pun untuk masuk dan melihat mayat Ho Chi Minh. Aku cuma plan datang sini nak tengok Presidential Palace dan sekitarnya. Apa pun, pengalaman dari pintu masuk hingga selesai melihat mayat adalah satu pengalaman yang menarik pada aku.

Keluar dari bangunan makam, kami ambil kamera semula. Kemudian pergi bergambar di luar bangunan. 



Selepas bergambar kami jalan-jalan kawasan sekitar. Kena bayar tiket masuk VND40,000. Masuk saje di dalam, nampak Presidential Palace. 




Presidential Palace dibina oleh arkitek dari Perancis dengan gaya Perancis dan merupakan kediaman rasmi presiden. Tetapi presiden Ho Chi Minh lebih memilih rumah bertemakan traditional Vietnam.


Pengunjung tidak dibenarkan masuk ke palace. Hanya lihat dan ambil gambar bangunan dari jauh. 




Bangunannya berwarna kuning mustard, setinggi 3 tingkat dan mempunyai 30 bilik. Dikelilingi kebun, kolam ikan dan taman-taman. 




Kemudian kami jalan menuju ke Ho Chi Minh's Stilt House. Rumah yang kecil dan sederhana dibina menggunakan kayu merupakan tempat tinggal Ho Chi Minh. Beliau dikatakan tidak selesa tinggal di istana dan mengambilkira keadaan rakyatnya ketika itu. Ini baru dikatakan pemimpin berjiwa rakyat. Rumah yang mempunyai dua tingkat dan beberapa buah bilik menjadi tempat Ho Chi Minh berehat dan belajar.


Sambung semula jalan sekitar sini. 




Kemudian kami jumpa One Pillar Pagoda yang terletak di tengah kolam kecil. Pagoda yang berbentuk segi empat dibina menggunakan kayu di atas satu batang tiang batu mewakili bunga teratai yang tumbuh di atas air. Terdapat kuil di dalam pagoda ini. 



Selesai ambil gambar, sambung semula jalan menuju ke Ho Chi Minh Museum. Bayaran masuk VND40,000. 



Muzium ini adalah berkisarkan kehidupan presiden Ho Chi Minh. Bermula dari kehidupan di kampung halaman beliau, kisah beliau mengembara ke seluruh dunia untuk mencari jalan bagi menyelamatkan negara dari penjajahan dan juga kisah politik sehingga beliau meninggal dunia.





Muzium ini turut mempamerkan koleksi artifak, miniatur dan pelbagai hadiah yang diterima diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada aku, biasa-biasa saje muzium ni. Kalau nak skip pun tak rugi.




Habis satu muzium ni dilawati, kami keluar dan ambil beg semula di pintu masuk tadi. 


Kemudian terus ambil teksi untuk ke airport. Masa on the way ke airport, tiba-tiba aku terima sms dari Airasia beritahu yang flight delay. Terus kami minta driver teksi tukar laluan ke D'Lion Restaurant. 

Memandangkan masa ada banyak lagi, apa kata kita isi perut dulu. Di airport takde restoran halal. Nak tunggu makan dalam flight lambat lagi. Disebabkan kami minta driver teksi patah balik, tambang teksi jadi mahal iaitu VND300,000.

Sampai di restoran kami order nasi goreng dan nasi ayam. Selesai makan kami terus ke train station (Ga Ha Noi) untuk ambil Airport Express Bus. Tempat ambil bas ke airport ni betul-betul depan train station.



Kebetulan bas dah ada masa kami sampai. Terus naik bas. Tambang VND30,000. Perjalanan mengambil masa 40 minit ke airport. Kami sampai awal di airport. Terus check-in, kemudian check immigration dan lepak tunggu boarding. Kali ni asyik bertukar-tukar pintu gate boarding kami saja. Sampai masa gate buka terus boarding. 


Perjalanan ke KL ambil masa selama 3 jam. Disebabkan wife aku bosan tak boleh tido, jadi dia asyik order makanan. Aku layankan saje. 


Lepas makan, kebetulan hari tu hari lunar orang Vietnam, Airasia buat persembahan dalam flight. Ada fashion show dan tarian vietnam. 


Lepas tarian ada pula lucky draw. Alhamdulillah, no seat aku naik. Dapat small gift dari Airasia untuk kenangan. Terhibur juga sepanjang dalam flight.



Selamat sampai di KLIA2 pukul 8.35 malam. Terus ambil ERL ke Salak Tinggi Station. Disebabkan wife aku dah pening kepala, kami tapau saje nasi arab di Saba Restaurant Cyberjaya untuk makan malam.

Selesai sudah trip aku ke Hanoi selama 4 hari 3 malam. Trip yang dirancang pada saat akhir. Kalau ikutkan tak nak datang lagi ke Hanoi ni. Tapi, bila fikir balik ada beberapa tempat di Ninh Binh tak dapat pergi terasa nak datang semula. Mungkin kembali ke Ninh Binh kemudian ke Sapa selepas itu. Kita tengok macam mana nanti.

Perbelanjaan hari ke empat:-

1. Hotel di Hanoi - VND1,215,000
2. Teksi - VND22,000
3. Presidential Palace - VND40,000 x 2 = VND80,000
4. Ho Chi Minh Museum - VND40,000 x  = VND80,000
5. Teksi ke D'lion Restaurant - VND300,000
6. Lunch - VND185,000
7. Bas ke airport - VND 30,000 x 2 = VND60,000

Total - VND1,942,000

ERL - RM19.60
Parking - RM35.00
Flight (termasuk seat) - RM623.80
Perbelanjaan 4 hari - RM1,362 (VND7,827,000)

Total perbelanjaan keseluruhan trip - RM2,040.40


11 comments:

  1. Aslkum.
    Kami berlima satu family bercdg nk ke Hanoi n Halong Bay mggu akhir Jun 2019 ini. Cuaca n suhu bagaimana waktu itu agaknya?
    Boleh saya dptkan email saudara.

    Tkasih.
    Wslm.

    ReplyDelete
  2. Review yg menarik & sgt membantu..plan nak ke sana juga hujung tahun ni..tapi ada anak2 kecil jadi susah sikit la kalau tak ambik tour guide. Kalau pegi dgn wife saja maybe akan buat cara tuan. More adventure.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi baca kisah kami.
      Betul apa en. katakan, bila bawa anak-anak lebih selesa ikut tour.

      Delete
  3. Sangat menarik & tertarik bila baca review hanoi ni.. sgt2 membantu.. terima kasih dan tahniah berjaya buat penulisan yang jelas dan teratur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 sedara/sedari. Semoga blog ini dapat memberi maklumat dan manfaat pada pembaca.

      Delete
  4. Kebetulan kita naik flight blk kul yg same..hehe..hanoi mnh best next year in Sha Allah nak ke sana lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo yeke... saya menang lucky draw hr tu. hehe...Alhamdulillah.
      Setuju sangat, Hanoi memang best. Tak sempat explore seluruh Hanoi sebenarnya masa trip ni. Hopefully dapat repeat lagi.

      Delete
    2. Ye alhamdulillah.. Saya pun x ckup masa..cume 3hari 2malam mmg x ckup..

      Delete
  5. Salam bro..nice blog trip..nak tanya..saya ada beli flight utk ke hanoi september ni...cuma saya agak keliru dgn jadual penerbangan dari hanoi ke kuala lumpur..depart pukul 8.55 then arrive klia pukul 1.10 petang..6 jam..sedangkan saya baca blog saudara dan mencari informasi di google hanya mengambil masa 3 jam...

    ReplyDelete