Total Pageviews

Genting Highlands

Selasa - 10.11.2015

Genting Strawberry Park & Genting Theme Park

Sempena cuti Deepavali aku dan wife saje-saje jalan pergi ke Genting Highlands. Melayan wife aku yang teringin nak petik dan makan strawberry segar katanya.


Lebih kurang pukul 10.45 pagi kitorang keluar dari rumah. Singgah breakfast kat IOI Mall dulu. Settle breakfast lebih kurang pukul 11 lebih baru gerak bertolak ke Genting Highlands. Sampai di Genting Highlands dalam pukul 12 lebih. Terus pergi ke Genting Strawberry Park.


Tiket masuk kena bayar seorang RM 5.00. Sampai kat dalam tu kitorang terus ambil bakul dengan gunting yang memang dah ada kat dalam bakul dan terus gerak naik ke atas menghala kebun strawberry yang memang dah dibuka untuk pengunjung yang ingin memetik sendiri buah strawberry yang sudah masak. Cas RM 8.00 untuk 100 gram.


Sekali masuk, alamak! Sedih pulak dibuatnya. Banyak strawberry yang masih hijau lagi. Timing datang tak berapa kena. Adalah yang dah merah masak tapi tak banyak. Banyak yang masih hijau lagi. Kecewa. 





Kalau datang minggu depan mesti cantik. Banyak yang masak. Tapi nak buat macam mana dah sampai pun. So teruskan saje misi kami.








Kitorang pindah dari satu baris ke satu baris sampai lah habis. Ada satu kawasan tu dorang tutup. Kitorang minta bangla yang jaga tu buka sebab dah takde strawberry yang masak tinggal.








Setelah puas petik strawberry kitorang turun ke bawah bawak ke kaunter untuk ditimbang. Bagi kat budak yang jaga kaunter tu. 


Huh! Ambik kau! Kena RM 31.00. Main syok memetik. Kalau beli yang dah siap petik lagi murah kot.




Selesai bayar, kitorang patah balik naik ke atas nak melawat taman lavender pulak. Saje nak tengok dan ambil gambar.





Selain daripada bunga lavender ada juga bunga-bunga lain di taman ni. 



 



Takdelah besar mana pun taman ni. Kat sini ada kedai cenderahati berala-ala kan lavender. Cantik souvenir kat sini. Aku tak beli sebab tak minat.

Lepas habis meronda di taman lavender kitorang turun balik nak keluar dari kawasan strawberi farm ni. Ikut laluan exit. On the way jalan keluar tu akan jumpa Farm House Cafe. Kat sini ada jual madu dan desert berasaskan strawberi. 



Teh strawberi pun ada kalau sesiapa nak beli. Aku tak beli sebab dah penah beli dulu. Itu pun last last buang sebab tak abis minum sampai date expired. Ada parrot dan ular sawa untuk bergambar. Tapi kena bayarlah.

Kitorang singgah beli waffle untuk isi perut dan strawberry blended. Lepak makan kejap.


Selesai makan terus gerak lagi. Jalan akan jumpa deretan kedai jual cenderahati. Aku cuma jalan terus je.



Takde ape nak dicari. Fridge magnet pun dah penah beli kat sini. Nak buat apa beli banyak-banyak. 

Jalan terus lagi jumpa Mushroom Farm pulak. Cendawan pun dah banyak kena potong. Aku singgah beli cendawan kulat dan cendawan bulat.




Teruskan perjalanan lagi. Keluar daripada tempat cendawan ni jumpa pulak Flowers Farm. Banyak bunga cantik-cantik kat sini.






Lepas Flowers Farm ni terus jumpa pintu keluar. Kitorang terus gerak ke tempat letak kereta terus gerak naik ke Genting Theme Park pulak. Cuaca dah mulai mendung. Kabus semakin menebal masa naik atas ni.


Kat atas Genting ni tengah ada construction kat bahagian luar. So keadaan sedikit serabut. Kitorang berpusing jugalah mencari parking kat atas ni. Setelah berpusing pusing akhirnya jumpa juga parking. Terus park dan gerak masuk ke Indoor Theme Park nak cari kedai makan. 


Misi mencari kedai makan. Perut dah lapar gile. Makanan kat atas ni memanglah mahal semua harganya. Aku makan nasi campur lauk sardin dan sayur. Wife aku makan nasi ayam. Harga RM50 lebih kalau tak silap aku.



Lepas makan, kitorang jalan-jalan sekeliling. Tengok ape yang ada. Kebetulan ada persembahan sempena Deepavali. So ada tarian hindustan versi penari cina.



Nak main permainan kat dalam ni rasa macam takde perasaan pun. Mungkin sebab kitorang dah beberapa kali datang. So, rasa macam takde ape yang menarik perhatian. Jom, layan gambar yang sempat dan ada hati nak ambik.











Bila dah rasa boring dan dah takde apa nak buat, kitorang decided nak balik je. Sebelum balik cari surau nak tunaikan dulu apa yang wajib. Selesai solat terus keluar.

Untuk pertama kalinya selama aku penah berada di Genting ni, inilah kali pertama aku dapat cuaca cerah dan terang benderang suasana di luar.



Lepak kejap kat luar ni. Lepas tu terus balik. Sekali balik nak sampai Tol Gombak jalan dah mula jem. Baru teringat, ramai yang balik dari kampung sempena cuti Deepavali yang bersambung .


Bukit Tinggi, Berjaya Hills

Rabu - 16.09.2015

Colmar Tropicale Berjaya Hills Resort & Japanese Garden


Sempena cuti Hari Malaysia aku dan wife buat keputusan untuk pegi ke Bukit Tinggi, Pahang memandangkan keadaan sekarang yang berjerebu. Mengharapkan udara bersih dan segar di Bukit Tinggi.

Ini merupakan kali ketiga aku datang ke Bukit Tinggi bersama wife aku. Secara kebetulan, kali kedua kitorang datang sini pun pada cuti Hari Malaysia juga dua tahun yang lalu. Itulah namanya suratan dan kebetulan.

Memang takde ape sangat kat sini pun. Tapi saje nak lepak-lepak dan melarikan diri dari kesibukan bandar serta jerebu yang sedang melanda negara ketika ni.


Lebih kurang pukul 12.30 tengahari baru aku bertolak ke Bukit Tinggi setelah settle kan beberapa hal dulu. Lebih kurang pukul 1.00 petang aku singgah di R&R Genting Sepah untuk tunaikan solat zohor terlebih dahulu. Senang sikit. 

Seperti yang sudah dijangka ternampaklah geng geng baju merah yang singgah berhenti sebelum teruskan perjalanan mereka ke KL untuk menyertai Perhimpunan Baju Merah di Jalan Semarak hari ini.

Selesai solat kitorang terus bertolak dan sampai di Bukit Tinggi lebih kurang pukul 2.40 petang. Sebelum masuk ke Bukit Tinggi kena bayar entrance fees iaitu sebanyak RM13.00 untuk seorang.

Tiket masuk. Harga dah naik sikit.

Memandangkan kitorang belum makan tengahari lagi dan perut pun dah lapar, maka kitorang terus ke Colmar Tropicale untuk makan tengahari dulu. Kitorang sengaja tak makan masa berhenti di R&R Genting Sepah tadi sebab kitorang memang nak makan di restoran di dalam Colmar Tropicale Resort ni. 

View daripada tempat parking


The Chateau Spa & Organic Wellness Resort


Burung bangau sedang memanggil hujan. Eh! Bukan katak ke panggil hujan.

Colmar Tropicale ni sebenarnya resort yang bertemakan ala Perancis yang dikelilingi hutan dan alam semulajadi. Berada di ketinggian 790 meter dari paras laut membuatkan cuaca agak sejuk sedikit. 

Papan tanda

Typical photo of Colmar Tropicale

Kat resort ni ada bilik bilik untuk bermalam. Sesiapa yang nakkan ketenangan dan kedamaian sesuailah sangat tempat ni. Untuk yang nak honeymoon pun, inilah salah satu resort yang boleh dijadikan pilihan. 

Jalan masuk

Jalan masuk lagi

Sebelum makan tu sempatlah jalan-jalan sekitar Colmar Tropicale ni. Ambik gambar semua macam orang baru 1st time datang. Padahal banyak gambar yang sama dah kitorang ambik.





Jalan-jalan sampai ke hujung lepas tu patah balik nak pegi pilih restoran mana satu nak makan. Masa tengah sessi memilih tu ada pulak stage performance baru nak start. Singgah kejap tengok. Not bad dance performance dorang. Nampak gaya professional dancer.


Kitorang tak tengok habis pun performance dorang ni sebab perut dah lapar minta diisi dengan kadar segera. Tengok-tengok sikit, lepas tu terus beredar. Misi memilih restoran mana yang jadi pilihan hati diteruskan semula.


Dan akhirnya kitorang ambil keputusan makan kat restoran yang sama dulu kitorang makan kat sini juga masa last visit dua tahun lepas. Masuk restoran tu, kitorang pilih tempat duduk yang sama juga. Kebetulan tu yang paling ngam dengan suasana.

Menu sampai, pastu order piza large dengan chicken wings. Air macam biasa just pilih ice lemon tea nak bagi masam-masam untuk lawan rasa mual makan nanti. Biasalah kalau makan western mesti kena lawan dengan air masam baru kena.



Saja-saja je nak makan kat sini. Nak fefeeling makan di Perancis. Nak pegi sana entah bila lah nak sampai. Menu yang aku pilih ni memang sedap rasanya. Lagi-lagi piza dia. Memang superb marvelous.

Kat restoran ni pun ada buskers performance daripada orang Filipina. Sedap jugalah suara dorang. Lepas tu dorang terus gerak daripada satu table ke satu table nyanyikan lagu untuk customer. 

Kalau sesiapa rasa ada lagu permintaan boleh minta dorang nyanyikan. Malah dorang siap offer lagi lagu request daripada customer. Sampai kat meja aku, orang rumah cakap tak nak.


Selesai makan, perut pun dah kenyang sangat-sangat, kitorang pun gerak terus nak ke Japanese Garden. Nak kena cepat sebab dah nak tutup. Dia tutup pukul 5.30 petang.

Tadi masa sampai kitorang tak pegi ke Japanese Garden dulu sebab perut dah lapar sangat. So kenalah isi perut dulu. Lepas makan kalau sempat pegi tak sempat tak dapat pegi pun takpe. Sebab kitorang dah penah pegi kan. Saje-saje nak penuhkan aktiviti kat sini.


Jarak takde jauh dari Colmar Tropicale. Dalam 10 minit drive dah sampai. Masa kitorang sampai tu ramai orang dah nak balik. Tapi masih ada juga beberapa orang baru sampai lebih kurang dengan kitorang.

Map shuttle bas dari Colmar ke Japanese Garden

Jalan-jalan masuk sekitar Japanese Garden. Masih sama seperti dulu jugak. Cuma aku rasa ada beberapa tempat tu macam tak berapa maintain sangat dah. Dah mula nampak tanda-tanda terbiar sikit. Ikan koi kat kolam pun dah tak banyak macam dulu.





Kat Japanese Garden ni bestlah sebab rasa tenang dan lebih sejuk ditambah lagi dengan kehijauan alam sekitarnya dan taman-tamanya ala-ala Jepun. Ada air terjun kecil buatan, kolam ikan dan rumah Jepun. 

Sesiapa yang berminat boleh try ceremony tea kat sini. Nak cuba pakai baju kimono pun boleh. Berapa bayaran sewanya tak pulak aku tau. Sebab tak check pulak. Masa aku sampai tu ada juga family arab ni sewa kimono.

Terus aku rindu saat di Jepun hari tu.



Masa tengah lepak kejap kat rumah Jepun tu tetiba hujan turun. Lebat jugak. Nak redah nanti basah kuyup pulak dibuatnya. Maka kitorang berumah sekejap lah dekat rumah kecik tu berteduh sambil tunggu hujan reda sikit. Ada beberapa couple jugak terperangkap dalam hujan senasib dengan kitorang.


Bila hujan dah reda sikit, terus kitorang gerak turun ke bawah nak balik semula ke Colmar Tropicale sebelum balik.

Kat rumah tu lah kami berteduh

Sampai di Colmar Tropicale semula, hari pun dah petang sangat. Dan dekat nak malam. Last masuk situ sebelum gerak pulang ke rumah.



Masa jalan-jalan kat dalam tu, tak lama ada lagi night performance pulak. Kali ni kitorang duduk menonton dance performance dorang. Memang bestlah performance dorang.



Kitorang tengok dance performance sampai habis. Lepas tu baru kitorang gerak balik. Sempat juga ambik beberapa gambar suasana malam pulak.


On the way balik, singgah kat R&R Genting Sempah solat maghrib. Kali ni R&R penuh dengan bas dan orang yang berbaju merah.

Lepas solat, makan ringgan-ringan sikit kat gerai situ, lepas tu terus gerak balik rumah. Alhamdulillah selamat sampai di rumah. Esok kembali bertugas seperti biasa. Begitulah kisah percutian sehari aku di Bukit Tinggi, Pahang.