Total Pageviews

Kuala Selangor - Sasaran Sky Mirror

Trip Belated Birthday : Sky Mirror & Pulau Angsa


Ahad - 12.02.2017


Balik saje daripada trip ke Jepun, esoknya pergi trip Sky Mirror pula. Hari ni lepas subuh kitorang keluar ke Kuala Selangor. Trip ni aku booking sebelum pergi ke Jepun.

Jumpa trip ni di Facebook agak lama juga. Tertarik nak pergi. Tapi simpan dulu hajat tu. Satu hari google kat internet cari info berkenaan Sky Mirror. Mengikut maklumat yang diperolehi, untuk ke Sky Mirror kena pergi pada awal dan pertengahan kalender islam.


Belek kalender, yang terdekat kena cuti raya cina. Tapi banyak kenduri kahwin kena pergi. Tambahan, seminggu lepas raya cina trip ke Jepun. Wife aku tak nak pergi sebab takut kulit terbakar. Dalam masa seminggu tak sempat pulihkan kulit katanya. Takut ambil gambar di Jepun gelap. Perempuan, gitu le.

Belek semula kalender, kena tarikh aku balik daripada trip. Kebetulan balik hari sabtu, so aku booking hari ahad. Tengok tarikh lain tak berapa kena dengan hari cuti aku. Nak tak nak ambil juga hari ahad tu. Mesti penat. Aku ok lagi sebab isnin tu masih cuti. Kesian dengan wife aku. Dia start keje isnin. Tapi dia yang nak juga. Aku layan saje.


Untuk trip ni aku book dengan Ms. Vivian. Deal melalui whatsapp. Ni no hp. Ms. Vivian 016-2660628. Harga RM70.00 seorang. Kena bayar deposit RM50.00. Balance bayar pada hari kejadian. Harga tu termasuk insurance. Tempat berkumpul di Kedai Liang Hup Seng. Vivian akan share location di whatsapp. Mesti kena sampai pukul 9.00 pagi. Kalau lewat kena tinggal. Hangus duit deposit.

Sampai di kedai Liang Hup Seng, kitaorang call Vivian beritahu dah sampai. Kemudian dia akan guide bawak ke Jeti Kampung Sasaran. Dekat saje. Tak sampai 5 minit. 




Sampai di Jeti kita akan dibawa ke tengah laut dengan menaiki bot.


Cuaca cantik hari ni. Matahari terik dan langit biru. Jangan lupa pakai sunblock bagi melindungi kulit. Kita akan berada di tengah laut Selat Melaka.


Sila pakai jaket keselamatan. Ayuh, kita mulakan perjalanan. 


Pemandangan menuju ke laut agak cantik. Dengan pokok-pokok dan burung-burung sangat menarik perhatian. 





Memang banyak burung-burung putih ni di sini. Ada di merata-rata sepanjang laluan menuju ke laut. Bila berada di tengah laut, ada pula burung-burung mengekor bot kita.




Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit. 


Bila dah sampai, turun daripada bot terus ke daratan. Satu kawasan daratan di tengah lautan. 


Semua nampak excited. Sebelum semua buat hal masing-masing, kita semua diminta ambil gambar group terlebih dahulu. Ramai juga group kali ni.


Sebenarnya kawasan ini adalah beting pasir yang akan kelihatan pada waktu air surut pada awal dan pertengahan bulan islam. Pada awal bulan islam bermulanya anak bulan dan pada pertengahannya pula bulan penuh.


Ketika berlaku fenomena air surut dan masih terdapat air bertakung di kawasan ini maka akan menghasilkan reflection pada sesuatu imej. Ditambah dengan cuaca yang cerah dan langit biru menjadikan tempat ini dikenali dengan nama Sky Mirror. Menarik bukan.


Bagi menampakkan reflection yang lebih terang dan jelas, disarankan memakai pakaian yang terang dan menyerlah. Striking colour. 


Ramai juga yang join trip hari ini. Walaupun ramai masih boleh dapatkan gambar tanpa orang lain sebab kawasan ni agak luas. Pandai-pandailah adjust supaya tak nak nampak orang lain.





Kalau tak reti atau takde idea nak ambil gambar, boleh cari Vivian minta tolong ambilkan gambar. Macam-macam gaya dia boleh ajar dan tunjuk untuk kita buat.

Yang baju biru tu la team Vivian

Vivian juga ada sediakan prop untuk digunakan bagi menceriakan gambar kita. Cuaca cantik dengan langit biru dan matahari yang terik. Tapi tak terasa begitu panas sebab ada angin laut.

Vivian and the geng bersama prop

Selesai bergambar, lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami semua diminta bergerak ke boat untuk gerak ke tempat lain pulak. 



Nun di sana ada kapal kargo

Selepas ber'sky mirror' kita akan dibawa ke Pulau Angsa pula untuk berehat sementara tunggu air pasang.

Air semakin kering

Pulau Angsa dari kejauhan

Kebetulan waktu on the way ke Pulau Angsa, angin agak kuat. Maka ombak pun agak kuat juga. Jadinya boat sedikit melambung-lambung dan buat aku rasa pening dan mabuk.


Setelah mengharung ombak, bot berhenti sekejap di satu bot yang menjemur udang untuk dikeringkan bagi membuat belacan. Dorang bagi semua untuk rasa. Wife aku try. Manis dan sedap juga rasanya. Dia bagi aku try. Mula-mula tu aku tak nak sebab baunya lagi buat aku pening. Tapi bila wife aku kata sedap akhirnya aku try juga sikit. Bila makan saje terus aku muntah. 



Lepas tu bot terus berhenti di Jeti, Pulau Angsa. 



Semua turun. Semua diberi nasi lemak dan air. Boleh makan dan ber'picnic' di sini sekejap sementara tunggu air pasang. 


Sekarang ni air masih surut, jadi tak boleh terus balik ke Jeti Kampung Sasaran semula.




Aku terus ambil port di tempat berbatu. Kepala masih pening dan mabuk lagi. Nak makan tak berani sangat takut muntah lagi. Relaks kejap ambil angin sambil tengok gelagat orang lain.



Bila dah ok sikit, baru aku makan. Sementara aku makan, wife aku ambil gambar sekitar. Dia dah makan dalam bot tadi.


Selesai makan, kitorang naik ke atas tengok ape yang ada. Ada rumah api dan tempat menijau. View agak cantik juga dari atas ni.




Pulau Angsa ni dulu merupakan tempat percutian persendirian kerabat DiRaja Selangor. Kini pulau ini sudah terbiar. 




Menurut Vivian, baru-baru ini ada Exco Selangor datang melawat pulau ini. Mungkin nak komersilkan balik pulau ini kot untuk dijadikan satu tempat tarikan baru di Selangor.




Bila air laut sudah pasang semula, semua dipanggil kembali ke bot untuk gerak pulang. 



Kali ini ombak agak baik. Takde melambung-lambung macam tadi. Bot singgah sekejap ambil ikan di bot pakcik Vivian.


Kemudian sambung semula perjalanan terus balik ke Jeti.



Sampai di Jeti, settle balance payment dengan Vivian. Menurut Vivian, pada belah petang pokok-pokok di jeti ini akan bertukar warna putih kerana dipenuhi dengan burung. Kalau takde hal boleh datang semula.

Lepas settle bayar baki, terus gerak ke Kuala Selangor nak makan cendol bakar dan beli karipap gergasi.

Sekiranya selepas trip ni ada destinasi lain ingin dituju, sila jangan lupa bawa baju salinan untuk ditukar. Macam kitorang terus balik lepas makan. Penat balik trip Jepun tak habis terus sambung trip sky mirror. Haruslah pulang untuk berehat.



Japan : Sapporo - Day 8

Trip Main Salji - Sapporo : Home Sweet Home


Sabtu - 11.02.2017


Hari ke-lapan, hari keberangkatan pulang ke tanah air tercinta. Seawal pukul 5.00 pagi bangun bersiap dan kemas saki-baki barang. Pukul 6.30 pagi turun ke bawah untuk tunggu bas ke airport. Hotel ada sediakan bas free ke airport. Alhamdulillah, jimat duit. Kitorang booked bas pukul 6.50 pagi masa check-in hari tu.

Bas sampai awal dan gerak tepat pukul 6.50 pagi menuju ke airport. Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit saje. Sampai di airport tepat pukul 7.10 pagi. Begitu ketepatan masa public transport di Jepun. Memudahkan buat perancangan masa.


Sampai airport terus ke kaunter check-in. Masa kitorang sampai tak ramai orang lagi. Nampak timbang terus pergi timbang beg takut terlebih muatan. Seperti tak percaya, bila timbang macam ringan saje. Pelik. Jadi sumbat lagi beg. 

Masa tengah beratur tu, entah macam mana ternampak timbang lain pulak. Timbang yang sebenar. Pergi timbang untuk kepastian. Sekali timbang balik lebih muatan. Tak pasal-pasal kena punggah balik keluarkan barang. Keluar sana keluar sini, tukar sana tukar sini banyak kali akhirnya dapat juga kurangkan berat. Lebih 0.5 kg saje. 

Settle hal tu terus beratur check-in. Semakin panjang orang beratur. Masa boarding semakin dekat. Settle check-in, beratur panjang pulak di immigration. Kat sini makan masa lama sikit. Nampak seperti tak sempat nak bershopping dan makan dalam ni.

Lepas settle immigration terus pergi kedai bebas cukai beli sikit makanan untuk bawak balik. Habiskan duit yang ada. Tak sempat nak cari souvenir untuk ofismate wife aku. Cuma sempat beli dua fridge magnet untuk yang tertentu saje. Itupun harga mahal. Kitorang boarding antara orang yang terakhir. 


Lebih kurang 9.30 pagi flight berlepas. 



Untuk kali terakhir layan sekejap pemandangan Sapporo dari atas. Cantik sangat dengan salji yang penuh di merata kawasan.




Perjalanan mengambil masa hampir 9 jam untuk sampai ke KLIA2. Ini merupakan perjalanan paling panjang kitorang menaiki kapal terbang.


Mula-mula tu layan tido. Cover bangun awal pagi tadi. Lepas tu layan movie sekejap. Lepas tu makan.




Lepas makan tido lagi, bangun terasa nak makan. Order lagi makanan. 

Sedap cookies ni.

Selepas tido bangun makan, tido bangun makan berulang kali, Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA2 pukul 6.00 petang setelah menempuh perjalanan hampir 9 jam. Lama gile. 

Balik naik uber. Sampai rumah terus ambil kereta keluar pergi makan malam. Seperti biasa rindu makanan Malaysia. Order sup ekor, kailan ikan masin, paprik dan telur dadar. Fuh! Nyaman rasanya. Kira ni birthday dinner aku.

Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan trip kali ini. Walaupun agak penat sedikit dengan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi yang agak jauh. Perjalanan dari Osaka hingga ke Sapporo merupakan satu pengalaman yang menarik pada kami. Kebanyakkan attraction pada waktu winter berjaya kami pergi, mengalami dan melihat dengan mata sendiri.

Jepun sememangnya tidak pernah menghampakan. Alam semulajadinya yang cantik. Lain musim lain pemandangannya. Kali ni dapat rasa salji turun setiap hari. Rindu nak main salji. Salji di Jepun memang terbaik, lembut dan gebu.

Sapporo sangat cantik pada musim sejuk. Seluruh kawasan dipenuhi salji tebal. Putih, bersih dan cantik. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat indah hingga terasa rugi sekiranya tidur. 

Paling aku rindu suasana di Biei. Keindahan Biei pada musim sejuk sangat memukau. Terasa tenang berada di sana. Ada rezeki aku akan kembali. Tapi bukan di waktu yang terdekat. Terima kasih Ya Allah, atas rezeki, peluang dan nikmat yang telah Engkau berikan. Semoga diberikan lagi rezeki dan peluang untuk melihat ciptaanMu lagi selepas ini. Amin.

Perbelanjaan hari ke-lapan:

1. Makanan - JPY 2,450
2. Fridge magnet - JPY 1,000

Total - JPY 3,450


Perbelanjaan keseluruhan :

Tiket flight return - RM 1,824.16 (2 orang)
JR Pass - RM 2,276.00 (2 orang)
Hotel - RM 2,035.00
Belanja harian - JPY 69,138 ~ RM 2,724.40

Grand total ~ RM 8,859.00 (JPY 1,000 = RM 39.40) untuk 2 orang