Total Pageviews

Cherating - Day 2

Trip Cuti Sekolah - Pantai Teluk Mak Nik, Lambong Art & Santuari Penyu Cherating


Ahad - 26.03.2017


Hari ke-dua di Cherating, bangun dan layan view pagi sekejap dari beranda chalet. Udara pagi yang segar, cahaya mentari yang menyinar, pohon-pohon menghijau dan suasana yang sunyi sepi terasa nyaman dan tenang sekali melihat pemandangan indah seperti ini di pagi hari.


Lepas bersiap terus keluar menuju ke cafe untuk breakfast. 



Breakfast yang disediakan simple saje. Roti bakar, kacang panggang dan telur goreng. Kitorang memang plan tak nak makan banyak pagi tu di resort sebab nak cari sarapan tempatan di luar nanti. 



Lepas breakfast terus keluar pergi ke Pasar Kemaman nak makan nasi dagang di kedai yang semalam aku nak pergi tapi dah tutup.


Order 2 nasi dagang dan air. Memang sedap nasi dagang kedai tu. 


Selain nasi dagang ada juga nasi lemak dan nasi minyak. Sate pun ada juga. Pagi-pagi dah makan sate di sini. 



Lepas makan singgah sekejap Pantai Teluk Mak Nik di Kemaman. Saje nak tengok ape yang menarik di pantai ni.



Matahari agak terik pagi tu walaupun langit tak cukup biru dan awan mendung mulai datang. Kebetulan nampak banyak kapal perang sedang berlayar. Baru balik dari LIMA Langkawi agaknya.



Sekejap je kitorang lepak sini. Lepas tu terus gerak ke Lambong Art di Cherating nak mencanting batik. 




Ada pelbagai gambar. Harga RM10 untuk satu. Wife aku ambil gambar Hello Kitty, aku pulak ambil gambar bunga. 


So sesi mewarna batik dimulakan. Tak banyak pilihan warna yang dorang bagi. Tapi bolehlah untuk layan dan merasa pengalaman. Seronok juga.



Selesai mewarna, jemur sekejap batik tadi. 


Sempat juga tengok proses-proses penghasilan batik. Dari proses mewarna. 



Kemudian mematikan warna dengan menggunakan sodium silikat bagi memastikan warna yang dilukis tidak luntur apabila dibasuh dengan merendam selama 4 jam.


Selepas 4 jam, kain tadi perlu dibasuh dan direbus dengan soda ash untuk menghilangkan lapisan lilin pada permukaan kain. Kemudian dibasuh dan dibilas sebelum dijemur sehingga kering.


Selesai mencanting batik, kitorang balik ke resort semula untuk check-out. 




Lepas check-out layan sekejap pemandangan laut. Cuaca panas terik waktu ni. Air laut tengah surut.




Lepas tu menikmati suasana hijau di sekitar resort sekejap sebelum pulang. Resort ini amat sesuai pada sesiapa yang ingin berehat dan mencari ketenangan. Suasananya yang hijau ditambah dengan chalet bertemakan perkampungan rumah melayu sangat mendamaikan jiwa.




Dengan bunyi binatang, biawak berlari, burung-burung berkicauan riang, tiupan bayu yang menyegarkan dan desiran ombak, terasa suasana kampung sangat.




Aku ambil deluxe chalet. Berandanya menghadap kolam. Harga semalam RM180.20 termasuk tax. Booking terus dekat website www.tanjunginn.com. Memula tu ingat nak book guna agoda je, tapi bila dah campur dengan tax, direct booking lebih murah. 




Ada beberapa jenis penginapan lain di sini. Antaranya villa, director chalet, family chalet dan deluxe chalet. Selain itu, ada juga penginapan ala khemah yang mengelilingi kolam buatan juga. Menarik dan yang paling menarik chalet yang menghadap laut. Memang nampak cantik. Tapi kali ni aku teringin suasana hijau. Tu yang aku pilih chalet yang ini.




Kemudahan seperti library pun turut disediakan di sini. Wifi free takde ye kat chalet. Kalau datang sini jangan lupa bawak ubat nyamuk. Almaklum suasana hutan, takut banyak nyamuk pulak nanti.



Selesai menikmati suasana di resort, kitorang gerak ke Santuari Penyu Cherating pulak. Sebelum tu, singgah di kedai batik konon nak beli jubah batik. Tapi disebabkan mahal terus tak jadi.


Sebenarnya ada macam-macam aktiviti lain yang boleh kita buat di Cherating ni. Antaranya mangrove river cruise, memancing, tengok kelip-kelip, berkayak dan tengok penyu bertelur.



Bagi aku biasa-biasa je. Aku tak buat pun aktiviti-aktiviti tu. Semua tu aku dah pernah rasa. Jadinya kitorang cuma pergi tengok penyu saje di Santuari Penyu Cherating.


Tiada bayaran masuk dikenakan. Free of charge. Hanya daftar nama pengunjung. Untuk rekod dorang la tu. Masuk ruang maklumat lepas tu tengok penyu hidup di luar.



Pusat ini telah dibina pada tahun 1997 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998 di atas tanah berkeluasan 0.33 hektar. Pengwujudan pusat ini adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang yang menyumbangkan kewangan bagi pembinaan pusat dan juga tapak pusat penyu.


Pengurusan pusat ini dan segala aktiviti dalam melaksanakan program pengurusan dan pemuliharaan penyu adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang. Penyu Agar adalah spesis penyu yang utama yang mendarat dan bertelur di Pantai Cherating yang sepanjang 3.5km.


Pengwujudan Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating adalah bermatlamat untuk mengurus dan melindungi penyu daripada sebarang ancaman yang menyebabkan kepupusan populasi penyu di Negeri Pahang dan amnya di Malaysia.


Melaksanakan program penetasan telur penyu untuk dilepaskan semula ke laut bagi menangani ancaman kepupusan serta meningkatkan populasi penyu di masa depan. Musim pendaratan penyu di Cherating adalah bermula pada bulan Mac hingga Oktober pada setiap tahun.


Selesai melawat seluruh kawasan terus keluar dari situ. Sebelum tu jangan lupa bagi sedikit sumbangan untuk membantu menyelamatkan penyu di negara kita.


Keluar dari situ, kemudian singgah sekejap di kawasan pantai di area situ juga. Sebelah tu Club Med Cherating. 




Cantik pemandangan pantai di sini terutamanya Club Med Cherating. Biasalah, resort mahal memanglah cantik. Satu malam seribu lebih ok. Mampu tengok saje dari luar. 




Lepas bergambar terus ke Warung Aziz Satar nak tapau sata dan pulut panggang bawak balik. Singgah beli keropok dekat kedai depan.


Selesai membeli, terus ke Kedai Kopi Hai Peng untuk makan lunch pulak. Kitorang park kereta di bahagian belakang. Free. Tapi ruang sempit di situ.


Di Kedai Kopi Hai Peng kitorang order 1 set roti bakar keping, 1 set roti bakar bulat, nasi goreng kampung, air cham panas dan kopi ais. Alhamdulillah, kenyang. Makanan semua sedap. Tengok laksa macam menarik tapi dah kenyang.



Selesai makan terus gerak balik. Sebelum tu top-up touch n go dan minyak. Selesai solat asar kitorang mulakan perjalanan balik ke KL. Pukul 6.45 petang singgah di R&R Temerloh untuk tunggu maghrib. Sebelum tu sempat juga makan mee kari dan kuehtiaw sup tak sedap di situ.


Selesai solat maghrib sambung semula perjalanan ke KL. Jem sikit dari Genting Sempah sampai ke Tol Gombak. Selamat sampai di rumah pukul 10 lebih. 

Walaupun percutian pendek tapi rasa seronok dan enjoy. Semoga ada Cuti-Cuti Malaysia lagi selepas ini.


Cherating - Day 1

Trip Cuti Sekolah - Tanjung Inn Cherating, Malaysia


Sabtu - 25.03.2017


Sempena cuti sekolah ni, kitorang ambil kesempatan pergi short trip ke Cherating. Pergi weekend sebab wife aku tak nak ambil cuti tahun. Cuti tahun simpan untuk trip oversea dan raya saje.

Pilih Cherating sebab teringin nak makan makanan pantai timur. Jarak tidak terlalu jauh dan perjalanan tidak terlalu lama. Tambahan aku tak pernah datang ke Cherating lagi. Wife aku dah pernah datang. Itu pun masa dia bujang ikut family day company lamanya.


Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8.30 pagi. Lepas settlekan hal sikit terus gerak menuju ke Cherating. Alhamdulillah perjalanan lancar. 

Kitorang berhenti di R&R Temerloh untuk berehat sekejap. Dah alang-alang sampai sini tak sah kalau tak pekena patin tempoyak dan nasi putih. Wife aku pulak hanya makan dim sum untuk alas perut saje. Nak simpan ruang untuk makan di Kemaman nanti. Wife aku tak makan ikan sungai. Jadi aku layan sorang saje.

Kepala je yang ada. Badan tengah masak lagi.

Selesai makan, kitorang sambung semula perjalanan menuju Kemaman. Keluar exit Chukai. Terus waze Nasi Kerabu Awie. Sekali sampai kedai tutup. Check balik kat google, sabtu kedai tutup. Melepas. 

Lepas tu terus pergi ke Pasar Kemaman nak makan nasi dagang. Sampai kedai dah tutup. Pagi saje ada. Pakcik kedai sebelah tu kata nasi dagang kedai tu memang sedap terbaik. Tanya kat pakcik tu lagi mana nasi dagang sedap area sini. Pakcik tu suggest pergi kedai nyamuk dan dia bagi direction bagaimana nak ke kedai tu. 

Kedai tu nampak gelap saje. Sampai di kedai nyamuk, pakcik kedai tu kata baru saje tutup. Bukak semula petang nanti. Melepas lagi nak makan. Dah agak buntu sedikit sebab semua kedai yang nak diterjah dah tutup.

Terus google cari tempat makan menarik di Kemaman. Ramai kata sedap makanan di Kedai Ani Selera Kampung. Tapi memandangkan waktu tu dah pukul 2 petang, kitorang tak pergi sebab dikhuatiri makanan banyak yang dah habis. Sia-sia saje datang.

Banyak juga gerai jual nasi ayam kukus. Tapi aku tak berapa nak sangat. Mungkin dah biasa sangat kat KL kot. Akhirnya, kitorang decide pergi ke Warung Aziz Satar. Di warung ni ada jual pelbagai jenis makanan selain daripada sata. 





Aku makan nasi dagang. Wife aku makan laksam. Dua-dua makanan tu rasa biasa saje. Takde istimewa sangat.

Panas kedai ni

Nasi dagang dan laksam biasa je. Sotong celup tepung tu sedap.

Lepas makan kitorang tapau sata, pulut panggang dan otak-otak untuk bawak ke resort. 



Selesai beli terus gerak menuju ke Tanjung Inn Cherating, Malaysia untuk check in. Perjalanan dari Kemaman ke Cherating hanya ambil masa lebih kurang 15 minit saje. Sampai di Tanjung Inn terus check in dan masuk bilik. 


Relaks dan sejukkan badan sekejap sementara tunggu waktu asar. Lepas solat asar baru kitorang keluar jalan menuju ke pantai.



Cuaca hari tu agak panas. Bila panas, pemandangan laut agak cantik juga. Dengan langit biru menjadikan warna laut juga biru. 




Ramai juga orang di pantai sebelah sedang bermandi-manda. Kitorang jalan-jalan sambil tengok apa yang ada di sebelah sana. 




Ramai juga mat salleh dan minah salleh lepak di area pantai ni.




Ada kedai makan, kedai cenderahati, tempat sewa ATV dan aktiviti laut lain.

Bola sepak pantai

Pakcik jual ais krim

Pelampung untuk disewa

Set BBQ untuk disewa dan baju-baju

Pergi masuk kedai makan nak lepak minum-minum sekejap. Nampak ada menu maggi ketam. Menarik. Bila order ketam takde pulak katanya. So kitorang hanya order air kelapa. 


Tapi tunggu punya tunggu tak dapat juga air kelapa. Hari dah dekat nak senja, jadi kitorang cancel order tadi. Terus balik ke resort semula.



Sampai bilik rehat, bersihkan badan dan lepak sekejap sementara tunggu maghrib. Lebih kurang pukul 8.30 malam kitorang baru keluar untuk makan malam.

Terus tuju ke Warung Awang Ikan Bakar. Hanya 5 minit dari resort. Sampai saje di kedai makan tu dah ramai orang. Penuh juga. Hanya dua meja saje kosong. 


Kitorang terus ambil sotong, ikan kerapu dan lala. Kemudian order sayur kailan dan air. Lama juga tunggu makanan siap. Lebih kurang sejam juga. Makanan sampai terus pulun. Rasa masakannya pada aku kurang sedap, biasa-biasa je. Tak seperti yang digembar gemburkan dalam internet. Tapi harga ok juga. Agak murah pada aku.


Selesai makan terus balik ke resort. Perut dah kenyang, mata pun dah mengantuk, so ape lagi, masing-masing terus tertido. Sambung hari kedua.