Total Pageviews

South Korea - Day 2



Ahad - 25.01.2015

Winter Holiday : Seoul - Changdeokgung Palace, Secret Garden, Namdaemun Market, Myeongdong


Hari ke 2. Plan hari ni nak cover semua palace di Seoul. Breakfast di Apartment. Makan roti dan instant bubur nasi. Stok yang di bawak dari Malaysia. Lebih kurang pukul 9.00 pagi keluar. Destinasi pertama untuk hari ini ialah Changdeokgung Palace.

Nak ke Changdeokgung Palace, subway station paling dekat ialah Station Anguk. So dari Apartment aku ambik Line 5 (Ungu), Station Dapsimni kena ke Station Jongno 3(sam)-go untuk transfer ke Line 3 (Orange) lepas tu berhenti di Station Anguk. Dari Station Anguk nak ambil exit berapa dah tak ingat tapi boleh follow signboard ke Changdeokgung Palace.

Keluar dari station tu, jalan kaki dalam 5 minit macam tu dah sampai. Dekat je. Lebih kurang pukul 10.45 aku dah sampai di Changdeokgung Palace. 

Jumpa bangunan ni masa jalan kaki ke Palace

Secara ringkas, Changdeokgung bermaksud "Istana Kebajikan Gemilang". Palace ini adalah istana kedua Dinasti Joseon yang biasanya hanya digunakan sebagai tempat beristirehat daripada rutin harian. Jarak lebih kurang 1 km dari Gyeongbukgung Palace iaitu istana utama. 

Pintu masuk utama

Bahagian hadapan

Tiket masuk ke palace 3,000 won sorang. 

Counter ticket

Entrance ticket

Dah masuk bahagian dalam

Menuju ke ruang utama

Pokok yang hanya tinggal ranting

Ada Secret Garden di dalam palace ni. English tour turut disediakan untuk pengunjung. Waktu english tour pukul 11.30 pagi dan 1.30 petang. Kalau beli sekali tiket masuk dan tour lebih murah 5,000 won. 

Memandangkan dah terlepas tour pertama so aku cuma beli tiket masuk. Walaupun dah terlepas tour tapi masih boleh masuk ke Secret Garden. Cuma kena bayar tiket masuk ke Secret Garden tanpa tour iaitu 1,000 won. 

Secret Garden's ticket

Counter ticket

Jalan-jalan sekeliling sendiri. Cantik dan besar juga kawasannya. Aku dapat bayangkan kalau musim luruh mesti cantik kawasan ni dengan daun pokok yang bertukar warna merah dan kuning.

Kalau autumn mesti cantik kat sini

Bangunan moden dan tradisional









Tengah jalan sambil ambil gambar tetiba bateri camera abis pulak. Aduss...tensen aku! Yang spare pun dah abis sebab semalam tak cas. Plug punya pasal. Mood nak jalan terus hilang. Hari pun dah mendung. Hujan dah mula turun sikit. Last-last aku decide balik Apartment lebih kurang dalam pukul 12.15 tengahari. 

Try tanya kat reception ada tak adapter. Rupanya ada. Kena bayar deposit 10,000 won. Fuh! Lega.

Masuk bilik cas segala bateri. Wife aku sambung tido. Lebih kurang 2 jam lebih bateri pun dah penuh. Agak buang masa disitu. Aku keluar balik dalam pukul 4. 

Plan nak pegi makan Lotteria kat area Seoul Station lepas tu ke Namsan Tower. So ambil train dari Station Dapsimni, Line 5 (Unggu) ke Jongno 3(sam)-go untuk transfer ke Line 1 (Biru) pastu terus ke Seoul Station. 

Sampai di Seoul Station terus cari Lotteria sebab perut dah lapar. Order shrimp burger dan fries. Sedap gak. 

Bila benda hitam tu nyala dan bergegar maknanya order dah ready to collect

Coffea

Shrimp burger yang sedap

Lepas makan cuaca kat luar masih hujan, macam tak berapa best plak nak pegi Namsan Tower waktu cuaca macam ni. Sebab aku plan nak tengok sunset kat sana. 

So cancel plan ke Namsan Tower tukar pegi ke Namdaemun Market nak cari winter coat untuk plan esok nak ke tempat yang lagi sejuk. 

Dari Seoul Station aku ambil Line 4 (Biru Muda) terus ke Station Chungmuro. Keluar ikut direction signboard je senang. Ada tulis Namdaemun Market. Belasah je. Alhamdulillah betul jumpa market tu. 

Namdaemun Market ni ala-ala Jalan TAR. Barang murah-murah yang dijual di sini. Tapi sedih sangat sebab banyak gerai dah tutup padahal aku sampai baru pukul 6.00 kot. Aku tanya orang kat situ pukul berapa tutup dengan bahasa ayam itik. Dia kata pukul 9.00 malam. Tapi memandangkan hari ni hujan so dorang tutup awal dan lagi satu kalau musim sejuk tourist agak kurang sebab tu tutup awal. Hmmm....misi tak berjaya. 

Topi murah-murah

Tapi sempat juga beli souvenir fridge magnet dan nail clipper korea ada 10 pieces setiap satu set. Setiap set aku dapat harga 8,000 won. Bolehlah bagi kat kawan-kawan kerja.

Souvenir yang sempat di rembat

Lepas tu tengok Myeongdong macam dekat je dengan Namdaemun. Kami main belasah je jalan cari Myeongdong. Alhamdulillah dalam belasah tu arah kami betul. Sampai juga di Myeongdong. Kalau waktu siang boleh nampak anak panah di atas jalan raya arah Myeongdong dan Namdaemun. Tapi waktu aku datang ni malam so tak perasan dan tak nampak pun.

Myeongdong agak berbeza sedikit dari Namdaemun. Di Myeongdong ada banyak kedai-kedai yang lebih mahal berbanding Namdaemun. Class sikitlah. Suasana pada aku lebih menarik.  Meriah dengan cahaya lampu yang cantik. Masih hujan renyai-renyai waktu ni. Sejuk jangan nak kata. Sekali-sekala angin bertiup seperti menyucuk kulit rasa sejuknya. Rasa beku pun ada. Tapi masih gagahkan diri. 

Myeongdong

Window shopping

Di Myeongdong wife aku dapat beli winter coat cantik dengan harga 29,000 won. Pada aku murah dengan kualitinya. Kalau kat Malaysia harganya RM600 lebih. Ada jual winter boots murah 10,000 won tapi cuma design tak memenuhi citarasa wife aku.

Kasut murah-murah

Jalan-jalan tengok ape yang ada di area Myeongdong. Aku nampak juice buah delima . Macam menarik. So aku try. Memang pure dan sedap.

Pomegranate juice yang pure

Ada banyak korean street food dijual di Myeongdong ni. Nampak menarik. Tapi aku takde try pun sebab plan nak makan malam terus. Tapi ada beberapa jenis street food yang aku nak try bila aku datang balik hari lain nanti. Ada banyak hari lagi kat Korea ni kan.

Sotong cucuk-cucuk. Macam menarik

Macam ala-ala fish ball, meat ball and segala ball-ball ada

Kentang pusing. Kat Malaysia pun ada.

Nutella dan tortilla. Ramai orang kat sini. Tak sempat nak try

Macaron ice cream sedap dimakan walaupun waktu sejuk beku

Sambil jalan sambil cari Restoran Yoogane untuk dinner. Ramai yang recommend dan kata sedap makan kat sini. Ada terdapat beberapa restoran Yoogane ni di Myeongdong.  So kenalah try.

Misi mencari kedai makan

Restoran Yoongane menghidangkan makanan yang dimasak di atas grill pan di hadapan customer itu sendiri. Ada pelbagai menu. Dari ayam, daging dan untuk yang muslim bolehlah ambil seafood kalau nak mencuba.

Yoonage Restaurant

So aku pilih menu marinated seafood fried rice. Harga 5,500 won. Pelayan akan masakkan untuk kita di atas meja customer. Pelayan akan datang kejap kacau pastu akan pegi kejap, datang balik kacau pastu pegi lagi sampai lah makanan kita sedia untuk dimakan. Side dishes kena ambil sendiri. Pilihlah yang mana kita suka dan boleh top up sesuka hati. 

Satu perkara di restoran di Korea ni, dalam menu takde air minuman sebab dorang hanya akan hidang air kosong percuma untuk pelanggan. Kecuali ada yang nak order soju iaitu sejenis arak Korea. 

Mula-mula sampai macam ni. Nasi, seaweed dan yang merah tu tak tau namanya

Masukkan bawang, daun bawang dan sotong untuk menumis

Lepas tu masukkan nasi, seaweed dan benda merah td. Kacau hingga masak

Tada....dah siap sedia untuk dimakan.

Rasa memang sedap. Boleh try. Selesai makan lebih kurang pukul 10 lebih aku terus balik ke Apartment sebab dah penat berjalan. Lagi pun nak kena bangun awal untuk aktiviti esok yang jaraknya agak jauh.

So dari Myeongdong aku ambil Line 4 (Biru Muda) di Station Myeongdong ke Station Dongdaemun History & Culture Park transfer Line 5 (Ungu) ke Station Dapsimni.

Sampai Aprtment pukul 11 lebih. Rehat, bersihkan badan dan tido. Hari ke dua pun tak ikut itinerary. Lari ke laut sekali lagi. Sambung hari ketiga.


South Korea - Day 1


Sabtu - 24.01.2015

Winter Holiday : Seoul - Gyeongbokgung Palace, Bukchon, Insadong, Dongdaemun Plaza Design


Bermulalah percutian aku selama 8 hari 7 malam di Seoul, Korea. Teringin nak rasa pengalaman musim sejuk dan bermain salji di Korea. Hari yang ditunggu akhirnya kunjung tiba.

Beberapa hari sebelum bertolak, aku pegi ke Korea Plaza untuk ambil voucher percuma di Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee Kuala Lumpur. Pastikan bawa tiket flight sebagai bukti pengesahan. Untuk info sila klik sini.

Voucher diskaun waktu winter.

Time aku pegi tukar duit 1,000 won bersamaan dengan RM3.25. Aku tukar di Sunway Piramid. Duit Malaysia makin jatuh. Telefon money changer so far yang kat Sunway ni boleh bagi rendah. Grab je.

Depart dari KLIA jam 8.50 malam, 23hb Januari 2015 menaiki Vietnam Airlines. Book tiket 2 bulan sebelum nak pegi. Survey guna skyscanner.com dapat Vietnam Airlines paling murah RM 1,072 sorang. So 2 orang RM 2,144. Kena transit kat Ho Chi Minh Airport 2 jam. Aku prefer direct flight sebenarnya. Tapi Airasia takde promotion time aku nak beli. MAS pun mahal. So grab je apa yang ada. 

Makanan dari KL ke Ho Chi Minh

On the way ke Incheon, Seoul dari Ho Chi Minh City Airport

Makanan dari Ho Chi Minh ke Incheon

Form yang kena diisi bagi mempercepatkan proses immigration nanti

Sampai Incheon Airport jam 6.00 pagi waktu tempatan, 24hb Januari 2015. Waktu di Korea satu jam lebih awal dari waktu Malaysia. 

Immigration ambil masa lebih kurang sejam sebab ramai orang. Selesai immigration ambil luggage lepas tu terus tukar baju sejuk. Pakai tiga lapis baju. Long John, sweater dan winter coat. Tidak dilupa glove dan winter boots. Kena pakai siap-siap baju winter sebab cuaca kat luar -1 darjah celcius. Tahap beku. Perut lapar makan coklat dan biskut yang dibawa dari Malaysia.

Suasan Airport Incheon

Di Incheon Airport, aku terus beli T-Money di 7 Eleven. Harga deposit 1 kad 2,500 won dan top up 10,000 won. T-Money ni macam Touch & Go. Aku guna untuk memudahkan bayar tiket subway untuk ke sana sini sepanjang di Seoul. Dengan T-Money kita akan dapat harga tiket subway lebih murah berbanding beli tiket di mesin tiket setiap kali perjalanan.

T-Money

Dengan menggunakan T-Money, perjalanan kurang daripada 10km ke mana-mana destinasi hanya dikenakan cas 1,050 won sahaja termasuk transfer train dari line ke line. Kalau beli tiket di mesin tiket kos 1,150 won dikenakan untuk satu perjalanan. 

Kalau di Malaysia kita panggil Train Star, Putra, Komuter dan Monorail. Di Korea, setiap jenis train subway dipanggil Line. Di Seoul sahaja ada 17 jenis train. Boleh dapatkan subway map sebagai guideline untuk ke destinasi atau pun download apps dengan menggunakan smartphone. Mula-mula tengok nampak pening. Jangan risau. Sebenarnya senang saja. Setiap line diwakili dengan warna masing-masing. Cari destinasi yang nak pegi dan perhatikan warna train line.

Sebagai contoh, Line 1 mewakili warna biru, Line 2 berwarna hijau, Line 3 berwarna oren, Line 4 berwarna biru, Line 5 berwarna purple dan seterusnya. Hanya perhatikan warna line untuk mengenal pasti mana satu line yang hendak di ambil. Jika diperhatikan daripada gambar map di bawah, ada terdapat bulatan kecil dan bulatan besar. Bulatan besar ialah transfer station. Manakala bulatan kecil ialah station.

Metroline Map

Percutian ni aku buat sendiri. Tidak menggunakan travel agent. Senang je kalau nak travel sendiri di Korea. Cuma kena banyak buat research dan survey. Transportation pun senang untuk pegi ke attraction di Korea. Honestly, public transport di Korea sangat bagus.

Di Seoul aku stay kat Golden Forest Residence Apartment di kawasan Dongdaemun-Gu, aku booked melalui www.booking.com. Untuk 7 malam harga 528,000 won bersamaan RM1,666 waktu aku booking. Waktu nak bayar di Front Office, aku kena bayar RM1,800 sebab masa bayar tu currency kita dah jatuh. So kena lah bayar lebih duit kita.

Untuk keluar dari Airport ada beberapa pilihan. Samaada dengan bus airport atau airport railway (train). Train ada dua jenis. Satu AREX tambang lebih murah iaitu 3,950 won dan berhenti-henti disetiap station. Perjalanan mengambil masa 55 minit untuk sampai ke Seoul Station.

Manakala satu lagi Express Train terus ke Seoul Station takde berhenti dimana-mana station pun dan harga lebih mahal iaitu 8,000 won. Express Train hanya mengambil masa 43 minit perjalanan.

Orang Korea yang asyik dengan handphone masing-masing.

Nak ke Golden Forest Residence Apartment, aku kena berhenti di Sindap Station. So, dari Airport aku ambil train AREX (airport railway) untuk ke Seoul Station dulu sebelum transfer train. 

Sampai Seoul Station terus cari subway Line 1 (Biru) ke Sinseol-dong Station. Sampai di Sinseol-dong Station kena transfer Line 2 (Hijauuntuk ke Sindap Station. Transfer dari line ke line boleh ikut arah signboard je. Senang gitu. 

Dari Sindap Station ke Apartment aku sangat dekat. Hanya seberang jalan je. Tak sampai 5 minit jalan kaki. Aku memang pilih Apartment yang dekat dengan subway station. Sebab bila balik berjalan dah penat takkan nak menapak jalan jauh lagi kan. Pagi nak keluar badan fresh lagi bolehlah jalan jauh sikit. 

Sampai Apartment aku lebih kurang pukul 11.30 pagi. Lambat sampai sebab ambil masa lama masa tukar baju kat airport tadi.

Golden Forest Residence Apartment

Letak beg then aku terus pegi Apartment kakak aku di Gwanghwamun sebab kakak aku kirim maggi. Kakak aku dah sampai Seoul 3 hari lebih awal daripada aku. Dari Apartment aku nak ke Gwanghwamun ambil Line 5 (Unggu) dari Station Dapsimni terus ke Gwanghwamun Station. Station Dapsimni pun dekat dengan Apartment aku. Lebih kurang 10 minit jalan kaki. So ada 2 subway station yang berdekatan dengan Apartment aku. 

Dari Apartment kakak aku, kitorang terus pegi ke Gyeongbokgung Palace sebab nak tengok Changing Guard Ceremony jam 2.00 petang. Kitaorang jalan kaki je sebab Apartment kakak aku dekat je dengan kawasan tu. Aku tak masuk palace tu arini sebab kakak aku dah masuk. So aku plan masuk Palace ni pada hari lain.

Bandar Seoul

Jalan kaki ke Gyeongbokgung Palace

Gyeongbokgung Palace dari depan

Guard Changing Ceremony

3 Oppa

Jelingan mata Abang Misai

Macam patung tapi bukan

Lepas Gyeongbokgung Palace kitaorang terus jalan kaki plan nak pegi Bukchon Hanok Village. Masuk kawasan Bukchon cari punya cari tak jumpa. 

Buah berangan yang besar. Makan panas-panas memang layan

Pemuzik jalanan. Sedap suara dia beb!

Sorang lagi pemuzik jalanan

Winter socks. Murah daripada kat Malaysia. Tapi ada lagi murah

Macaron

Desert. Tak ingat namanya. Ada pelbagai flavours

Handsome mamat ni. Flawless. Tanya arah nak ke Bukchon tapi tak jumpa juga

Akhirnya kitaorang pegi ke Insadong. Insadong ni tempat shopping.  Macam-macam ada. Harga boleh tahan. Mampu milik. Jalan-jalan nak cari winter coat, stokin, sweater dan wife aku nak cari boots untuk tambahan. 

Jalan-jalan sampai ke Insadong

Suasana Insadong

Akak tengah suap adik

Ahjumma ni tengah buat kuih beras

Ni lah dia kuih beras

Proses memotong

Antara gambar street food yang sempat di ambil

Dah mula senja di Insadong

Tapi aku tak jumpa barang-barang yang aku nak. Ada memang ada tapi aku nak cari harga yang lagi murah. Aku pun tak berapa mencari sangat sebenarnya sebab cuaca sejuk sangat. 

Pukul 4.30 petang hari dah makin gelap. Musim sejuk waktu siang sangat pendek. Perut pun dah lapar. Kitaorang decide nak pegi makan ikan bakar kat Dongdaemun. Ikut tunjuk arah yang aku dapat dari blogger. 

Ikut dari blogger ambil Subway Line 1 (Biru) turun kat Dongdaemun Station ambil exit 2 (Dongdaemun Underground Shopping Centre). Setelah aku follow direction yang blogger bagi, pada aku kalau turun kat station Dongdaemun History & Culture Park lebih dekat jarak berjalan kaki.

Sampai sana, tak tau nak pilih mana satu kedai sebab ada beberapa kedai ikan bakar yang sama. Kitorang ambil yang first kedai je. Malas nak fikir. Tambahan cuaca dah makin sejuk. 

Masuk kedai penuh. Nasib baik ada dua tingkat. Sebab kitaorang ada 8 orang, so ambil yang tingkat atas. Kena naik tangga runcing dan buka kasut. Buka kasut yang paling leceh sekali. Tau je la pakai winter boots yang ada tali. 

Deretan kedai ikan bakar

Masuk kat kedai ni je

Tingkat atas meja rendah kena duduk bersila. Kena turun untuk pilih ikan tapi masing-masing dah kepenatan. Akhirnya anak buah lelaki aku dua orang yang merelakan diri turun pilih ikan. Dorang pilih tiga jenis ikan dan aku ada minta dorang order sotong merah. Aku pun takdelah bagitau order berapa. Sekali dorang order 3 sotong merah. Ambik kau. Bila datang banyak gile. Sotong dorang besar...jadi bila potong jadi banyak.

Ikan bakar memang sedap. Sotong pun sedap. Very recommended. Must try! Sotong tak habis sebab banyak sangat. Diorang minta Ahjumma (makcik) tapau dengan guna bahasa isyarat ayam dan itik...haha..

Side dishes

Ikan bakar ni paling sedap. Nama tak tau. Rasa macam ikan terubuk tapi takde tulang.

Ikan mackerel dan sotong masak merah.

Lepas makan kitaorang berpisah. Membawa haluan masing-masing. Aku terus pegi ke Dongdaemun Design Plaza

Dongdaemun Design Plaza adalah mercu tanda utama pembangunan bandar di Seoul. Rekabentuknya bercirikan neofuturistic dan berbentuk bujur melengkung. Terdapat taman walkway di atas bumbung, ruang pameran, kedai-kedai dan kubu yang dibaikpulih.

Design

Design lagi

Di kala malam

Design lagi

Memang cantik. Wife aku nak tengok LED roses. Cari punya cari tapi tak jumpa. Kitaorang tak explore sangat bangunan ni sebab dah lewat malam dan cuaca semakin sejuk. Kaki dah penat sebab banyak sangat berjalan. Mata pun dah mengantuk sebab kurang tido dalam flight malam tadi. So kitaorang decided balik ke Apartment. Ambil Subway dari Dongdaemun History & Culture Park Station Line 5 (Unggu) utk ke Dapsimni Station.

Follow the signage

Sampai Apartment settlekan hal check in. Dapat kunci terus cari bilik kitaorang. Tengok sekeliling bilik. Puas hati. Kemas dan bersih. Kebersihan bilik air yang paling penting. Keluar barang-barang pastu terus rehat sebab dah terlampau letih dan mengantuk. 

Entrance and kitchen

Kamar tidur ku

Bilik air yang bersih dan kemas

Shower pun bersih

Ingatkan nak cas bateri kamera tapi adapter universal aku tak boleh guna pulak kat plug di Apartment ni. Plugnya jenis bulat yang ke dalam tu. Hmmm.... tensen aku! Badan dah letih malas nak fikir, last-last tak cas pun bateri kamera.

Rumusan untuk hari ini, aktiviti tak berapa menjadi tak ikut itinerary yang aku buat. Memang lari kelaut. Kita mampu merancang, Tuhan yang tentukan. Sambung hari kedua. Semoga esok dapat cover apa yang tak dapat pegi hari ini. Apapun aku tetap enjoy!