Total Pageviews

South Korea - Day 3


Isnin - 26.01.2015

Winter Holiday : Seoul - Nami Island, Morning Calm Garden


Hari ke 3 macam biasa pagi breakfast roti dan bubur instant di Apartment. Keluar dari Apartment lebih kurang pukul 8.00 pagi nak pegi ke attraction yang sangat popular dan wajib dikunjungi iaitu Nami Island

Nami Island ialah sebuah pulau kecil yang berbentuk bulan sabit. Nama Nami diambil daripada nama seorang General bagi membersihkan nama beliau yang difitnah sebagai seorang pengkhianat ketika di zaman pemerintahan Dinasti Joseon. Beliau adalah seorang General yang sangat setia. 

Nami Island turut popular dengan drama korea bertajuk "Winter Sonata" dimana penggambaran drama tersebut turut dijalankan di sini.

Untuk ke Nami Island kena ke Gapyeong Station untuk ambil bas atau pun teksi. Dari Apartment aku ke Sindap Station, Line 1 (biru) ke Sinseol-dong Station pastu tukar train ke Hoegi Station untuk transfer Line Gyeongui-Jungang untuk ke Mangu Station transfer lagi Line Gyeongchun berhenti di Gapyeong Station. 

Sepanjang jalan ke Gapyeong Station barulah aku nampak salji. Sepanjang 3 hari di Korea baru hari ni aku nampak salji. Sedih sikit masa di Seoul takde pun salji turun. Saki baki pun dah takde. 



Gapyeong Station

Keluar dari Gapyeong Station dah boleh nampak banyak teksi kat depan station. Tourist Information pun ada kalau nak tanya apa-apa. 

Dari Gapyeong Station ada dua pilihan. Samada ambil teksi atau bas. Ada shuttle bas. Tambang 5,000 won. Dengan tambang tu boleh pegi 3 tempat. Nami Island, Petite France dan Morning Calm Garden. Memang berbaloi. 

Jadual shuttle bus ke Nami Island, Petite France & Morning Calm Garden

Aku ambil teksi sebab tak nak tunggu lama. Bas dah terlepas masa aku sampai. Naik teksi lebih kurang 5 minit. Dekat sangat dan tambang cuma 3,200 won. 

Teksi Stand depan Gapyeong Station

Tourist Information depan Gapyeong Station

Banyak teksi menunggu. Bas stop kat seberang jalan je

Sampai di Jeti ke Nami Island dalam pukul 10.15 pagi. Sejuk sangat kat sini. Dari jeti ada dua pilihan untuk pegi ke Nami Island. Satu dengan menaiki feri. Satu lagi dengan flying fox. Kalau nak adventure bolehlah try. Nampak menarikkan.

Entrance ke kaunter tiket

Ada berani naik flying fox dikala cuaca sejuk begini?!

Terus beratur beli tiket. Harga tiket 8,000 won. Lepas tu beratur tunggu feri. Tak lama pun kena tunggu. Sekejap je. Ferinya agak besar boleh muatkan ramai penumpang. Selagi muat masuk je. 

Bayar tiket untuk visa a.k.a. tiket masuk

Gambar tiket mengikut musim

Sila beratur naik feri

Boleh berdiri di luar atau di dalam. Tempat duduk tak banyak. Berdiri pun takpe sebab jarak dekat je. Dalam 5 ke 10 minit je dah sampai. Di dalam feri ada disediakan kipas pemanas. Sesiapa yang kesejukkan bolehlah berdiri berhampiran kipas pemanas untuk memanaskan badan.

Feri luas. Tempat duduk sikit saje.

Kipas pemanas.

Sekejap je dah sampai. Ramai pengunjung di Nami Island ni. Mungkin sebab semalam hujan so keadaan tanah agak lembab dan becak. Ditambah dengan ais yang sedang mencair. Kena jalan berhati-hati sebab licin.

Nothing much to say. Just layan gambar je la...

Keluar je feri terus nampak ini

Tanda aku dah sampai sini

Tanah lembab sebab lepas hujan







Ada disediakan surau untuk solat, tapi kena share lelaki dan perempuan

Plan nak lunch nasi goncang di Nami Island. Cari punya cari tak jumpa. Last-last aku beli pau inti kacang merah. Makan panas-panas ketika cuaca sejuk membeku ni memang nikmatlah. Rasa sedap tak terhingga gitu kan. Sekarang di Nami Island dah ada restoran halal. So pada yang muslim boleh lah cuba dan tak perlu risau kelaparan kalau malas nak bawak bekal. 








Photo spot paling top







Apa yang boleh dibuat kat sini jalan-jalan dan ambil gambar.  Nak kata besar takdelah besar sangat. Nak kata kecil pun takdelah kecil tapi macam biasa aku memang selalu leka ambil gambar sampai terlajak masa.

Plan hari ni nak cover tiga tempat. Nami Island, Petite France dan Morning Calm Garden. Lebih kurang pukul 2.10 petang aku dah nak beredar nak ke Petite France. Sempat lagi. Tapi masa tengah gerak nak ke feri tetiba anak buah aku dua beradik ni panggil. Kitaorang tak datang sama pun ke Nami Island ni. Dorang dah berpisah dengan mak bapak dorang. 

So aku cakap kalau nak follow kitaorang message dulu kat mak bapak. Kang ada orang cari anak hilang. Dorang message tapi tak berbalas. So si kakak cuba tunggu si mak dan bapaknya di depan jeti. Tetiba ada annoucement bagitau nama si kakak dari Malaysia sila pegi ke information counter. 

Bila dorang dah pegi aku dan wife terus naik feri. Sekali sampai jeti tetiba wife aku dapat message dari kakak aku bagitau dorang tunggu kat jeti. Yang anak-anak dorang ada lagi kat Nami Island kena tinggal. Cuak gak la.

Tapi nasib baik budak-budak ni pun dah besar dan pandai gerak ambil feri datang ke jeti. So semuanya selamat. Sebab hal-hal ni dah makan banyak masa.

So tunggu shuttle bas. Tunggu lama sikit sebab baru terlepas bas. Sambil tunggu bas sambil makan ais krim dikala sejuk beku ni.


Pukul 3.40 petang bas sampai. Disebabkan hari pun dah hampir gelap. Aku terpaksa cancel pegi Petite France. So decided terus pegi Morning Calm Garden nak tengok lighting festival. 

Rupanya perjalanan dari Nami Island ke Morning Calm Garden sangat jauh. Lebih kurang 2 jam perjalanan. Dengan keadaan jalan yang bengkang bengkuk. Memang buat kepala pening. 

Lebih kurang pukul 5.45 sampai di Morning Calm Garden. Hari pun dah gelap. Shuttle bas terakhir pukul 6.30 petang. Aku dah takde masa kalau nak kejar last bas. So aku ape lagi terus beli tiket terus masuk. Masuk cuma nak ambil gambar je sebab takde masa. Memang tak dapat nak menikmati sangat suasana.



Tapi view sangat cantik. Cahaya-cahaya lampu yang mewarnai pokok-pokok sangat cantik. Suasana nampak romantik sangat. Biarlah gambar berbicara.














Kelam kabut ambil gambar. Lebih kurang 30 minit je aku jelajah. Memang berlari. Cukup 30 minit aku lari keluar nak kejar bas 6.30. Alhamdulillah memang ngam-ngam sampai. Bas tu tunggu aku sebab kakak aku minta driver tu tunggu kejap. Nasib baik. Aku lah last passenger. Bas terus bergerak. Tiket bas tak perlu bayar lagi. Hanya tunjuk tiket yang dah beli awal tadi. Senang gitu kan.

Lebih kurang 30 minit sampai di Gapyeong Station. Naik train balik sama macam pegi tadi. Terus balik Apartment sebab dah letih. Makan apa yang ada je.

Untuk hari ke tiga itinerary cuma tak dapat pegi ke Petite France je. Sedikit kempunan disitu. Takpe, semua ini ketentuanNya. Sambung hari keempat



3 comments: