Total Pageviews

South Korea - Day 8


Sabtu- 31.01.2015

Winter Holiday : Seoul


Hari ke 8 merupakan hari terakhir berada di Korea. Rindu Malaysia tapi aku rasa berat hati nak pulang. Rasa nak stay lama lagi kat sini. Dah jatuh cinta dengan Korea. 

Kitorang bangun lebih kurang pukul 5.30 pagi sebab nak kemas beg pakaian yang masih belum berkemas lagi. Selesai mengemas, breakfast apa yang ada untuk alas perut. 

Pukul 7.30 pagi aku check out dan terus gerak daripada hotel menuju ke airport. Kena sampai di airport selewat-lewatnya pukul 9.30 pagi sebab flight pukul 11.30 pagi.

Macam biasa aku naik subway dari Sindap Station line 2 (hijau) ke Sinseol-dong Station dan transfer subway line 1 (biru) untuk ke Seoul Station. Sampai di Seoul Station aku naik AREX (Airport Railway) untuk ke Incheon International Airport Station dengan harga 3,950 won seorang. Lebih kurang pukul 9.30 pagi sampai di airport. 

Di airport terus settle kan hal-hal check in dan pegi ke tempat menunggu. Sambil tunggu masa nak berlepas sambil tunggu family kakak aku sampai. Kali ni kitorang balik naik flight yang sama.


Tunggu dan tunggu sambil tengok-tengok sekeliling masih tak muncul juga family kakak aku. Masih tak nampak bayang dorang lagi. Tertanya-tanya sesama sendiri, tak sampai lagi ke dorang ni. Sampailah masa dah dekat nak boarding pun masih tak nampak lagi kelibat dorang.

Kitorang masuk dulu dalam flight sambil tunggu dorang masih tak nampak juga. Bila flight dah hampir nak gerak baru lah dorang masuk. Aku tanya kenapa lambat? Dorang kata kena tahan immigration sebab tak boleh bawak masuk cecair. Rupanya anak buah aku bawah masuk kastam lotion yang melebihi had. Dia pulak asyik merayu nak cuba juga bawak masuk. Tu yang kena masuk bilik kastam.


Flight berlepas dengan baik. Kali ni flight Vietnam Airlines akan transit di Hanoi dulu dalam masa sejam lebih lepas tu baru bertolak ke KLIA. 



Alhamdulillah selamat tiba di KLIA pada pukul 8.00 malam waktu Malaysia. InsyaAllah jika ada rezeki aku akan ke Korea semula. Mungkin lepas ini datang pada musim luruh (autumn) pulak dan teroka bahagian lain dan attraction lain yang aku tak sempat cover di Korea.

Kesimpulan 

Pada aku Korea memang sangat best untuk dikunjungi. Negaranya nampak lebih moden dari segi teknologi. Pengangkutannya juga menggunakan teknologi moden. Orang-orangnya juga nampak baik belaka. Akan membantu kita sehabis baik. 

Dari segi bahasa memang mereka lebih mengagungkan bahasa ibunda mereka. Agak sukar juga berkomunikasi di sana. Kerana kebanyakkan daripada mereka tidak fasih berbahasa inggeris. Tapi anak-anak muda mereka ada sebahagiannya yang sudah boleh berbahasa ingggeris walaupun hanya basic saja.

Bagi sesiapa yang nak melancong ke Korea tanpa menggunakan khidmat tour guide, jangan risau atau takut. InsyaAllah mudah saje. Yang penting rajin buat research. Pengangkutan ke tempat-tempat menarik sangat mudah dan menepati masa. 

Dari segi makan, bergantung kepada tekak masing-masing. Kalau jenis tekak international memang senang. Kalau tekak melayu, lebih baik bawak makanan seperti sambal ikan bilis atau makanan instant berahim. Nasi boleh beli di convenient store. Untuk makanan halal boleh survey siap-siap. So senang nak cari nanti. Di Itaewon paling mudah nak cari makanan halal.

Untuk pakaian pula, kebetulan masa aku datang adalah musim sejuk (winter) so, aku pakai sekurang-kurangnya 3 lapis baju. Long john, sweater dan winter jacket. Tak lupa juga winter boat, glove dan juga mafla (muffler). Waktu winter cuaca dorang memang sejuk gile. Kalau waktu berangin lagi bertambah sejuk. So kena siapkan diri dari segi mental dan fizikal dengan keadaan cuaca yang amat sejuk ini. 

Kena pastikan minum air banyak. Jangan lupa sapu losen dan lip balm untuk elakkan kekeringan. Boleh standby heat pad. Kalau waktu tengah berjalan-jalan tu, dah tak tahan kesejukan boleh gunakan head pad sebagai pemanas. Kalau terlampau sejuk boleh gunakan mask untuk tutup sebahagian muka. Macam wife aku sampai merah hidungnya rasa macam nak frost sebab terlampau sejuk. So dia pakai mask dan tutup dengan mafla. Macam ninja pun ada. Tapi itukan pengalaman.

Korea merupakan negara empat musim. Bila waktu sesuai melancong ke Korea? Ini terpulang kepada individu itu sendiri. Apa yang korang nak? Kalau nak rasa salji datanglah waktu winter. Kalau nak tengok daun berwarna warni datanglah waktu autumn dan kalau nak tengok bunga-bunga datanglah musim spring. Musim panas, hmmm pada aku sama je dengan Malaysia yang panas sepanjang tahun. Tapi Malaysia panas lembab. Korea panas kering. So, pikirlah sendiri.

Ramai yang kata musim paling cantik ialah musim luruh (autumn) dan juga musim bunga (spring).

Musim di Korea seperti berikut :-

  1. December to February - Winter (musim sejuk)
  2. March to May - Spring (musim bunga)
  3. Jun to August - Summer (musim panas)
  4. September to November - Autumn (musim luruh)
Dari pengalaman aku salji lebih tebal di kawasan pendalaman pada bulan Januari. 

Musim bunga pula berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain. Seperti contoh, di Jeju bunga sakura keluar pada pertengahan bulan March, di Busan awal bulan April manakala di Seoul pertengahan April.

Musim luruh pulak, waktu yang terbaik adalah penghujung bulan Oktober dan awal November. Kalau datang awal, nampak daun tu hijau saje. Kalau lewat November pulak pokok-pokok dah tonggel sebab semua daun dah pun gugur.

Rasa itu saja kesimpulan yang boleh aku buat setakat ini. Kalau ada penambahan, aku akan update semula.


No comments:

Post a Comment