Total Pageviews

Ipoh - Day 2

Isnin - 02.05.2016

Road trip to Ipoh : Ipoh Wall Art Mural


Hari kedua kitorang keluar lambat. Cuti-cuti ni liat pulak nak bangun. Dah alang-alang lambat tu terus keluar tengahari dan check out sekali. 

Lepas settle hal check out, singgah kejap kat kedai mamak area situ untuk isu perut dulu. 

Aktiviti pertama hari ini ialah misi ke Ipoh Wall Art Mural di Jalan Bijeh Timah. Dikenali juga dengan nama Art of Oldtown. Kat sini lebih kurang sama dengan mural kat street of Penang's Georgetown tu. Pelukisnya pun orang yang sama. Gambar tak sebanyak macam kat Penang. Ada 7 art mural di sekitar kawasan ni.

Lokasi mural. Sumber Internet

Masa aku pegi ni tengahari buta. Panas gile waktu ni. So yang mampu berjaya ambil 3 foto je. Yang lain tak mampu nak terjah. Panas terik wei...

Old uncle with coffee cup

Evolution

Paper plane

Tempat ni memang nampak sangat 'oldtown' nya. Kedai-kedai pun design lama-lama dan usang. Menarik juga pada aku. Dalam pada panas-panas tu sempat juga jalan kat Concubine Lane yang juga dikenali dengan nama Lorong Panglima. Macam-macam kraftangan dan souvenir ada jual disepanjang lorong ni. Kedai makan pun ada juga.



Masa jalan-jalan tu terjumpa pulak kedai makan Nellis Deli. Terus kitorang masuk untuk makan tengahari. Cantik design kedainya. Aku suka.

Kitorang makan nasi ulam, chicken chop dan air buah. Puas hatilah dengan makanannya. Memang sedap.



Lepas makan terus keluar jalan sikit kat kawasan tu lagi. Jumpa kedai dessert yang top kat sini iaitu Patisserie Boutique. Tak singgah masuk pun. Baru lepas makan. Dah kenyang gile. Kebanyakkan kedai-kedai kat sini ala hipster. Memang menarik.


Ambil gambar sikit kat area sini. Lepas tu terus balik ke kereta nak gerak ke tempat seterusnya. Malas pulak nak lama-lama kat sini sebab tersangatlah panas waktu ni. Kalau pegi petang-petang sikit mesti ok. Menyesal plak tak pegi petang semalam je.

Walaupun kawasan buruk dan lama tapi nampak menarik

Berani masuk toilet yang dah usang ni ke..?

Usang dan terbiar tapi berpenghuni

"There is no reason to have Plan B because it distracts from Plan A"

Seterusnya kitorang nak gerak ke destinasi lain. Memula cadang nak ke Taiping tapi memandangkan nanti balik KL lewat sangat, so kitorang cancel kan aje. Tukar plan pegi tengok apa ada dengan cinta. Eh! Bukan. Apa ada kat Taman Rekreasi Gunung Lang pulak. Dengarnya ada air terjun. 

Sampai sana rupanya air terjun tu adalah air terjun buatan. Air terjun buatan ini adalah yang tertinggi di Malaysia. Tapi masa kitorang datang tengah buat renovation. Jadi air terjun tu tidak beroperasi. Taman permainan pun ada kat sini. 

Aktiviti lain yang boleh dibuat kat sini ialah naik bot ronda-ronda kawasan tasik. Kitorang tak naik pun sebab panas sangatlah. Lain kali je la.

Aku cuma ambil gambar je kat sini. Tak lama pun. Lepas tu terus cari stesen petronas nak solat zohor dulu. Dah pukul 3 lebih waktu ni.


Lepas solat kitorang decided nak pegi balik ke Tasik Cermin sebelum balik. Sebab tak puas hati dengan reflection air tu selepas wife aku tunjuk gambar orang lain kat Instagram malam tadi.

Kitorang sampai kat Tasik Cermin ni semula lebih kurang pukul 4 lebih. Masa sampai adalah beberapa orang dah nak balik. Pastu tinggal kitorang berdua je kat situ. Lama juga. Seperti tempat tu ana yang punya. 

Kali ni reflection kat air tu lebih jelas. Tapi sesekali angin pulak datang bertiup. So hilanglah semula reflection tadi.




Memang terasa sunyi sepi bila takde orang. Ditambah dengan cuaca yang sangat redup waktu ni. Suasana memang tenang sangat. Sesekali angin bertiup menggugurkan daun-daun. Terasa seram pun ada. Itu wife aku lah yang rasa.




Agak-agak ada ke orang buat keje macam kitorang. Berulang kali datang ke sini dalam masa terdekat. 

Tengah syok layan view, tetiba datang geng bangla nak pegi memancing. Ada ikan talapia dan ikan apa ntah ade kat sini katanya. Betul-betul kacau daun. Abis berkocak air akibat dayungan bangla ni. Kesian kat orang yang datang kemudian.


Lebih kurang pukul 5 lebih kitorang gerak dari situ nak balik KL. Sebelum tu singgah di stesen petronas nak solat Asar dulu. 

Pukul 6 gerak balik. Ingatkan nak ikut jalan lama, lepas tu keluar tol Gopeng. Nak elak jalan jem dari tol Simpang Pulai. Sekali sampai kat traffic light mana ntah jem langsung tak gerak. So kitorang decided patah balik dan keluar ikut tol Simpang Pulai. Mula-mula jalan ok sikit. Lepas tu jalan slow sampai le ke KL. 

Sampai rumah pukul 1 pagi. First time redah jem panjang dan lama macam ni. Baru tau macam mana rasa orang balik kampung jauh-jauh time raya. Almaklum lah, kitorang kampung cuma jarak satu jam je dari KL.

Ipoh - Day 1

Ahad - 01.05.2016

Road trip to Ipoh : Tasik Cermin, Gunung Rapat, Ipoh.


Sempena cuti Hari Pekerja yang jatuh pada hari Ahad dan cuti digantikan pada hari Isnin, aku dan wife ambil keputusan buat short trip ke Ipoh. Hajat di hati nak tengok dengan mata sendiri keindahan Tasik Cermin.


Kitorang bertolak dari rumah pukul 9.00 pagi. On the way ke Ipoh, singgah di Tanjung Malim makan di Restoran Yik Mun yang terkenal dengan pau nya sejak dari tahun 1926 lagi. Gitu macam iklan dah bunyinya. Sampai di restoran tu punya lah ramai orang. Penuh. Nasib baik masa kitorang masuk ada satu meja dorang dah settle makan.

Kitorang hanya makan pau ayam, pau daging dan mee hainan. Pau ayam sedap. Pau daging kureng sikit sebab rasa daging tu terlalu kuat. Mee hainan ok lah cuma masin sikit. Aku minum air teh o panas harga RM3.20. Hmmm....boleh tahan harga.


Selesai makan kitorang terus gerak ke Ipoh semula lebih kurang pukul 11.00 pagi. Tempat persinggahan seterusnya ialah Tasik CerminUntuk ke Tasik Cermin kitorang ambil Exit Simpang Pulai. 

Lepas Tol Simpang Pulai, sampai traffic light masuk kanan. Lepas tu jalan terus lebih kurang 4 km tengok belah kanan akan nampak ISUZU ACM Automotive. Jadi kena u-turn kat mana-mana yang rasa selamat. Sampai di ISUZU ACM Automotive masuk kiri dekat kedai tayar. Jalan terus je. Mula-mula jalan tar lepas tu akan melalui jalan berbatu. Ikut jalan tu sampai nampak ada macam rumah dekat dengan bukit-bukit batu kapur. Kat situ lah tempatnya.

Aku park kereta kat tepi jalan tu je. Tempat ni adalah kawasan kuari dan merupakan kawasan persendirian. Jadi jalan memang berdebu.


Masa aku datang ni, kereta tidak dibenarkan masuk. Dorang tutup gate. Mungkin sebab hari cuti kot. Jadi takde lah aktiviti memecah kuari berjalan. 


Kena masuk jalan kaki menghala ke arah bukit kuari tu. Nanti akan nampak sebuah gua. Masuk dalam gua tu lebih kurang dalam 50 meter. Sebab kat luar tadi terang benderang, masuk gua ni je terus dunia menjadi gelap.



Lepas tu..... tadaaaaaa... nampak dah Tasik Cermin yang cantik tu....


Tak sangka kan, disebalik bukit bukau ni ada tersembunyi sebuah tasik yang cantik. 

Aku tau pasal Tasik Cermin ni pun daripada wife aku. Dia nampak kat media sosial sapa ntah masa tu. Pastu dia terus google cari info dan hari ini berjaya juga datang ke sini. Alhamdulillah. Memang cantik tasik ni. Cerita banyak pun tak guna. Meh! Kita layan gambar.




Kebetulan masa aku datang ni memang tengah panas terik tapi berangin. Air tasik tu tak berapa tenang. Jadi reflection kat air tu tak berapa nampak sangat. Hanya nampak kat beberapa tempat je.



Lama gak kitorang lepak sini. Biasalah, wife aku kalau dah bergambar memang lupa dunia sikit. Gambar sama tapi ambik berpuluh kali. Layankan aje lah.

Tak dapat dinafikan, tasik ini sememangnya terlalu cantik. Sukar nak dilepaskan daripada pandangan mata. Melihat dengan mata sendiri lebih cantik daripada dalam gambar. Puas hati akhirnya dapat juga datang ke sini.




Dalam pukul 2 lebih kitorang gerak dari Tasik Cermin menuju ke Ipoh. Memandangkan badan pun dah berlengas dan berdebu kitorang decided terus check in dulu. Bolehlah bersih dan segarkan badan. 

Aku booked Golden Roof Hotel melalui booking.com untuk satu malam dengan harga RM108.00. Saje cari yang murah asalkan bilik dan bilik air bersih. Untuk tido je pun. Lagi pun kitorang nak save budget jugak untuk next trip hujung tahun nanti.


Lepas solat Asar kitorang keluar balik nak makan. Tengahari tadi tak makan lagi. Kenyang makan kat Restoran Yik Mun tadi.

So untuk lunch cum hi-tea, kitorang pegi ke Greentown Dimsum Cafe. Aku order nasi goreng sebab perut dah terasa lapar. Wife aku order dimsum. Dia memang dah mengidam sangat nak makan dimsum. 

Nasi goreng dan dimsum kat sini memang sedap.



Selesai makan kitorang pegi ambil gambar kat Padang Dataran Majlis Bandaraya Ipoh sekejap. Sebelah je dengan blok restoran dimsum tadi tu.


Lepas tu terus gerak ke Stesen Keretapi, Ipoh. Saje-saje nak ambil gambar sebab bangunannya cantik.




Hari pun dan Maghrib, masa nak balik tu ternampak notis bagitau pukul 8 malam ada pertunjukan air pancut. Dah alang-alang nak dekat pukul 8 so kitorang tunggu lah kejap. Solat Maghrib kat surau stesen keretapi je.

Masa tengah aku berdoa lepas abis solat kat surau tu, adalah terdengar orang ambik air sembahyang. Tapi aku tunggu-tunggu tak muncul juga orang tu. Bila aku dah abis tu tengok kat tempat wuduk tu dah takde orang. Eh! mana pegi orang tadi. Tak solat ke? 

Tepat pukul 8 bermula lah pertunjukkan air pancut. Boleh lah layan sekejap.



Lepas tengok air pancut tu, kitorang gerak ke Gerbang Malam di Jalan Dato Tahwil Azhar. Gerbang Malam ni macam pasar malam kat Chow Kit. Macam-macam ada dijual kat sini.


Aku cuma ronda-ronda je. Wife aku sempat juga lah beli selipar jepun. Ganti seliparnya yang putus masa pegi Sungai Lembing hari tu. Jauh cari sampai ke Ipoh beli selipar jepun.

Dinner kitorang makan nasi lemak dan char kuey tiaw kat depan Gerbang Malam tu aje. Ada satu stall char kuey tiaw. Char kuey tiaw sedap juga. Nasi lemak biasa-biasa je pada aku. 


Lepas makan terus balik hotel. Sambung hari kedua pulak.