Total Pageviews

Siem Reap : Day 4

Trip Passport Baru - Home Sweet Home


Rabu - 08.01.2020


Di hari ke empat, pukul 6.45 pagi kami keluar menuju ke Airport. 



Sampai di Airport baru kami settlekan bayaran tuk-tuk. 


Kemudian kami masuk ke dalam cari makanan untuk breakfast sebelum check in. Nampak ada Starbuck Cafe so beli cookies dan coffee untuk isi perut dulu. Kemudian jalan-jalan tengok barang di kedai duty free sementara tunggu masa nak boarding.



Kecil saje Airport Siem Reap ni.


Bila gate dah bukak terus beratur untuk boarding. Flight berlepas seperti masa yang ditetapkan.



Selepas beberapa minit berlepas makanan dihidangkan. 



Lepas makan kami tido. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Alhamdulillah penerbangan lancar. Kami selamat sampai di KLIA2 pukul 9.30 pagi waktu tempatan.

Terus ambil ERL berhenti di Putrajaya Sentral. Kemudian terus ke Cyberjaya makan tengahari di Sport Arena Cafe Cyberjaya makan ikan bawal goreng.

Selesai makan, kami terus balik ke rumah. Berehat dan unpack semua barang.

Siapa sangka ini merupakan travel terakhir kami sebelum dunia dilanda virus covid-19. Cop pertama passport kami yang baru saje di renew. Ada satu flight aku ke Kumning, China untuk bulan November 2020 yang kami sudah beli terpaksa dibatalkan. 

Sedih rasanya sebab dah setahun lebih kita tak dapat travel ke luar negara. Semoga virus ini cepat hilang dan kita dapat kembali mengembara di dunia Allah ini dengan selamat selepas ini.

Perbelanjaan hari ke empat :-
  1. Bayar Tuk Tuk - USD31 (termasuk airport transfer USD5)
  2. Starbuck Cafe - USD5.10
Total = USD36.10


ERL - RM37.60
Parking - RM25.45 (3 hari)
Flight (termasuk seat+makan) - RM535
Perbelanjaan 4 hari - RM1,318 ( USD319.10 )

Total perbelanjaan keseluruhan trip - RM1,916.05


Siem Reap : Day 3

Trip Passport Baru - Angkor Wat, The Killing Field, Royal Residence & Pub Street


Selasa - 07.01.2020


Di hari ke tiga seawal pukul 5.20 pagi, selesai solat subuh kami keluar. Driver tuk tuk sedia menanti kami di luar hotel. Kami terus bergerak menuju ke Angkor Wat demi mengejar sunrise. Perjalanan dari hotel mengambil masa lebih kurang 15 minit.



Sampai di Angkor Wat, dalam kegelapan pagi kami jalan kaki  mencari tasik yang menjadi lokasi utama spot mengambil gambar matahari terbit bersama refleksi Angkor Wat di permukaan tasik.


Dalam perjalanan menuju ke spot utama, kami jalan di laluan terapung di atas tasik dan pada masa ini juga kami di usha freelance tour guide yang cuba menawarkan service tour di Angkor Wat. 


Tak pasti berapa bayaran tour guide yang dikenakan sebab kami jual mahal masa dorang usha dengan alasan kami nak explore sendiri. Sebenarnya amat digalakkan ambil tour guide bagi mendapatkan info lebih terperinci berkaitan Angkor Wat dan mereka akan bawa ke tempat spot terbaik untuk ambil gambar.


Sampai saje di tasik, seperti yang dijangka, orang ramai telah memenuhi ruang hadapan tasik. Macam takde peluang nak dapatkan gambar tanpa kepala manusia yang ramai.



Jangan putus asa, boleh guna monopod, tripod atau stick untuk dapatkan gambar cantik walaupun ramai orang di hadapan. Kecuali kalau diri tu tinggi dan tangan panjang mungkin ok je.


Kami terlepas sikit cahaya cantik sebab tercari-cari angle sesuai di celah-celah manusia. Tapi yang kami dapat ni kira cantik juga lah pada kami.


Agak lama juga kami habiskan masa di sini hanya ambil gambar sunrise. 


Bertukar-tukar lokasi dan angle.



Dari gelap hingga hari dah terang, kami masih di tasik ini lagi. Padahal ramai yang dah mula beredar mulakan tour dalam sekitar temple.



Namun masih ada juga yang masih lepak di tepi tasik. Bila fikir balik rasa buang masa juga habiskan banyak sangat masa di sini. Sedangkan yang lain ramai dah masuk ke dalam Angkor Wat.


Selepas puas hati bergambar, kami pun gerak masuk ke dalam Angkor Wat untuk melihat apa yang menariknya di sini.




Kami tak pasti nak mula dari mana. Belasah aje la. Kami jalan ke hujung temple di bahagian kanan sekali. Kemudian naik tangga ke atas dan mula dari laluan sebelah tepi.



Angkor Wat adalah tarikan pelancongan utama bagi Cambodia dan merupakan kuil hindu terbesar di dunia dengan keluasan 162.6 hektar. Temple ini telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 1992.



Asalnya kuil ini dibina sebagai kuil hindu yang ditujukan kepada tuhan Wisnu semasa Empayar Khmer iaitu Khmer King Suryavarman II pada awal abad ke-12. Namun ia berubah secara beransur-ansur menjadi kuil Buddha menjelang akhir abad ke-12.



Kuil ini dibina dengan gaya klasik seni bina Khmer yang tinggi dan telah menjadi simbolik bagi Cambodia. Kuil ini dibina dengan gabungan dua pelan asas seni bina iaitu gunung dan galeri. Ia direka untuk mewakili Gunung Meru iaitu rumah dewa dalam mitologi Hindu.



Angkor Wat yang berorentasikan ke barat ini dikagumi dengan kemegahan seni binanya serta terdapat banyak ukiran-ukiran menghiasi dindingnya yang menceritakan kisah sejarah dan lagenda Cambodia. Terdapat juga ukiran-ukiran yang mengambarkan kehidupan harian para sami di masa lalu.


Lama juga kami habiskan masa di sini. Ada banyak spot-spot menarik untuk bergambar. Makin lama di sini cuaca pun semakin panas, orang semakin ramai, kami dah mula rasa sedikit rimas.



Sebab dah lama di sini, jadi kami ambil keputusan keluar dari sini. Rasa jauh juga nak keluar balik. Kena pusing keliling Angkor Wat ni dengan cuaca panas dan matahari yang semakin terik.



Kalau masa datang pagi tadi gelap gelita, masa balik ni dah siang, jadi baru nampak tasik yang kami lalu pagi tadi.



Sampai di tempat parking, kami tercari-cari tuk tuk kami. Tadi masa  datang pagi masih gelap. Driver pesan, dia tunggu di sebelah kiri, tapi tak pasti kiri bahagian depan ke kiri bahagian belakang.


Akhirnya aku sms beritahu lokasi kami. Tunggu sekejap masih tak nampak bayang. Try call pulak. Tak lama tu driver tuk tuk muncul. Dengan suara tension dia kata dah bagitau dia tunggu di bahagian kiri belakang jauh sana. 

Lepas tu driver tanya nak makan ke, kalau ikutkan kami masih kenyang. Tapi risaukan dia tak makan lagi sebab tunggu kami, jadi kami kata ok la. Dengan suara dan muka macam orang takde mood dia kata sakit kepala. Lepas tu dia cakap biasa orang habis melawat Angkor Wat pukul 8 atau 9 pagi. Kami pulak lama sangat. Eh! Boleh pulak macam tu. Ikut suka kami lah kan.

Driver tuk tuk bawa kami ke Angkor Halal Restaurant. Masa ni perut tak lapar lagi. Jadi kami hanya order mee goreng satu dan air. Kami share. Tengok driver tu makan nasi siap tambah lagi. Ni mesti kes lapar tunggu kami lama. Lepas tu dah kurang mesra dengan kami. Hmmmm...



Selesai makan, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Bayon Temple.  Sebelum sampai ke Bayon Temple, kami berhenti di Tonle Om Gate untuk ambil gambar deretan patung yang diletakkan di sepanjang jambatan ini. 



Sayangnya, banyak patung-patung dah pecah-pecah, sebahagiannya hanya tinggal badan dan tidak berkepala.



Selesai ambil gambar kami terus menuju ke Bayon Temple. Sebenarnya ada banyak sangat temple di sekitar kawasan ini. Temple ini merupakan antara temple yang wajib dan popular dilawati sebab di temple ini terdapat banyak ukiran muka di setiap batu yang menghadap ke setiap penjuru.



Cuaca semakin panas terik waktu ni. Tapi kami redah juga masuk ke dalam untuk lihat temple ini lebih dekat. Sebab dari jauh tak berapa nampak ukiran-ukiran muka tu.


Masuk saje ke kawasan temple boleh nampak banyak runtuhan-runtuhan batu di bahagian luar. Ternyata strukturnya tidak cukup kuat. 



Kami terus masuk ke dalam lagi dengan hajat hati mencari ukiran muka budha yang paling besar.



Tapi malangnya pengunjung tidak dibenarkan naik ke atas untuk melihat lebih dekat muka budha besar itu kerana telah ditutup atas faktor keselamatan.


Temple Budha ini telah dibina oleh Raja Jayavarman VII. Temple ini telah mengalami beberapa perubahan, dari awalnya menjadi temple bagi agama budha, kemudian menjadi temple bagi agama hindu sebelum bertukar menjadi temple bagi aliran Theravada.



Di temple ini terdapat 37 buah tower dan 5 pintu masuk di setiapnya mempunyai 4 muka budha besar.



Terdapat juga ukiran-ukiran lain yang menarik di dalam temple ini.

 

 

Besar juga temple ni tapi ruang agak sempit. Jadi kami ambil keputusan keluar daripada dalam temple meninjau di bahagian luar pula.



Kami tak explore keseluruhan temple sebab risau juga takut runtuh ke. Dengan ruangnya yang sempit, bila bertembung dengan pengunjung lain jadi kurang selesa.


Selepas bergambar di bahagian luar kami ambil keputusan keluar daripada temple. Cuaca pun semakin terik waktu ni. Rasa makin rimas pula dengan badan yang berpeluh.


Keluar saja dari temple terus cari tuk tuk dan beredar menuju ke destinasi terakhir di sekitar Angkor Wat ni iaitu Ta Prohm atau lebih dikenali dengan Tomb Rider Temple.


Sampai saje di Ta Prohm, kami kena jalan kaki dalam kawasan hutan lebih kurang sekitar 10 minit untuk sampai ke temple.


Masa ni tak berapa ramai sangat orang. Nampak cantik juga struktur temple lama ni. 




Ada nampak banyak juga runtuhan-runtuhan batu binaan.



Ta Prohm menjadi salah satu kuil yang terkenal dikalangan pelancongan selepas filem Tomb Raider lakonan Angelina Jolie. 


Uniknya di kuil ini terdapat pokok dengan batang tinggi berwarna silver dan akar besarnya mencengkam struktur batu bangunan kuil.



Tempat ini menjadi tumpuan pelancong mengambil gambar. Jadi kena bersabar tunggu giliran ye. Bila sampai giliran sendiri rasa segan nak berposing sambil diperhatikan orang lain.



Selepas bergambar, kami tinjau lagi sekitar kuil bagi tujuan mencari lokasi kepala budha dicelah akar pokok besar. 



Kami tak tau lokasi sebenar. Asal nampak akar pokok besar saje kami tinjau tapi masih tak jumpa. Tapi menurut ofismate wife yang baru saje datang ke sini, memang susah nak jumpa sebab akar dah menutupi kepala budha.


Risau juga bila lalu di celah-celah laluan sempit dengan struktur batu yang tidak kukuh. Nampak seperti bila-bila masa saje boleh runtuh.


Walaupun kami tak jumpa kepala budha dicelah akar pokok, tapi kami rasa kagum dengan keunikan pokok di sini. Kagum melihat pokok dengan batang seperti warna perak. Kagum dengan ciptaan Allah. SubhanAllah. 



Selepas meninjau sekitar kuil, kami mula melangkah keluar. Berhenti rehat sekejap di satu platform sambil melihat gelagat pengunjung. Panas berlingas.


Tak lama kemudian kami beredar keluar. Maka tamat sudah lawatan temple kami. 

Kami jalan kaki melalui laluan hutan tadi semula menuju ke tempat parking tuk tuk. Dalam perjalanan kami diusha budak-budak tempatan yang menjual cenderahati. Wife aku beli banyak fridge magnet untuk diberi kepada ofis mate. Sebab dia beli banyak, maka datang pula budak-budak lain usha kami. 

"Tapi dik, kami dah banyak beli tadi. Maaf ye". Berlakulah adegan pujuk rayu supaya kami beli lagi. Rimas juga.

Sampai saje di tuk tuk yang sentiasa siap sedia menunggu, kami terus gerak menuju ke Wat Thmey (Killing Fields). Sampai saje kami terus beli tiket masuk USD3.00 di kaunter tiket.



Kemudian masuk ke dalam untuk pengesahan tiket di kaunter. Lepas tu baru boleh masuk untuk mulakan lawatan. 

Kami ke sini sebab tempat ini merupakan salah satu daripada lebih 300 lokasi tempat berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Kemboja yang berlaku pada tahun 1975 hingga 1979.


Tak tahu dari mana nak mulakan. Kami nampak ada sebuah rumah kecil. Kami terus naik anak tangga dan masuk ke dalam. Rupanya rumah kecil ini seperti muzium. Di dalamnya terdapat pameran gambar-gambar kisah dan lukisan gambaran kejadian pembunuhan beramai-ramai dan keganasan yang berlaku di Kemboja oleh rejim Khmer satu ketika dulu.



Muzium ini dijadikan sebagai peringatan dan memberi penghormatan kepada mangsa pembunuhan. Melihat gambar-gambar yang dipamerkan, kami dapat rasakan zaman kegelapan mereka dan sejarah ngeri yang mereka hadapi. 



Sentiasa hidup dalam ketakutan, kehilangan orang yang tersayang dan menyaksikan kekejaman yang dilakukan cukup meruntumkan hati. Bertapa rakusnya manusia. Kadang tak faham apa yang mereka dapat atas tindakan kejam yang mereka lakukan. Adakah kepuasan hati? 


Selesai lawatan di dalam muzium, kami buat lawatan di bahagian luar pula. Melawat lokasi tempat mayat mangsa pembunuhan dicampak beramai-ramai.




Kemudian kami lihat sebuah binaan seperti kuil yang dijadikan tempat meletak tengkorak mangsa pembunuhan yang telah dikebumikan di dalam sebuah kubur yang besar. Menurut sumber hasil penyelidikan, sejumlah 1,386,734 orang mungkin telah dibunuh dan beratus ribu atau juta orang cedera.



Di satu sudut ada seorang warga tua tempatan. Beliau sentiasa berada di tempat ini untuk bercerita dan memberi gambaran jelas kepada pengunjung tentang pengalaman beliau yang merupakan salah seorang mangsa peristiwa ngeri ini. 



Kawasan ini kecil saja. Sekejap saja masa yang diambil untuk meninjau sekitar kawasan. Pada aku, tak banyak benda yang dapat dilihat semasa melawat di sini. Kalau nak skip tempat ni sebenarnya pun ok.


Tiada apa lagi yang menarik, kami terus naik tuk tuk dan beredar dari sini menuju ke Royal Residence.  

Di hujung selatan The Royal Independence Park ada sebuah villa putih. Villa ini merupakan kediaman rasmi Raja Kemboja dan keluarga ketika berada di Siem Reap. Royal Residence ini tidak dibuka untuk lawatan orang awam. Hanya boleh ambil gambar dari luar saje. 


Tiada apa yang menarik sangat di sini sebenarnya. Binaan villa ini pun biasa-biasa saje. Selepas ambil gambar kami jalan disekitar taman di sini. Kebetulan ada pameran. Tapi kami tak pasti pameran tentang apa. Kami hanya tinjau sekejap.

Dari gambar yang dipamerkan mungkin tentang hubungan diplomatik dan pencapaian Kemboja. 




Terdapat juga pameran gambar-gambar zaman kegelapan Kemboja suatu ketika dulu. Tak banyak info yang kami dapat sebab semuanya dalam bahasa Kemboja.




Selesai meninjau, kami minta driver tuk tuk bawa ke Muslim Family Kitchen Restaurant. Perut dah lapar gile. Sampai di sana kami order tomyan dan dua nasi putih. Kemudian kami tapau nasi goreng dan popia untuk makan malam.


Selesai makan kami terus balik ke hotel. Sampai di hotel mandi, solat dan berehat hingga tunggu maghrib. Penat juga hari ni. Ditambah dengan cuaca panas dan badan berpeluh terasa rimas juga nak jalan-jalan lama. Selepas solat maghrib kami makan malam makanan yang kami tapau siang tadi.



Selepas solat isyak, kami keluar ke Pub Street.


Di Pub Street ni suasananya lebih happening. Kira macam nightlife di Siem Reap lah. Di sini meriah dengan bar-bar, pub dan lampu-lampu. Ada kiosk-kiosk kecil di tepi jalan. Restoran pun banyak. Memang ramai pelancong luar di sini berhibur dan makan malam. 



Live band di sana sini. Meriah. Kami jalan-jalan sambil melihat pemandangan lampu yang berwarna-warni dan pelbagai gelagat manusia.




Kami jalan hingga ke hujung dan patah balik. 




Kemudian singgah beli ais krim. Macam menarik je ais krim ni, kalau datang sini mesti cuba.





Lepas makan kami terus balik ke hotel. Sambung esok hari ke empat, iaitu hari terakhir di Siem Reap. 

Perbelanjaan hari ke tiga :-
  1. Angkor Halal Restaurant - USD5
  2. 17 Fridge Magnet - USD6
  3. Killing Field Ticket - USD3 x 2 = USD6
  4. Makan tengahari + tapau - USD9
  5. Ambil gambar kala jengking - USD1
  6. Aiskrim - USD2.50
Total = USD29.50