Total Pageviews

New Zealand : South Island - Day 9

Summer Road Trip - Clay Cliffs, Lake Ohau, Lake Middleton, High Country Salmon, Lake Pukaki, Hooker Valley Track, Mount Cook & Lake Tekapo


Rabu - 28.11.2018


Pejam celik, pejam celik, rupanya dah hari ke 9 kami berada di bumi kiwi yang indah ini. Semakin hari semakin liat nak bangun pagi. Alangkah bestnya kalau dapat bangun lewat sikit. Tapi bila fikir balik rasa rugi pula. Kalau nak tidur baik duduk rumah saje.


Hari ni kami keluar agak lewat. Selepas makan dan kemas barang, kami pulangkan kunci di pejabat. Kemudian terus beredar dari Lake Ruataniwha Holiday Park & Motels menuju ke destinasi pertama hari ini iaitu Clay Cliff

Destinasi kami ni patah balik ke bawah semula sebab wife nak juga pergi ke sini. Sepatutnya kami ke sini semalam tapi aku skip sebab semalam waktu sampai di sini dah lewat walaupun hari masih terang lagi. Aku plan terus ikut itinerary hari ni saje. Tapi wife tetap nak pergi juga. Jadi aku turuti saje hajatnya.

Jarak ke Clay Cliffs dari holiday park lebih kurang 31 kilometer. Dijangka mengambil masa 25 minit. Sebelum tu singgah dulu di stesyen Mobil Twizel untuk topup petrol. Apabila menghampiri destinasi, kena lalu jalan tak berturap dan berbatu-batu sehingga nampak signboard.


Jalan lagi ke depan sehingga jumpa pintu pagar sebab tempat ni private property.


Sebelum tu kena bayar NZD5 untuk satu kenderaan. Masukkan entrance fee tadi dalam box kecil yang disediakan di tepi jalan. Jangan tak bayar pulak atau buat-buat tak nampak. Allah Maha Melihat ok! Dan satu lagi dorang dah pasang CCTV betul-betul menghala ke box tu.

Buruknya

Lepas bayar fee silalah masuk. Tapi kena layan diri. Turun kereta lepas tu buka sendiri pintu pagar. Selepas melepasi pagar tu kena turun kereta dan tutup balik pagar tu tadi. Lepas tu baru boleh terus drive masuk ke dalam sehingga jumpa kawasan lapang untuk parking kereta.


Dari jauh dah boleh nampak Clay Cliff. Nak ke sana kena jalan kaki masuk ke dalam lagi. Boleh tahan juga jauhnya. 


Masa kami jalan kaki tu tak terasa sangat jauhnya sebab kami jalan sambil layan pokok lupin yang tumbuh di tepi laluan di celah-celah semak. 



Masa ni hanya kami berdua saje yang ada di sini. Mungkin masih awal pagi lagi.



Lebih kurang 10 ke 15 minit jalan kaki, kami sampai di tempat berbatu tinggi ini. 


Nampak cantik dan menarik formasi batu-batu tinggi ni. Kemudian kami masuk ke dalam lagi untuk lihat keadaan di bahagian dalam dengan lebih dekat.



Kami masuk dan ke bahagian tengah. Rasa seperti berada di canyon dengan dikelilingi batu-batu tinggi tajam. Antara batu tinggi ini dipisahkan pula dengan juram yang curam dan sempit.



Clay Cliffs ni terletak 10 kilometer dari Omarama. Apa yang menariknya di sini adalah pembentukan batu kerikil semula jadi tinggi dengan puncak tajam dan menyajikan pemandangan yang luar biasa.



Menurut sumber, ia terbentuk akibat aliran daripada glasier lebih sejuta tahun dulu yang terdiri daripada lumpur dan batu. Secara jujurnya, aku rasa sangat kagum melihat formasi batu-batu seperti ini. Melihat kejadian alam seperti ini membuatkan kita merenung betapa hebatnya ciptaan Tuhan.



Kami hanya ke bahagian tengah saje. Tak berani nak ke dalam lagi sebab agak curam. Risau juga kalau berlaku runtuhan ke apa. Selepas ambil gambar, kami pun beredar dari sini.



Jalan kaki menuju ke kereta sambil menikmati pemandangan formasi batu-batu tinggi tadi dari sudut lain pula.



Cantikkan ciptaan Tuhan. Tak berhenti kagum dengan ciptaanNya. Inilah salah satu sebab kenapa kami mengembara ke negara luar. Kami ingin melihat sendiri kejadian alam ciptaan Tuhan yang tiada di negara kita.



Kemudian kami menikmati pemandangan bersama pokok bunga lupin yang tumbuh di tepi jalan sekali lagi.




Ini punca menjadikan perjalanan kami menjadi lambat. Layankan saje. Bukan senang nak datang ke sini. Pokok bunga lupin tak hidup di Malaysia. Ambillah gambar sepuas-puasnya.



Bila sampai di kereta kami terus keluar meninggalkan Clay Cliffs.


Sampai di pintu pagar kena buka dan keluar kemudian kena tutup balik pagar tadi.


Kami teruskan pemanduan naik semula ke arah Twizel menuju ke Lake OhauKena lalu jalan tidak bertar sekali lagi. Tension. Kenapalah dorang tak turap jalan ni elok-elok. Kan senang dan selesa nak lalu.


Jarak dari Clay Cliffs ke Lake Ohau sejauh 39 kilometer. Pagi ni langit dipenuhi awan. Semoga hujan tidak turun hari ni.


Tasik ni tiada view point tertentu. Jadi kami berhenti di mana-mana spot yang pada kami nampak menarik. Masa dalam perjalanan, kami nampak ada banyak pokok bunga lupin di satu spot ni. Jadi kami berhenti di situ.



Parking kereta di tepi jalan. Tak banyak kenderaan yang lalu lalang di sini. Jadi tak begitu menganggu kenderaan lain walau ruang tepi jalan agak kecil. Kemudian kami turun ke bawah menghampiri bunga lupin dan tasik.



Cantikkan. Meriah sangat pokok lupin di tepi tasik ni. Wife orang yang paling happy waktu ni. Bergambar sakan dia dengan lupin. Aku layankan saje. Nak posing ape? Cepat! 



Memang cantik pemandangan di sini bersama tasik biru dan bunga lupin. Sambil ambil gambar sambil menikmati keindahan pemandangan ini sepuasnya.



Wife hampir lupa diri. Aku ajak gerak beredar dari sini banyak kali pun dia tak peduli. Lepas tu bila lambat dan kena skip tempat lain, kadang tak nak terima.


Setelah aku ajak beberapa kali, akhirnya kami meninggalkan kawasan ini untuk meneruskan pemanduan ke depan lagi sepanjang tasik ini. Ayuh kita lihat apa pula pemandangan yang ada di depan sana.


Tak jauh dari tempat berhenti tadi, kami nampak Lake Middleton di sebelah kiri. Kami tak berhenti. Tasiknya kecil saje. Tasik ini terkenal untuk memancing ikan salmon dan trout. Ada campsite di sini. Airnya selamat untuk mandi. Jarak hanya jalan kaki dengan Lake Ohau.




Kami teruskan pemanduan sehingga melalui Lake Ohau Village. Nampak cantik resort di sini. Sunyi dan tenang saje. Kami hanya jenguk daripada jendela kereta saje sambil berlalu pergi.


Pemanduan diteruskan sehingga kami nampak satu kawasan ni meriah dengan pokok renek, bunga liar daisies dan rumput tussock.



Sekejap saje kami di sini. Kemudian kami sambung kembali pemanduan. Jalan ke depan lagi dan pemandangan bertukar warna coklat di kawasan ini.



Pemanduan masih diteruskan. Sekali lagi nampak pokok bunga daisies banyak, kami berhenti sekali lagi. Wife tertarik sebab nampak cantik katanya. Layankan saje. Walaupun macam semak tapi memang nampak cantik.




Selepas ambil gambar, kami sambung pemanduan. Aku ajak wife patah balik terus tuju ke destinasi lain hari ni tapi wife minta juga jalan ke depan lagi. Kami jalan lagi ke dalam sehingga lalu jalan tak berturap. Tak suka!


Perjalanan jadi semakin perlahan sebab lalu jalan tak bertar. Kereta dah rupa orang pergi kebun. 



Cuaca bertambah cantik masa ni. Warna air tasik lebih terserlah kebiruannya. Sampai di penghujung jalan, kami berhenti dan masuk ke dalam kawasan campsite. 



Cantik sangat pemandangan Lake Ohau waktu ni. Lake Ohau adalah tasik glassier dimana airnya datang daripada sumber River Hopkins dan Dobson dan punca utamanya dari Southern Alps. Kemudian keluar ke Ohau River lalu menyumbang dalam projek hidroelektik Waitaiki River.



Walaupun kecantikkan tasik ini setanding dengan Lake Pukaki dan Lake Tekapo tetapi tasik ini agak kurang popular dikalangan pelancong kerana lokasinya yang ke dalam dan jauh dari jalan utama. Memang kami tak jumpa kereta lain pun masa berada di sini.



Melihat pemandangan cantik seperti ini terus rasa berterima kasih kepada wife sebab berkeras nak juga datang ke sini. Kalau skip pasti aku tertinggal melihat pemandangan tasik ini. Pasti menyesal bila balik Malaysia nanti.



Walaupun kawasan ini adalah campsite, tetapi tiada kemudahan yang disediakan. Jadi campsite ni sesuai untuk campervan dan motorhome saje. 


Kami menikmati pemandangan indah ini seketika. Berat hati nak meninggalkannya. Namun apakan daya masa sentiasa mencemburui kami. Nak tak nak kami kena beredar juga dari sini menuju ke destinasi seterusnya.


Kami patah balik melalui jalan yang sama menuju ke High Country Salmon sambil menikmati pemandangan tasik yang sama sekali lagi. Ikut hati nak berhenti lagi tapi kami cuba kawal perasaan.


Jarak ke High Country Salmon dari Lake Ohau lebih kurang 26 kilometer.



Wife orang paling teruja bila sampai sini kerana dia seorang pengemar ikan salmon terutamanya sashimi. Ada macam-macam menu yang dijual di sini. Kami hanya beli dan tapau saje sebab tak cukup masa nak lepak makan di sini.




Selain beli salmon dan makan, di sini juga kita boleh melihat ikan salmon yang dibela di dalam sangkar serta berpeluang memberi makan ikan sambil berehat dan menikmati pemandangan sekitar.


Hasil tangkapan kami

High Country Salmon ni terletak di selatan bandar Twizel melalui State Highway 8. Menurut sumber, ikan salmon New Zealand adalah yang terbaik dan salmon di sini hidup dalam kolam air daripada sumber perairan glasier.


Selesai beli salmon dan menunaikan hajat, kami terus beredar dari sini sambung semula perjalanan menuju ke Mount Cook. Jarak 45 kilometer dari sini. Perjalanan menuju ke Mount Cook akan melalui Lake Pukaki


Sepanjang jalan menuju ke Mount Cook, kami disajikan dengan pemandangan tasik dan gunung ganang yang sangat indah. Terlalu indah untuk diungkap dengan kata-kata. 


Kami bercadang nak berhenti di Peters Lookout. Tapi malangnya masa kami lalu lookout ni tutup sebab sedang dalam proses menaiktaraf. Dengan perasaan kecewa, kami teruskan saje perjalanan.

Selepas beberapa minit melepasi Peters Lookout, kami nampak ada ruang berhenti dan beberapa kereta lain turut ada di situ. Jadi kami sertai mereka untuk melihat dan menikmati Lake Pukaki dari luar kereta.



Lake Pukaki merupakan antara tasik paling popular di New Zealand. Oleh kerana saiznya kira-kira 169km persegi dengan kedalaman 70 meter menjadikan tasik ini nombor enam dalam senarai sepuluh tasik terbesar di New Zealand dan merupakan tasik terbesar antara tiga tasik glassier di Mackenzie. Dua tasik lain di Mackenzie adalah Lake Tekapo dan Lake Ohau. 



Tasik ini juga terkenal dengan keindahan warna turqoise airnya yang sangat memukau mata. Menurut sumber, warna airnya adalah kesan daripada zarah-zarah batu yang sangat halus yang datang daripada glassier dan salji mencair dari gunung lalu mengisi sungai dan tasik. 



Selepas ambil gambar kami sambung kembali perjalanan menuju ke Mount Cook. Tasik ini boleh dinikmati dari dalam kereta di sepanjang State Highway 80. Boleh juga berhenti dimana yang kita rasa tertarik. Tapi sila pastikan berhenti di ruang yang selamat.



Pemandangan sepanjang jalan sangat cantik dengan tasik biru, gunung bersalji di puncak dan ditambah seri lagi dengan kehadiran pokok-pokok lupin yang tumbuh di tepi jalan pada musim panas.



Selepas melepasi Lake Pukaki, kami semakin menghampiri kawasan pergunungan pula. Pemandangan jalan sangat memukau mata.



Kagum dan indahnya ciptaan Tuhan. Semakin jauh pemanduan kami semakin dekat pemandangan gunung di mata kami.



Sebelum sampai di Mount Cook ada satu spot photo dengan background gunung dan jalan raya. Kami berhenti dan parking kereta di tepi jalan untuk ambil gambar di tengah jalan berlatarbelakang Mount Cook. 



Ini merupakan photo spot paling popular dan wajib bagi pelancong yang datang ke Mount Cook. Pasti akan singgah di sini sebelum atau selepas ke Mount Cook. Pemandangan sekitarnya sangat cantik.



Setelah berpuas hati dengan gambar yang diambil, kami sambung kembali perjalanan. Tapi jalan ke depan sikit kami berhenti lagi kerana nampak gunung lebih besar.



Gigih demi beberapa keping gambar. Tak boleh dilayan sangat nanti lama pula berada di sini. Kami sambung kembali pemanduan menuju ke Hooker Valley Track, Mount Cook.



Banyak kereta masa kami sampai di parking. Memandangkan cuaca nampak agak mendung, jadi kami standby bawa baju hujan. Takut tetiba hujan turun masa tengah trekking nanti. Kena bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.



Dari parking kami jalan kaki ke White Horse Hill Campsite dan kemudian singgah pergi toilet dulu. Kat sana takde toilet yang ok nanti. Bila fizikal dan mental sudah bersedia, mari kita mulakan trekking di Hooker Valley Track. 



Hooker Valley Track adalah trek paling popular di Aoraki/Mount Cook National Park. Track sepanjang 10 kilometer pergi dan balik ini landai, mudah dan sesuai untuk semua golongan.



Track yang bermula dari White Horse Hill Campsite ini akan melalui Hooker Valley, Hooker River dan di hujung track adalah tasik glassier iaitu Hooker Lake dengan pemandangan Mount Cook yang sangat menakjubkan jika hari cerah.



Di permulaan track keadaannya seperti padang rumput terbuka.


Beberapa minit trekking, kami nampak signboard Alpine Memorial. Masuk kiri dan kena panjat batu-batu untuk ke sini.


Memorial ini dibina bagi memperingati para pendaki gunung yang telah meninggal di taman negara ini selama bertahun-tahun dulu. Tugu peringatan ini menghadap ke tasik glassier iaitu Lake Mueller.


Kami naik sikit saje. Disebabkan ramai orang di atas jadi kami turun balik dan sambung trekking semula. Landskap sepanjang track sangat cantik dan menakjubkan. Ada terdapat banyak bunga-bunga liar ditemui di sepanjang track antaranya celmisia dan buttercup.



Kawasan pergunungan ini mengalami perubahan cuaca yang sangat drastik. Angin kuat, kadar hujan yang tinggi dan salji lebat adalah perkara biasa berlaku di kawasan alpine.



Track ini akan menyeberangi tiga jambatan gantung dan kita boleh menikmati flora dan fauna, pemandangan snow capped, glassier serta gunung ganang Southern Alps.



Kami tak putus-putus mengambil gambar keindahan alam di sini. Setiap sudut nampak cantik di mata kami. Sayang kalau hanya dilihat saje tanpa ambil gambar untuk disimpan jadikan kenangan.



Track ini sangat terdedah jadi jangan lupa sapu sunblock kerana cahaya mataharinya agak kuat di sini ketika cuaca cerah. Ini kerana kebanyakkan tumbuhan yang tumbuh di sini hanyalah pokok-pokok rendang dan renek saje.


Mount Cook merupakan gunung tertinggi di New Zealand. Gunung ini telah membantu Sir Edmund Hillary membuat persediaan untuk menakluk Everest. Kira jadi tempat latihan dia.



Kawasan pergunungan ini jauh daripada lampu bandar dan sangat sesuai untuk aktiviti stargazing. Waktu terbaik trekking adalah pada waktu matahari terbit kerana pada waktu itu kita dapat melihat sinar pertama matahari yang menyuluh Southern Alps termasuk puncak tertinggi Mount Cook.

Disamping itu keadaan lebih tenang kerana orang tak ramai lagi. Waktu kami sekarang ni tengahari, memang ramai orang. Selepas seketika berjalan kaki akhirnya kami nampak jambatan gantung pertama dari jauh.




Sebelum sampai di jambatan ada satu simpang ke kiri. Di situ letaknya Mueller Lake Lookout. Dari lookout ni kami dapat melihat Hooker River, Mueller Lake, Mount Sefton dan jambatan gantung dari view atas. 



Mueller Lake adalah tasik hasil daripada cairan glassier dari Mueller Glacier yang memenuhi lembah ini beratus tahun dulu. Jika ada rezeki, dari sini kita boleh dengar bunyi runtuhan batu yang jatuh dari gunung ke tasik.


Cantik pemandangan di setiap sudut dari lookout ni. Tak lama kemudian kami meninggalkan Mueller Lake Lookout untuk meneruskan penjelajahan kami ke Hooker Lake dan Mount Cook.


Dari lookout tadi kami turun dan kemudian ambil sebelah kiri untuk teruskan perjalanan. Kemudian kena turun anak tangga pula menghala ke arah jambatan gantung.



Selepas menuruni anak tangga sebelum sampai di jambatan kami singgah di kawasan berbatu. Kena panjat sikit batu-batu besar untuk menikmati pemandangan dari sini. Seperti yang aku sebut tadi, pemandangan di sini sangat cantik dari setiap sudut.



Tak berhenti-henti kami ambil gambar dan video. Rugi rasanya kalau tidak rakam untuk kenangan. Terlalu cantik pemandangan di sini walaupun cuaca semakin mendung di bahagian gunung ganang sana. Kalau hujan turun memang tiada tempat berteduh.


Selepas seketika berada di sini, kami mula meninggalkan kawasan ini menuju ke jambatan gantung pertama. Jambatan gantung ini dibina menggunakan kabel dan nampak kukuh. Namun maximum hanya 20 orang dibenarkan dalam satu masa demi keselamatan.

Kami lalu atas jambatan menyeberangi Hooker River sambil layan pemandangan Mueller Lake dan sungai dengan lebih dekat. Cantik juga warna turquoise susu air tasik dan sungai ini. Malangnya awan penuh menutupi puncak gunung.



Selepas menyeberangi Hooker River, laluan kali ni disajikan dengan banyak batu-bata besar dan humps. Laluan juga sedikit beralun dan menaik.



Selain itu laluan ini juga dihiasi dengan tumbuhan renek yang tumbuh di sekitar kawasan dan sepanjang laluan. Nampak unik dan menarik. Bertambah seri lagi dengan kehadiran pokok bunga-bunga liar menjadikan pemandangan sangat cantik. 




Laluan ini membawa kami berada di aras lebih tinggi. Tak lama lepas jalan kaki melepasi jambatan pertama tadi, kami sampai di satu bahagian ni. Kemudian kena panjat batu di luar track untuk saksikan pemandangan Mueller Lake dari sudut lain pula. Cantik view Mueller Lake dari sini bersama bunga liar.




Selepas ambil gambar kami sambung kembali penjelajahan sambil menikmati pemandangan indah di kawasan pergunungan ini. Memang kagum dengan keindahannya. Inilah salah satu sebab kenapa Mount Cook menjadi destinasi wajib jika ke New Zealand. 


Walaupun tracknya agak jauh tapi sila cuba mana yang termampu. Ini kerana pada aku rasa rugi sekiranya tidak melihat sendiri keindahan pemandangan di sini jika sudah berada di New Zealand.


Penjelajahan masih diteruskan menuju ke jambatan gantung ke dua iaitu Hooker Bluff Bridge untuk menyeberangi Hooker River sekali lagi.


Jambatan ini merupakan titik pertengahan track iaitu 2.5 kilometer daripada permulaan track di White Horse Hill Campsite tadi. 


Selepas melepasi jambatan, kami dapat lihat Mount Cook dengan lebih dekat. Kami jalan lagi dan lagi. Terasa sudah jauh kami berjalan dan masih terus berjalan walaupun berulang kali asyik bertanya masih jauh lagi ke. Kali ni kami jalan laju sikit sebab wife nak juga sampai ke laluan berkayu dengan pemandangan terbuka Mount Cook.



Selepas melalui sebuah jambatan kecil yang merentasi stocking stream, tak lama kemudian kami mulai lihat perubahan tumbuhan yang tumbuh di track ini. Kali ni kebanyakkan tumbuhanya adalah pokok rumput tussock dan bunga liar daises.


Pemandangan lembah juga kelihatan lebih terbuka dan luas. Bila sampai sini aku cadangkan pada wife kita sampai sini saje sebab takut nanti kita lewat sampai di destinasi akhir hari ni. Walaupun wife agak berat hati dan nak teruskan tapi dia terpaksa akur juga dengan cadangan aku akibat kekangan masa.


Sebelum patah balik kami ambil gambar di laluan berkayu dan menikmati pemandangan yang terbentang luas di depan mata ini dulu. Laluan berkayu ini masih panjang untuk sampai ke penghujung track. Selepas berpuas hati, kami patah balik kembali semula ke White Horse Hill Campsite.



Sedih sebenarnya bila misi tak berjaya kerana ini merupakan salah satu misi utama kami. Kira salah satu highlight kami ke New Zealand selepas bunga tulip. Ikut hati nak saje teruskan jalan hingga jumpa jambatan gantung yang terakhir dan kemudian sampai ke hujung track untuk saksikan pemandangan menakjubkan Hooker Lake dengan bongkah ais serta Mount Cook yang berdiri megah bersama Southern Alps.



Namun apakan daya, kami hanya mampu merancang dan Allah yang tentukan rezeki kami. Jadi redha itulah jalan yang terbaik. Kami balik ikut track yang sama sambil menikmati pemandangan yang sama sekali lagi.



Walaupun pemandangan yang sama, namun ia tetap tidak menjemukan mata dan tetap masih mengagumi akan keindahan alam semulajadi di sini. Cuaca waktu ni nampak semakin mendung. Kami jalan agak laju kali ni.




Di pertengahan jalan pulang, akhirnya hujan telah turun membasahi tanah pergunungan Mount Cook. Cepat-cepat sarung baju hujan yang dibawa tadi. Nasib baik standby bawak baju hujan sebab di sini tiada tempat berteduh. 



Walaupun hujan, ada juga pelancong lain yang masih meneruskan perjalanan mereka. Nasib baik kami dah patah balik. Kalau tidak tak tau macam mana. Namun cuaca hujan ini tidak menghalang kami menikmati keindahan sepanjang Hooker Valley Track.



Pada mulanya cadang tak nak ambil gambar lagi masa perjalanan pulang sebab nak cepat sampai ke parking kereta. Tapi itu semua tetap takkan terjadi. Kami masih singgah dibeberapa spot untuk mengambil gambar. Hujan tidak menghalang kami.


Setelah beberapa jam berada di track, akhirnya kami selamat sampai di kereta.


Walaupun awan mendung, tetapi kami dapat lihat puncak gunung bersalji dengan jelas daripada car park. Cantik sangat. Terasa berat hati nak meninggalkan Mount Cook. Alangkah bestnya kalau dapat luangkan masa lebih lama di sini. Dapat bermalam di sini dan dapat layan stargazing di malam hari. Itulah impian kami sebenarnya.


Tinggalkan dulu impian yang tidak kesampaian. Kena move on. Tanpa berlengah kami terus beredar dari sini menuju ke destinasi seterusnya. Masa buat itinerary dulu wife nak buat Tasman Valley Walk tapi aku tak masukkan sebab tak cukup masa. Bila balik tengok gambar orang pergi ke Tasman rasa menyesal pulak tak masukkan dalam itinerary.

Selamat tinggal Mount Cook. Ada rezeki kita jumpa lagi.

Pemanduan kami menuju destinasi seterusnya melalui jalan yang sama iaitu State Highway 80 menghala ke Lake Tekapo.


Sekali lagi perjalanan kami disajikan dengan keindahan pemandangan Lake Pukaki. Warna airnya sungguh mempesonakan.


Kami berhenti di beberapa tempat untuk menikmati pemandangan tasik dari luar kereta dan ambil gambar untuk kenangan. Pasti akan rindu keindahan tasik ini bila balik Malaysia nanti.



Kami teruskan perjalanan dan kemudian singgah di Pukaki Canal. Berhenti di tepi jalan kemudian aku minta wife saje keluar untuk lihat apa yang ada di situ dan ambil gambar.




Lepas ambil gambar kami terus sambung semula pemanduan dan beberapa minit kemudian, tak sempat panas bontot kami singgah di Lake Pukaki Viewing Point pula.


Lake Pukaki Viewing Point berada di hujung tasik. Kalau cuaca cerah boleh nampak Mount Cook dari sini bersama view tasik. Mesti cantik gile.


Tapi masa kami sampai sini awan memenuhi ruang angkasa. Mount Cook telah dilindungi oleh awan. Jadi kami hanya dapat view tasik sahaja. Satu lagi, kalau cuaca cerah dan air tenang ada satu spot boleh nampak refleksi Mount Cook di permukaan air.



Walaupun awan penuh memenuhi langit, tapi warna air tasik tetap sangat cantik. Angin kuat dan sangat sejuk masa kami di sini.



Kami jalan-jalan kawasan sekitar dan pemandangan menikmati tasik. Kemudian jalan ke depan sikit hingga ke Mount Cook Alpine Salmon. Cuba nasib jika kedai salmon ni masih bukak. Tapi seperti yang dijangka kedai dah tutup.



Kemudian kami sambung kembali perjalanan menuju ke Lake Tekapo Motels & Holiday Park yang jaraknya 48 kilometer dari Lake Pukaki Viewing Point. 



Kami kena sampai awal sebab malam ni kami akan tidur dalam khemah. Kali ni tak boleh nak tukar atau upgrade sebab holiday park ni dah penuh. Nak tak nak kena tidur khemah juga.



Sampai di holiday park terus ke ofis untuk urusan check-in. Lepas ambil nombor tapak, kami terus ke tapak khemah untuk pasang khemah. 



Tapi kami tersalah booked tapak khemah. Aku terbooked yang power site padahal aku guna khemah saje. Pergi balik ke ofis semula. Malangnya tak dapat tukar sebab tapak khemah dah penuh. Jadi dorang pulangkan duit ikut harga non-power site. 

Kami pasang khemah bersebelahan dengan campervan. Dalam kawasan tu semua campervan dan hanya kami satu saje guna khemah. Yang paling susah sekali nak pasang khemah sebab tanahnya keras. Tapi selepas berusaha keras akhirnya berjaya juga. 

Selesai hal khemah, kemas barang, bersihkan diri kemudian pergi ke kitchen masak nasi. Malam ni kami makan nasi berlaukkan salmon teriyaki yang kami beli di High Country Salmon tadi. Sedapnya makan malam kami. Lagi-lagi dapat makan nasi.

Lepas makan, balik semula ke khemah dan berehat. Konon malam nanti nak bangun pergi ke Church of The Good Shepherd nak hunting milky way. Tapi tak berjaya sebab kami telah hanyut diulik mimpi dan tambahan pula langit berawan malam tu. Jadi tak perlu dikesalkan.

Sambung hari ke-sepuluh. 👈

Perjalanan kami hari ini

Perbelanjaan hari ke sembilan :-
  1. Petrol - NZD50.00
  2. Beli air mineral besar - NZD6.20
  3. Clay Clifts - NZD5
  4. High Country Salmon - NZD40.00
  5. Lake Tekapo Motels & Holiday Park - NZD50.00
Total - NZD151.20