Total Pageviews

Cherating - Day 1

Trip Cuti Sekolah - Tanjung Inn Cherating, Malaysia


Sabtu - 25.03.2017


Sempena cuti sekolah ni, kitorang ambil kesempatan pergi short trip ke Cherating. Pergi weekend sebab wife aku tak nak ambil cuti tahun. Cuti tahun simpan untuk trip oversea dan raya saje.

Pilih Cherating sebab teringin nak makan makanan pantai timur. Jarak tidak terlalu jauh dan perjalanan tidak terlalu lama. Tambahan aku tak pernah datang ke Cherating lagi. Wife aku dah pernah datang. Itu pun masa dia bujang ikut family day company lamanya.


Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8.30 pagi. Lepas settlekan hal sikit terus gerak menuju ke Cherating. Alhamdulillah perjalanan lancar. 

Kitorang berhenti di R&R Temerloh untuk berehat sekejap. Dah alang-alang sampai sini tak sah kalau tak pekena patin tempoyak dan nasi putih. Wife aku pulak hanya makan dim sum untuk alas perut saje. Nak simpan ruang untuk makan di Kemaman nanti. Wife aku tak makan ikan sungai. Jadi aku layan sorang saje.

Kepala je yang ada. Badan tengah masak lagi.

Selesai makan, kitorang sambung semula perjalanan menuju Kemaman. Keluar exit Chukai. Terus waze Nasi Kerabu Awie. Sekali sampai kedai tutup. Check balik kat google, sabtu kedai tutup. Melepas. 

Lepas tu terus pergi ke Pasar Kemaman nak makan nasi dagang. Sampai kedai dah tutup. Pagi saje ada. Pakcik kedai sebelah tu kata nasi dagang kedai tu memang sedap terbaik. Tanya kat pakcik tu lagi mana nasi dagang sedap area sini. Pakcik tu suggest pergi kedai nyamuk dan dia bagi direction bagaimana nak ke kedai tu. 

Kedai tu nampak gelap saje. Sampai di kedai nyamuk, pakcik kedai tu kata baru saje tutup. Bukak semula petang nanti. Melepas lagi nak makan. Dah agak buntu sedikit sebab semua kedai yang nak diterjah dah tutup.

Terus google cari tempat makan menarik di Kemaman. Ramai kata sedap makanan di Kedai Ani Selera Kampung. Tapi memandangkan waktu tu dah pukul 2 petang, kitorang tak pergi sebab dikhuatiri makanan banyak yang dah habis. Sia-sia saje datang.

Banyak juga gerai jual nasi ayam kukus. Tapi aku tak berapa nak sangat. Mungkin dah biasa sangat kat KL kot. Akhirnya, kitorang decide pergi ke Warung Aziz Satar. Di warung ni ada jual pelbagai jenis makanan selain daripada sata. 





Aku makan nasi dagang. Wife aku makan laksam. Dua-dua makanan tu rasa biasa saje. Takde istimewa sangat.

Panas kedai ni

Nasi dagang dan laksam biasa je. Sotong celup tepung tu sedap.

Lepas makan kitorang tapau sata, pulut panggang dan otak-otak untuk bawak ke resort. 



Selesai beli terus gerak menuju ke Tanjung Inn Cherating, Malaysia untuk check in. Perjalanan dari Kemaman ke Cherating hanya ambil masa lebih kurang 15 minit saje. Sampai di Tanjung Inn terus check in dan masuk bilik. 


Relaks dan sejukkan badan sekejap sementara tunggu waktu asar. Lepas solat asar baru kitorang keluar jalan menuju ke pantai.



Cuaca hari tu agak panas. Bila panas, pemandangan laut agak cantik juga. Dengan langit biru menjadikan warna laut juga biru. 




Ramai juga orang di pantai sebelah sedang bermandi-manda. Kitorang jalan-jalan sambil tengok apa yang ada di sebelah sana. 




Ramai juga mat salleh dan minah salleh lepak di area pantai ni.




Ada kedai makan, kedai cenderahati, tempat sewa ATV dan aktiviti laut lain.

Bola sepak pantai

Pakcik jual ais krim

Pelampung untuk disewa

Set BBQ untuk disewa dan baju-baju

Pergi masuk kedai makan nak lepak minum-minum sekejap. Nampak ada menu maggi ketam. Menarik. Bila order ketam takde pulak katanya. So kitorang hanya order air kelapa. 


Tapi tunggu punya tunggu tak dapat juga air kelapa. Hari dah dekat nak senja, jadi kitorang cancel order tadi. Terus balik ke resort semula.



Sampai bilik rehat, bersihkan badan dan lepak sekejap sementara tunggu maghrib. Lebih kurang pukul 8.30 malam kitorang baru keluar untuk makan malam.

Terus tuju ke Warung Awang Ikan Bakar. Hanya 5 minit dari resort. Sampai saje di kedai makan tu dah ramai orang. Penuh juga. Hanya dua meja saje kosong. 


Kitorang terus ambil sotong, ikan kerapu dan lala. Kemudian order sayur kailan dan air. Lama juga tunggu makanan siap. Lebih kurang sejam juga. Makanan sampai terus pulun. Rasa masakannya pada aku kurang sedap, biasa-biasa je. Tak seperti yang digembar gemburkan dalam internet. Tapi harga ok juga. Agak murah pada aku.


Selesai makan terus balik ke resort. Perut dah kenyang, mata pun dah mengantuk, so ape lagi, masing-masing terus tertido. Sambung hari kedua.    

Kuala Selangor - Sasaran Sky Mirror

Trip Belated Birthday : Sky Mirror & Pulau Angsa


Ahad - 12.02.2017


Balik saje daripada trip ke Jepun, esoknya pergi trip Sky Mirror pula. Hari ni lepas subuh kitorang keluar ke Kuala Selangor. Trip ni aku booking sebelum pergi ke Jepun.

Jumpa trip ni di Facebook agak lama juga. Tertarik nak pergi. Tapi simpan dulu hajat tu. Satu hari google kat internet cari info berkenaan Sky Mirror. Mengikut maklumat yang diperolehi, untuk ke Sky Mirror kena pergi pada awal dan pertengahan kalender islam.


Belek kalender, yang terdekat kena cuti raya cina. Tapi banyak kenduri kahwin kena pergi. Tambahan, seminggu lepas raya cina trip ke Jepun. Wife aku tak nak pergi sebab takut kulit terbakar. Dalam masa seminggu tak sempat pulihkan kulit katanya. Takut ambil gambar di Jepun gelap. Perempuan, gitu le.

Belek semula kalender, kena tarikh aku balik daripada trip. Kebetulan balik hari sabtu, so aku booking hari ahad. Tengok tarikh lain tak berapa kena dengan hari cuti aku. Nak tak nak ambil juga hari ahad tu. Mesti penat. Aku ok lagi sebab isnin tu masih cuti. Kesian dengan wife aku. Dia start keje isnin. Tapi dia yang nak juga. Aku layan saje.


Untuk trip ni aku book dengan Ms. Vivian. Deal melalui whatsapp. Ni no hp. Ms. Vivian 016-2660628. Harga RM70.00 seorang. Kena bayar deposit RM50.00. Balance bayar pada hari kejadian. Harga tu termasuk insurance. Tempat berkumpul di Kedai Liang Hup Seng. Vivian akan share location di whatsapp. Mesti kena sampai pukul 9.00 pagi. Kalau lewat kena tinggal. Hangus duit deposit.

Sampai di kedai Liang Hup Seng, kitaorang call Vivian beritahu dah sampai. Kemudian dia akan guide bawak ke Jeti Kampung Sasaran. Dekat saje. Tak sampai 5 minit. 




Sampai di Jeti kita akan dibawa ke tengah laut dengan menaiki bot.


Cuaca cantik hari ni. Matahari terik dan langit biru. Jangan lupa pakai sunblock bagi melindungi kulit. Kita akan berada di tengah laut Selat Melaka.


Sila pakai jaket keselamatan. Ayuh, kita mulakan perjalanan. 


Pemandangan menuju ke laut agak cantik. Dengan pokok-pokok dan burung-burung sangat menarik perhatian. 





Memang banyak burung-burung putih ni di sini. Ada di merata-rata sepanjang laluan menuju ke laut. Bila berada di tengah laut, ada pula burung-burung mengekor bot kita.




Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit. 


Bila dah sampai, turun daripada bot terus ke daratan. Satu kawasan daratan di tengah lautan. 


Semua nampak excited. Sebelum semua buat hal masing-masing, kita semua diminta ambil gambar group terlebih dahulu. Ramai juga group kali ni.


Sebenarnya kawasan ini adalah beting pasir yang akan kelihatan pada waktu air surut pada awal dan pertengahan bulan islam. Pada awal bulan islam bermulanya anak bulan dan pada pertengahannya pula bulan penuh.


Ketika berlaku fenomena air surut dan masih terdapat air bertakung di kawasan ini maka akan menghasilkan reflection pada sesuatu imej. Ditambah dengan cuaca yang cerah dan langit biru menjadikan tempat ini dikenali dengan nama Sky Mirror. Menarik bukan.


Bagi menampakkan reflection yang lebih terang dan jelas, disarankan memakai pakaian yang terang dan menyerlah. Striking colour. 


Ramai juga yang join trip hari ini. Walaupun ramai masih boleh dapatkan gambar tanpa orang lain sebab kawasan ni agak luas. Pandai-pandailah adjust supaya tak nak nampak orang lain.





Kalau tak reti atau takde idea nak ambil gambar, boleh cari Vivian minta tolong ambilkan gambar. Macam-macam gaya dia boleh ajar dan tunjuk untuk kita buat.

Yang baju biru tu la team Vivian

Vivian juga ada sediakan prop untuk digunakan bagi menceriakan gambar kita. Cuaca cantik dengan langit biru dan matahari yang terik. Tapi tak terasa begitu panas sebab ada angin laut.

Vivian and the geng bersama prop

Selesai bergambar, lebih kurang pukul 12.00 tengahari kami semua diminta bergerak ke boat untuk gerak ke tempat lain pulak. 



Nun di sana ada kapal kargo

Selepas ber'sky mirror' kita akan dibawa ke Pulau Angsa pula untuk berehat sementara tunggu air pasang.

Air semakin kering

Pulau Angsa dari kejauhan

Kebetulan waktu on the way ke Pulau Angsa, angin agak kuat. Maka ombak pun agak kuat juga. Jadinya boat sedikit melambung-lambung dan buat aku rasa pening dan mabuk.


Setelah mengharung ombak, bot berhenti sekejap di satu bot yang menjemur udang untuk dikeringkan bagi membuat belacan. Dorang bagi semua untuk rasa. Wife aku try. Manis dan sedap juga rasanya. Dia bagi aku try. Mula-mula tu aku tak nak sebab baunya lagi buat aku pening. Tapi bila wife aku kata sedap akhirnya aku try juga sikit. Bila makan saje terus aku muntah. 



Lepas tu bot terus berhenti di Jeti, Pulau Angsa. 



Semua turun. Semua diberi nasi lemak dan air. Boleh makan dan ber'picnic' di sini sekejap sementara tunggu air pasang. 


Sekarang ni air masih surut, jadi tak boleh terus balik ke Jeti Kampung Sasaran semula.




Aku terus ambil port di tempat berbatu. Kepala masih pening dan mabuk lagi. Nak makan tak berani sangat takut muntah lagi. Relaks kejap ambil angin sambil tengok gelagat orang lain.



Bila dah ok sikit, baru aku makan. Sementara aku makan, wife aku ambil gambar sekitar. Dia dah makan dalam bot tadi.


Selesai makan, kitorang naik ke atas tengok ape yang ada. Ada rumah api dan tempat menijau. View agak cantik juga dari atas ni.




Pulau Angsa ni dulu merupakan tempat percutian persendirian kerabat DiRaja Selangor. Kini pulau ini sudah terbiar. 




Menurut Vivian, baru-baru ini ada Exco Selangor datang melawat pulau ini. Mungkin nak komersilkan balik pulau ini kot untuk dijadikan satu tempat tarikan baru di Selangor.




Bila air laut sudah pasang semula, semua dipanggil kembali ke bot untuk gerak pulang. 



Kali ini ombak agak baik. Takde melambung-lambung macam tadi. Bot singgah sekejap ambil ikan di bot pakcik Vivian.


Kemudian sambung semula perjalanan terus balik ke Jeti.



Sampai di Jeti, settle balance payment dengan Vivian. Menurut Vivian, pada belah petang pokok-pokok di jeti ini akan bertukar warna putih kerana dipenuhi dengan burung. Kalau takde hal boleh datang semula.

Lepas settle bayar baki, terus gerak ke Kuala Selangor nak makan cendol bakar dan beli karipap gergasi.

Sekiranya selepas trip ni ada destinasi lain ingin dituju, sila jangan lupa bawa baju salinan untuk ditukar. Macam kitorang terus balik lepas makan. Penat balik trip Jepun tak habis terus sambung trip sky mirror. Haruslah pulang untuk berehat.