Total Pageviews

Krabi, Thailand - Day3

Rabu - 26.12.2012

Trip ke Krabi : 4 Island Hoping Tour

Aktiviti hari ketiga ini bersama family kakak aku pula. Hari ini kitaorang pegi 4 Island Hoping Tour. Lepas sarapan dihotel, lebih kurang pukul 8.00 pagi tour guide dah sampai untuk jemput kitaorang. Kitaorang ambil pakej satu hari naik Long Tail Boat. Harga 450 Baht seorang.

Ramai juga pelancong lain yang join tour ini. Van yang menjemput kitaorang tadi banyak pula singgah di hotel lain untuk ambil mereka-mereka yang join tour untuk pagi ini. Tiba di satu kawasan lupa nama dah, kita akan di beri briefing oleh Tour Guide. Dalam lebih kurang pukul 11.00 pagi baru lah pegi ke bot. Lambat juga start tour ini, mungkin sebab nak kumpulkan ramai-ramai dulu kot.


Tour guide sedang beri taklimat

Pakej tour ini sekali dengan makan tengahari dan snorkeling. Untuk tour ini kitaorang akan dibawa ke Poda Island, Tub Island, Chicken Head Island dan Phranang Island. Bot yang kitaorang naik ni share dengan pelancong lain, kebanyakkannya mat salleh je.

Long Tail Boat





Tempat pertama kitaorang dibawa ke Poda Island. Permandangan sangat cantik di pulau ini, terdapat bukit batu ditengah-tengah laut di pulau ini. Kawasan sekitar yang cantik dikelilingi hutan dan bukit batu kapur. Kitaorang siap layan snorkeling lagi kat area pulau ini.

Poda Island





Penjaja Long Tail Boat...macam2 makanan derang jual

Tanda amaran tsunami di Poda Island ini..

Seterusnya kitaorang dibawa ke Chicken Head IslandPulau ayam juga dikenali sebagai Hua Khawan Island atau Poda Nok Island. Batu berbentuk seperti kepala ayam jantan di bukit batu kapur 'Chicken' adalah tarikan menarik di laut Krabi ini. Di pulau ini tiada tempat untuk bot berlabuh, jadi di sini kita akan di beri masa untuk bersnorkeling sahaja.





Seterusnya kitaorang dibawa pula ke Tub Island. Tub Island juga dikenali sebagai Tab Island atau Thap Island adalah salah satu daripada pulau yang wajib dikunjungi. Ketika air hampir surut akan kelihatan daratan pasir di antara pulau bersebelahan Tup Island ini. Ketika air pasang kita juga boleh menyeberang ke pulau tersebut seolah-olah seperti berjalan diatas air laut. Di pulau ini kita akan berhenti rehat untuk makan tengahari. Makanan yang disediakan ala-ala buffet, sedap dan sudah semestinya halal.







Destinasi seterusnya kitaorang dibawa pula ke Phra Nang Island. Terdapat sebuah gua dipulau ini dikenali dengan Phra Nang Cave. 








Mengikut lagenda mengenai Phra Nang ini ada yang mengatakan seorang puteri dari India terbunuh apabila kapalnya karam berdekatan pulau ini dan rohnya tinggal di dalam gua tersebut. Ada pula yang mengatakan Phra Nang ini isteri kepada nelayan tempatan yang hilang dilaut, si isteri menunggu kepulangan suaminya di pulau tersebut sehingga lah ke akhir hayatnya. Entahlah tak tau yang mana satu cerita yang betul, yang pastinya tempat ini merupakan salah satu tarikan utama pelancong ke Krabi.

Kawasan sekitar pulau ini dikelilingi oleh bukit batu kapur yang cantik dan unik. Ramai juga pelancong buat akitiviti rock climbing di sini. 







Lama juga kitaorang lepak kat pulau ni, sambil merayau kawasan sekitar dan sempat gak beli 'Thai Pancake' dari penjaja Long Tail Boat tu. Pancake ni lebih kurang sama macam roti canai je cuma diatas tu derang letak sos strawberri atau coklat ikut selera masing-masing. 



Thai Pancake...sedap..!!

 


Phra Nang Island merupakan destinasi terakhir tour ini. Lebih kurang pukul 5.30 petang tour ini tamat dan dalam perjalanan layan permandangan bukit-bukit batu kapur di laut Krabi ini. 





Pukul 6.00 petang bot tiba di jeti dan van sudah pun tunggu untuk hantar semula ke hotel. Makan malam di restoran tomyam kat pekan Krabi ini, lepas tu ronda-ronda cari t.shirt dan souvenir. Maklumlah malam ini terakhir di Krabi, esok nak ke Hatyai pula. Hari keempat.

Krabi, Thailand - Day 2

Selasa - 25.12.2012
Trip ke Krabi : Ao Thalane Canoe Tour, Nosey Parker Elephant Camp

Hari kedua, aktiviti aku hari ni berkayak ke laut Andaman. Tour ini diberi nama Ao Thalane Canoe Tour. Aku dan wife aku je pegi tour ni, kakak aku buat aktiviti lain dengan family dia. Lepas sarapan dihotel, lebih kurang pukul 9.00 pagi tour guide kayak ini dah sampai dan jemput kitaorang. Aku ambil pakej Sea Canoe Tour ini untuk 1/2 hari je dengan harga 600 Baht seorang. 


Suasana waktu pagi di Krabi...ambil dari beranda hotel

Sampai di tempat check point berkayak, aku tengok ramai pelancong lain sudah pun berada di sini. Selepas tengok demonstrasi dan dengar briefing daripada tour guide, apa lagi kitaorang mula lah berkayak ke laut andaman ini dan kemudian pegi ke kawasan bakau yang sekitarnya banyak gua dan bukit-bukit.

Ao Thalane atau Thalane Bay merupakan salah satu daripada hutan bakau yang indah dan terkenal di Thailand. Ianya sangat popular di kalangan pelancong yang suka kan aktiviti berkayak. Jarak kawasan ini kira-kira 20km dari Bandar Krabi. Terdapat juga gua-gua kecil dalam kawasan bakau laluan berkayak ini. 








Aku hanya sebuah kayak...

Jeti kayak di kawasan Ao Thalane ini..

Tour ini selesai lebih kurang pukul 1.00 tengahari dan lepas itu derang hantar semula ke hotel. Makan tengahari kat restoran dekat kawasan hotel dan lepas tu pegi ke aktiviti seterusnya iaitu ke Nosey Parker Elephant Camp. Petang ini nak pegi menunggang gajah pula. Harga 800 Baht seorang untuk menunggang gajah di dalam hutan dan berpeluang beri makan gajah. 

Air kelapa dengan bunga orchid

Bentuk nasi putih dan hiasan orchid kat restoran ini...cantik





Dalam pukul 5.30 petang balik semula ke hotel dan lepas tu ronda-ronda ke Aonang Beach untuk tengok sunset pulak. Dari hotel ke pantai ini lebih kurang 10 minit je jalan kaki.  




Aonang Beach

Kawasan Aonang ini sangat meriah pada waktu malam. Ramai pelancong dan banyak kedai-kedai souvenir yang menarik. Lepas puas tengok sunset tadi aku sambung semula ronda-ronda kat area sini sambil mencari fridge magnet. 



Aktiviti hari ni dah setel....jom tengok aktiviti aku hari ketiga pula.