Total Pageviews

Genting Highlands

Selasa - 10.11.2015

Genting Strawberry Park & Genting Theme Park

Sempena cuti Deepavali aku dan wife saje-saje jalan pergi ke Genting Highlands. Melayan wife aku yang teringin nak petik dan makan strawberry segar katanya.


Lebih kurang pukul 10.45 pagi kitorang keluar dari rumah. Singgah breakfast kat IOI Mall dulu. Settle breakfast lebih kurang pukul 11 lebih baru gerak bertolak ke Genting Highlands. Sampai di Genting Highlands dalam pukul 12 lebih. Terus pergi ke Genting Strawberry Park.


Tiket masuk kena bayar seorang RM 5.00. Sampai kat dalam tu kitorang terus ambil bakul dengan gunting yang memang dah ada kat dalam bakul dan terus gerak naik ke atas menghala kebun strawberry yang memang dah dibuka untuk pengunjung yang ingin memetik sendiri buah strawberry yang sudah masak. Cas RM 8.00 untuk 100 gram.


Sekali masuk, alamak! Sedih pulak dibuatnya. Banyak strawberry yang masih hijau lagi. Timing datang tak berapa kena. Adalah yang dah merah masak tapi tak banyak. Banyak yang masih hijau lagi. Kecewa. 





Kalau datang minggu depan mesti cantik. Banyak yang masak. Tapi nak buat macam mana dah sampai pun. So teruskan saje misi kami.








Kitorang pindah dari satu baris ke satu baris sampai lah habis. Ada satu kawasan tu dorang tutup. Kitorang minta bangla yang jaga tu buka sebab dah takde strawberry yang masak tinggal.








Setelah puas petik strawberry kitorang turun ke bawah bawak ke kaunter untuk ditimbang. Bagi kat budak yang jaga kaunter tu. 


Huh! Ambik kau! Kena RM 31.00. Main syok memetik. Kalau beli yang dah siap petik lagi murah kot.




Selesai bayar, kitorang patah balik naik ke atas nak melawat taman lavender pulak. Saje nak tengok dan ambil gambar.





Selain daripada bunga lavender ada juga bunga-bunga lain di taman ni. 



 



Takdelah besar mana pun taman ni. Kat sini ada kedai cenderahati berala-ala kan lavender. Cantik souvenir kat sini. Aku tak beli sebab tak minat.

Lepas habis meronda di taman lavender kitorang turun balik nak keluar dari kawasan strawberi farm ni. Ikut laluan exit. On the way jalan keluar tu akan jumpa Farm House Cafe. Kat sini ada jual madu dan desert berasaskan strawberi. 



Teh strawberi pun ada kalau sesiapa nak beli. Aku tak beli sebab dah penah beli dulu. Itu pun last last buang sebab tak abis minum sampai date expired. Ada parrot dan ular sawa untuk bergambar. Tapi kena bayarlah.

Kitorang singgah beli waffle untuk isi perut dan strawberry blended. Lepak makan kejap.


Selesai makan terus gerak lagi. Jalan akan jumpa deretan kedai jual cenderahati. Aku cuma jalan terus je.



Takde ape nak dicari. Fridge magnet pun dah penah beli kat sini. Nak buat apa beli banyak-banyak. 

Jalan terus lagi jumpa Mushroom Farm pulak. Cendawan pun dah banyak kena potong. Aku singgah beli cendawan kulat dan cendawan bulat.




Teruskan perjalanan lagi. Keluar daripada tempat cendawan ni jumpa pulak Flowers Farm. Banyak bunga cantik-cantik kat sini.






Lepas Flowers Farm ni terus jumpa pintu keluar. Kitorang terus gerak ke tempat letak kereta terus gerak naik ke Genting Theme Park pulak. Cuaca dah mulai mendung. Kabus semakin menebal masa naik atas ni.


Kat atas Genting ni tengah ada construction kat bahagian luar. So keadaan sedikit serabut. Kitorang berpusing jugalah mencari parking kat atas ni. Setelah berpusing pusing akhirnya jumpa juga parking. Terus park dan gerak masuk ke Indoor Theme Park nak cari kedai makan. 


Misi mencari kedai makan. Perut dah lapar gile. Makanan kat atas ni memanglah mahal semua harganya. Aku makan nasi campur lauk sardin dan sayur. Wife aku makan nasi ayam. Harga RM50 lebih kalau tak silap aku.



Lepas makan, kitorang jalan-jalan sekeliling. Tengok ape yang ada. Kebetulan ada persembahan sempena Deepavali. So ada tarian hindustan versi penari cina.



Nak main permainan kat dalam ni rasa macam takde perasaan pun. Mungkin sebab kitorang dah beberapa kali datang. So, rasa macam takde ape yang menarik perhatian. Jom, layan gambar yang sempat dan ada hati nak ambik.











Bila dah rasa boring dan dah takde apa nak buat, kitorang decided nak balik je. Sebelum balik cari surau nak tunaikan dulu apa yang wajib. Selesai solat terus keluar.

Untuk pertama kalinya selama aku penah berada di Genting ni, inilah kali pertama aku dapat cuaca cerah dan terang benderang suasana di luar.



Lepak kejap kat luar ni. Lepas tu terus balik. Sekali balik nak sampai Tol Gombak jalan dah mula jem. Baru teringat, ramai yang balik dari kampung sempena cuti Deepavali yang bersambung .