Total Pageviews

Yogyakarta - Day 5

Rabu - 14.09.2016

Trip Korban : Bukit Punthuk Setumbu, Kalibiru

Hari ke-lima merupakan hari terakhir di Yogyakarta. Tak sabar nak balik rasanya. Hari ni seawal pukul 4.00 pagi pak supir datang jemput. Aktiviti hari ini sekali lagi nak tengok sunrise. Kali ini di Bukit Punthuk Setumbu.

Jarak perjalanan dari kota lebih kurang 1 jam lebih. Sampai di Punthuk Setumbu pukul 5.00 lebih. Terus pegi beli tiket masuk harga IDR 30,000 seorang. Sebelum masuk aku pegi solat subuh terlebih dahulu. Ada disediakan mushola di sini. 


Selesai solat terus gerak masuk ke dalam. Kena jalan kaki menaiki bukit selama lebih kurang 15 minit. Exercise di pagi hari. Memang mengah dibuatnya. Wife aku tertinggal di belakang sebab dia tak larat sangat. Letih trekking semalam tak habis lagi sambung lagi hari ni. Dia yang suruh aku pegi dulu. Takut terlepas moment cantik katanya.

Sampai di atas, terus hilang segala lelah tadi. Pemandangan memang cantik. Tapi sayang cuaca hari ini juga berawan. Nasib aku tak begitu menyebelahi, tiga hari dapat cuaca berawan di sini. Syukurlah, janji tak hujan. Mungkin aku tersalah pilih musim datang waktu ni. Tapi pak supir kata musim kemarau. Hmmm....

Peringkat Pertama

Borobudur nun di kejauhan sana

Gunung Merapi di balik awan

Hutan belukar

Bukit Punthuk Setumbu merupakan salah satu spot terbaik untuk menyaksikan sunrise dengan berlatar belakangkan Gunung Merapi dan Candi Borobudur di pagi hari di dalam lautan kabus. Tinggi bukit Punthuk Setumbu lebih kurang 400 meter. 

Dulu bukit ini merupakan ladang penduduk. Tapi setelah seorang photographer mengambil gambar sunrise Borobudur dari sini, tempat ini terus mendapat sambutan dan kunjungan orang ramai sama ada dari dalam atau luar Indonesia.  

Peringkat Kedua





Untuk menyaksikan sunrise di Bukit Punthuk Setumbu ini kena sampai sini sebelum pukul 5.30 pagi. Dari tempat parking kena trekking ke puncak bukit selama 15 minit. Bagi sesiapa yang tak larat sebenarnya ada disediakan sebuah gazebo tak jauh dari pintu masuk. Bolehlah tengok sunrise dari situ. 

Di dataran puncak bukit dikelilingi dengan pagar kayu untuk keselamatan pengunjung.  Di atas ni ada juga gazebo, kerusi kayu dan pondok kayu untuk pengunjung duduk menikmati matahari terbit. Ada juga penjual gerai-gerai makanan untuk pengunjung bersarapan dan minum pagi. Di atas ni memang sejuk. Bila pekena air panas, pergh! memang layan.

Peringkat Ketiga


Kalau cuaca cantik tak berawan, boleh nampak dengan jelas Gunung Merapi dari sini. Tapi memandangkan hari ini berawan, maka hanya bayang-bayang gunung saje yang kelihatan. Sebaiknya datang pada musim panas iaitu antara bulan Jun hingga Ogos. Ku sangkakan bulan September masih kemarau. Rupanya tidak. 

Terasa tenang dan nyaman saje di sini. Dengan burung keluar berterbangan di waktu pagi. Indahnya suasana. Semua gambar-gambar sama je. Tapi aku letak juga sebab warnanya tu berbeza. 




Bila matahari dah semakin meninggi, kitorang decided turun dan nak cari sarapan sikit sebelum pegi ke destinasi seterusnya. Pagi tadi cuma makan biskut dan coklat saje untuk alas perut.




Sampai di bawah ada gerai-gerai kecil di tepi laluan yang menjual makanan. Aku singgah beli sikit pisang goreng, tauhu goreng dan lontong untuk alas perut. First time try makan lontong Yogyakarta. Tak sangka sedap rasanya. Rugi beli satu je. Tak beli lebih sebab takut tak boleh nak pegi dengan rasanya nanti.


Selesai beli makanan tadi terus pegi ke kereta dan gerak ke destinasi seterusnya. Kitorang makan dalam kereta saje sebab tak nak buang masa. Destinasi kedua hari ini ialah Kalibiru

Aku tak sangka yang jarak perjalanan dari Bukit Punthuk Setumbu ke Kalibiru agak jauh juga. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih. Jalan masuk juga sangat curam. Kena guna kereta yang power. Kalau tak silap-silap boleh terundur balik ke belakang.


Sampai di Kalibiru dalam pukul 7.45 pagi. Beli tiket masuk harga IDR 5,000 seorang. Operasi bermula pukul 8.00 pagi. Settle beli tiket kitorang terus masuk ke dalam nak tengok spot mana yang menarik. Sebelum tu di kaunter tiket ada ditampal gambar spot-spot yang ada di sini. Boleh pilih dulu yang mana satu nak. Aku dah pilih awal tadi masa kat luar. Cuma nak tengok in real kat dalam ni pulak.


Spot yang menjadi pilihan kitorang ialah spot no. 1. Kitorang plan nak ambil satu spot saje. Nak ambil gambar disetiap spot kena beli tiket lain. Satu spot satu tiket. Harga dari IDR10,000 ke IDR 20,000. Ada khidmat jurukamera disediakan. Harga lain dikenakan. 



Tunggu punya tunggu di spot 1, masih tak bukak-bukak walaupun dah pukul 8.00 lebih. Sebab tak nak buang masa, pak supir ajak tengok spot lain. Ada satu spot dah mula beroperasi. Dah ada orang jaga dan pengunjung pun dah mula tunggu giliran ambil gambar. 

Mula-mula kitorang tengok saje. Lepas tu decided nak ambil gambar kat Spot Bundar. Kena beli tiket di situ dengan harga IDR 15,000 seorang. Lepas tu tunggu giliran.


Naik atas tu kena guna harness untuk keselamatan. Kitorang mintak tolong budak yang jaga spot ni tolong ambilkan gambar guna kamera sendiri. Pak supir aku dah hilang pegi minum katanya. Tak boleh pakai. Budak yang ambil gambar ni ok dan supporting. Siap suruh buat macam-macam gaya.  "Kak, padang belakang. Kak, lompat tinggi lagi kasi tinggi sama abang". Gila kau nak lompat tinggi. Wife aku dah seriau. Tapi mula-mula je seriau, lepas tu terus lupa diri.



Selesai bergambar di spot bundar kitorang beredar dan gerak ke Spot No. 1 yang dihajati tadi. Aku nak juga spot ni sebab ada pokok. Nampak lagi best pada aku. Kena bayar lagi tiket untuk spot ni. Harga IDR 15,000 seorang. 

Kali ni kena tunggu giliran lama sikit. Sebab dah ramai yang beli tiket. Masa aku datang spot ni tak bukak lagi. Boleh plak dia bukak tak ikut time. Main suka hati nak bukak pukul berapa. Pak supir kata kadang-kadang time rehat pun ikut suka dorang. Jadi yang sudah beli tiket untuk spot ini kena tunggu sampai abis time rehat dorang, lepas tu baru buka semula. Mentang-mentang spot ni paling top. Ikut suka dorang pulak. Tak professional langsung. Setiap spot lain orang yang jaga.



Penjaga di spot no. 1 ni tak berapa mesra alam. Berkira sikit. Tak boleh nak tolong ambilkan gambar kecuali guna khidmat dorang. Nak duitlah tu. Nasib baik kali ni pak supir ada jadi cameraman kitorang. Lagi satu yang tak best asyik suruh kitorang turun cepat. Kitorang buat tak tau je. Bising juga la. Orang dah bayar wei.


Kalibiru berada di kawasan Bukit Menoreh dengan ketinggian 450 meter. Dari puncak bukit ini kita dapat lihat keindahan bukit bukau dan tasik. Jika cuaca baik boleh nampak ombak di pantai selatan dari jauh.



Udara di sini agak sejuk dan nyaman. Untuk naik ke sini tak perlu nak trekking. Boleh naik terus dengan kenderaan. Selain spot-spot gambar ada juga flying fox, jambatan gantung, pondok pandang dan buaian tinggi. Semua ni usaha penduduk tempatan. Aku tak explore yang lain sebab nak kejar masa dan duit rupiah pun dah kurang sebenarnya.


Selesai bergambar, kitorang terus gerak balik ke Malioboro nak check out hotel. Perjalanan ambil masa 2 jam jugak. Sempat juga singgah ambil gambar Tugu Jogja yang merupakan treadmark utama di Yogyakarta. 


Sampai di Hotel terus bersihkan diri dan kemas semua barang. Lepas check out pak supir bawak kitorang ke Mulia Money Changer di kawasan Malioboro ini untuk tukar duit. Dah kehabisan rupiah. Souvenir dan oleh-oleh tak beli lagi. Duit nak makan pun dah takde. Kesian.

Bila dah ada duit di tangan terus pegi ke Hamzah Batik cari fridge magnet untuk kitorang dan keychain untuk member ofis wife aku. Pak supir bagitau kat sini je yg ada jual pelbagai fridge magnet. Fridge magnet biasa-biasa je takde yang cantik sangat. Terpaksa ambil jugak untuk kenangan.  Keluar daripada Hamzah Batik, dekat lorong kedai bawah tu aku sempat rembat sehelai t-shirt Jogja. Hamzah Batik ini di kawasan Malioboro jugak, berdekatan dengan Pasar Beringharjo. Trip kali ni aku tak sempat nak terjah Pasar Beringharjo. Bukan kaki shopping so takde rasa ralat sangat. Tapi kena tengok juga apa yang ada kat situ. Takkan nak dengar citer orang saja.



Selesai beli souvenir, pak supir bawak kitorang pegi ke Pusat Oleh-Oleh Ongko Joyo untuk beli oleh-oleh makanan. Pak supir kata makanan yang wajib beli kuih bakpia. Kuih ni ada beberapa perasa iaitu kacang hijau, cheese, chocolate dan apa lagi entah aku dah tak ingat. Rasa kuih ni macam rasa kuih kasturi. Cuma kuih kasturi tu digoreng. Pada aku kacang hijau yang paling sedap. Aku beli sekotak bakpia dan kerepek-kerepek sikit.




Selesai beli buah tangan, perut pun dah lapar, kitorang minta pak supir bawak kitorang makan kat Restoran Ayam Penyet Surabaya. Malas nak pikir makan apa dan kat mana. Lagi pun dah tau kat sini makanannya sedap. Kali ini order ikan dan ayam penyet.


Abis makan, tengok time dah banyak lari. Kalau ikut plan pegi ke Istana Air Taman Sari Kraton. Memang tak sempat. Ada nampak macam nak kena repeat je. Flight balik pukul 5.15 petang. At least kena sampai di airport pukul 4.00 petang. Jadi kitorang decided terus pegi ke airport saje.

Sampai di airport merayau sekejap lepas tu terus masuk check immigration. Sekali tak lepas immigration sebab camera stand. Kena masuk kargo. Aku tak ambil luggage pulak tu. Tensen. Dengan perasaan yang panas tu aku pegi kaunter kena beli luggage semata-mata untuk camera stand. Wife aku ada bagi suggestion minta tumpang luggage sesiapa kat situ. Tapi masa tu hati tengah panas, ego tengah tinggi mana nak terima. Bila dah tenang baru terasa rugi pulak.

Dah settle satu immigration kena check satu lagi. Kali ni ubat gigi yang aku baru beli pulak tak lepas. Kat KLIA2 lepas kat sini pulak tak lepas. Nak buat macam mana lain negara lain peraturannya. Follow saje la. Dahlah baru sangat pakai. Rugi je. Lagi bertambah panas hati aku. Flight gerak lewat sikit dari jadual. Flight gerak aku pun tido sepanjang perjalanan. 




Selamat sampai di KLIA2 pukul 8.45 malam. Terus ambil ERL ke Putrajaya Sentral. Sampai rumah settlekan apa yang patut pastu tido. Esok wife aku keje sehari. Aku masih cuti lagi sepanjang minggu ni.

Pada aku Yogyakarta ada banyak tempat menarik untuk dilawati terutama sekali bagi mereka yang pencinta alam. Kalau ada rezeki aku akan kembali lagi untuk ke tempat lain pulak. InsyaAllah. Apa pun aku berpuas hati dapat tengok, merasai dan mengalami sendiri apa yang memang aku hajati. Dapat pulak pak supir yang ok. Cuma hotel saje yang agak kureng sikit.

Perbelanjaan hari ke-lima :-

1. Puthuk Setumbu - IDR 30,000 x 2 = IDR 60,000
2. Sarapan (kuih-kuih) - IDR 8,500
3. Kalibiru - IDR 5,000 x 2 = IDR 10,000
4. Pelantar Spot Bundar - IDR 15,000 x 2 = IDR 30,000
5. Pelantar Spot No.1 - IDR 15,000 x 2 = IDR 30,000
6. Fridge Magnet & Keychain - IDR 82,500
7. T.Shirt - IDR 30,000
8. Oleh-Oleh - IDR 115,000
9. Restoran Ayam Penyet Surabaya - IDR 58,000

Total - IDR 424,000

Perbelanjaan keseluruhan :-

1. Flight tiket - RM 850.16
2. Hotel - IDR 1,200,000
3. Pak Supir -  IDR 2,400,000
4. Belanja harian - IDR 4,266,500

Grand Total ~ RM 3,296.64 (IDR 1M = RM311)


Yogyakarta - Day 4

Selasa - 13.09.2016

Trip Korban : Goa Jomblang, Goa Sriti, Goa Pindul & Sungai Oya 

Hari ke-empat merupakan highlight percutian aku di Yogyakarta. Hari yang ditunggu-tunggu. Tempat yang paling aku nak pergi melawat dan mengalami sendiri pengalaman ini. 

Lepas breakfast di Hotel lebih kurang pukul 8 lebih kitorang bertolak ke Goa Jomblang. Jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari kota. Jalan masuk ke Goa Jomblang tidak berturap. Macam jalan kebun.


Dalam pukul 9 lebih sampai di Goa Jomblang. Terus ke tempat pendaftaran dan buat pembayaran. Harga package dikenakan IDR 450,000 seorang. Ramai yang dah sampai lebih awal daripada kitorang. Selesai mendaftar akan diberi no giliran. Aku dapat no 39. Lepas tu pegi pilih kasut boot. Saiz besar saje yang tinggal. 


Selesai memilih kasut, terus pegi ke kawasan berhampiran dengan lubang gua. Lubang gua ni adalah Goa Jomblang. Untuk masuk ke dalam gua ni kena turun ke bawah dan keluar pula di tarik naik ke atas. Jadi cara nak masuk kena menggunakan teknik tali tunggal atau single rope technique. Guide akan pakaikan segala kelengkapan set harness dan topi.



Cuaca hari ini berawan. Matahari sekejap ada sekejap takde. Waktu ni aku tak berapa pasti sama ada dapat tengok atau tidak apa yang aku nak lihat. Benda ini bergantung pada cuaca. Tapi dah sampai kena redah jugak dan berserah. Rezeki biar Tuhan tentukan.


Para petugas akan memastikan segala peralatan dipasang dengan baik dan betul. Bila semua dah selesai memakai segala kelengkapan dengan sempurna, seorang demi seorang diturunkan ke dalam gua mengikut no giliran yang diberikan masa daftar tadi. Hari ini lebih 50 orang yang menyertai aktiviti Caving Goa Jomblang. Kena bersabar menunggu giliran masing-masing untuk turun. Risau jugak, lambat turun takut terlepas apa yang dihajati. 




Semua akan diturunkan secara berpasangan sebab berat bebanan akan buat tali tu cepat turun ke bawah. Kalau sorang-sorang lambat sikit sebab ringan. Kalau datang sorang, akan dipasangkan dengan yang lain tanpa pasangan. Kalau takde juga yang single, guide akan turun sama. Cameraman akan ambil gambar semua yang turun. Sesiapa berminat boleh beli bila dah selesai segala aktiviti nanti. 


Nampak macam takut je. Tapi takde ape. Ok je. Tak perlu risau. InsyaAllah selamat. Guide akan pastikan semua peralatan dipakai dan dipasang dengan betul sebelum melepaskan kita turun ke bawah. Sekejap saje masa yang diambil untuk sampai ke bawah. Tak sampai seminit pun aku rasa. 

Tapi pengalaman turun tu memang best. Kitorang rasa sangat seronok dan teruja. Ada juga beberapa kaum hawa yang nampak nerves nak turun tu. Macam kena paksa ikut pasangan dorang je pun ada. 



Sampai di bawah kena tunggu yang lain pulak turun. Bila dah cukup satu group, guide akan bawa kita trekking menuju ke pintu gua lain. Trek lembab dan berbatu. So agak licin. Kena berhati-hati. Sebab tu semua orang diberi kasut boot bagi mengelakkan kasut sendiri kotor. 


Walaupun trek agak lembab, ada disediakan tali bagi membantu kita turun dengan senang dan selamat. Bila turun ke bawah akan jumpa pintu masuk gua. 



Lepas turun masuk ke arah pintu gua dan toleh ke belakang, lihat pemandangan di sini pun dah cukup cantik. Semua orang mula bergambar. Masing-masing sibuk dan leka ambik gambar, sampai guide terpaksa panggil mintak semua bergerak masuk ke dalam. Dalam lebih cantik kata guide.



Jalan menuju masuk ke gua memang gelap gelita. Kali ni semua orang tidak disediakan headlamp. So masing-masing bergantung pada lampu torchlight guide dan handphone sendiri. Jalan kaki lebih kurang 500 meter ke dalam gua. Ada disediakan batu pemijak. Tapi batu dan laluan ini licin kerana udara di dalam gua yang lembab.

Selepas beberapa minit berjalan, hampir sampai di hujung gua, kedengaran bunyi air sungai mengalir dan akhirnya di hadapan sana kelihatan satu cahaya yang masuk dari sebuah lubang dan menerangi kegelapan gua. Perkataan pertama yang terpancul hanyalah kalimah SubhanAllah berulang kali. Ya Allah, aku terkasima dan kagum dengan ciptaan dan kebesaran-Mu.



Akhirnya tercapai juga hajat aku nak melihat dengan mata sendiri fenomena ini. Walaupun cuaca tak begitu cantik, tapi Allah tetap memberi rezekiNya untuk aku melihat keindahan ciptaanNya ini walau seketika. Disebabkan cuaca di luar berawan, matahari sekejap ada sekejap tiada, jadi cahaya yang keluar juga sekejap ada sekejap hilang.


Goa Jomblang ini terletak di daerah Gunung Kidul. Gunung Kidul memang terkenal dengan alam semulajadinya yang cantik. Pintu masuk Goa Jomblang adalah menegak dan di bawahnya dikeliling dengan tumbuhan hutan hijau. Dengan kedalaman 80 meter, cara untuk masuk ke gua ini adalah dengan menggunakan teknik single rope.


Cahaya matahari yang menembusi lubang tu di Goa Grubug. Setelah masuk ke dalam Goa Jomblang, perlu berjalan kaki sejauh 500 meter sampai ke hujung dan akan jumpa batu stalagmite yang besar menegak di bahagian tengah.




Terdapat juga aliran sungai di dasarnya. Nyaman sekali ketika berada di sini. Dengan bunyian derusan air sungai, sesekali air menitik dari dinding gua yang lembab. Suhu di sini juga agak sejuk. Sesekali air menitik dari atas.


Waktu terbaik untuk melihat keindahan gua ini ialah sekitar 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari kerana pada waktu itu bila matahari berada di atas kepala, cahayanya akan menembusi lubang Goa Grubug sehingga terciptanya tiang cahaya atau lebih dikenali dengan cahaya dari syurga.

Masa aku masuk tadi aku dapat tengok cahaya matahari tu. Tapi tak lama lepas tu cahaya tu hilang. Menurut guide cahaya matahari tu akan keluar semula pada pukul 1.00 tengahari. Jadi kitorang tunggu sampai cahaya tu keluar kembali. Ada juga yang dah keluar awal, ada yang tak dapat tunggu sebab nak kena gerak ke aktiviti lain dan ada juga yang masih setia menunggu. Terutamanya para photographer. Tapi aku bukanlah photographer, aku adalah pencinta alam.

Seperti yang dijangka, tepat pukul 1.00 tengahari cahaya matahari sekali lagi menerombosi lubang gua. Walaupun cahayanya tidak begitu terang tapi fenomena ini masih tetap memukau sesiapa yang melihatnya.



Bila cahaya matahari mula menghilang, kitorang terus keluar daripada gua untuk naik ke atas semula. Kena tunggu turn juga naik ke atas. Sampai di atas, selesai pulangkan segala peralatan terus pegi ke kaunter daftar tadi untuk ambik makanan. Package ni dah termasuk makan tengahari dan juga insuran. 


Lepas ambil makanan dan beli gambar yang cameraman ambil masa turun tadi untuk dijadikan kenangan, kitorang terus ke kereta dan gerak ke destinasi seterusnya. Sebenarnya kitorang dah terlewat sangat. Terlampau banyak masa dihabiskan di sini tadi. 

Next time kalau nak buat aktiviti Caving Goa Jomblang kena keluar lebih awal supaya sampai lebih awal. Jadi boleh dapat no giliran awal. Aktiviti ini start pukul 10.00 pagi. Pukul 9 lebih agak ramai juga yang sudah sampai. Bila dapat no giliran awal, boleh turun ke dalam gua awal. Naik semula ke atas terpulang pada masing-masing. Paling lewat pukul 1.00 tengahari. Lepas tu dah takde apa-apa yang menarik.

Secara jujurnya, aku bersyukur pada Allah kerana memberi rezeki pada aku dapat melihat sendiri keindahan cahaya tadi walaupun cuaca tak begitu menyebelahi. Memang cantik dan menakjubkan pada aku. Kalau aku diberikan rezeki lebih, InsyaAllah aku datang lagi ke sini. 

Ok, kena move on. Kembali ke aktiviti ke-dua aku hari ni ialah Cave Tubing di 3 gua iaitu Goa Sriti, Goa Pindul dan Sungai Oya. Jarak untuk melakukan aktiviti tubing ni dari Goa Jomblang tak jauh. Hanya ambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.

Sampai di tempat tour, aku terus bayar untuk dua package Goa Sriti dan Goa Pindul sahaja. Kalau ikut plan awal aku ambil Goa Pindul saje. Tapi bila dah sampai sini tambah satu package lagi. Biasanya, ramai yang ambil 3 package terus. Sebab konon nak jimat. Duit cash rupiah kat tangan aku pun dah tak banyak. 

Harga IDR 35,000 seorang untuk Goa Sriti dan  juga IDR 35,000 seorang untuk Goa Pindul. Selesai buat pembayaran, akan diberi life jacket dan kasut. Lepas tu naik trak ke Goa Sriti. Jarak tak sampai 5 minit. Ada guide yang akan bawak kita explore gua ni.


Goa Sriti ini terbentuk daripada proses batuan karst beratus tahun dahulu. Panjang gua ini 320 meter. Di atas gua ini adalah jalan menuju ke Goa Pindul. So maknanya, jalan raya yang kita akan lalu nanti, di bawahnya ada sebuah gua yang bernama Goa Sriti.


Ikut sahaja guide masuk ke dalam. Masuk dalam je terus masuk dalam air. Paras air hanya separas pinggang orang dewasa. Ada satu kawasan tu tak jejak jugak kaki ke dasar. Sesiapa yang tak tau berenang jangan risau sebab dah pakai life jacket. Make sure pakai jaket dengan betul. So badan akan terapung. InsyaAllah tak lemas.

Guide akan menerangkan setiap bentuk-bentuk batuan yang terdapat di dalam gua ini. Terdapat pelbagai bentuk unik batuan yang ada. Stalactite ini masih aktif.



Ada perkhidmatan jurugambar untuk package ni. Tapi aku tak ingat berapa harganya dan aku tak ambil pun. Sebab nak jimat aku bawak kamera sendiri. Lepas tu mintak guide tolong ambilkan gambar kitorang. Selama berada di dalam gua ni, guide yang pegang camera aku. Semua gambar dalam ni guide yang ambil. 

Bila sampai di pintu keluar gua ini akan nampak sebuah sekolah di atas. Permukaan gua ini sangat kukuh hinggakan boleh bina sekolah diatasnya. Sangat menarik perhatianku. 


Selesai menjelajah Goa Sriti, kitorang sambung aktiviti tubing di Goa Pindul. Keluar dari Goa Sriti tadi jalan sikit ke jalan besar lepas tu kena naik trak semula untuk ke Goa Pindul. Perjalanan lebih kurang 10 minit. 


Trak akan berhenti di tempat penyimpanan pelampung. Disebabkan kitorang berdua saja, jadi guide yang tolong bawakan pelampung ke Goa Pindul. Kena jalan kaki lebih kurang 5 minit. Jauh jugaklah dengan bawak pelampung yang berat tu. Sesiapa yang datang beramai, kena bawak pelampung sendiri. Takkan guide nak bawak semuakan. Fuh! Senang lenang aku. 


Dari tempat pelampung tadi ke Goa Pindul akan melalui jalan kecil kawasan rumah-rumah penduduk. Jalan kecil sebab tu trak tak boleh masuk ke dalam. Setelah beberapa minit jalan kaki, akhirnya jumpa pintu gua. Tengok pintu pun dah nampak cantik. Dengan airnya yang berwarna turquoise.  


Cave Tubing di Goa Pindul ialah aktiviti menyusuri aliran sungai dengan menggunakan pelampung. Disebabkan aliran airnya tenang, jadi sesiapa saja boleh melakukan aktiviti ini dengan selamat. Ibu mengandung dan kanak-kanak pun boleh join.

Panjang gua ini sekitar 350 meter dengan kedalaman 5 hingga 12 meter. Gua ini memiliki 3 zon iaitu zon terang, zon remang dan zon gelap.



Sekali lagi guide akan tunjuk dan menerangkan bentuk-bentuk stalactite yang unik. Ada bentuk seperti tangan orang, ada juga yang berkilau seperti kristal, ada yang berbentuk panjang ke bawah dan apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi gong. Bermacam-macam bentuk ada. Aku dah banyak lupa sebenarnya rupa bentuk semua stalactite ni masa tengok balik gambar-gambar ni dan buat citer ni. Apa kata layan saje gambar yang ada.






Antara cerita pak guide yang aku masih ingat, ada air titisan daripada stalactite ni boleh buat cantik dan awek muda untuk perempuan. Bagi lelaki pula boleh menambahkan kejantanan katanya. Kitorang gelak je bila dengar citer pak guide ni.




Bila sampai di bahagian yang agak terang, di situ kita boleh bermandi manda. Naik batu kat tepi dan terjun tiruk pun boleh. Air agak dalam juga kat kawasan tu. Aku tak mandi sebab dah lewat petang. Aku cuma panjat di tepi tebing tu dan bergambar saje.


Disebabkan datang lambat jadi kitorang tak dapat tengok cahaya matahari masuk melalui lubang gua yang ada di sini. Waktu yang terbaik nak tengok cahaya tu waktu tengahari. Lebih kurang sama dengan waktu cahaya di Goa Jomblang juga. Cahayanya pun sama menerombosi lubang tadi ke air. Dan warna air sungai akan jadi lebih cantik. Lebih terserlah warna turquoise. 



Pada aku memang cantik Goa Pindul ni. Rasa tenang sangat. Lagi-lagi cuma kitorang saje yang ada waktu ni. Kalau awal memang penuh dengan orang sepanjang laluan sungai ni. Tapi kalau awal warna air tu lebih cantik sebab adanya cahaya matahari. Ada pro dan kontranya datang lewat. Walau apa pun tempat ni memang cantik sangat pada aku.



Selesai aktiviti tubing di Goa Pindul sepatutnya tamatlah akitiviti aku hari ini. Tapi disebabkan rasa ingin tahu apa yang istimewanya di Sungai Oya, jadi kitorang tambah satu lagi package tubing di Sungai Oya pulak. Cuma bagitau kat guide tu saje. Boleh bayar kemudian setelah selesai aktiviti nanti. Harga IDR 50,000 seorang. 

So aktiviti seterusnya kita sambung di Sungai Oya. Kena jalan kaki sikit. Pemandangan sangat cantik dengan sawah padi yang sedang menghijau. Kemudian naik trak semula menuju ke Sungai Oya.



Jarak tak jauh. Lebih kurang 5 minit saje dah sampai. Masa kitorang sampai ni memang dah dekat maghrib. Tapi redah saje. Kena tengok juga apa yang ada di sini. Takut menyesal balik nanti. Dah alang-alang sampai di Yogyakarta kan.


Lepas trak turunkan kitorang kena jalan kaki masuk ke dalam sikit. Pemandangan kiri dan kanan cantik dengan sungai dan sawah padi menghijau.




Aku jalan agak lambat dan tertinggal di belakang sebab sibuk ambil gambar sekitar. Wife aku dan pak guide dah jauh ke depan. Bila wife aku dah sampai terus dia jerit kat aku dari jauh suruh cepat. Dia kata sini lagi cantik giler. 

Tanpa berlengah aku lajukan langkah kaki menuju ke arah wife aku. Bila sampai saje, tidak dinafikan memang cantik Sungai Oya ni. Nasib baik aku buat keputusan yang betul tambah package ni. Dengan bentuk tebing batu karst yang unik di kiri dan kanan sepanjang laluan sungai ini begitu memukau pandangan mata. Sungguh indah ciptaanNya.



Sambung aktiviti tubing dengan menyusuri Sungai Oya dari timur ke barat sejauh lebih kurang 4 kilometer. Sepanjang laluan disajikan dengan pemandangan semulajadi batuan karst dan air sungai yang kehijauan. Kedalaman sekitar 7 hingga 10 meter. 



Di sungai ini kita akan jumpa air terjun. Air terjun ini dinamakan air terjun pengantin. Kat mana pengantinnya tu aku tak tau. Boleh berhenti untuk bermandi manda. Nak terjun tiruk pun boleh. Aku tak buat sebab dah maghrib. Cuma main-main air saje. Terasa nyaman dan rileks saje di sini. Menikmati pemandangan yang indah sambil bermain air sungai. Tenang sangat rasanya. 


Hari dah semakin gelap. Kitorang terus ke finish point. Selesai sudah aktiviti aku. Naik trak untuk pulang ke tempat tour tadi. Sampai terus mandi dan bersihkan diri sebelum pulang. Oh ya, jangan lupa bawak baju dan tuala.

Selesai membersihkan diri, kitorang terus gerak  pulang ke Malioboro. Terus balik hotel. Tak singgah mana-mana pun sebab dah keletihan. Malam kitorang cuma makan maggie pastu kemas-kemas sikit baju. Selesai terus tido sebab esok nak kena bangun awal pagi. Sambung hari kelima.

Perbelanjaan hari ke-empat :

1. Caving Goa Jomblang - IDR 450,000 x 2 = IDR 900,000
2. Gambar - IDR 25,000
3. Goa Sriti - IDR 35,000 x 2 = IDR 70,000
4. Goa Pindul - IDR 35,000 x 2 = IDR 70,000
5. Sungai Oya - IDR 50,000 x 2 = IDR 100,000

Total - IDR 1,165,000