Selasa - 13.09.2016
Trip Korban : Goa Jomblang, Goa Sriti, Goa Pindul & Sungai Oya
Hari ke-empat merupakan highlight percutian aku di Yogyakarta. Hari yang ditunggu-tunggu. Tempat yang paling aku nak pergi melawat dan mengalami sendiri pengalaman ini.
Lepas breakfast di Hotel lebih kurang pukul 8 lebih kitorang bertolak ke Goa Jomblang. Jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari kota. Jalan masuk ke Goa Jomblang tidak berturap. Macam jalan kebun.
Dalam pukul 9 lebih sampai di Goa Jomblang. Terus ke tempat pendaftaran dan buat pembayaran. Harga package dikenakan IDR 450,000 seorang. Ramai yang dah sampai lebih awal daripada kitorang. Selesai mendaftar akan diberi no giliran. Aku dapat no 39. Lepas tu pegi pilih kasut boot. Saiz besar saje yang tinggal.
Cuaca hari ini berawan. Matahari sekejap ada sekejap takde. Waktu ni aku tak berapa pasti sama ada dapat tengok atau tidak apa yang aku nak lihat. Benda ini bergantung pada cuaca. Tapi dah sampai kena redah jugak dan berserah. Rezeki biar Tuhan tentukan.
Para petugas akan memastikan segala peralatan dipasang dengan baik dan betul. Bila semua dah selesai memakai segala kelengkapan dengan sempurna, seorang demi seorang diturunkan ke dalam gua mengikut no giliran yang diberikan masa daftar tadi. Hari ini lebih 50 orang yang menyertai aktiviti Caving Goa Jomblang. Kena bersabar menunggu giliran masing-masing untuk turun. Risau jugak, lambat turun takut terlepas apa yang dihajati.
Nampak macam takut je. Tapi takde ape. Ok je. Tak perlu risau. InsyaAllah selamat. Guide akan pastikan semua peralatan dipakai dan dipasang dengan betul sebelum melepaskan kita turun ke bawah. Sekejap saje masa yang diambil untuk sampai ke bawah. Tak sampai seminit pun aku rasa.
Tapi pengalaman turun tu memang best. Kitorang rasa sangat seronok dan teruja. Ada juga beberapa kaum hawa yang nampak nerves nak turun tu. Macam kena paksa ikut pasangan dorang je pun ada.
Sampai di bawah kena tunggu yang lain pulak turun. Bila dah cukup satu group, guide akan bawa kita trekking menuju ke pintu gua lain. Trek lembab dan berbatu. So agak licin. Kena berhati-hati. Sebab tu semua orang diberi kasut boot bagi mengelakkan kasut sendiri kotor.
Lepas turun masuk ke arah pintu gua dan toleh ke belakang, lihat pemandangan di sini pun dah cukup cantik. Semua orang mula bergambar. Masing-masing sibuk dan leka ambik gambar, sampai guide terpaksa panggil mintak semua bergerak masuk ke dalam. Dalam lebih cantik kata guide.
Goa Jomblang ini terletak di daerah Gunung Kidul. Gunung Kidul memang terkenal dengan alam semulajadinya yang cantik. Pintu masuk Goa Jomblang adalah menegak dan di bawahnya dikeliling dengan tumbuhan hutan hijau. Dengan kedalaman 80 meter, cara untuk masuk ke gua ini adalah dengan menggunakan teknik single rope.
Waktu terbaik untuk melihat keindahan gua ini ialah sekitar 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari kerana pada waktu itu bila matahari berada di atas kepala, cahayanya akan menembusi lubang Goa Grubug sehingga terciptanya tiang cahaya atau lebih dikenali dengan cahaya dari syurga.
Masa aku masuk tadi aku dapat tengok cahaya matahari tu. Tapi tak lama lepas tu cahaya tu hilang. Menurut guide cahaya matahari tu akan keluar semula pada pukul 1.00 tengahari. Jadi kitorang tunggu sampai cahaya tu keluar kembali. Ada juga yang dah keluar awal, ada yang tak dapat tunggu sebab nak kena gerak ke aktiviti lain dan ada juga yang masih setia menunggu. Terutamanya para photographer. Tapi aku bukanlah photographer, aku adalah pencinta alam.
Seperti yang dijangka, tepat pukul 1.00 tengahari cahaya matahari sekali lagi menerombosi lubang gua. Walaupun cahayanya tidak begitu terang tapi fenomena ini masih tetap memukau sesiapa yang melihatnya.
Goa Sriti ini terbentuk daripada proses batuan karst beratus tahun dahulu. Panjang gua ini 320 meter. Di atas gua ini adalah jalan menuju ke Goa Pindul. So maknanya, jalan raya yang kita akan lalu nanti, di bawahnya ada sebuah gua yang bernama Goa Sriti.
Dari tempat pelampung tadi ke Goa Pindul akan melalui jalan kecil kawasan rumah-rumah penduduk. Jalan kecil sebab tu trak tak boleh masuk ke dalam. Setelah beberapa minit jalan kaki, akhirnya jumpa pintu gua. Tengok pintu pun dah nampak cantik. Dengan airnya yang berwarna turquoise.
Cave Tubing di Goa Pindul ialah aktiviti menyusuri aliran sungai dengan menggunakan pelampung. Disebabkan aliran airnya tenang, jadi sesiapa saja boleh melakukan aktiviti ini dengan selamat. Ibu mengandung dan kanak-kanak pun boleh join.
Panjang gua ini sekitar 350 meter dengan kedalaman 5 hingga 12 meter. Gua ini memiliki 3 zon iaitu zon terang, zon remang dan zon gelap.
Selesai aktiviti tubing di Goa Pindul sepatutnya tamatlah akitiviti aku hari ini. Tapi disebabkan rasa ingin tahu apa yang istimewanya di Sungai Oya, jadi kitorang tambah satu lagi package tubing di Sungai Oya pulak. Cuma bagitau kat guide tu saje. Boleh bayar kemudian setelah selesai aktiviti nanti. Harga IDR 50,000 seorang.
So aktiviti seterusnya kita sambung di Sungai Oya. Kena jalan kaki sikit. Pemandangan sangat cantik dengan sawah padi yang sedang menghijau. Kemudian naik trak semula menuju ke Sungai Oya.
Hari ke-empat merupakan highlight percutian aku di Yogyakarta. Hari yang ditunggu-tunggu. Tempat yang paling aku nak pergi melawat dan mengalami sendiri pengalaman ini.
Lepas breakfast di Hotel lebih kurang pukul 8 lebih kitorang bertolak ke Goa Jomblang. Jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari kota. Jalan masuk ke Goa Jomblang tidak berturap. Macam jalan kebun.
Selesai memilih kasut, terus pegi ke kawasan berhampiran dengan lubang gua. Lubang gua ni adalah Goa Jomblang. Untuk masuk ke dalam gua ni kena turun ke bawah dan keluar pula di tarik naik ke atas. Jadi cara nak masuk kena menggunakan teknik tali tunggal atau single rope technique. Guide akan pakaikan segala kelengkapan set harness dan topi.
Semua akan diturunkan secara berpasangan sebab berat bebanan akan buat tali tu cepat turun ke bawah. Kalau sorang-sorang lambat sikit sebab ringan. Kalau datang sorang, akan dipasangkan dengan yang lain tanpa pasangan. Kalau takde juga yang single, guide akan turun sama. Cameraman akan ambil gambar semua yang turun. Sesiapa berminat boleh beli bila dah selesai segala aktiviti nanti.
Tapi pengalaman turun tu memang best. Kitorang rasa sangat seronok dan teruja. Ada juga beberapa kaum hawa yang nampak nerves nak turun tu. Macam kena paksa ikut pasangan dorang je pun ada.
Walaupun trek agak lembab, ada disediakan tali bagi membantu kita turun dengan senang dan selamat. Bila turun ke bawah akan jumpa pintu masuk gua.
Jalan menuju masuk ke gua memang gelap gelita. Kali ni semua orang tidak disediakan headlamp. So masing-masing bergantung pada lampu torchlight guide dan handphone sendiri. Jalan kaki lebih kurang 500 meter ke dalam gua. Ada disediakan batu pemijak. Tapi batu dan laluan ini licin kerana udara di dalam gua yang lembab.
Selepas beberapa minit berjalan, hampir sampai di hujung gua, kedengaran bunyi air sungai mengalir dan akhirnya di hadapan sana kelihatan satu cahaya yang masuk dari sebuah lubang dan menerangi kegelapan gua. Perkataan pertama yang terpancul hanyalah kalimah SubhanAllah berulang kali. Ya Allah, aku terkasima dan kagum dengan ciptaan dan kebesaran-Mu.
Akhirnya tercapai juga hajat aku nak melihat dengan mata sendiri fenomena ini. Walaupun cuaca tak begitu cantik, tapi Allah tetap memberi rezekiNya untuk aku melihat keindahan ciptaanNya ini walau seketika. Disebabkan cuaca di luar berawan, matahari sekejap ada sekejap tiada, jadi cahaya yang keluar juga sekejap ada sekejap hilang.
Cahaya matahari yang menembusi lubang tu di Goa Grubug. Setelah masuk ke dalam Goa Jomblang, perlu berjalan kaki sejauh 500 meter sampai ke hujung dan akan jumpa batu stalagmite yang besar menegak di bahagian tengah.
Terdapat juga aliran sungai di dasarnya. Nyaman sekali ketika berada di sini. Dengan bunyian derusan air sungai, sesekali air menitik dari dinding gua yang lembab. Suhu di sini juga agak sejuk. Sesekali air menitik dari atas.
Masa aku masuk tadi aku dapat tengok cahaya matahari tu. Tapi tak lama lepas tu cahaya tu hilang. Menurut guide cahaya matahari tu akan keluar semula pada pukul 1.00 tengahari. Jadi kitorang tunggu sampai cahaya tu keluar kembali. Ada juga yang dah keluar awal, ada yang tak dapat tunggu sebab nak kena gerak ke aktiviti lain dan ada juga yang masih setia menunggu. Terutamanya para photographer. Tapi aku bukanlah photographer, aku adalah pencinta alam.
Seperti yang dijangka, tepat pukul 1.00 tengahari cahaya matahari sekali lagi menerombosi lubang gua. Walaupun cahayanya tidak begitu terang tapi fenomena ini masih tetap memukau sesiapa yang melihatnya.
Bila cahaya matahari mula menghilang, kitorang terus keluar daripada gua untuk naik ke atas semula. Kena tunggu turn juga naik ke atas. Sampai di atas, selesai pulangkan segala peralatan terus pegi ke kaunter daftar tadi untuk ambik makanan. Package ni dah termasuk makan tengahari dan juga insuran.
Lepas ambil makanan dan beli gambar yang cameraman ambil masa turun tadi untuk dijadikan kenangan, kitorang terus ke kereta dan gerak ke destinasi seterusnya. Sebenarnya kitorang dah terlewat sangat. Terlampau banyak masa dihabiskan di sini tadi.
Next time kalau nak buat aktiviti Caving Goa Jomblang kena keluar lebih awal supaya sampai lebih awal. Jadi boleh dapat no giliran awal. Aktiviti ini start pukul 10.00 pagi. Pukul 9 lebih agak ramai juga yang sudah sampai. Bila dapat no giliran awal, boleh turun ke dalam gua awal. Naik semula ke atas terpulang pada masing-masing. Paling lewat pukul 1.00 tengahari. Lepas tu dah takde apa-apa yang menarik.
Secara jujurnya, aku bersyukur pada Allah kerana memberi rezeki pada aku dapat melihat sendiri keindahan cahaya tadi walaupun cuaca tak begitu menyebelahi. Memang cantik dan menakjubkan pada aku. Kalau aku diberikan rezeki lebih, InsyaAllah aku datang lagi ke sini.
Ok, kena move on. Kembali ke aktiviti ke-dua aku hari ni ialah Cave Tubing di 3 gua iaitu Goa Sriti, Goa Pindul dan Sungai Oya. Jarak untuk melakukan aktiviti tubing ni dari Goa Jomblang tak jauh. Hanya ambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Sampai di tempat tour, aku terus bayar untuk dua package Goa Sriti dan Goa Pindul sahaja. Kalau ikut plan awal aku ambil Goa Pindul saje. Tapi bila dah sampai sini tambah satu package lagi. Biasanya, ramai yang ambil 3 package terus. Sebab konon nak jimat. Duit cash rupiah kat tangan aku pun dah tak banyak.
Harga IDR 35,000 seorang untuk Goa Sriti dan juga IDR 35,000 seorang untuk Goa Pindul. Selesai buat pembayaran, akan diberi life jacket dan kasut. Lepas tu naik trak ke Goa Sriti. Jarak tak sampai 5 minit. Ada guide yang akan bawak kita explore gua ni.
Ikut sahaja guide masuk ke dalam. Masuk dalam je terus masuk dalam air. Paras air hanya separas pinggang orang dewasa. Ada satu kawasan tu tak jejak jugak kaki ke dasar. Sesiapa yang tak tau berenang jangan risau sebab dah pakai life jacket. Make sure pakai jaket dengan betul. So badan akan terapung. InsyaAllah tak lemas.
Guide akan menerangkan setiap bentuk-bentuk batuan yang terdapat di dalam gua ini. Terdapat pelbagai bentuk unik batuan yang ada. Stalactite ini masih aktif.
Ada perkhidmatan jurugambar untuk package ni. Tapi aku tak ingat berapa harganya dan aku tak ambil pun. Sebab nak jimat aku bawak kamera sendiri. Lepas tu mintak guide tolong ambilkan gambar kitorang. Selama berada di dalam gua ni, guide yang pegang camera aku. Semua gambar dalam ni guide yang ambil.
Bila sampai di pintu keluar gua ini akan nampak sebuah sekolah di atas. Permukaan gua ini sangat kukuh hinggakan boleh bina sekolah diatasnya. Sangat menarik perhatianku.
Selesai menjelajah Goa Sriti, kitorang sambung aktiviti tubing di Goa Pindul. Keluar dari Goa Sriti tadi jalan sikit ke jalan besar lepas tu kena naik trak semula untuk ke Goa Pindul. Perjalanan lebih kurang 10 minit.
Trak akan berhenti di tempat penyimpanan pelampung. Disebabkan kitorang berdua saja, jadi guide yang tolong bawakan pelampung ke Goa Pindul. Kena jalan kaki lebih kurang 5 minit. Jauh jugaklah dengan bawak pelampung yang berat tu. Sesiapa yang datang beramai, kena bawak pelampung sendiri. Takkan guide nak bawak semuakan. Fuh! Senang lenang aku.
Panjang gua ini sekitar 350 meter dengan kedalaman 5 hingga 12 meter. Gua ini memiliki 3 zon iaitu zon terang, zon remang dan zon gelap.
Sekali lagi guide akan tunjuk dan menerangkan bentuk-bentuk stalactite yang unik. Ada bentuk seperti tangan orang, ada juga yang berkilau seperti kristal, ada yang berbentuk panjang ke bawah dan apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi gong. Bermacam-macam bentuk ada. Aku dah banyak lupa sebenarnya rupa bentuk semua stalactite ni masa tengok balik gambar-gambar ni dan buat citer ni. Apa kata layan saje gambar yang ada.
Antara cerita pak guide yang aku masih ingat, ada air titisan daripada stalactite ni boleh buat cantik dan awek muda untuk perempuan. Bagi lelaki pula boleh menambahkan kejantanan katanya. Kitorang gelak je bila dengar citer pak guide ni.
Bila sampai di bahagian yang agak terang, di situ kita boleh bermandi manda. Naik batu kat tepi dan terjun tiruk pun boleh. Air agak dalam juga kat kawasan tu. Aku tak mandi sebab dah lewat petang. Aku cuma panjat di tepi tebing tu dan bergambar saje.
Disebabkan datang lambat jadi kitorang tak dapat tengok cahaya matahari masuk melalui lubang gua yang ada di sini. Waktu yang terbaik nak tengok cahaya tu waktu tengahari. Lebih kurang sama dengan waktu cahaya di Goa Jomblang juga. Cahayanya pun sama menerombosi lubang tadi ke air. Dan warna air sungai akan jadi lebih cantik. Lebih terserlah warna turquoise.
Pada aku memang cantik Goa Pindul ni. Rasa tenang sangat. Lagi-lagi cuma kitorang saje yang ada waktu ni. Kalau awal memang penuh dengan orang sepanjang laluan sungai ni. Tapi kalau awal warna air tu lebih cantik sebab adanya cahaya matahari. Ada pro dan kontranya datang lewat. Walau apa pun tempat ni memang cantik sangat pada aku.
So aktiviti seterusnya kita sambung di Sungai Oya. Kena jalan kaki sikit. Pemandangan sangat cantik dengan sawah padi yang sedang menghijau. Kemudian naik trak semula menuju ke Sungai Oya.
Jarak tak jauh. Lebih kurang 5 minit saje dah sampai. Masa kitorang sampai ni memang dah dekat maghrib. Tapi redah saje. Kena tengok juga apa yang ada di sini. Takut menyesal balik nanti. Dah alang-alang sampai di Yogyakarta kan.
Lepas trak turunkan kitorang kena jalan kaki masuk ke dalam sikit. Pemandangan kiri dan kanan cantik dengan sungai dan sawah padi menghijau.
Aku jalan agak lambat dan tertinggal di belakang sebab sibuk ambil gambar sekitar. Wife aku dan pak guide dah jauh ke depan. Bila wife aku dah sampai terus dia jerit kat aku dari jauh suruh cepat. Dia kata sini lagi cantik giler.
Tanpa berlengah aku lajukan langkah kaki menuju ke arah wife aku. Bila sampai saje, tidak dinafikan memang cantik Sungai Oya ni. Nasib baik aku buat keputusan yang betul tambah package ni. Dengan bentuk tebing batu karst yang unik di kiri dan kanan sepanjang laluan sungai ini begitu memukau pandangan mata. Sungguh indah ciptaanNya.
Sambung aktiviti tubing dengan menyusuri Sungai Oya dari timur ke barat sejauh lebih kurang 4 kilometer. Sepanjang laluan disajikan dengan pemandangan semulajadi batuan karst dan air sungai yang kehijauan. Kedalaman sekitar 7 hingga 10 meter.
Di sungai ini kita akan jumpa air terjun. Air terjun ini dinamakan air terjun pengantin. Kat mana pengantinnya tu aku tak tau. Boleh berhenti untuk bermandi manda. Nak terjun tiruk pun boleh. Aku tak buat sebab dah maghrib. Cuma main-main air saje. Terasa nyaman dan rileks saje di sini. Menikmati pemandangan yang indah sambil bermain air sungai. Tenang sangat rasanya.
Hari dah semakin gelap. Kitorang terus ke finish point. Selesai sudah aktiviti aku. Naik trak untuk pulang ke tempat tour tadi. Sampai terus mandi dan bersihkan diri sebelum pulang. Oh ya, jangan lupa bawak baju dan tuala.
Selesai membersihkan diri, kitorang terus gerak pulang ke Malioboro. Terus balik hotel. Tak singgah mana-mana pun sebab dah keletihan. Malam kitorang cuma makan maggie pastu kemas-kemas sikit baju. Selesai terus tido sebab esok nak kena bangun awal pagi. Sambung hari kelima.
Perbelanjaan hari ke-empat :
1. Caving Goa Jomblang - IDR 450,000 x 2 = IDR 900,000
2. Gambar - IDR 25,000
3. Goa Sriti - IDR 35,000 x 2 = IDR 70,000
4. Goa Pindul - IDR 35,000 x 2 = IDR 70,000
5. Sungai Oya - IDR 50,000 x 2 = IDR 100,000
Total - IDR 1,165,000
salam and hi . saya nak tanya kalau pergi gua jomblang tu bayar on the spot kt situ ke ?
ReplyDeleteye, byr di situ klu en. tak ambil package
Delete