Isnin - 12.09.2016
Trip Korban : Pantai Pok Tunggal, Pantai Timang, Pantai Ngobaran & Bukit Bintang
Selesai solat terus balik Hotel. Wife aku dah siap dan tunggu aku nak pegi breakfast. Pagi ni hanya makan di Hotel saje. Breakfast yang disediakan pun simple giler. Tapi Alhamdulillah, bolehlah buat isi perut.
Selesai makan, pukul 8.00 pagi terus gerak keluar. Tapi yang geramnya, tunggu punya tunggu, Pak Supir tak muncul. Mintak pihak Hotel tolong telefonkan. Mula-mula tak angkat. Cuba lagi. Sekali dia kata tengah ambil daging korban. Padahal semalam dah janji pukul 8.00 pagi nak keluar. Dia tak cakap ada hal ke. Kalau bagitau awal takde aku keluar awal.
Lebih kurang sejam jugak aku tunggu. Bengang dibuatnya. Lambat gerak nanti tak sempat nak penuhi itinerary hari ni. Perjalanan jauh hari ni.
Pak Supir sampai lebih kurang pukul 9.00 pagi. Terus gerak ke Pantai Pok Tunggal yang terletak di daerah Gunung Kidul. Keadaan jalan bengkang bengkok dan menaiki bukit. Memandangkan hari ni adalah hari raya, jadi aku pilih aktiviti pantai saja. Takut banyak tempat attraction tutup. Baik plan awal.
Perjalanan ke Pantai Pok Tunggal ambil masa lebih kurang 2 jam. Masuk kawasan pantai dikenakan bayaran. Harga IDR 10,000 seorang. Ada 10 pantai sepanjang laluan ini. Aku cuma pilih satu je. Lebih kurang 2 km nak sampai ke pantai, jalan masuk sangat teruk. Berbatu-batu tidak berturap. Ada yang hanya bersimen untuk laluan tayar sahaja.
Bila sampai di pantai, tersaji pemandangan indah dengan pasir putih dan laut yang biru terbentang di depan mata. Ombak dan angin bertiup agak kuat ketika ini. Pengunjung tak begitu ramai. Cuaca agak panas terik. Ada yang bermandi manda, ada yang berposing sakan, ada yang berdating dan pelbagai lagi gelagat pengunjung boleh dilihat. Kebanyakkannya warga tempatan.
Pantai ini diapit oleh dua bukit atau tebing tinggi di sebelah kiri dan kanan pantai. Aku pegi bahagian kiri. Ada disediakan tangga batu buatan penduduk tempatan di tepi batu tebing untuk naik ke atas. Cantik sangat batu-batuan tebing ni.
Setelah puas menikmati pemandangan di sini, kitorang bertolak ke destinasi seterusnya. Aku tak explore pantai-pantai lain sepanjang laluan ni. Sebab aku ada plan lain. Destinasi kedua ialah Pantai Timang. Laluan Pantai Timang dan Pantai Pok Tunggal tadi bertentangan. Tapi masih dalam daerah Gunung Kidul. Jarak tak berapa jauh sangat.
Sebelum sampai Pantai Timang, Pak Supir bawak singgah booking lobster dulu di sebuah rumah yang terletak tepi jalan on the way ke pantai. Kitorang memang dah bagitau nak makan lobster hari ni.
Sesekali percikan ombak kuat sampai ke atas. Ada satu minah ni habis basah lencun kena percikan ombak yang kuat. Nasib baik time tu aku agak jauh sikit. Tapi kalau ombak tengah percik tinggi sila jangan lari. Bahaya. Batu-batu tajam dan licin. Takut jatuh. Boleh menyebabkan kecederaan. Lagi susah. Jadi redha je kalau dah basah.
Pantai Timang ni juga adalah lokasi mencari hasil laut. Gondola tu sebenarnya digunakan untuk mencari hasil laut terutamanya lobster. Hasil tangkapan akan diedarkan ke restoran-restoran di Jakarta.
Setelah puas menikmati pemandangan keindahan Pantai Timang, kitorang gerak kembali semula ke rumah tadi untuk menikmati lobster pulak. Sampai makanan pun dah siap dimasak. Tunggu dihidangkan saje. Makanan tadi akan dihidangkan di satu ruang makan. Ada meja dan duduk bersila.
Harga pakej tadi termasuk nasi, lobster yang dimasak bersoskan macam ala sambal, tempe goreng, ulaman dan air. Rasa sosnya...perghhh! Sedap giler sehingga menjilat jari. Serius memang sedap wei. Lobster pun fresh. Terliur masa aku taip citer ni.
Setelah kekenyangan makan lobster, aku tumpang solat dulu sebelum bergerak ke destinasi lain. Masa makan tadi aku ada bincang dengan wife. Rasanya kita tak sempat nak pegi ke tempat yang kita plan tu. Perjalanan jauh ambil masa lebih kurang 3 ke 4 jam. Kalau bertolak sekarang mesti sampai sana dah malam gelap sebab kat sini malam cepat. Pukul 5 lebih dah gelap. Jadi tak berbaloi dan takkan nampak apa-apa yang nak ditengok tu. Jadi dengan berat hati kena buat keputusan tukar lokasi yang dekat saja. Tempat tu aku rahsiakan dulu. Tunggu kalau aku ada rezeki terpijak mana tau repeat ke Yogyakarta. Aku akan ke situ.
Selesai segala urusan terus gerak ke Pantai Ngobaran. Pak Supir yang cadangkan. Masuk balik kawasan Pantai Pok Tunggal tadi. Kena bayar sekali lagi tiket masuk IDR 5,000 seorang. Aku sangka Pantai Ngobaran ni dekat, rupanya jauh juga. Masuk ke dalam lagi, sekali kena lagi bayar tiket masuk lain pulak IDR 5,000 juga seorang.
Cuaca agak mendung petang tu. Jadi aku tak menaruh harapan sangat dengan view yang cantik. Biasanya, bila langit kelabu secara automatik laut pun kelihatan kelabu. Bila langit biru cerah baru dapat laut biru. Kalau berawan tebal pun kurang menarik sikit. Lebih lagi nak tengok sunset pun seperti tidak ada harapan. Tapi dah alang-alang sampai, redah saje.
Masa tengah tengok suasana sekililing tiba-tiba aku ternampak ada bukit di sebelah kanan. Jadi cuba cari jalan naik atas. Bila jumpa kitorang terus naik nak tengok apa yang ada. Tak sampai 5 minit dah sampai atas. Ada kuil di atas tu. Nampak view lautan dari atas dan juga pantai sebelah. Cantik.
Apa yang membuat Pantai Ngobaran ini menarik adalah budayanya, rumah ibadah 4 agama dan makanan terkenal penduduk tempatan. Terkenal juga dengan masakan landak laut.
Tak ramai kat atas ni. Cuma budak-budak muda tempatan saje. Dari sini juga kitorang dapat tengok sunset. Dari cuaca yang kelam, Tuhan beri kitorang sunset yang cantik. Alhamdulillah. Layan sunset sekejap.
Bila matahari dah menghilangkan diri, kitorang turun ke kereta dan terus gerak pulang. Tapi sebelum tu sempat jugak jenguk sekejap pantai sebelah. Pantai yang kitorang nampak dari atas bukit tadi. Ada banyak gerai-gerai makan juga. Tapi kedai banyak dah tutup sebab dah gelap sikit. Jom ayuh kita pulang.
Selesai aktiviti pantai, kitorang gerak balik ke Malioboro. On the way pulang singgah sekejap di Bukit Bintang untuk tengok pemandangan malam Yogyakarta dari atas bukit.
Pak Supir parking kereta di tepi jalan saje. Kitorang jalan-jalan ambil tempat di kaki lima. Betul-betul tepi jalan besar. InsyaAllah selamat sebab ada orang yang jaga traffic.
Dari Bukit Bintang kelihatan seperti ribuan bintang yang berkilau di malam hari. Bintang yang berkilau itu bukanlah bintang yang bertebaran di langit tapi cahaya lampu Bandar Yogyakarta. Terdapat peniaga tepi jalan yang menjual jagung bakar dan kopi panas. Restoran dan cafe juga ada di sini. Kitorang cuma makan jagung bakar sambil menikmati pemandangan malam. Bila rasa cukup puas, gerak balik ke Malioboro.
Sampai di Malioboro kitorang singgah di Angkringan di Jalan Malioboro untuk menikmati Kopi Joss iaitu kopi panas yang disajikan dengan arang. Kebaikan kopi ini adalah kandungan caffeine yang rendah kerana telah di neutral kan oleh arang.
Selain kopi joss terdapat juga makanan seperti nasi kucing, satay dan makanan yang aku tak tau namanya. Eh! sedap tau kopi joss ni. Mesti try kalau ke Yogyakarta. Nasi kucing tu sikit je isinya. Rasa boleh tahan pedas juga lauknya.
Pelbagai golongan yang melepak menikmati makanan dan kopi joss di Angkringan ni. Dari yang muda hingga yang tua. Bersama kawan atau pun keluarga. Ada disediakan meja dan kerusi. Boleh juga duduk di atas tikar di dalam atau di kaki lima. Macam zaman dulu di kampung rasanya. Di Malaysia mana ada macam ni.
Selesai makan, kitorang jalan kaki di sepanjang kedai-kedai di Jalan Malioboro menghala ke Hotel. Ada pelbagai barang yang dijual untuk dijadikan souvenir. T-shirtnya murah-murah. Baju batik pun ada. Aku tak beli ape pun. Bukan kaki shopping. Nak cari fridge magnet saje tapi takde.
Selain kedai-kedai jualan di sekitar ada beca dan kereta kuda untuk disewa. Kalau malas nak jalan jauh boleh naik beca. Kalau teringin nak rasa naik kereta kuda pun boleh. Pemuzik jalanan pun ada menghiburkan orang ramai.
Sampai Hotel bersihkan diri pastu tido. Sambung hari keempat.
Perbelanjaan hari ketiga :
1. Tiket masuk Pantai Pok Tunggal - IDR 10,000 x 2 = IDR 20,000
2. Tiket masuk Pantai Timang - IDR 5000 x 2 = IDR 10,000
3. Makan lobster - IDR 450,000
4. Tiket masuk pantai - IDR 10,000 x 2 = IDR 20,000
5. Tiket masuk Pantai Ngobaran - IDR 5000 x 2 = IDR 10,000
6. Jagung bakar - IDR 6000 x 2 = IDR 12,000
7. Kopi joss & nasi kucing - IDR 18,000
Total : IDR 540,000
Hari ke-tiga, lepas solat subuh terus bersiap nak keluar solat Aidil Adha pulak. Solat Aidil Adha kat sini pukul 6.30 pagi. Semalam dah survey masjid mana nak pegi pagi ni. Senang sikit. Terus tuju ke masjid. Pertama kali beraya di negara orang.
Masjid Baitussalam berdekatan dengan Jalan Malioboro
Lembu dan kambing untuk ibadat korban
Selesai solat terus balik Hotel. Wife aku dah siap dan tunggu aku nak pegi breakfast. Pagi ni hanya makan di Hotel saje. Breakfast yang disediakan pun simple giler. Tapi Alhamdulillah, bolehlah buat isi perut.
Selesai makan, pukul 8.00 pagi terus gerak keluar. Tapi yang geramnya, tunggu punya tunggu, Pak Supir tak muncul. Mintak pihak Hotel tolong telefonkan. Mula-mula tak angkat. Cuba lagi. Sekali dia kata tengah ambil daging korban. Padahal semalam dah janji pukul 8.00 pagi nak keluar. Dia tak cakap ada hal ke. Kalau bagitau awal takde aku keluar awal.
Lebih kurang sejam jugak aku tunggu. Bengang dibuatnya. Lambat gerak nanti tak sempat nak penuhi itinerary hari ni. Perjalanan jauh hari ni.
Pak Supir sampai lebih kurang pukul 9.00 pagi. Terus gerak ke Pantai Pok Tunggal yang terletak di daerah Gunung Kidul. Keadaan jalan bengkang bengkok dan menaiki bukit. Memandangkan hari ni adalah hari raya, jadi aku pilih aktiviti pantai saja. Takut banyak tempat attraction tutup. Baik plan awal.
Perjalanan ke Pantai Pok Tunggal ambil masa lebih kurang 2 jam. Masuk kawasan pantai dikenakan bayaran. Harga IDR 10,000 seorang. Ada 10 pantai sepanjang laluan ini. Aku cuma pilih satu je. Lebih kurang 2 km nak sampai ke pantai, jalan masuk sangat teruk. Berbatu-batu tidak berturap. Ada yang hanya bersimen untuk laluan tayar sahaja.
Bila sampai di pantai, tersaji pemandangan indah dengan pasir putih dan laut yang biru terbentang di depan mata. Ombak dan angin bertiup agak kuat ketika ini. Pengunjung tak begitu ramai. Cuaca agak panas terik. Ada yang bermandi manda, ada yang berposing sakan, ada yang berdating dan pelbagai lagi gelagat pengunjung boleh dilihat. Kebanyakkannya warga tempatan.
Ikut kiri naik ke atas
Tangga batu yang disediakan
Lepas tangga berbatu tadi kena lalu di atas jambatan buluh. Buluh-buluh itu diikat dengan menggunakan getah antara satu sama lain. Berani tak nak lalu. InsyaAllah selamat. Pemandangan tebing dan laut daripada laluan buluh ni sangat cantik.
Jambatan buluh
Cantik batu tebing dan pemandangan laut dari sini
Naik tangga batu lagi sebelum sampai di puncak
Bila dah sampai atas bukit boleh nampak pemandangan lautan yang terbentang luas. Memang cantik. Ada disediakan tabung untuk pengunjung memberi sumbangan seikhlas hati. Wang itu digunakan untuk membaikpulih jambatan buluh tadi.
Pemandangan di bahagian kiri
Pemandangan di bahagian kanan
Pemandangan pantai
Angin sangat kuat di atas ni. Bergoyang juga badan dibuatnya. Dinasihatkan jangan berdiri terlalu rapat dengan tebing. Takut angin kuat yang bertiup tu buatkan badan bergoyang dan tak seimbang. Di bawah ni semua batu bata. Kalau jatuh, innalillah....
Gazebo di atas bukit
Di atas ni ada gerai-gerai kecil yang jual makanan. Selain tu ada juga gazebo untuk lepak. Tapi kena bayar sewa. Harga sekitar IDR 20,000. Bila duduk je dah kena bayar.
Untuk disewa
Aku pilih Pantai Pok Tunggal sebab pemandangan pantai ini nampak cantik dengan adanya sebatang pokok yang rendang dan berlatarbelakang laut biru. Tapi sayang, masa aku datang pokok ni dah ditebang dahannya.Setelah puas menikmati pemandangan di sini, kitorang bertolak ke destinasi seterusnya. Aku tak explore pantai-pantai lain sepanjang laluan ni. Sebab aku ada plan lain. Destinasi kedua ialah Pantai Timang. Laluan Pantai Timang dan Pantai Pok Tunggal tadi bertentangan. Tapi masih dalam daerah Gunung Kidul. Jarak tak berapa jauh sangat.
Sebelum sampai Pantai Timang, Pak Supir bawak singgah booking lobster dulu di sebuah rumah yang terletak tepi jalan on the way ke pantai. Kitorang memang dah bagitau nak makan lobster hari ni.
Kita order lobster dulu
Rumah untuk makan lobster
Sampai di rumah tu, kami dibawa masuk untuk memilih lobster. Hari ni harga lobster mahal sikit. Lobster yang paling murah tu dah habis. Harganya IDR 350,000 sekilo. Lobster yang IDR 400,000 pun dah habis, jadi yang tinggal IDR 450,000 dan IDR 500,000 sekilo. Sebab nak makan jugak, jadi ambil saje la yang harga IDR 450,000. Besar lobster ni. Kalau yang IDR 500,000 saiznya kecil sikit tapi lobster ni jenis yang susah nak dapat. Sebab tu harganya lebih mahal. Harga ni semua termasuk nasi, sayur dan air. Kira pakej la tu.
Besar tak lobster ni
Kena pegang kuat di bahagian tu bagi mengelak lobster tu bergerak
Sekilo dapat 2 ekor yang besar. Nyum..nyum..nyumm
Selesai sesi memilih lobster, kitorang teruskan semula perjalanan ke Pantai Timang. Jalan masuk ke Pantai Timang berkali-kali lebih teruk dari Pantai Pok Tunggal tadi. Ya ampun, tak tenang langsung duduk dalam kereta. Batu-batunya lagi besar. Kali ni simen untuk laluan tayar pun takde. Sekali lagi dikenakan bayaran masuk IDR 5,000 seorang.
Pak Supir bawak kitorang sampai betul-betul di Pantai Timang. Bukan semua supir yang akan bawak sampai ke pantai. Ada yang hanya bawak separuh jalan. Lepas tu kena naik motor atau ojek sampai pantai dengan alasan jalan teruk. Kereta tak boleh masuk dikhuatiri tayar akan rosak. Naik motor tu kena cas harga lain pulak. Harga IDR 50,000 seorang satu motor. Bukan sembarangan supir yang boleh lepas halangan ni. Nasib baik aku dapat Pak Supir yang betul. Kira otai lah dia ni....Alhamdulillah. Masa on the way selisih dengan budak Malaysia balik dari pantai naik ojek.
Dah sampai tempat parking kena jalan kaki sikit ke Pantai Timang. Cantiknya pantai kat sini.
Dari tempat parking kereta
Ombak kuat
Tidak dibenarkan mandi di sini
Dari jauh boleh nampak satu batu besar seperti di atas lautan. Cantiknya bila dapat tengok dengan mata sendiri. Serius cantik sangat. Di sini angin kuat dengan ombak kuat menganas menghempas batuan tebing.
Nampak tak betapa kuatnya ombak
Nak bergambar di pelantar, sila bayar IDR 5,000
Pantai Timang ni merupakan bongkahan batu karang yang besar dengan tebingnya yang sangat curam. Untuk ke Pantai Timang kena naik gondola kayu secara manual menggunakan tenaga manusia. Gondola ni dibuat sendiri oleh penduduk situ. Jarak dari tanah besar nak ke Pantai Timang tu lebih kurang 100 meter. Tak jauh mana pun. Kalau berani boleh cuba naik. Harga IDR 150,000 seorang.
Tak jauh sangat dari tanah besar
Yang kuning tu gondolanya
Tanpa peralatan canggih
Hanya menggunakan tenaga manusia
Wife aku nak cuba sangat. Tapi sebab aku tak letak dalam budget jadi tak dapat aku dan dia pegi. Masa aku buat itinerary dia kata takyah pegi sebab bahaya. Jangan nak ambil risiko. Sebab takde ciri keselamatan disediakan. Bila dah sampai sini beriya nak pegi pulak. Lagi-lagi bila dia tengok sorang mat salleh ni pegi lagi bersemangat dia nak naik.
Apa yang penting kerjasama
Harga pakej tadi termasuk nasi, lobster yang dimasak bersoskan macam ala sambal, tempe goreng, ulaman dan air. Rasa sosnya...perghhh! Sedap giler sehingga menjilat jari. Serius memang sedap wei. Lobster pun fresh. Terliur masa aku taip citer ni.
Selesai segala urusan terus gerak ke Pantai Ngobaran. Pak Supir yang cadangkan. Masuk balik kawasan Pantai Pok Tunggal tadi. Kena bayar sekali lagi tiket masuk IDR 5,000 seorang. Aku sangka Pantai Ngobaran ni dekat, rupanya jauh juga. Masuk ke dalam lagi, sekali kena lagi bayar tiket masuk lain pulak IDR 5,000 juga seorang.
Selesai aktiviti pantai, kitorang gerak balik ke Malioboro. On the way pulang singgah sekejap di Bukit Bintang untuk tengok pemandangan malam Yogyakarta dari atas bukit.
Dari Bukit Bintang kelihatan seperti ribuan bintang yang berkilau di malam hari. Bintang yang berkilau itu bukanlah bintang yang bertebaran di langit tapi cahaya lampu Bandar Yogyakarta. Terdapat peniaga tepi jalan yang menjual jagung bakar dan kopi panas. Restoran dan cafe juga ada di sini. Kitorang cuma makan jagung bakar sambil menikmati pemandangan malam. Bila rasa cukup puas, gerak balik ke Malioboro.
Nasi kucing
Perbelanjaan hari ketiga :
1. Tiket masuk Pantai Pok Tunggal - IDR 10,000 x 2 = IDR 20,000
2. Tiket masuk Pantai Timang - IDR 5000 x 2 = IDR 10,000
3. Makan lobster - IDR 450,000
4. Tiket masuk pantai - IDR 10,000 x 2 = IDR 20,000
5. Tiket masuk Pantai Ngobaran - IDR 5000 x 2 = IDR 10,000
6. Jagung bakar - IDR 6000 x 2 = IDR 12,000
7. Kopi joss & nasi kucing - IDR 18,000
Total : IDR 540,000
No comments:
Post a Comment