Total Pageviews

Ipoh 2.0 - Day 2

Trip JJCM - Mee Daud Mat Jasak, Ice Kepal & Patisserie Boutique 


Isnin - 10.09.2017


Sambungan trip JJCM pada hari kedua, kami bangun agak lewat. Lebih kurang pukul 11 pagi baru keluar dan check out. 

Plan asal, keluar awal pagi breakfast di New Hollywood Ipoh. Disebabkan liat bangun akhirnya breakfast dalam selimut saje. Sebelum keluar, check kedai tu, rupanya tutup hari Isnin. Kira ok jugak tak keluar awal pagi tadi.




Destinasi makan terpaksa ditukar. Memandangkan tak tahu nak ke mana, akhirnya kami putuskan makan di Greentown Dim Sum. Sebenarnya kami pernah makan di sini masa trip pertama dulu. Tak bercadang nak repeat. Disebabkan dah buntu, jadi pergi saje ke sini.

Sampai saje di Greentown Dim Sum tengok orang ramai sedang beratur. Perut dah lapar, jadi kami cancel makan di sini. Tukar cari destinasi lain. Check google, cari kedai makan yang tak jauh dari lokasi kami sekarang. Akhirnya kami putuskan makan di Mee Daud Mat Jasak yang terletak di Jalan Dato On Jaafar.


Gerai ni terletak di tepi jalan. Di bawah khemah. Tulisan nama kedai sangat kecil. Jadi kena tengok betul-betul. Sampai saje, gerai ni pun penuh. Nampak ada beberapa family sedang tunggu meja kosong. Kami cuba masuk juga. Oleh kerana kami datang berdua dan kebetulan ada meja untuk dua orang kosong, maka meja itu kami yang punya.


Di depan gerai, belah kanan ada satu stall. Kena order makanan di situ. Kami order satu mee kicap dan satu mee kari. Masa order tu kita boleh pilih fish ball atau fish cake, tauhu kering pun ada. Ikut pilihan masing-masing. Aku pilih tauhu kering dan beberapa fish cake dan fish ball.


Pengalaman yang paling tak best buat aku, lama gile tunggu makanan kami sampai. Dekat satu jam menunggu. Daripada muka ceria bertukar jadi sungul. Nak marah tapi kena sabar. Beberapa kali juga kami tanya. Jawapannya sekejap, orang ramai. Ye, memang tahu ramai, tapi dah tau ramai tak boleh ke cepatkan sikit servis tu. Kedai lain pun ramai. Tapi kalau sistem betul, service cekap, pelanggan pun tak tunggu lama.

Setelah lama menunggu, akhirnya sampai juga makanan kami. Mee kicap ni style ala mee kicap cina. Biasanya mee kicap cina guna yee mee. Tapi yang ni terpulang pada pilihan kita sama ada nak mee, kuehtiaw atau mee hoon. Bersama mee kicap dorang akan bagi sup yang diletakkan fish cake yang kita pilih tadi. Rasa sup sedap juga pada aku. Rasa mee kicap tu biasa-biasa saje. Takde faktor wow pada aku.


Selesai makan, kami datang semula ke street art. Tak tau kenapa suka sangat ke sini. Memandangkan sudah tengahari, trafik agak perlahan dan susah nak dapat parking.

Tujuan kami ke sini sebab nak try ice kepal di Bits and Bobs yang terletak bersebelahan Plan B. Ramai orang di kawasan ni. Kami cuba satu ice kepal. Jenuh wei nak makan. Kena sedut nyot nyot. Wife aku nyot nyot sikit pastu dia malas nak makan lagi. Aku juga yang kena habiskan. Aku pun tak mampu nak habiskan. Rasa ice kepal ni sama macam makan ice dengan sirap dan sarsi je. Takde istimewa mana pun. Selain ice kepal ada juga ice cream lain dijual di sini. Pada aku lebih baik beli ais cream saje. Lagi puas makan.



Lepas makan ice kepal, kami jalan-jalan lagi sekali kawasan ni dan bergambar. 




Sambil tu jenguk-jenguk kedai hipster ape yang menarik nak makan. Akhirnya kami pilih Patisserie Boutique. Kedai ni memang sentiasa full house. Masa kami masuk pun kena bagi nama dan telefon untuk tunggu turn. Kemudian boleh jalan-jalan dulu. Nanti ada meja kosong dorang akan call.


Disebabkan dah tiada arah tujuan, tak sempat dorang call, kami datang semula ke kedai check dan tanya turn kami. Nasib baik kebetulan ada kosong, jadi dapatlah meja. Kami order smoked salmon croissant, matcha cheese cake, cappuccino dan matcha latte. Order simple saje sebab perut masih kenyang lagi waktu ni. Kesimpulannya, makanan semua sedap terutama sekali matcha cheese cake tu.


Perut dah kenyang, hari dah petang, jadi kami decided gerak balik KL. Risau balik lambat nanti jalan jem. Alhamdulillah, perjalanan agak ok. Cuma dibeberapa tempat saje traffik agak slow. Singgah solat asar, maghrib dan makan di R&R, kemudian sambung perjalanan pulang. Sampai rumah lebih kurang pukul 9.00 malam.


Selesai sudah trip JJCM yang agak santai dan relaks. Panjang umur, murah rezeki, kita JJCM di tempat lain pulak atau Ipoh 3.0.


Ipoh 2.0 - Day 1

Trip JJCM - Nasi Ganja, Jejak Warisan Ipoh, Laksa Telur Bersarang, 21 Grilled & Restoran Di Naina


Ahad - 09.09.2017


Pada cuti hujung minggu yang panjang sempena cuti Hari Keputeraan Agong dan cuti Awal Muharam, kami ambil keputusan ke Ipoh untuk aktiviti Jalan Jalan Cari Makan. Ipoh sekali lagi menjadi pilihan kerana ada beberapa senarai hotel yang menarik ingin kami menginap.

Oleh kerana bajet kami kecil kali ini, jadi kami pilih hotel yang paling murah antara senarai hotel kami. Dua hari sebelum pergi, kami pilih Merton Hotel sebagai tempat penginapan trip kami selama 2 hari 1 malam dengan harga RM150.00.

Kami bertolak dari rumah sekitar pukul 7 lebih. Singgah sarapan di kedai makan di sekitar rumah sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah trafik.



Destinasi makan kami yang pertama untuk hari ini ialah Nasi Ganja di Kedai Kopi Yong Suan.  Kami sampai lebih kurang pukul 11 pagi. Aku sangka orang tak ramai lagi. Rupanya sangkaan aku meleset belaka. Di luar kedai dah ramai orang sedang beratur panjang.


Bagi sesiapa yang pertama kali nak cuba makan di sini, sila masuk terus kedai dan cari meja. Setelah dapat meja, pelayan akan ambil order dan makanan akan dihantar ke meja. Tak perlu beratur di luar. Yang beratur di luar tu sebenarnya yang nak bungkus saje. Kalau sampai meja penuh pandai-pandailah cari meja orang yang nak habis makan dan tunggu sampai dorang bangun. Kena tebalkan muka sikit.

Kami duduk berkongsi meja dengan satu couple dari KL. Menu popular di sini adalah ayam merahnya. Sebenarnya ayam merah tu adalah ayam goreng yang kemudiannya dimasukkan ke dalam kuah merah, itu saje. Kami hanya order set biasa dengan ayam merah. Nasi, ayam merah, bendi, timun dan telur masin. Harga set nasi ni RM5.50. Murah harganya pada aku. Kalau nak lauk lain pun ade juga seperti sotong, kambing dan ntah ape lagi aku pun tak tau. 



Ada akak lain akan ambil order air. Dapat air terus bayar. Yang makanan tu tadi bayar lain dekat kaunter lepas habis makan. Masa aku pergi cuci tangan kat area dapur kedai ni, nampak apek tengah bakar roti. Bau roti bakar tu bukan main sedap lagi. Rasa macam nak try pun ada. Tapi rasa macam tak sesuai pulak nak makan waktu tengahari pada aku.

Rasa nasi ganja ni memang sedap. Sama macam makan nasi kandar dengan kari campurnya. Tapi pada aku lagi sedap aku makan nasi banana leaf di Nirwana Bangsar. Nak repeat boleh juga kalau kebetulan datang Ipoh sebab rasanya tak mengecewakan pun. 

Selesai makan, kami terus beredar. Oh, sebelum tu singgah beli muruku kat auntie di luar kedai ni untuk ofismate wife aku. Muruku dia sedap tau rasanya. Beli yang plastik besar tu cuma RM5.00 saje.

Disebabkan perut dah kenyang, kena bagi masa sikit untuk destinasi makan ke dua. Jadi kami ambil keputusan buat aktiviti Jejak Warisan Ipoh atau Heritage Trail. Pada mulanya kami ke Pusat Penerangan Pelancongan Perak untuk dapatkan map dan info. Malangnya tutup pula hari ni. Jadi kami hanya google saje untuk dapatkan senarai lokasi.



Lokasi pertama jejak warisan kami adalah Tugu Peringatan Birch atau Birch Memorial yang terletak di Dataran Dato' Sagor dan juga berhadapan dengan Masjid Negeri Perak. Kebetulan waktu ni tengahari buta. Cuaca pada masa ini tersangat panas. Malas pulak nak keluar rasanya.



Di dataran ini ada medan selera yang dikenali dengan nama Medan Selera Dataran Dato' Sagor. Ada terdapat banyak gerai makan yang menjual pelbagai jenis makanan di sini. Antara yang popular dan wajib makan adalah Roti Goyang. Roti goyang adalah roti bakar yang diletakkan telur separuh masak di atasnya. Di panggil roti goyang kerana telur di atas roti tu bergoyang-goyang.



Kami ke sini bukan untuk makan tapi ke Tugu Peringatan Birch. Selain tugu, Clock Tower juga ada di sini. Tugu ini dibina bagi memperingati mendiang JWW Birch yang mati dibunuh ketika mandi di sunggai di Pasir Salak. Kisah JWW Birch ada dalam subjek Sejarah masa sekolah dulu. Jadi aku tak nak cerita semula berkenaan kisah mendiang. 


Nama Dataran Dato' Sagor adalah untuk mengabadikan nama Dato' Sagor dan mengingati tokoh pahlawan yang merancang pembunuhan JWW Birch dan menentang penjajahan pihak British di Perak yang akhirnya beliau telah digantung setelah didapati bersalah merancang dan membunuh JWW Birch.


Jejak warisan seterusnya yang berada di sekitar kawasan ini adalah Dewan Bandaraya Ipoh. Kami hanya ambil gambar dari luar saje. 



Kemudian lalu jalan besar untuk ambil gambar Stesen Keretapi Ipoh dari jauh sebab kami pernah ke sini sebelum ni. Di hadapan Stesen Keretapi ada Tugu Peringatan bagi memperingati perajurit yang terkorban ketika perang dunia pertama dan perang dunia ke dua. Kisah ni ada dalam trip pertama kami dulu.


Kemudian kami beredar dari situ dan parking di hadapan Old Town White Coffee. Singgah kedai souvenir tapi takde fridge magnet menarik. Teringin nak masuk minum kopi di Old Town tapi masih kenyang lagi.


Jadi kami hanya singgah ambil gambar di Padang Ipoh. Semasa Zaman Pendudukan Jepun, setiap hari jam 8 pagi, semua kakitangan kerajaan di Ipoh akan berkumpul di Padang ini. Panas sangat waktu ni. Tapi dah alang-alang sampai belasah juga pergi mana yang mampu. 




Selesai di Padang Ipoh aku singgah di HSBC Bank pulak hanya untuk ambil gambar. Bangunan HSBC ni dibina pada tahun 1907 dan ciri bangunannya bertemakan Italian Renaissance.


Kemudian kami ke jalan besar untuk ambil gambar Masjid Padang Ipoh atau dikenali nama Masjid India Muslim Ipoh. Masjid ini dibina pada tahun 1908 oleh Shaik Adam, seorang Tamil Muslim dengan kos pembinaannya mencecah RM500,000. Dibina bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam Tamil yang semakin berkembang di bandar Ipoh.



Kebetulan masa sampai di sini azan zohor berkumandang. Tapi kami tak solat di sini. Kami pergi ke Masjid Panglima Kinta. Cantik masjid ni. Di sebelahnya ada bangunan lama macam rumah zaman dulu. 




Selesai solat kami sambung semula aktiviti JJCM ke dua hari ini iaitu Laksa Telur Bersarang di Seri Margosa, Taman Seri Botani. Gerainya berkonsepkan ala kafe setinggan dan santai. Di sini self service. Order makanan di kaunter, ambil makanan kemudian bayar.


Apa yang menariknya laksa ini agak berbeza daripada laksa biasa. Biasanya laksa dimakan dengan telur rebus. Tapi di sini laksa dimakan dengan telur goreng yang berbentuk seperti sarang. Rasanya sedap seperti rasa laksa utara. Kuahnya pekat. Kena dengan tekak aku. Tapi wife aku tak boleh makan banyak sangat sebab lama-lama tekak dia rasa kembang disebabkan telur goreng tu.

 

Di bahagian luar kedai ada jual pelbagai menu juga seperti nasi ayam dan goreng-gorengan. So sesiapa yang tak makan laksa boleh makan menu lain. 

Selesai makan, kami menuju ke hotel penginapan kami iaitu Merton Hotel yang terletak di Jalan Lapangan Symphony. Sampai di hotel, check in.





Yang membuatkan hotel ini menarik pada kami adalah konsepnya yang bertemakan industrial. Maklumlah, konsep industrial kini telah mendapat tempat di hati orang ramai. Maka makin banyak boutique hotel bertemakan industrial dibuka bagi menarik pengunjung. Kedai-kedai dan cafe berkonsep macam ini, tak usah cakaplah. Tumbuh bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.



Selesai check-in, terus ke bilik untuk berehat. Sambil tu apa lagi bergambar sakan di sekitar kawasan hotel ni. Memang cantik interiornya.


Lebih kurang pukul 5.00 petang kami keluar semula untuk sambung aktiviti JJCM kami yang ke tiga hari ini. 




Mulanya kami bercadang nak makan di kedai Mee Daud Mat Jasak. Bila kami google map dia kata tutup. Jadi kami tukar lokasi makan ke Restoran Mee Rebus Ramli. Tapi malangnya bila kami sampai sana kedainya tutup pula. Kecewa. 

Disebabkan kecewa dua-dua kedai ni tutup jadi kami membawa diri ke Jalan Panglima. Konon-konon nak jejak street art. Waktu petang ni kan kurang sikit panasnya. Tapi kami sampai situ agak lewat petang. Nak ambil gambar pun kurang menarik sebab lighting kurang. Jadi kami hanya jalan-jalan di sekitar Plan B dan Concubine Lane. Banyak stall-stall di sekitar Plan B dah tutup. Kawasan sini memang cantik pada aku. Tak pernah menjemukan walaupun kami pernah datang ke sini.




Selesai bergambar, kami masuk ke kawasan Concubine Lane


Sebelum ni kami datang siang. Kali ni datang waktu nak maghrib. Lampu-lampu tanglung yang dipasang menjadikan suasana nampak lebih menarik. 




Kedai-kedai di sepanjang lane ini sedang berkemas-kemas nak tutup. Kami jalan sampai hujung kemudian patah balik. 




Mula tu ingat nak makan di Plan B saje. Tapi kami batalkan niat dan cuba cari kedai lain pula. Tak tau nak kemana akhirnya kami pilih 21 Grilled di Taman Cempaka Ipoh. Makanan western. Kalau boleh tak nak makan kedai tomyam sebab dah biasa sangat.

Sampai di restoran terus order Briyani Lamb Grilled dan burger. Lepas order tunggu di meja. Kemudian pelayan tadi datang bagitau yang briyani lamb grilled dah habis. Jadi tukar menu ambil burger satu dan wedges saje. 


Nasib baik kami order burger satu saje sebab portionnya agak besar juga. Cukup kongsi berdua. Rasa burgernya sedap. Daging burger yang dibuat sendiri, tebal dan berjus. Rotinya lembut bersama salad segar dan sos yang menambah rasa kesedapan. Pendek kata memang sedaplah. Tak rugi makan di sini. 



Selesai makan, kami ke destinasi terakhir hari ini iaitu Restoran Di Naina yang terkenal dengan menu naan cheese. Eh! bukan ke baru makan. Nak buat macam mana, esok dah nak balik. Kena makan jugak malam ni. Sebab tu tadi kami order burger satu dan share saje.

Sampai saje di restoran, terkejut kami tengok ramainya orang. Penuh. Kami masuk juga. Takde meja kosong pun. Tapi ada satu couple ni macam nak abis kami tunggu la berhampiran meja tu. Bila dah dapat meja kami order satu saje roti naan. Perut kenyang lagi. Takut tak habis.



Agak lama juga tunggu nak dapat roti naan. Nasib baik kami order satu saje. Aku tengok ramai orang yang order sorang satu, akhirnya bungkus sebab tak boleh abis kan. 

Setelah jenuh menunggu sampai mengantuk dan letih wife aku dibuatnya, akhirnya sampai juga roti naan cheese kami. Roti naan ni agak tebal sikit berbeza dengan roti naan yang biasa aku makan. Ada topping cheese di atas naan dan juga di dalamnya. Roti tu dipotong empat. 


Bila tarik satu potongan maka tertarik panjang cheese di dalamnya. Nyummm...menarik ni. Dan rasanya memang sedap. Rotinya rasa lembut bila dimakan walaupun tebal.


Disebabkan perut kami masih kenyang dan roti naan ni agak tebal, kami hanya mampu makan sorang sepotong saje. Selebihnya kami tapau bawak balik hotel. Mata wife aku pun dah tak larat nak bukak, jadi kami terus balik ke hotel. Nasib baik hotel tak jauh sangat dari kedai ni. 

Sampai, selesaikan apa yang patut dan terus tido. Sambung hari ke dua.