Total Pageviews

New Zealand : South Island - Day 4

Summer Road Trip - Lake Paringa, Knights Point Lookout, Ship Creek, Haast, Fantail Waterfall, Blue Pool, Lake Wanaka, Lake Hawea, Puzzling World Wanaka, That Wanaka Tree, Lindiss Pass, Crown Range Road & Queenstown


Jumaat - 23.11.2018


Tepat pukul 4.30 pagi, alarm berbunyi. Matikan alarm, sambung tido semula. Sesekali dengar bunyi binatang di luar khemah. Persetankan saje. Suhu sangat sejuk. Sleeping bag dan jaket masih tak mampu cover kesejukkan.

Pukul 5.00 pagi wife kejut suruh bangun. Jenguk keluar khemah, cari selipar di luar dah jauh perginya. Selipar wife langsung tak nampak. Aku terus keluar cari selipar. Cari punya cari, jumpa selipar wife jauh dari khemah. Habis rosak kena patuk burung. Tak jauh dari situ, nampak beberapa ekor burung kea tengah patuk kasut khemah sebelah. 


Tak lama lepas tu orang khemah sebelah keluar cari kasut dan halau burung kea. Nakal burung ni. Habis selipar wife rosak. Nasib baik selipar, kalau letak kasut, alamat jahanamlah. Tak sangka banyak burung kea buat kerja pada waktu malam di sini. Tak tido ke..??

Aku buka khemah dan kemas apa yang patut. Wife tolong sikit pastu lari ke kereta sebab tak tahan sejuk. Selesai apa yang patut, kami beredar dari situ. Sebelum keluar kena isi borang campsite dan bayar NZD16.00 untuk dua orang. Borang dan duit tadi kena masukkan dalam box yang disediakan. 



Campsite ni terletak berhampiran dengan pantai. Kami tak singgah sebab sejuk sangat dan kami kena beredar awal untuk cover tempat yang tak pergi semalam. View di luar kawasan campsite sangat cantik dengan cahaya matahari terbit dan kabus pagi.


Perjalanan menuju ke Haast kena melalui jalan sama semalam yang tak berturap sejauh 10 km. Ini punca perjalanan jadi lambat. Malam tadi kami tak nampak apa-apa sebab gelap gelita. Pagi ni baru kami nampak keadaan sekeliling. Jalan betul-betul di celah batu gunung. Alhamdulillah, Allah melindungi kami dari perkara yang tidak diingini.

Selamat keluar dari jalan hutan tu

Keluar dari jalan tu, kami disajikan dengan pemandangan pagi yang indah dan menenangkan. Cuaca kelihatan baik pagi tu. Suasana sekitar masih berkabus.


Pemandangan gunung ganang sangat jelas dan seperti dekat dengan kami. Ditambah dengan sisa-sisa cahaya sunrise menjadikan pemandangan begitu indah sekali.


Sedikit sebanyak mampu mengubat hati yang sedikit kecewa disebabkan terpaksa skip beberapa tempat akibat ketelanjuran dan kesuntukan masa.





Kami bayangkan kalau pergi ke Lake Matheson waktu sunrise mesti cantik. Cukuplah menikmati pemandangan pagi di sini. Kalau dilayan sangat sememangnya takkan pernah cukup. Ketentuan Allah beri kami peluang melihat pemandangan hari ini pun harus disyukuri. 



Kami teruskan perjalanan melalui Pekan Fox Glacier dan kemudian ambil State Highway 6 menuju ke Haast. 


Pagi ni kami hanya makan roti bersama cheese untuk alas perut. Makan dalam kereta saje. Perjalanan hari ni sangat jauh. Makin lama drive semakin mengantuk mata ini jadinya. Apakan daya kena celikkan juga mata ni sebab wife tak nak drive.


Selepas hampir satu jam perjalanan kami singgah di Bruce Bay. Boleh renggangkan pingang dan hilangkan rasa mengantuk sekejap. Aku sorang saje yang turun. Wife tunggu dalam kereta.


Disebabkan cuaca masih berawan pagi tu, jadi pemandangan Tasman Sea agak biasa saje. Kelihatan banyak campervan parking di tepi pantai. Mungkin mereka semua bermalam di sini agaknya.


Disebelah kanan pantai kelihatan ada hutan dengan pokok-pokok tinggi. Agak menarik juga pokok ini. Kalau bernasib baik boleh nampak penguin, ikan lumba-lumba dan ikan paus dari pantai.


Di pantai ini juga ada batu-batu putih. Yang menariknya ada pengunjung yang menulis nama dan mesej pada batu-batu itu. Kalau aku ada marker pen nak juga tulis di atas batu tu sebagai kenangan.


Seronok juga berada di Bruce Bay ni. Kalau dapat menghirup kopi panas sambil menikmati pantai di pagi hari, pasti rasa lebih segar dan nikmat. Tapi itu hanya bayangan saje. Tak lama aku di sini, kami sambung semula perjalanan. 

Kali ini pemandangan gunung ganang sepanjang jalan sudah mulai kurang. Seperti lalu di hutan Malaysia. Biasa-biasa saje. Selepas 15 minit memandu, kami ternampak signboard Lake Paringa. Kami singgah nak tengok apa yang menarik. 


Sampai saje di depan lake, kami disajikan pemandangan tasik yang berkabus. 


Cantiknya pemandangan pagi di sini. Air tasik nampak tenang sehingga menampakkan refleksi kabus, pokok dan bukit. Pemandangan yang indah dan amat menenangkan jiwa.



Dibenarkan berkhemah di tasik ini. Kami nampak ada beberapa campervan bermalam di sini. Khemah pun ada. Bayangkan bangun pagi, buka khemah nampak view cantik seperti ini. Bestnya! Tapi sayangnya banyak sand-flies. Rimas juga kami dibuatnya bila kena gigit sand-flies semasa berada di sini. Gatal kena gigit. 


Tak lama kemudian, kami beredar dari sini sebab rimas dengan sand-flies. Sebelum tu singgah toilet sekejap dan makan buah-buahan yang kami bawa untuk tambah alas perut.

Buah berries yang dah lembik

Lepas makan buah kami sambung semula perjalanan. 


Selepas 15 minit perjalanan, nampak signboard Knights Point Lookout. Kami singgah untuk lihat apa pula yang menarik di sini. Boleh juga menghilangkan rasa ngantuk dan perjalanan jauh tidak begitu terasa lama.


Kami pergi ke viewing platform dan ada maklumat sejarah tentang pembinaan State Highway 6 antara Haast ke Ross serta bagaimana Knights Point diberi nama. 


Dari sini, kita boleh layan view Tasman Sea. Pemandangan laut tak cukup biru sebab masih berawan. Tapi view tetap kelihatan masih cantik. 


Nun jauh di sebelah kiri ada batu-batu di laut. Batu tu dikenali Arnott Point. Tempat anjing laut (seal) bertenggek atau tempat beristirehat. Kalau bernasib baik boleh nampak. Tapi kena guna teropong sebab jauh sangat. 



Takde apa sangat di sini. Jadi kami hanya singgah sekejap saje. Kami beredar dan sambung semula perjalanan. 


Bontot tak panas lagi, tak sampai 10 minit drive nampak pula Ship Creek. Ayuh singgah tengok apa yang ada di sini.

Dari tempat parking, jalan ikut laluan yang disediakan, kemudian akan nampak sebuah tower dua tingkat. Hati-hati naik sebab tangganya kecil. Dari atas tower boleh tengok view 360 darjah.


Dari tower boleh nampak hutan pokok kahikatea di seberang jalan (State Highway 6). Pokoknya tinggi-tinggi dan nampak unik. Ada laluan jalan kaki ke sana untuk tengok pokok ni lebih dekat. Kahikatea Swamp Forest Walk ni ambil masa 20 minit return. Dekat saje kan.


Di bahagian lain pula, boleh nampak pantai dan laut. Sekejap saje di atas ni. Ruang kecil, orang lain pun nak naik. Turun kena stail reverse, lebih senang dan selamat.



Sampai bawah terus ke pantai. Cantik juga pantai dengan pasir putih. Di atas pasir ada pokok-pokok kering yang terdampar. Ada yang nampak cantik ada yang nampak seperti bersepah. 


Di sebelah kiri pantai, ada laluan berkayu yang cantik di atas pasir menuju ke viewpoint untuk view laut dan hutan di persisir pantai. Laluan ni namanya Dune Lake Walk yang ambil masa 30 minit return, lebih kurang 1 km. Pun tak jauh.



Kami tak ambil mana-mana 2 walk ni. Tak cukup masa nak explore. Banyak tempat lain nak pergi. Tempat ni aku tak masuk dalam list pun. Wife nak pergi tapi aku tak kasi. Tak sempat. Selesai ambil gambar, kami sambung semula perjalanan. 



Selepas 15 minit drive, nampak signboard bandar Haast. Masuk kanan. Bandar Haast ni kecil sangat. Jalan ikut pusing U dah habis. Kami masuk balik semula bandar Haast. 



Nampak satu kedai jual fish and chip, jadi kami singgah. Ikut hati nak beli fish and chip tapi tak jadi. Lama nak tunggu masak. Akhirnya, kami beli cookies dan air saje.


Kami beredar dan sambung perjalanan. View jalan kali ini banyak nampak hutan dan bukit-bukit. Tak banyak view gunung ganang.



Selepas 20 minit perjalanan, kami lalu di Roaring Billy Falls. Kami tak singgah dan tak masukkan waterfall ni dalam itinerary sebab tak cukup masa. Kena trekking agak jauh untuk sampai ke waterfall.

Roaring Billy Falls dari jauh.

Perjalanan masih diteruskan menuju ke Fantail Waterfall lebih kurang 56 km dari bandar Haast, 28 km dari Roaring Billy Falls.



Dari parking Fantail Waterfall kena jalan kaki masuk ke dalam lebih kurang 2 minit. Dekat saje. 


Kena lalu kawasan berbatu untuk tengok air terjun lebih dekat. Ada banyak batu-batu leper dan susunan batu bertingkat di kawasan ini. Menarik.





Air terjun setinggi 23 meter ini terletak di Mount Aspiring National Park dan kedudukannya di seberang sungai. Tinggi dan cantik. 



Air sungainya sangat jernih dan cetek. Geram tengok kejernihan air sungai ni. Rasa nak mandi je tapi airnya sangat sejuk. Mau mengigil. Hanya mampu main-main air saje.




Selepas bergambar dan menikmati pemandangan, kami beredar dan sambung perjalanan ke Blue Pools yang jaraknya 14 km. 


Lebih kurang 10 minit dah sampai. Kena jalan kaki masuk ke dalam hutan ikut laluan yang disediakan lebih kurang 10 ke 15 minit. 


Laluan sangat bersih, kemas dan terjaga.  



Selepas beberapa minit jalan di hutan akan lalu laluan berkayu sehingga ke jambatan gantung pertama. Dari jambatan ini boleh nampak kejernihan air Makarora River.


Selepas melepasi jambatan pertama, kena lalu hutan dulu sebelum sampai ke jambatan gantung ke-dua untuk tengok Blue Pools. Bila menghampiri jambatan, dari celah-celah pokok, kami dapat lihat kecantikkan air Blue Pools yang berwarna kehijauan seperti warna zamrud. 



Cepat-cepat terus menuju ke jambatan gantung. SubhanaAllah, terpesona kami dibuatnya dengan kecantikkan warna airnya. Dahlah cantik, bersih dan jernih pulak tu. 




Selepas ambil gambar dari jambatan gantung, kami turun ke bawah di kawasan berbatu. Lebih dekat dengan blue pools. Main-main air dan susun-susun batu.



Kami menikmati keindahan air dan hutan sepuasnya. Rasa berat hati dan sayang nak tinggalkan tempat ini. Tenang berada di sini. Alangkah bahagia kalau dapat duduk lama menikmati keindahan alam semulajadi yang sangat cantik ni.


Namun apakan daya masa sangat mencemburui. Dengan berat hati kami beredar dari sini untuk ke tempat lain pula. Hidup harus diteruskan.


Perjalanan disambung semula menuju ke Makarora. Pemandangan sepanjang jalan mulai disajikan semula dengan gunung ganang yang bersalji. Cantik sangat. 



Selepas 15 minit perjalanan, di sebelah kanan pula boleh nampak Lake Wanaka.



Dalam perjalanan menyusuri gunung dan Lake Wanaka, kami ternampak signboard Boundary Creek Scenic Reserve


Berhenti sekejap di tepi jalan untuk lihat view Lake Wanaka dari sini dan ambil gambar. 



Kemudian kami turun masuk ke dalam sikit di kawasan camping. 


Ambil gambar sekejap di tepi tasik dan gunung ganang. Cuaca berawan waktu ni. Jadi tak dapat view yang diinginkan. Redha.


Jalan-jalan sikit di tepi tasik dan nampak banyak pokok lupin berwarna kuning. Pantang nampak bunga lupin mesti ambil gambar.


Kami sambung semula perjalanan. Jalan raya yang berliku seperti dipatuk ular ini dibina di antara gunung dan tasik menyajikan pemandangan sangat cantik. Aku rasa semua jalan di NZ memang cantik.


Selepas 10 minit perjalanan, kami singgah di Lake Wanaka Lookout Point pula. 


Ambil gambar view Lake Wanaka bersama gunung bersalji. Cantik walaupun dipenuhi awam. Sedikit kecewa.



Tambah tak bestnya lokasi nampak bersemak. Mencacatkan gambar. Tapi view masih tetap cantik.



Selesai bergambar, masuk kereta dan sambung semula perjalanan. 


Tak sampai dua minit drive ternampak satu ruang di tepi jalan. Kami berhenti sebab view di depan sangat cantik. Tempat kami berhenti ni dipanggil The Neck



Dari sini, boleh tengok view hujung Lake Hawea. 


Di depan lake ada gunung bersalji, di sebelah kanannya pula jalan raya berliku yang bakal kami lalu sebentar nanti dan di sebelah jalan raya ada gunung. View sangat cantik dari sini. 


View padang belakang

Lepas bergambar, kami sambung semula perjalanan. Banyak pit stop kami hari ni. Jarak dekat-dekat pula tu.


Sekali lagi kami disajikan pemandangan jalan yang sangat cantik. Pemandangan gunung-ganang dan tasik yang tidak menjemukan mata memandang.


Batu gunung tu nampak seperti bentuk muka manusia.


Hilang rasa mengantuk bila layan pemandangan cantik seperti ini. Tapi sedihnya cuaca sangat berawan. Kalau langit biru mesti lagi cantik.



Kemudian, tak sampai 10 minit drive dari The Neck, kami singgah pula di Lake Hawea Lookout Point


Ramai orang berhenti di sini. Photographer pun ramai dengan kamera hebat masing-masing. Untuk view yang lebih jelas kena naik atas bukit sikit. 


Boleh nampak view Lake Hawea dan reflection gunung bersalji di permukaan tasik. Air tasiknya sangat tenang. Memang jelas refleksinya. 



Tapi sayangnya cuaca penuh berawan. So nampak banyak refleksi awan dan nampak kurang kemas. Kalau langit biru mesti nampak jelas refleksi gunung saje di tasik. Mesti lagi wow. Apapun view tetap cantik walaupun berawan.



Selepas bergambar, kami sambung semula perjalanan.



Destinasi kami menuju ke Puzzling World Wanaka melalui Albert Town. Perjalanan mengambil masa hampir 30 minit. 



Kami hanya singgah di Puzzling World Wanaka untuk ambil gambar di luar saje sebagai bukti dah sampai sini. Tak masuk pun. Cuaca sangat terik waktu ni. 


Masuk dalam Puzzling World ni kena bayar. Harga dari NZD18 hingga NZD55. Bergantung ke bahagian mana yang nak masuk. Dalam ni ada maze park, optical illusion rooms dan cafe dengan table puzzles.


Lepas ambil gambar di luar, kami terus beredar menuju ke Lake Wanaka. Kami kejar masa sebenarnya nak cover semua tempat hari ni (kalau berjaya). Perjalanan tak sampai 10 minit. Parking kereta, kemudian jalan menuju ke tasik. 


Sampai di tasik, kena jalan sebelah kiri di tepi tasik melalui laluan berbatu. Jalan sampai nampak That Wanaka Tree atau ada yang panggil Lone TreeTujuan kami ke sini nak ambil gambar That Wanaka Tree. Pokok famous tu yang jadi trademark Lake Wanaka. Tak sah kalau tak tengok pokok ni bila sampai Wanaka.


Satu-satunya pokok yang tumbuh di tasik Wanaka dengan berlatar belakangkan Southern Alps. Waktu paling cantik ambil gambar di sini pada waktu sunrise dan sunset. Tapi aku tak boleh tunggu sunset kerana masa amat mencemburui kami.



Di tasik ni boleh buat aktiviti berkayak dan pada musim panas boleh berenang. Sekarang tiada siapa yang berani mandi sebab air tasik masih sejuk. Cuaca masa ni berawan mendung, jadi view tasik agak suram tak seperti yang diharapkan. Tapi masih tetap cantik.



Lepas ambil gambar, aku ajak wife beredar ke tempat seterusnya walau pada mulanya dia nak pergi ke depan lagi. Wife terpaksa akur dan kami sambung perjalanan menuju ke destinasi seterusnya. 

Ikut itinerary, lepas ni sepatutnya kami ke Lake Diamond. Tapi aku skip sebab tak cukup masa. Sebelum tu singgah dulu di Caltex Wanaka top-up minyak. Perjalanan lepas ni takde bandar dan petrol station.

Selesai isi minyak, kami terus menuju ke Lindis Pass Viewpoint. Destinasi ni agak mengarut sikit sebab melencong jauh dari laluan. Wife nak pergi sangat, jadi aku tunaikan pemintaannya. Jarak 82 km dari Lake Wanaka. Lebih kurang sejam ke sana. Dari Lake Wanaka ambil State Highway 6 kemudian masuk ke State Highway 8 menuju ke Lindiss Pass - Tarras Road.



Sepanjang jalan ni ada banyak skrin yang boleh detect speed kita. Kalau speed melebihi had akan terpapar di skrin. Kalau masih tak kurangkan kelajuan, maka akan terpampang perkataan slow down di skrin. Tapi kalau drive bawah speed limit tak akan keluar apa-apa. Kadang-kadang aku terlebih had juga, tapi wife mesti akan tegur. Takut kena saman. 



Memandu perjalanan jauh biasanya buatkan mata semakin lama semakin mengantuk. Wife pulak tetap tak nak tolong drive. Dia lebih rela jadi tukang ambil gambar walaupun kadang mengeluh penat banyak sangat ambil gambar. Nak buat macam mana, view semua cantik. Jadi rugi kalau dibiarkan saje. 


Jalan yang kami lalui ni berbengkang-bengkok dan dibina antara gunung-ganang hijau menjadikan pemandangan jalan raya di sini sangat cantik. Kagum dengan keindahan alam semulajadi di New Zealand yang masih dipelihara dengan baik. 


Di awalnya tadi view gunung ganang berwarna hijau. Makin jauh perjalanan gunung hijau bertukar warna coklat. Gunung yang ditumbuhi rumput panjang berwarna coklat. Cantik sangat. Ditambah dengan sisa-sisa salji yang masih banyak yang turun beberapa hari lepas. 


Lindiss Pass View Point di sebelah kanan. Kami park kereta di ruang yang disediakan. Aku mengantuk sangat time ni. Cakap dengan wife, aku tak keluar. Nak tidur kejap. Wife keluar sorang. 


Dia pergi naik ke atas ada tempat viewpoint. Wife bagitau yang lens kamera rosak masa dia ambil gambar di atas ni. Tension jugak rasanya sebab masih banyak hari lagi di NZ ni. Kamera pulak buat hal.



Lepas tu dia ke bahagian lain. Kena mendaki bukit dan agak jauh sikit dari parking. Tapi view dari sini nampak lebih luas dari aras lebih tinggi. Lama wife tunggu aku di atas bukit ni dengan harapan aku akan naik bukit bila dah bangun. 

Agak lama juga aku tidur. Bila terjaga, tengok wife takde maka aku terus pergi cari dia. Aku pulak tak tau pasal view dari bukit ni. Masa tengah cari wife, tiba-tiba nampak dia tengah turun dan lambai pada aku bagi isyarat suruh naik. 

Cantik juga view dari atas ni. Nampak view keseluruhan. Kali ni turn aku pula posing ambil gambar dan tolong ambil gambar wife. Selesai bergambar baru kami turun. 


Lindiss Pass merupakan salah satu The Most Scenic Road in New Zealand dengan ketinggian 971 meter dari aras laut. Jalan yang mengubungkan MacKenzie Basin dengan Central Otago. Laluannya diantara celah gunung ganang. Tiada penempatan sepanjang laluan ni. Kosong.


Agak lama kami di sini disebabkan aku tidur. Nak buat macam mana dah mengantuk sangat. Sebelum sampai kereta sempat ambil gambar di tengah jalan dulu, lepas tu baru kami beredar dari situ. 


Kali ni kami patah balik ikut laluan sama menuju ke Cromwell. Nak singgah makan ice cream dan beli buah di Cromwell. Perjalanan ke sana 77 km. Ambil masa dekat sejam juga. Kalau ikut time bertolak macam tak sempat nak ke Mrs. Jones Family Stall Cromwell tu sebab tutup pukul 6.00 petang. Tapi aku cuba juga semoga sempat makan ice cream.


Tapi malangnya tak sempat. Masa kami sampai dorang tengah kemas barang. Cuma boleh beli sayur dan buah. Ice cream tak boleh sebab dah kemas. Kalau aku tak tido tadi memang sempat sampai sini. Tapi nak buat macam mana, mengantuk sangat.


Dengan rasa kecewa, kami teruskan perjalanan menuju ke Crown Range Road Scenic Lookout. Jarak 51 km. Satu lagi laluan mengarut yang melencong jauh dari jalan sepatutnya. Tapi demi nak merasa dan melihat sendiri salah satu The Most Scenic Road di New Zealand ni, walau mengarut dan menyimpang jauh kami pergi juga.

Kami berhenti di Crown Range Road Scenic Lookout Point sekejap. Tengok view dari sini dan ambil gambar. 


Di sini kita boleh lihat jalan yang berliku dan gunung ganang hijau serta pokok bunga kuning yang tumbuh pada musim panas. Crown Range Road merupakan jalan raya utama tertinggi di New Zealand dengan ketinggian sehingga 1,121 meter. Jalan yang menghubungkan Queenstown dan Wanaka yang akan melalui Cardrona.


Jalan berliku dengan selekoh tajam di tepi gunung ini menyajikan pemandangan yang sangat cantik untuk dinikmati sepanjang perjalanan. Kemudian kami sambung perjalanan menuju ke summit. 



Sampai di Crown Range Summit car park, kami lihat ada banyak campervan dan motohome di sini. Boleh bermalam di atas ni. Semasa naik tadi gunung ganang berwarna hijau dan kuning. Di sini warna gunung ganang bertukar coklat. Hanya rumput berbulu panjang saja yang tumbuh di sini. 



Masa kami di atas ni, angin sangat kuat dan terlalu sejuk. Tak tahan rasanya. Boleh jalan naik ke atas lagi untuk ke summit. Tapi kami tak pergi sebab terlalu sejuk. Kami hanya layan view dari car park saje. Itu pun kami keluar masuk kereta sebab tak tahan kesejukkan.


Pemandangan tetap cantik walaupun dari car park. Kebetulan hari semakin senja, kami tunggu hingga matahari mengeluarkan warna jingganya. Cuaca berawan ketika ini. Namun warna senja tetap cantik pada aku. 



Tak lama kemudian kami beredar dari sini menuju ke Queenstown dengan jarak 29 km. Hari semakin gelap dan mula tak nampak view sepanjang perjalanan. Aku minta wife call tempat penginapan malam ni untuk maklumkan kelewatan kami.

Ada beberapa tempat kami plan nak singgah. Tapi disebabkan dah malam tak nampak apa-apa, jadi kami batalkan saje. Malam ni sepatutnya kami ke Skyline Queenstown nak tengok view bandar dari atas dan menikmati hot chocolate. Kami terpaksa batalkan sebab masa kami sampai agak lewat. Tambah rasa letih dan mengantuk yang amat sangat. Jimat duit tak bayar gondola.

Sampai di Queenstown, aku singgah di DF Souvenir Shop. Beli fridge magnet. Wife takde mood nak tengok barang sebab letih sangat. 


Jalan-jalan tengok sekitar bandar yang dekat-dekat saje sekejap. Happening jugak bandar Queenstown ni. Ikut hati aku nak jalan-jalan lagi tapi wife dah tak larat dan ajak check-in cepat. 

Malam ni kami bermalam di Butterfli Lodge Queenstown. Harga NZD85.00 semalam. Lepas check-in, kemas barang dan bersihkan badan. Malam ni kami makan nasi Brahim saje. 


Selesai makan kami berehat dan tido. Nikmatnya! Sambung hari ke-lima. 👈

Perjalanan kami hari ini.

Perbelanjaan hari ke-empat :-
  1. Bayar tapak campsite - NZD8.00 x 2 = NZD16.00
  2. Beli air mineral, air coklat dan cookie di Haast - NZD13.50
  3. Beli air mineral, air coklat dan chip di Caltex Wanaka - NZD10.95
  4. Petrol - NZD50.00
  5. Fridge Magnet - NZD3.90 x 2 = NZD7.80
  6. Butterfli Lodge - NZD85.00
Total - NZD175.45