Total Pageviews

New Zealand : South Island - Day 3

Summer Road Trip - Hokitika Beach, Hokitika Gorge, Lake Wahapo, Lake Mapourika, Franz Josef Glacier, Lake Matheson & Gillespies Beach Camp Site.


Khamis - 22.11.2018


Di hari ke tiga di bumi New Zeland, kami bangun awal pagi dalam pukul 4.00 lebih. Solat subuh dan bersiap untuk memulakan perjalanan hari ini. Wife buat sandwich tuna untuk breakfast dalam kereta nanti.


Kami check out awal pagi ni. Jadi, sebagaimana yang diberitahu semalam kami tinggalkan kunci di kabin saje. Senang sangat urusan.




Perjalanan hari ini dimulakan ke destinasi pertama Hokitika Beach yang jaraknya hanya 5 km saje. Hokitika Beach terletak di bandar Hokitika. Sebuah bandar yang kecil. Dikenali dengan bandar perlombongan emas. Sebelum ke pantai kami kena tempuh bandar dulu. Cantik dan comel bangunan di bandar ini. 



Aku berhenti sekejap ambil gambar sementara wife tunggu dalam kereta. Masih awal lagi waktu ni. Banyak kedai masih belum dibuka. Kemudian kami terus menuju ke pantai. 


Pantai Hokitika ni berpasir hitam. Masa kami datang cuaca sangat berawan. Angin kuat, sejuk sangat. Jadi view biasa-biasa. Kami hanya ambil gambar di Hokitika Beach sign, kemudian beredar. Kalau kami sampai di sini waktu sunset semalam, mungkin view cantik sebab cuaca cerah. Takde rezeki. 


Kami teruskan perjalanan menuju ke destinasi ke dua hari ini iaitu Hokitika Gorge yang jaraknya 34 km. Disebabkan masih awal, jalan raya sangat lenggang pagi ni. Rasanya hanya kereta kami. Kalau ada pun akan jumpa satu dua kenderaan. 


Pagi ni kami disajikan dengan pemandangan indah gunung ganang sepanjang perjalanan. Pemandangan gunung yang kelihatan lebih jelas dan dekat dengan puncak gunung yang bersalji sangat memukau pandangan mata. SubhanaAllah, cantik sangat. Indahnya alam ciptaan Tuhan.



Ditambah dengan suasana pagi yang hening, nyaman, udara segar, ladang-ladang hijau terbentang luas dengan binatang ternakan. Terasa begitu tenang dan mendamaikan. Ya Allah, indahnya ciptaan Mu ini. Untungnya penduduk negara ini. Untung juga semua lembu dan kambing yang hidup di New Zealand ni. 




Wife selaku co-pilot, tak berhenti ambil gambar. Kagum dan teruja sangat dengan pemandangan kiri, kanan, depan dan belakang sepanjang jalan raya.



Perjalanan yang dijangka mengambil masa 35 minit telah menjadi lebih lama disebabkan kami berhenti dibeberapa tempat untuk ambil gambar.


Daripada takde kereta di jalan, lama kelamaan kerap nampak kereta yang datang dan overtake kami yang mungkin sama-sama juga menuju ke Hokitika Gorge. 



Setelah berhenti beberapa kali, akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju. Sampai terus parking kereta di tempat yang disediakan. 


Dari parking kena jalan kaki masuk ke dalam ikut laluan yang disediakan sejauh 650 meter lebih kurang 10 ke 15 minit. 




Tak lama jalan kaki kami jumpa platform untuk lihat view jambatan gantung dan Hokitika River. Kami singgah di platform sekejap dan ambil gambar. Dari sini kita boleh nampak kecantikan air Hokitika George. 



Kemudian sambung semula jalan kaki masuk ke dalam lagi melalui hutan. Cantik hutan di sini. Laluan yang disediakan juga agak bersih, kemas dan nampak sangat terjaga. 


Tak jauh jalan kaki dari platform tadi, sampai pula di jambatan gantung yang menyeberangi Sungai Hokitika. 


Jalan di atas jambatan gantung kemudian berhenti di tengah untuk ambil gambar dan menikmati kebiruan air sungai yang bersih dan cantik. Cantik, cantik dan sangat cantik airnya. 



Bila ramai yang naik dan berjalan, bergoyang sakan jadinya jambatan ni walaupun nampak kukuh. Ada tanda amaran, tak boleh terlampau ramai atau melebihi 20 orang dalam satu masa.



Selepas bergambar di jambatan, kami ke seberang dan kemudian belok ke kiri. Jalan kaki sikit sampai ke view point yang lain pulak. 



Dari sini kita boleh tengok view jambatan gantung dan air sungai. Cantik view dari sini. 


Boleh turun ke bawah lagi, di kawasan batu-batu. Kalau tak berani boleh saje lihat dari view point di darat.


Ikut pintu pagar yang ada di situ. Kena buka lock pintu pagar dan sila jalan berhati-hati melalui batu-batu di situ. 




Masa kami di kawasan batu jumpa group cina dari Malaysia. Bertegur sapa, lepas tu aku ambil gambar dorang, kemudian dorang pulak ambil gambar kami.


Cuaca waktu ni cantik dengan matahari terik dan langit biru. Kami lepak menikmati keindahan pemandangan indah Hokitika Gorge dari batu dan bergambar sakan. Walaupun matahari terik tapi suhu sejuk. Terbakar kulit kami dibuatnya.



Selesai bergambar dan menikmati pemandangan, kami beredar ke kereta dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Franz Josef Glacier yang jaraknya 161 km dan dijangka mengambil masa 2 jam 8 min melalui State Highway 6. Tapi tak mungkin sampai dalam masa 2 jam sebab kami akan singgah di beberapa tempat terlebih dulu. 


Di dalam perjalanan kita akan nampak signboard berwarna coklat yang menunjukkan adanya tempat menarik. Semasa menuju ke destinasi yang dituju boleh berhenti mana-mana pit stop yang rasa berbaloi. 


Jadi perjalanan yang panjang dan lama menjadi tidak bosan. Eh! Tak mungkin bosan jalan di New Zealand ni sebab view sepanjang jalan banyak yang cantik-cantik. Rugi kalau tertido dalam perjalanan. 


Perjalanan kami ini akan melalui beberapa tasik. Ada yang kami berhenti ada yang kami berlalu pergi. 


Makin jauh perjalanan, makin berat pula mata. Mungkin disebabkan tak cukup tido beberapa hari ni. Wife mula risau tengok aku mengantuk. Dia ni jenis tak suka drive dan hanya drive pergi kerja atau terpaksa. Bila tengok aku makin mengantuk akhirnya terpaksa dia offer drive.


Aku berhenti di ruang yang selamat dan tukar driver. Boleh aku tido kejap. Tapi tak lama wife drive, di sebelah kanan dia nampak ada kereta berhenti di tepi jalan dan ada lake. Depan tu ada signboard Lake IantheWife terus masuk situ. 


Cantik juga tasik ni. Dikelilingi dengan hutan belukar dan ada jeti yang membuatkan ia lebih menarik. Wajib ambil gambar di atas jeti tu. 



Masa kami sampai, air tasik agak bergelora. Kalau tenang mesti cun dan ada reflection. Air tasik ni nampak cetek dan boleh nampak tumbuhan di dalamnya. 


Dibenarkan berenang di tasik ni. Selain tu, dibenarkan juga berpiknik, camping dan berkayak atau naik boat. Mengikut maklumat ada banyak ikan trout dan pada kaki pancing dibenarkan memancing di sini tapi ada kuota.


Sekali lagi kami jumpa group cina tadi di sini sedang bergambar. Selesai turn dorang, kami pulak bergambar di jeti. Tak lama lepas tu bertambah ramai tunggu turn nak ambil gambar di atas jeti.


Selepas bergambar, kami beredar sambung kembali perjalanan. Kali ini aku drive balik sebab wife tak nak drive. Alasan tak biasa bawa kereta tu. Perjalanan diteruskan sampai kami melalui Lake Wahapo di sebelah kanan. 


Ikut perancangan, kami akan singgah di Lake Wahapo. Tapi masa lalu tu nampak dari tepi jalan macam biasa saje. Lepas tu tak nampak signboard tempat berhenti atau kami yang tak perasan dan terlepas. Jadi kami hanya lalu saje. Rasa rugi juga tak singgah. Bukan rezeki kami di situ. Redha dalam pasrah.

Tak lama melepasi Lake Wahapo, kami lalu pula Lake Mapourika. Tasik ni tak masuk dalam list aku. Singgah sebab nampak signboard dan wife nak ke toilet. Bila sampai sini, lagi cantik pemandangannya sebab ada reflection dan air agak tenang. Cuma bergelora sikit. Tambah menarik ada jeti sebagai prop. Pada aku, wajib singgah tasik ni. 


Kali ni kami sampai dulu sebelum group cina tu. Mungkin dorang singgah Lake Wahapo dulu. Jadi kami menikmati pemandangan dan kemudian bergambar di jeti. Waktu ni cuaca cantik dan terang. Cuma sedikit berawan. Dan awan itu sangat jelas di tasik. 


Lake Mapourika merupakan salah satu antara tasik yang paling tenang airnya dan berwarna gelap. Ketenangan airnya sehingga boleh menampakkan refleksi Southern Alps dan hutan sekitar dengan jelas sekali. 

Masa paling sesuai bagi melihat refleksi yang lebih jelas adalah pada waktu pagi dan petang. Kalau ada masa boleh berkayak di sini menikmati pemandangan dan hutan sekitar. Selain berkayak ada juga khidmat 'boat tour'. Tapi harganya agak mahal. 


Rasa sayang nak tinggalkan view cantik ni. Tapi kami kena move on. Perjalanan masih jauh. Dengan berat hati kami kembali sambung perjalanan menuju ke Franz Josef Glacier yang tak begitu jauh sekitar 9.7 km saje lagi.

Lebih kurang 10 minit perjalanan, kami sampai. Tapi google map bawa kami ke i-Site Visitor Information Centre. Meriah tempat ni. Tanpa buang masa, kami keluar dari kawasan visitor centre menuju ke lokasi yang sebenar. 


Melalui State Highway 6 untuk ke glacier kena ke depan lagi. Lepas jambatan ada simpang sebelah kiri baru masuk. Atau pun set google map Franz Josef Glacier Car Park. Jauhnya lebih kurang 5 km dari I-Site Information Centre tadi. 


Parking agak penuh waktu kami sampai. Menunjukkan betapa ramainya orang di sini. Pusing sampai jumpa. Berkat kesabaran akhirnya dapat juga parking. 


Dari parking kami dah boleh nampak glacier di celah gunung. Menakjubkan. Bertambah excited nak tengok lebih dekat. Cuaca agak panas di sini. Tengok ramai tak pakai jaket. Kami pun bukak jaket dan tinggalkan di kereta. Hanya pakai selapis dua yang nipis saje.

Nampak ice beku di celah gunung. Itulah glacier.

Untuk lihat glacier ada 3 point. Point pertama "Sentinal Rock Walk". Yang ke dua "Glacier View at the end of the Forest" mengambil masa 30 minit dan ke tiga "Franz Josef Glacier Walk" mengambil masa 1 jam 30 minit. 


Plan kami hanya trekking sampai "Sentinal Rock Walk" yang mengambil masa 20 minit seperti yang tertera di signage. Pada kami cukuplah ambil yang pendek saje sebab masa tak mengizinkan. Kalau stay di NZ ni berminggu-minggu bolehlah cover segala jenis hiking and trekking yang ambil masa lama.


Kami jalan kaki ikut track yang disediakan. Ramai orang di sini. Tak pernah sunyi dengan yang baru datang atau yang sudah selesai. Tempat wajib semua orang mesti pergi.



Cahaya matahari agak terik. Sekali terasa sejuk bila ada angin. Confirm sunburn. Di sini boleh lihat betapa sibuknya helikopter lalu lalang membawa tourist yang ambil package "heli tour". Macam teksi bawa penumpang saje suasananya.


Tak lama trekking, kami sampai di Sentinal Rock Walk. View glacier dari tepi Waiho River. Sungainya cetek dan kecil saje. 


Akhirnya dapat juga tengok glacier dengan mata sendiri. Kalau sebelum ni hanya tengok gambar saje. Kagum dengan ciptaan Allah.



Dari point ni, kami nampak semua orang terus jalan ke depan. Takde sorang pun yang patah balik selepas sampai di point ni. Jadi kami pun jalan ke depan juga untuk lihat ape yang ada di sana.


Jalan punya jalan, akhirnya kami sampai di Glacier View at the end of the Forest. Perjalanan tak begitu terasa sebab meriah dengan orang ramai yang tidak pernah putus. Dari sini nampak glacier lebih dekat di hujung hutan. Di depan hanya kawasan lapang berbatu sehingga ke gunung. 


Turun bawah sikit ada sungai kecil dan cetek. Air sungai tu datang daripada tiga air terjun yang turun dari gunung. Airnya bersih dan jernih. Ramai pelancong yang ambil isi airnya dalam botol. Pelbagai gelagat manusia boleh dilihat di sini. Ada yang mandi manda dan bermain air.



Di bahagian depan sana pula ada sungai nama Waiho River. Airnya agak pekat. Warnanya seperti bercampur dengan sulfur. Angin agak kuat di sini. Panas terik matahari bersama angin dingin. Jadi tak berpeluh badan walau jauh berjalan.




Sekali lagi semua orang terus jalan ke depan. Entah kenapa kami pun terikut orang ramai terus jalan di kawasan berbatu. Rasa seperti sudah terlalu jauh kami berjalan.




Kami jalan dan terus berjalan. Tapi masih tidak sampai ke penghujungnya. Tak tau berapa jauh lagi. Sampai tahap wife dah give up. Jauh kami ke depan, makin jauh nak patah balik. Pada masa sama, perasaan ingin tahu dan ingin melihat sampai ke hujung juga memuncak.


Sampai di satu tempat berteduh dari matahari, kami berhenti sekejap. Ambil gambar sambil menghilangkan lelah. 


Kemudian wife beritahu yang dia tak nak teruskan. Kami dah terlajak jauh dan telah terlalu lama habiskan masa di sini. Akhirnya kami ambil keputusan berpatah balik. Cukuplah sampai di sini. Sudah cukup jelas glacier di hadapan kami. 


Hampir sejam masa kami ambil untuk sampai ke car park. Rasa menyesal pun ada sebab kami telah terlajak terlalu jauh. View glacier tetap sama. Yang membezakan hanyalah jarak. Asalkan dapat tengok dengan mata sendiri sudah cukup memadai. Lumrah sifat manusia, tak pernah puas dengan sesuatu.


Sampai saje di kereta, kami terus beredar menuju ke destinasi seterusnya iaitu Lake Matheson. Sebelum tu kami singgah top-up minyak di Station Petrol Fox Glacier Motors dulu. Penjalanan lepas ni agak sukar jumpa petrol station.


Perjalanan ke Lake Matheson sejauh 31 km dari Franz Josef Glacier mengambil masa 35 minit. Kali ni kami tak berhenti mana-mana. Sampai saje, terus park kereta di tempat disediakan. 


Suhu di sini kembali sejuk. Kami pakai semula jaket. Cuaca ketika ini berawan mendung dan berangin. Bayangan seperti tiada harapan melihat tasik dan reflection. Walau bagaimanapun sekali keadaannya, aktiviti harus diteruskan.


Kami terus masuk menuju ke Lake Matheson mengikut laluan yang disediakan. Tak singgah cafe atau kedai cenderahati dekat area car park pun. 


Ada tiga point yang boleh kita pergi. Pertama Jetty Lookout, jarak 1.2 km. Ke-dua View of Views Lookout dan yang ketiga Reflection Island Lookout. Boleh juga jalan mengelilingi tasik ini yang jauhnya 4.4 km. Pilihan aku hanya sampai di Jetty Lookout saje. Banyak lagi tempat nak pergi. Tak cukup masa. Padah buat itinerary terlalu padat.



Lepas beberapa minit jalan kami lalu sebuah jambatan menyeberangi Clearwater River. 



Kemudian laluan mulai memasuki hutan. Cantik track yang disediakan. Kemas, bersih dan sangat terjaga. Sejuk saja mata memandang.



Semakin dalam masuk hutan, semakin cantik pemandangan hutannya. Pokok-pokok tinggi hijau dan tumbuhan kecil di sini nampak sama seperti mossy forest. Cantik sangat.





Terasa aman dan tenteram berada di dalam hutan ni. Ditambah dengan bunyi burung yang meriah berkicauan, terasa sungguh mendamaikan. 



Selepas 20 minit jalan kaki, akhirnya kami sampai di Jetty Lookout. Dari sini kami dapat menyaksikan pemandangan tasik, hutan, Aoraki/Mount Cook dan Mount Tasman.


Seperti yang dijangka, kami tak dapat lihat refleksi gunung di permukaan air tasik disebabkan air yang tidak tenang dan awan mendung memenuhi langit. 


Lepas ambil gambar sebagai kenangan dan bukti telah menjejakkan kaki di sini, kami ambil keputusan beredar keluar. Demi mengubat hati yang kecewa, kami cuba menikmati pemandangan hutan yang cantik ini dan menikmati refleksi di saliran Clearwater River yang ditemui di sepanjang laluan. 



Sejujurnya kami rasa sangat sedih dan kecewa. Namun kami cuba sedapkan hati dan positif serta redha dengan ketentuan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.



Menikmati pemandangan hijau di luar dan lembu-lembu di ladang sedikit sebanyak mengurangkan rasa kecewa di hati.



Makin lama kami di luar ni, kelihatan cuaca semakin beransur baik. Awan mulai beredar dan menampakkan langit biru. Melihat cuaca sebegini, wife kata mungkin boleh nampak refleksi sekarang. Bila dia kata macam tu, aku terus bagi cadangan agar kita masuk semula. Mana tahu kali ni rezeki memihak pada kami. Wife tak nak dan nampak was-was. Lagi pun perjalanan masih jauh dan banyak tempat nak pergi lepas ni.


Aku cuba yakinkan. Selepas beberapa kali ajak, akhirnya dia setuju juge. Aku tahu dia pun teringin sangat nak tengok refleksi di tasik tu. Jadi kami masuk semula ke dalam hutan menuju terus ke jeti. Kami jalan laju sikit kali ni dan tak berhenti untuk ambil gambar. Terus ke jeti.


Bila sampai saje di jeti, SubhanAllah. Itu perkataan pertama yang terpancul dari mulut kami. Alhamdulillah, Allah telah gerakkan hati kami untuk kembali semula dan dengan izinNYA kami dapat melihat sendiri keindahan refleksi pemandangan hutan, Mount Cook dan Mount Tasman di permukaan tasik. 



Sangat cantik walaupun awan masih berkumpul di puncak gunung dan tidak dapat melihat puncak dengan jelas. Tapi ini sudah memadai bagi kami dan rasa sangat bersyukur. Jauh tau datang dari Malaysia demi melihat pemandangan indah ini.



Cuaca yang tadi berawan sudah bertukar dengan langit biru. Namun awan masih berkumpul di puncak gunung. Nampak agak sukar awan nak berlalu pergi dari puncak. Air tasik yang tadi bergelora kini menjadi tenang. Suhu sangat sejuk ketika ini.



Pada mulanya hanya kami berdua saje berada di sini. Kami menikmati pemandangan yang cantik ini sepuas-puasnya. Rasa sukar nak dilepaskan dan beredar dari sini. 



Tak lama kemudian, seorang dua tourist lain datang. Lepas tu datang pulak photographer dan terus set peralatan mereka dan tunggu sunset. Makin lama semakin ramai para photographer yang datang dan semakin meriah jadinya jeti tu.




Disebabkan teruja melihat beberapa photographer menunggu sunset, akhirnya kami terjebak juga. Pemandangan sekitar sedikit demi sedikit berubah warna. Pancaran cahaya senja matahari dari belakang menyuluh ke gunung menjadikan pemandangan lebih menarik. Perubahan warna gunung daripada oren kemudian bertukar menjadi merah sangat cantik. Inilah pengalaman pertama kami melihat pemandangan seperti ini. Syukur Alhamdulillah.



Selepas cahaya matahari semakin menghilang, wife ajak beredar. 


Sampai di luar, kami singgah di kedai souvenir beli fridge magnet harga NZD8.90 dan kemudian ke toilet sebelum masuk kereta.

Disebabkan telah habiskan masa terlalu lama di sini, jadi kami kena tukar plan asal. Terpaksa skip Fox Glacier dan semua tempat lain kerana hari dah mulai gelap. 


Plan asal, malam ni kami bermalam dalam khemah di campsite di Makaroa. Kebetulan tak perlu buat booking. Hanya datang saje. First come, first serve. Jadi keputusannya kami boleh tukar tempat untuk bermalam.



Perjalanan ke Makaroa terlalu jauh 203 km dari sini. Lebih kurang 2 jam 30 minit. Hari semakin gelap. Aku cuba cari campsite terdekat yang masih available melalui Campermate website. Sedihnya, campsite banyak fully booked. Akhirnya jumpa jauh sikit, jarak 18 km dari lokasi kami sekarang iaitu di Gillespies Beach Camping Site. Takde pilihan, jadi kami ke sana.


Dari simpang Lake Matheson, masuk simpang kanan. Lepas 8 km, kena lalu jalan tidak berturap sejauh 10 km sampai ke campsite. Jalan gelap gelita. Kiri kanan hutan dan gunung batu. Seram. 

Takde langsung kenderaan lain yang lalu. Hanya kami saje. Kalau terjadi apa-apa atau kereta rosak memang takde siapa boleh tolong. Line telefon pun takde. Hanya doa dan tawakal kepada Allah, semoga perjalanan kami dilindungi olehNYA. 

Ikut hati aku macam nak patah balik je. Tapi wife kata kita takde pilihan. Nak tak nak teruskan saje. Aku teruskan jugak sampai ke campsite. Sesekali perasaan was-was menghantui. Betul ke jalan ni yang kami lalu. Risau salah jalan. Mana tau google map tipu.


Alhamdulillah, kami selamat sampai di campsite. Kami lihat banyak campervan dan kereta dah ambil tapak masing-masing. Syukur, sekurang-kurangnya tempat ni tak sunyi. Kami park kereta dan kemudian keluarkan khemah. Aku pasang sorang-sorang dalam gelap malam. Wife tak tahan terlampau sejuk di luar. Cuma sekali-sekala dia datang tolong untuk mempercepatkan. 

Selesai pasang khemah, terus masuk dan makan saki baki roti dan makanan yang ada. Bayangkan kami hanya makan roti sandwich yang wife buat pagi tadi dan jajan saje hari ni. Begitu leka dengan perjalanan dan pemandangan sampai tak kisah pun pasal makan. Nasib baik perut tak terasa terlalu lapar. 

Badan dah letih, kami tido dalam kesejukkan yang amat sangat. Sleeping bag tebal pun tak mampu cover sejuk malam ini. Sambung semula hari ke empat. 👈

Perjalanan kami hari ini.

Perbelanjaan hari ketiga:-
  1. Petrol - NZD51.00
  2. Air Mineral - NZD2.80
  3. Fridge Magnet - NZD8.90
Total - NZD62.70


No comments:

Post a Comment