Total Pageviews

Showing posts with label 2018 - Hanoi Vietnam. Show all posts
Showing posts with label 2018 - Hanoi Vietnam. Show all posts

Vietnam : Hanoi - Day 4

Hanoi - Ho Chi Minh Mausoleum, Presidential Palace, Ho Chi Minh's Stilt House, One Pillar Pagoda & Ho Chi Minh Museum


Selasa - 06.02.2018


Pagi ni lewat sikit kami bangun. Selesai bersiap dan packing semua barang, kami turun bawah untuk breakfast. 


Menu breakfast sama seperti semalam. Makan roti, telur dan beraneka buah-buahan. Patutlah orang Vietnam slim. Semua makanan sihat.


Selesai makan, kami terus check out dan bayar hotel untuk 2 malam VND1,215,000.  Keluar ke jalan besar, kemudian kami ambil teksi bermeter menuju ke destinasi pertama hari ini iaitu Ho Chi Minh Mausoleum. Harga tambang VND22,000. 

Selesai bayar tambang, kami terus beratur masuk. Kena simpan beg. Hanya bawa wallet dan handphone. Kamera kena simpan dalam beg merah khas yang disediakan dan bawa bersama. Lepas tu jalan masuk ke dalam sikit. Sampai di satu kaunter kena tinggalkan beg kamera pula. 

Selepas simpan beg kamera, semua orang jalan mengikut laluan. Waktu ni tidak dibenarkan menggunakan handphone. Tangan tak boleh masuk poket. Hoodie kena bukak. Sepanjang laluan ada askar yang jaga dan memerhatikan pengunjung.

Memula tu aku tak tau pun ke mana sebenarnya kami nak pergi. Hanya follow orang ramai saje. Tapi bila wife aku nampak bangunan Mausoleum baru dia teringat ada mayat Ho Chi Minh yang telah diawet bersemadi di dalam bangunan ini. Rupa-rupanya kami akan melihat jenazah Ho Chi Minh. Patutlah kena ikut protokol.



Ho Chi Minh Mausoleum adalah tempat berehat terakhir Ho Chi Minh, pemimpin Vietnam yang paling ikonik dan popular dan dikenali sebagai Uncle Ho. Mayatnya disemadikan di dalam bekas kaca. 


Pengunjung yang ingin masuk mesti berpakaian sopan. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek, baju tanpa lengan dan skirt pendek. Beg dan kamera juga tidak dibenarkan dibawa bersama. Pengunjung tidak dibenarkan berhenti dan kena berjalan dalam barisan. Setiap tahun pada bulan Oktober Mayat Ho Chi Minh akan dihantar ke Rusia untuk maintenance. Jadi pada bulan tu makam ini akan ditutup.


Aku tak terfikir pun untuk masuk dan melihat mayat Ho Chi Minh. Aku cuma plan datang sini nak tengok Presidential Palace dan sekitarnya. Apa pun, pengalaman dari pintu masuk hingga selesai melihat mayat adalah satu pengalaman yang menarik pada aku.

Keluar dari bangunan makam, kami ambil kamera semula. Kemudian pergi bergambar di luar bangunan. 



Selepas bergambar kami jalan-jalan kawasan sekitar. Kena bayar tiket masuk VND40,000. Masuk saje di dalam, nampak Presidential Palace. 




Presidential Palace dibina oleh arkitek dari Perancis dengan gaya Perancis dan merupakan kediaman rasmi presiden. Tetapi presiden Ho Chi Minh lebih memilih rumah bertemakan traditional Vietnam.


Pengunjung tidak dibenarkan masuk ke palace. Hanya lihat dan ambil gambar bangunan dari jauh. 




Bangunannya berwarna kuning mustard, setinggi 3 tingkat dan mempunyai 30 bilik. Dikelilingi kebun, kolam ikan dan taman-taman. 




Kemudian kami jalan menuju ke Ho Chi Minh's Stilt House. Rumah yang kecil dan sederhana dibina menggunakan kayu merupakan tempat tinggal Ho Chi Minh. Beliau dikatakan tidak selesa tinggal di istana dan mengambilkira keadaan rakyatnya ketika itu. Ini baru dikatakan pemimpin berjiwa rakyat. Rumah yang mempunyai dua tingkat dan beberapa buah bilik menjadi tempat Ho Chi Minh berehat dan belajar.


Sambung semula jalan sekitar sini. 




Kemudian kami jumpa One Pillar Pagoda yang terletak di tengah kolam kecil. Pagoda yang berbentuk segi empat dibina menggunakan kayu di atas satu batang tiang batu mewakili bunga teratai yang tumbuh di atas air. Terdapat kuil di dalam pagoda ini. 



Selesai ambil gambar, sambung semula jalan menuju ke Ho Chi Minh Museum. Bayaran masuk VND40,000. 



Muzium ini adalah berkisarkan kehidupan presiden Ho Chi Minh. Bermula dari kehidupan di kampung halaman beliau, kisah beliau mengembara ke seluruh dunia untuk mencari jalan bagi menyelamatkan negara dari penjajahan dan juga kisah politik sehingga beliau meninggal dunia.





Muzium ini turut mempamerkan koleksi artifak, miniatur dan pelbagai hadiah yang diterima diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada aku, biasa-biasa saje muzium ni. Kalau nak skip pun tak rugi.




Habis satu muzium ni dilawati, kami keluar dan ambil beg semula di pintu masuk tadi. 


Kemudian terus ambil teksi untuk ke airport. Masa on the way ke airport, tiba-tiba aku terima sms dari Airasia beritahu yang flight delay. Terus kami minta driver teksi tukar laluan ke D'Lion Restaurant. 

Memandangkan masa ada banyak lagi, apa kata kita isi perut dulu. Di airport takde restoran halal. Nak tunggu makan dalam flight lambat lagi. Disebabkan kami minta driver teksi patah balik, tambang teksi jadi mahal iaitu VND300,000.

Sampai di restoran kami order nasi goreng dan nasi ayam. Selesai makan kami terus ke train station (Ga Ha Noi) untuk ambil Airport Express Bus. Tempat ambil bas ke airport ni betul-betul depan train station.



Kebetulan bas dah ada masa kami sampai. Terus naik bas. Tambang VND30,000. Perjalanan mengambil masa 40 minit ke airport. Kami sampai awal di airport. Terus check-in, kemudian check immigration dan lepak tunggu boarding. Kali ni asyik bertukar-tukar pintu gate boarding kami saja. Sampai masa gate buka terus boarding. 


Perjalanan ke KL ambil masa selama 3 jam. Disebabkan wife aku bosan tak boleh tido, jadi dia asyik order makanan. Aku layankan saje. 


Lepas makan, kebetulan hari tu hari lunar orang Vietnam, Airasia buat persembahan dalam flight. Ada fashion show dan tarian vietnam. 


Lepas tarian ada pula lucky draw. Alhamdulillah, no seat aku naik. Dapat small gift dari Airasia untuk kenangan. Terhibur juga sepanjang dalam flight.



Selamat sampai di KLIA2 pukul 8.35 malam. Terus ambil ERL ke Salak Tinggi Station. Disebabkan wife aku dah pening kepala, kami tapau saje nasi arab di Saba Restaurant Cyberjaya untuk makan malam.

Selesai sudah trip aku ke Hanoi selama 4 hari 3 malam. Trip yang dirancang pada saat akhir. Kalau ikutkan tak nak datang lagi ke Hanoi ni. Tapi, bila fikir balik ada beberapa tempat di Ninh Binh tak dapat pergi terasa nak datang semula. Mungkin kembali ke Ninh Binh kemudian ke Sapa selepas itu. Kita tengok macam mana nanti.

Perbelanjaan hari ke empat:-

1. Hotel di Hanoi - VND1,215,000
2. Teksi - VND22,000
3. Presidential Palace - VND40,000 x 2 = VND80,000
4. Ho Chi Minh Museum - VND40,000 x  = VND80,000
5. Teksi ke D'lion Restaurant - VND300,000
6. Lunch - VND185,000
7. Bas ke airport - VND 30,000 x 2 = VND60,000

Total - VND1,942,000

ERL - RM19.60
Parking - RM35.00
Flight (termasuk seat) - RM623.80
Perbelanjaan 4 hari - RM1,362 (VND7,827,000)

Total perbelanjaan keseluruhan trip - RM2,040.40


Vietnam : Halong Bay - Day 3

Halong Bay - Bamboo Boat & Heaven Cave 


Isnin - 05.02.2018


Di hari ke tiga, pukul 6 pagi kami bangun untuk bersiap. Pukul 7 pagi turun bawah untuk breakfast. Kami makan roti, scramble egg dan buah-buahan. 


Tepat pukul 7.30 pagi tour guide datang jemput untuk naik bas ke Halong Bay. Kena jalan kaki ke jalan besar sebab hotel kami berdekatan dengan pasar. Macam-macam bau ada.


Hari ni kami ambil one day trip ke Halong Bay. Plan asal nak ambil tour 2 hari 1 malam dan bermalam di cruise. Terpaksa tukar plan sebab nak ke Ninh Binh. Takpe, janji dapat tengok Halong Bay kira ok. Tercapai juga hajat.

Tour ni aku ambil terus dengan hotel. Malas nak mencari-cari. Biarpun ada yang kata mahal sikit tapi tak kisahlah. Asalkan ada. Untuk tour one day trip ada dua jenis. Satu harga USD45 dan satu lagi harga USD55. Aku ambil pakej deluxe dengan harga USD55. Bezanya harga murah ramai orang, harga mahal kurang ramai, sedikit privasi dalam cruise dan semua kos tiket sudah termasuk dalam harga tersebut.

Kami ke Halong Bay menaiki bas kecil. Dalam bas tu hanya kami berenam saja. Kami berdua dan couple dari Kanada ambil tour dari hotel yang sama. Satu couple lagi dari Jepun dari hotel lain. Perjalanan ke Halong Bay mengambil masa 4 jam.


Selepas dua jam, bas akan berhenti selama 40 minit di Hong Ngoc Humanity Centre. Boleh luruskan badan sikit. Penat duduk lama dalam bas. Sejuk-sejuk macam ni biasanya cari toilet dulu. 

Di sini, kami dibawa melawat dan melihat orang kurang upaya (OKU) menghasilkan lukisan dengan cara jahitan. Halus dan cantik hasil lukisannya. Mereka menjahit berdasarkan gambar yang diberikan. Masa yang diambil bagi menyiapkan lukisan ini bergantung pada saiz dan tona warna yang digunakan. Ada yang mengambil masa 4 hingga 6 bulan untuk disiapkan. Lagi banyak tona warna digunakan dan saiz lagi lama untuk disiapkan.


Kagum dengan hasil kerja mereka. Harga lukisan-lukisan ini agak mahal. Berbaloi dengan tenaga dan masa yang dilaburkan bagi menyiapkan semua lukisan. Kalau banyak duit boleh juga beli. Takde duit, hanya mampu tengok saje.


Selain lukisan, ada juga barangan kraftangan lain, baju-baju dan makanan ringan dijual di sini. Kebanyakkan makanan ringan yang dijual ada tanda halal dan harganya sedikit mahal sikit. Mungkin sebab imported.

Selepas 40 minit, bas bergerak semula menuju ke Halong Bay. Sepanjang perjalanan kami banyak habiskan masa dengan tidur. Mungkin tak cukup tidur masa hari pertama tu yang mata senang sangat terlelap.

Setelah sejam lebih perjalanan, dah boleh nampak Halong Bay dari jauh. Sebelum sampai di perlabuhan, bas akan berhenti di Ha Long Pearl Workshop untuk melihat bagaimana mereka menghasilkan mutiara.



Dengan meletakkan biji mutiara di dalam tiram, kemudian tiram tersebut akan diletakkan semula ke laut bagi tempoh-tempoh tertentu. 



Tak semua tiram ni akan hidup lama. Tiram yang masih hidup dalam tempoh-tempoh tertentu akan dinaikkan semula dan akan menghasilkan mutiara yang bermutu bergantung bentuk dan saiz.


Mutiara yang matang dan telah digredkan akan dijadikan aksesori barang kemas. Tempat pameran barang kemas juga ada di sini. Kalau berkenan boleh beli. Kami hanya mampu tengok saje.


Selepas 20 minit, bas bergerak semula menuju ke Tuan Chau International Marina, iaitu salah satu jeti perlabuhan untuk Halong Bay Tour. 


Sampai saje di sini, tour guide akan daftarkan kami semua dan berikan tiket kepada setiap orang. Kena simpan tiket tu. Nanti dorang akan minta tiket untuk ditebuk. 



Kemudian kami semua ikut tour guide naik ke cruise masing-masing.



Masuk cruise, kemudian terus duduk di meja makan. Dalam cruise kami hanya 13 orang saje. Group kami satu bas berenam, campur dengan group lain 7 orang. Bila semua dah naik, cruise pun mula berlayar. 

Tak lama kemudian, makanan mula dihidangkan. Dari awal kami beritahu yang kami hanya makan seafood dan sayuran. No chicken, meat and pork. Jadi menu yang dorang hidangkan semuanya seafood dan sayuran. Ada satu saje menu ayam goreng tepung. Yang ni kami tak makan.



Penuh satu meja makanan. Satu meja dikhaskan untuk 4 orang. Hanya meja kami 5 orang. Rasa makanan boleh tahan sedap. Sambil makan sambil berbual. Banyak juga kami makan. Dalam pakej makan tengahari ni tidak disediakan air minuman. Jadi kena bawa air sendiri atau boleh beli air dengan orang cruise. Pandai tak dorang cuba nak buat bisnes. 



Tak lama lepas makan, cruise berhenti di satu kawasan untuk aktiviti berkayak atau naik bamboo boat. Ikut pilihan masing-masing. 



Kami pilih naik bamboo boat sebab malas nak penat-penat mendayung. Kali ni nak relaks saje dan menikmati pemandangan.




Satu boat naik 4 orang. Kami dibawa menaiki boat selama 30 minit melalui gua-gua batu yang terdapat di sekitar kawasan ini. Alhamdulillah cuaca cantik ketika ini.




Cantik pemandangan di sini dengan formasi batu-batu tinggi di sekitar laut. Indahnya ciptaan Tuhan. 


Bentuk seekor kucing

Sesekali pendayung akan menawarkan diri mengambil gambar kami di spot yang cantik dan menarik. 





Habis dibawa melawat sekitar kawasan, kembali semula ke cruise. 





Kemudian cruise bawa kami semua ke Thein Cung Cave. On the way ke gua kami naik di atas deck untuk menikmati pemandangan Halong Bay dari tempat terbuka. 


Pemandangan sangat indah dengan formasi batu-batu tinggi di merata-rata sepanjang perairan ini. 




Halong Bay telah mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site dan juga tersenarai dalam New Seven Natural Wonder of the world. Menjadi destinasi pelancongan yang sangat popular dan utama di Vietnam.




Juga dikenali dengan emerald waters and islands. Keluasan Halong Bay adalah sekitar 1,553km persegi termasuk ribuan pulau yang kebanyakkanya adalah pulau batu kapur. Pulau batu kapur ini telah terbentuk berjuta tahun dahulu.




Ada pelbagai jenis tour yang ditawarkan untuk ke Halong Bay dari Hanoi. Bermula dari one day trip, 2 day 1 night trip hingga 3 day 2 night trip. Semuanya bergantung kepada budget dan masa masing-masing. Sebelum memilih tour yang hendak diambil mesti pastikan pakej yang ditawarkan, makanan dan juga cruise yang akan kita naik. Setiap agent menawarkan harga berbeza.




Tak lama berlayar, kami sampai ke gua yang dikatakan gua yang paling cantik di sini. Sebelum masuk ke dalam gua, kita dikehendaki memanjat 200 anak tangga. Naik perlahan-lahan sambil menikmati alam sekitar. Insyaallah tak terasa lelah. Tau-tau dah sampai.



Gua ni memang nampak cantik dengan pelbagai bentuk-bentuk stalagtit dan stalagmit yang menyerupai beberapa objek mengikut imaginasi mereka. 



Kepala naga

Menurut sumber, gua ini ditemui oleh sekumpulan nelayan yang mencari tempat berteduh dari ribut semasa menangkap ikan di sekitar Halong Bay. Sekarang menjadi tumpuan pelancong.




Kami masuk pintu gua lain dan keluar di pintu gua lain. Cruise telah tunggu semua di tempat kita keluar. 



Di pintu keluar ni ada gerai jual cenderahati dan makanan ringan. Singgah tengok fridge magnet tapi takde yang berkenan sebab kurang berkualiti. Lagi pun kami dah ada banyak fridge magnet Vietnam. So, tak kisah sangat.


Sepatutnya kami semua terus naik cruise untuk balik ke pelabuhan. Tapi kami kena tunggu sekejap disebabkan salah seorang dari group kami telah kehilangan handphone masa dalam gua tadi. Bagi masa sikit untuk dia pergi cari. Malangnya tak jumpa. Kesian kat dia. Dalam handphone ada macam-macam terutamanya gambar kenangan. 

Tak lama kemudian, kami semua naik cruise dan berlayar kembali ke pelabuhan. Kami naik ke deck sekali lagi untuk menikmati pemandangan sepuas-puasnya. 




Dekat nak sampai, kami turun duduk di bawah hingga sampai ke pelabuhan.




Boat sampai ke jeti dan kami terus ke bas. Dalam 2 jam perjalanan bas berhenti sekali lagi di Hong Ngoc Humanity Centre selama 20 minit. Kemudian sambung semula perjalanan. 


Selamat sampai Hanoi pukul 8.30 malam. Terus balik hotel. Malam tu kami makan maggie saje. Settle hal sepatutnya terus tidur. Sambung hari ke empat.