Total Pageviews

Vietnam : Hanoi - Day 1

Hanoi - Old Quarter, Hoa Lo Prison, Train Street, St. Joseph's Cathedral, Hoam Kiem Lake, Kuil Ngoc Son & Ninh Binh 


Sabtu - 03.02.2018


Halong Bay merupakan salah satu bucket list kami. Lama berhajat nak melihat sendiri keindahan alam semulajadi di Halong Bay yang tersenarai dalam 7 Wonder of Nature. Setiap kali tengok harga tiket flight pada tarikh yang dipilih, tak pernah menyebelahi nasib.

Entah macam mana, bulan Januari hari tu, masa tengah lepak tengok tv, wife aku saje check tiket flight. Tiba-tiba dia dapat harga RM592 ke Hanoi untuk dua orang. So, dia tanya aku nak tak. Tapi kena pergi hari Sabtu hari kerja aku. 

Setelah fikir-fikir, aku decided beli saje sebab memang dah lama berhajat nak ke sana. Memandangkan harga tiket juga agak murah pada aku. Jadi kami beli tiket ke Hanoi untuk trip kali ini selama 4 hari 3 malam. 

Beberapa hari lepas beli tiket, tiba-tiba wife aku jumpa lokasi menarik tidak jauh dari Hanoi. Hajat asal nak ambil tour 2 hari 1 malam di Halong Bay. Nak bermalam di atas cruise. Tapi disebabkan tamak nak pergi tengok tempat lain, akhirnya kami decided ambil one day trip ke Halong Bay dan satu hari lagi ke lokasi lain. Menyesal pula tak ambil 5 hari 4 malam untuk trip kali ni.

Persediaan untuk trip kali ni biasa-biasa saje sebab hanya cover beberapa tempat saje. Kali ni pilih hotel yang lebih murah. Asalkan dapat tidur dan rehatkan badan. Cuba untuk jimatkan perbelanjaan. Duit aku tukar waktu ni VND100,000 bersamaan RM17.40. Duit kita semakin kukuh. Rasa seronok sikit.

Di Vietnam ni ada dua musim. Satu musim sejuk dari bulan November hingga April. Satu lagi musim panas dari bulan May hingga Oktober. Musim sejuk merupakan musim kering di Vietnam dan biasanya suhu sekitar 7 hingga 17 darjah celcius. Manakala pada musim panas suhu boleh mencecah sehingga 38 darjah celcius. Pada waktu ini hujan lebih kerap turun dan sering berlaku ribut typhoon dari bulan Ogos hingga Oktober. 

Kembali semula kisah perjalanan kami, memandangkan flight kami pukul 6.05 pagi, jadi aku buat keputusan tidur saje di airport malam tu. Kalau ambil ERL paling awal pagi tetap tak sempat nak kejar waktu boarding. Malas nak menyusahkan orang minta tolong hantar pagi-pagi buta. Kalau naik grab, uber atau teksi pula, dorang akan double charge waktu macam ni. 

Jadi hari Jumaat pukul 11 malam, kami bertolak menuju ke ERL Station di Salak Tinggi. Biasanya kami ambil ERL dari Putrajaya Sentral. Kali ni kami tukar lokasi pula. Ambil train terakhir ke KLIA2 pukul 12.32 pagi. Sampai di airport terus cari lokasi tidur. Ramai juga orang tidur waktu-waktu ni di KLIA2.

Mula-mula cari lokasi tidur di kerusi. Tapi tak berapa selesa. Lepas tu aku suruh wife aku tidur dalam surau wanita. Aku pula lepak kat kerusi luar. Tak lama aku pun masuk surau. Tak dapat nak tidur sangat sebab dalam surau ada rombongan umrah tengah bersiap-siap pakai ihram, jadi tak berapa selesa sangat. Dalam pukul 3 lebih, wife aku message bagitau yang dia tak boleh tidur. Perut pun dah lapar, jadi aku ajak dia makan di kedai mamak berdekatan dengan surau.

Makan dan lepak-lepak kejap. Dah pukul 4 lebih kami terus masuk dalam, check immigration semua. Tak lama kemudian gate buka, terus boarding. Malas lepak luar lama-lama. Pukul 6.15 pagi flight berlepas menuju ke Hanoi yang mengambil masa 3 jam. Alhamdulillah perjalanan lancar. Sepanjang perjalanan layan tidur sampai ke Hanoi. Mengantuk wei.



Sampai di Hanoi pukul 8.15 pagi waktu Hanoi. Cuaca sejuk 12 darjah celcius. Aku hanya bawa jaket biasa saje pulak tu. Semoga dapat bertahan. Waktu di Hanoi satu jam lewat dari Malaysia. 



Selesai immigration terus keluar airport, melintas jalan, di sebelah kiri, cari bus stop Express Airport Bus No. 86 untuk ke Old Quarter. Tambang VND30,000 seorang saje.

Perjalanan ke Old Quarter mengambil masa 30 minit ke 45 minit bergantung kepada keadaan traffic. Kami berhenti di Melia Hotel memandangkan tempat yang kami nak pergi berhampiran dengan Melia Hotel.

Dari Melia Hotel kami jalan kaki lebih kurang 10 minit menuju ke destinasi pertama untuk hari ini iaitu Hoa Lo Prison. Bayaran masuk yang dikenakan adalah VND30,000 seorang.



Hoa Lo Prison adalah penjara yang digunakan oleh penjajah Perancis di Vietnam untuk menahan tahanan politik. Kemudian digunakan oleh Vietnam Utara untuk menahan tawanan perang Amerika semasa perang Vietnam. Penjara ini telah di demolish kecuali bahagian gatehouse masih dikekalkan dan dijadikan sebagai muzium.


Penjara ini dibina oleh Perancis pada tahun 1886. Orang Perancis mengelarkan penjara ini sebagai 'Maison Centrale'. Manakala semasa perang Vietnam, ramai tawanan Amerika ditahan dipenjara ini dan telah mendapat gelaran sebagai 'Hanoi Hilton' oleh juruterbang Bob Shumaker yang ditahan dipenjara ini.



Di muzium ini, kita boleh lihat ruang penjara dulu yang menahan para pejuang pemberontakan yang melawan penjajahan Perancis. Terdapat ruang yang digunakan untuk menahan tawanan secara beramai-ramai dengan mengari kaki tahanan. 



Terdapat juga ruang khusus bagi tahanan politik yang berbahaya di dalam bilik penjara sorang diri dengan ruang penjara yang sempit dan kecil. Di muzium ini juga turut dipamerkan gambar-gambar, barangan harian, buku, tempat tidur, pakaian dan peralatan bagi menjatuhkan hukuman seperti pancung.



Tak lama sangat kami di sini. Wife aku nampak macam takde feel dan tak berminat sangat. Mungkin sebab kurang memahami sejarah. Lagi satu kalau nak baca satu persatu cerita akan mengambil masa yang lama. Hanya baca-baca sikit saje. Tu yang kurang penghayatan.



Setelah habis satu muzium ni kami explore, kami terus gerak ke Hanoi Train Station atau dikenali dengan Ga Ha Noi oleh penduduk tempatan untuk beli tiket train ke Ninh Binh pukul 7.30 malam. Jalan kaki lebih kurang 15 ke 20 minit dari Hoa Lo Prison. Harga tiket bagi tempat duduk 'soft' VND93,000 seorang.



Selesai beli tiket kami terus cari Cosiana Hotel Hanoi yang berdekatan dengan train station. Jalan kaki lebih kurang 5 minit saje. Kami cari hotel ini kerana di sini ada restoran halal yang dibuka oleh warga Singapura. Nama restoran tu D'Lion Restaurant.


Restoran di dalam hotel, sudah pasti suasananya selesa. 


Kami order vietnam spring roll, pho noddle soup, vegetarian fried rice dan fresh orange. Rasa makanan boleh tahan sedap juga. Harga juga tidaklah terlalu mahal. Masih dalam budget kami.




Selesai makan, kami singgah di hotel penginapan untuk hari kedua kami yang berada di sekitar kawasan ini juga bagi menyelesaikan pembayaran deposit untuk tour Halong Bay nanti. Ini disebabkan kami akan check in lewat di hotel ini pada malam esok. Malam ini kami tidak bermalam di Hanoi.



Selesai membuat pembayaran, kami terus ke Train Street yang berdekatan dengan hotel tadi dan tidak jauh juga dari D'Lion Restaurant tadi.


Di antara jalan yang sibuk dan sempit di Hanoi Old Quarter, di kawasan yang kecil, dicelah bangunan dan rumah penduduk tempatan ada terdapat laluan landasan keretapi. Landasan yang hanya berjarak beberapa inci dengan bangunan saje telah menjadi tarikan pelancong untuk menyaksikan dan merasai sendiri pengalaman yang unik.




Keretapi yang menghubungkan Hanoi ke Ho Chi Minh City ini akan melalui landasan ini sebanyak dua kali sehari sahaja iaitu pada pukul 3.30 petang dan 7 malam setiap hari. Ketika ini penduduk perlu mengalihkan segala barangan harian dan berada di dalam rumah bagi memberi ruang keretapi lalu. 




Kami sampai awal, jadi sempat berjalan di sepanjang landasan dan mengambil gambar sekitar train street ni. Masa tengah bergambar tiba-tiba dengar bunyi hon yang menandakan keretapi akan lalu sebentar saje lagi. Kelam kabut cari tempat berdiri yang selamat.



Tapi rupanya tempat yang aku ambil tu tak selamat. Jadi terpaksa berhimpit dengan spot wife aku. 


Keretapi gerak agak laju. Ambil video pun dalam kelam kabut dan hasilnya tak seberapa. Jadilah asalkan ada. Ayat sedapkan hati.


Train dah berlalu pergi, kami pun terus gerak ke tempat lain.


Jalan kaki menuju ke St. Joseph's Cathedral lebih kurang 15 minit. 



Aku ke sini sebab rekabentuk gereja ni cantik dan menyerupai Notre Dame de Paris. Tambahan gereja ini merupakan salah satu attraction di Hanoi. Gereja ini dibina oleh kerajaan penjajah Perancis dan dibuka pada bulan Disember 1886. Merupakan gereja tertua di Hanoi.


Hanya ambil gambar beberapa keping sebagai bukti dah sampai sini untuk diri sendiri. Kemudian kami gerak jalan kaki menuju ke Hoan Kiem Lake. Perjalanan sedikit jauh. Lebih kurang 20 ke 30 minit. 

Sampai di Ho Kiem Lake, kami mula jalan mengelilingi tasik ini. Mari kita lihat ape yang ada. Mula-mula nampak bangunan seperti pagoda di tengah tasik. Mungkin kuil kot.




Sambung jalan lagi keliling tasik. Nampak agak happening juga di tasik ini. Ada shopping mall besar dan meriah dengan orang ramai yang sedang buat pelbagai aktiviti. 



Yang paling menarik perhatian, banyak pula group band tengah buat shooting video clip lagu dance mereka. Kalau tengok betul-betul dan diamati bahasanya seperti mereka ni dari Korea. Ye, memang dari Korea. Jauhnya dorang ni shooting. Padahal Korea pun cantik.



Yang buat photo shot pun ada. Comel pulak tengok awek-awek Vietnam pakai baju kebangsaan mereka. Eh!


Kedai-kedai pun meriah juga. Banyak kedai sourvenir. Sempat juga beli fridge magnet, topi vietnam yang macam tudung saji, kopi Vietnam dan juga keychain utk opismate wife aku. 



Selesai membeli, sambung semula aktiviti ronda-ronda pusing tasik. Sambil tengok aktiviti orang ramai.




Tengok kanak-kanak buat latihan menari. Padahal aku nak ambil gambar statue. Dekat kawasan ni ada temple. Ramai masuk dalam tu. Tapi kami tengok dari luar saje.



Hari semakin senja. Kami jalan lagi sampai nampak jambatan merah. 


Daya tarikan utama tasik ini adalah terletaknya Kuil Ngoc Son yang dihubungkan dengan sebuah jambatan merah yang didedikasikan kepada tiga tokoh besar dari sejarah Vietnam. 


Hoan Kiem lake bermaksud Lake of the Sword Returned. Nama tasik ini ada kaitan dengan lagenda di mana pada zaman dulu ketika Kaisar Le Loi sedang berperahu di tasik ini, muncul dewa penyu emas meminta pedang saktinya. Itu saje yang aku tau.


Habis jalan satu keliling tasik ni dan disebabkan malas nak ke tempat lain dengan ditambah cuaca yang sangat sejuk, kami buat keputusan pergi melepak di Train Station saje. Jarak agak jauh juga nak jalan kaki ke sana. Dengan cuaca yang semakin sejuk, memang tidaklah. 

Jadi kami decided naik Grab motor taxi ke train station. Tambang VND150,000 untuk dua orang satu motor. Mahal. Padahal kalau naik teksi bermeter lagi murah. Mungkin aku kena pukau. Oh tidak, ini sebab cuaca sejuk sangat, aku pun malas nak fikir, jadi belasah saje. Berhimpit kami 3 orang satu motor. Pengalaman.


Sampai di train station sebenarnya agak awal. Disebabkan cuaca diluar makin sejuk jadi kami ambil keputusan lepak saje di train station. Malangnya, lepak di station lagi sejuk. Di sini dorang takde heater macam negara lain seperti di Jepun atau Korea. Nasiblah nak.


Pukul 6.45 petang baru kami masuk ke train. Train gerak dari station pukul 7.30 malam. Dalam train pun sejuk. Perjalanan ke Ninh Binh mengambil masa hampir 2 jam.

Sampai di Ninh Binh Station pukul 9.30 malam. Terus ke hotel kami malam ini yang terletak berhadapan dengan station iaitu Viet Nhat Hotel. Staff hotel dah tunggu kami di luar.



Malam tu kami hanya makan maggi saje untuk isi perut. Nasib baik tak terlalu lapar. Bilik hotel takde heater. Sejuknya malam tu tidur pakai sweater. Mengigil. Suhu masa ni 8 darjah celcius, takde heater. Cuba bayangkan. Menderita rasanya.


Sambung hari kedua.

Perbelanjaan hari pertama :-
  1. Tambang bas ke Old Quarter - VND30,000 x 2 = VND60,000
  2. Mineral water - VND8,000
  3. Entrance Hoa Lo Prison - VND30,000 x 2 = VND60,000
  4. Tiket keretapi - VND93,000 x 2 = VND186,000
  5. Lunch - VND245,000
  6. Halong Bay Tour - VND1,262,000 x 2 = VND2,524,000
  7. Fridge Magnet - VND20,000
  8. Topi Tudung Saji - VND30,000
  9. Kopi Vietnam - VND50,000
  10. Key Chain - VND200,000
  11. Tambang motor - VND150,000
Total - VND3,533,000

2 comments:

  1. Assalam wbt, kat mana nak dapatkan spot terbaik utk shoot street train tu? Bro bvoleh suggest? Kalau ada koordinat lagi bagus. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sori bro koordinat takde. Lokasi boleh google map. Klu dtg awal boleh ambil masa jalan atas landasan tu untuk cari spot terbaik.

      Delete