Total Pageviews

Thailand : Bangkok - Day 6

Misi Memburu Matahariku - Bangkok : MBK Shopping Center


Ahad - 1.12.2017


Hari ke-enam. Lepas solat subuh kami lepak je kat bilik hotel. Dalam pukul 8 pagi turun breakfast dan balik semula ke bilik berehat.



Dalam pukul 10 pagi kami check out. Ambil MRT ke Shukumvit Station. Tambang THB21 seorang. Lepas tu pergi ke Asok Station ambil BTS ke National Stadium Station. Tambang THB33 seorang. Sebelum itu kena transfer di Siam Station dulu untuk ke National Stadium.


Turun di National Stadium Station kami terus ke MBK Shopping Center. 


Tujuan kami ke sini adalah untuk menjamu selera di Yana Restoran, iaitu restoran halal Thailand yang terkenal dikalangan traveller. Restoran tu berada di tingkat 5 sama level dengan food court. 


Aku order macam biasa kailan ikan masin, telur dadar dan tomyam. Orang cakap tomyam dia sedap, so kena lah cuba. Memang sedap dan portion dia banyak.



Lepas selesai makan, kami gerak ke station. Kebetulan disitu ada gerai jual mangga jeruk dan serbuk teh thai. Harga pun agak murah, jadi kami beli sebagai buah tangan.

Dari National Stadium kami naik BTS ke Mo Chit Station. Tambang THB44 seorang. Sampai di station keluar exit 3, pergi ke seberang jalan dan tunggu bas no. A1 atau A2 untuk ke Don Mueang Airport. Perjalanan ke airport mengambil masa lebih kurang 20 ke 30 minit. Tambang bas THB30 seorang.


Ada juga cara lain untuk ke airport. Boleh ambil train di Hua Lamphong Railway Station ke airport. Harga tiket agak murah THB5 sahaja. Tetapi perjalanan mengambil masa 1 jam sebab keretapi bergerak perlahan. Satu lagi cara boleh naik teksi dari Mo Chit Station ke airport.

Tiba di airport dan terus check-in. Agak ramai juga yang check-in di kaunter AirAsia petang tu. 


Settle check in, kami terus masuk check immigration yang sangat simple. Lepas tu singgah di kedai duty free, beli sikit jajan untuk dibawa balik. Lama juga di sini. Sampai kenyang juga makan makanan sample yang dorang sediakan.


Tak tunggu lama, gate buka, kami terus boarding. Dalam pukul 4.40 petang flight berlepas, alhamdulillah selamat sampai di KLIA pukul 8.05 malam.




Sampai terus ambil ERL ke Putrajaya Sentral. Bayar parking dan macam biasa balik dari luar negara pasti singgah pergi makan dulu. Kali ni kami pergi makan di Ayam Penyet Wong Solo, Cyberjaya. Biasanya balik mesti cari tomyam, kali ni tukar menu pulak. 

Alhamdulillah, selesai sudah trip kali ini. Trip kali ini agak santai sikit, biasanya itinerary kami padat dengan program. InsyaAllah ada rezeki akan kembali lagi ke Thailand untuk ke lokasi lain pula. 

Perbelanjaan hari keenam :-
  1. MRT ke Shukumvit - THB42
  2. BTS Asok ke National Stadium - THB66
  3. Makan di Yana Restoran - THB547
  4. Beli mangga jeruk dan teh thai - THB570
  5. BTS National Stadium ke Mo Chit- THB88
  6. Bas ke airport - THB60
  7. Beli jajan - THB340
Total perbelanjaan - THB1,713

Total perbelanjaan 6 hari - THB16,630 ~ RM2,122

ERL - RM37.60
Parking - RM36.00
Flight - RM846.00

Total perbelanjaan keseluruhan trip - RM3,041.60


No comments:

Post a Comment