Total Pageviews

Thailand : Bangkok - Day 1

Misi Memburu Matahariku - Bangkok : Chatuchak Weekend Market, The Bridge Over River Kwai & Kanchanaburi


Ahad - 26.11.2017


Dari tahun ke tahun wife aku berhajat nak ke Bangkok semata-mata nak tengok bunga matahari. Tiap kali check harga tiket di saat akhir, tak berbaloi beli dengan jarak perjalanan hanya 2 jam. Naik train pula memakan masa yang terlalu panjang. Cuti tak berapa banyak.

Akhirnya dalam bulan 4 yang lalu, wife aku riki-riki harga tiket flight. Kebetulan kena dengan hari cuti aku. Jadi, ape lagi terus beli dengan harga RM846.00 untuk 2 orang termasuk seat. Nak kata murah pun tidak. Agak mahal juga. Tapi sebab nak pergi sangat dan asyik tertangguh saje. Kali ni nekad juga beli. Duit time ni aku tukar dapat THB100 bersamaan RM12.76.

Tiba hari yang ditunggu, seawal pukul 4.30 pagi kami keluar dari rumah bertolak menuju ke Putrajaya Sentral. Ambil ERL pukul 5.40 pagi dan sampai di KLIA2 pukul 6 lebih. 

Seperti yang dijangka, ramai orang di KLIA2 pagi tu. Mungkin sebab cuti sekolah dan banyak flight di waktu pagi. Pukul 7.45 pagi, flight berlepas menuju ke Bangkok. Perjalanan mengambil masa 2 jam. 



Sampai di Don Mueang International Airport, Bangkok awal 10 minit iaitu pukul 9.35 pagi. Waktu di Thailand lewat sejam dari waktu Malaysia. 



Selesai hal immigration terus keluar ambil airport shuttle bus A1 atau A2 ke Mo Chit BTS Station untuk ke Chatuchak Weekend Market. Harga tiket THB30 seorang. Bas agak 'old school' tapi ada air-cond. Masih lagi menggunakan khidmat konduktur bas. Perjalanan ke Mo Chit BTS Station mengambil masa lebih kurang 20 minit. 


Turun saje di Mo Chit, kaki terus melangkah ke Chatuchak Weekend Market. Orang dah ramai ketika ini. Cuaca sudah mulai panas. 



Perut kami memang dah lapar. Pagi tadi hanya makan roti dan air milo masa on the way ke Putrajaya Sentral. Jadi apa lagi, terus cari section yang ada jual makanan halal iaitu di Section 16. 


Nama gerai Saman Islam. Wife aku order Pad Thai harga THB200, aku pulak order Nasi Goreng Amerika harga THB150 dan Ice Lemon Tea harga THB50. Jadi total makan THB400. 




Alhamdulillah kenyang dan makanan pun sedap walaupun harga agak mahal sikit. Almaklumlah, tempat tumpuan pelancong. 


Selesai makan, kami jalan-jalan tengok apa yang ada dan menarik. Memang besar pasar ni dan macam-macam ada dijual di sini. Jenuh juga berjalan. Dengan orang yang ramai dan cuaca yang semakin panas. Pastikan ada map bagi memudahkan mana section yang ingin dituju. 

Sumber daripada pak cik google

Kami bukan kaki shopping. Jadi hanya tengok-tengok macam tu saje. Takde nafsu nak membeli belah. Hanya beli fridge magnet harga satu THB39. 



Chatuchak Weekend Market terletak di Kamphaeng Phet 2 Road. Merupakan pasar yang sangat popular dikalangan pelancong dan terbesar di Bangkok. Untuk ke sini boleh ambil BTS turun di Mo Chit Station, Exit No. 1 atau MRT turun di Chatuchak Park Station, Exit No. 1 atau Kamphaeng Phet, Exit No. 1. Waktu beroperasi setiap Sabtu dan Ahad dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Hari Jumaat dari pukul 6.00 petang hingga 12.00 malam. 



Chatuchak Weekend Market ni sangat besar dengan keluasan lebih kurang 35 ekar. Terdapat lebih 8,000 gerai di sini yang menerima kunjungan sekitar 200,000 pengunjung. Bayangkan betapa besar dan ramainya orang. Memang sesak. Disarankan datang awal pagi kerana keadaan akan bertambah panas dan sesak menjelang tengahari. Jadi pakai baju dan kasut yang sesuai untuk keselesaan. 


Antara barangan yang dijual di sini adalah makanan, minuman, pakaian, aksesori, kraftangan, cenderamata, seramik, perabot dan perhiasan dalaman, lukisan, buku, barangan antik, barangan kulit dan pokok tanaman. Tak semua barangan yang dijual di sini murah. Ada yang agak mahal juga. Bergantung kepada kualiti barangan tersebut juga. Kebolehan tawar menawar diperlukan untuk mendapatkan harga yang berbaloi dengan nilai barangan. Biasalah tempat tumpuan pelancong, pasti kena tekan punya. 


Masa jalan nak keluar dari sini, nampak ramai orang beli ais krim kelapa. Aku pun beli satu nak try. Harga THB55. Ok juga rasanya. Cuma rasa kelapa tu rasa kelapa tua sikit. 


Tengok smoothies mangga nampak mengoda juga. Tapi seronok tengok saje. Takde nafsu nak beli. Manggo sticky rice pun sama. Wife aku beria sebelum sampai nak rasa makanan original dari Thailand. Bila ada depan mata tak nak pulak beli. Pulut dia kurang minat sikit.  


Kami tak lama di sini. Lebih kurang pukul 11 lebih kami keluar menuju ke BTS Mo Chit untuk ke Victory Monument nak ambil minivan ke destinasi seterusnya. 



Tambang BTS Mo Chit ke Victory Monument THB33 seorang. 



Sampai di Victory Monument kami terus cari minivan untuk ke Kanchanaburi. Tapi malangnya tiada minivan yang terus ke sana. Kena pergi ke Southern Bus Terminal terlebih dulu. 



Tambang yang dikenakan dari Victory Monument ke Southern Bus Terminal sebanyak THB35 seorang. Kena tunggu minivan penuh baru gerak. Lama juga kena tunggu. Panas dan bosan. 



Perjalanan mengambil masa selama 30 minit. Sampai saje di Southern Bus Terminal atau lebih dikenali dengan nama Sai Tai Mai dikalangan penduduk tempatan terus ke kaunter minivan untuk beli tiket ke Kanchanaburi.



Tambang yang dikenakan adalah THB100 seorang. Nasib baik tak lama sangat kena tunggu minivan gerak. 


Ada beberapa cara untuk ke Kanchanaburi dari Bangkok. Ambil minivan dari Southern Bus Terminal harga daripada THB100 ke THB120 seorang. Setahu aku dulu boleh ambil terus dari Victory Monument terus ke Kanchanaburi. Tapi masa aku pergi dorang bagitau tiada lagi perkhidmatan minivan terus ke Kanchanaburi dari Victory Monument. Kena ke Southern Bus Terminal dulu. Perjalanan selama 30 minit dari Victory Monument ke Southern Bus Terminal. Manakala dari Southern Bus Terminal ke Kanchanaburi mengambil masa 2 jam.

Ada juga company minivan yang menawarkan perkidmatan terus ke Kanchanaburi dari Mo Chit atau Chatuchak Bus Station. Harga THB120 ke THB150 seorang. Perjalanan lebih panjang sekitar 2.5 ke 3 jam. Nak ke Mo Chit atau Chatuchak Bus Station boleh naik BTS berhenti di Mo Chit Station atau MRT berhenti di Chatuchak atau Kamphaeng Phet Station. Kemudian kena ambil teksi bermeter ke Bangkok Bus Terminal dengan harga lebih kurang THB40.

Boleh juga naik bas dari Southern Bus Terminal harga THB110 seorang, bas nombor 81. Bas bergerak setiap 20 minit. Mengambil masa 2.5 ke 3 jam perjalanan. 

Manakala train pula boleh ambil dari Bangkok Noi Railway Station (Thonburi Train Station). Harga THB100 seorang. Tapi hanya ada dua train sehari yang bertolak dari Bangkok iaitu pada pukul 7.45 pagi dan 1.35 petang sahaja. Perjalanan mengambil masa lebih lama selama 3 jam. 

Perjalanan menuju ke Kanchanaburi mengambil masa 2 jam. Keadaan di dalam van agak panas ditambah dengan penumpang yang penuh. Kebetulan kami dapat minivan yang air-con tak berapa kuat. Bertabahlah. 

Sampai di Kanchanaburi Bus Station sekitar pukul 4.30 petang. Turun saja dari minivan, kami bercadang nak ambil moto-taxi untuk ke hotel penginapan malam ni. 

Masa jalan menuju ke tempat moto-taxi datang sorang mamat ni cuba usha kami. Dia offer naik songthaew THB100 ke hotel kami. Tanpa fikir panjang aku terus setuju. Kemudian dia offer tengok sunset di Kwai River Bridge dengan tambahan THB50. Jadi total keseluruhan THB150. Padahal kalau naik moto-taxi tak sampai THB100. 


Aku cuba tanya harga untuk ke tempat-tempat yang telah dirancang pada esok hari. Pada mulanya dia offer THB1800. Lepas minta kurang dia bagi THB1600. Aku setuju sebab berdasarkan harga yang aku survey memang lebih kurang harga tu. Tambahan dengan lokasi yang agak jauh dan bukan satu laluan. 

Sampai di Kwai River Bridge, kena bayar tiket masuk THB20 seorang. 



Ada banyak deretan kedai-kedai menjual pelbagai jenis barangan dan makanan. Aku singgah kejap beli air bagi menghilangkan dahaga di tekak ni.



Ramainya manusia di sini. Penuh di atas landasan dan jambatan. Mungkin masing-masing tunggu sunset dan juga kebetulan hari Ahad. Ambil gambar pun kurang menarik. Penuh dengan manusia. Landasan hilang disebalik orang ramai. 



Tapi meriah tengok pelbagai gelagat orang. Kebetulan tak lama kami sampai, train dari Namtok Station akan lalu di landasan ini. Berhenti di River Kwai Bridge Station. Maka ada polis-polis jaga keadaan bagi memastikan orang ramai berdiri di bahagian yang selamat. 



Bila train sudah menghilangkan diri, kami bergerak menuju ke jambatan untuk menunggu matahari terbenam. Dengar cerita, pemandangan sunset di sini cantik.  


Tapi malangnya, rezeki tak memihak kepada kami. Cuaca hari ni agak berawan. Maka sunset kurang menarik hari ini.




Bila agak gelap sikit, persembahan lampu mula dimainkan. Pada setiap akhir bulan November hingga awal Disember diadakan River Kwai Bridge Festival dengan persembahan lampu dan bunyi pada sebelah malam.



Festival ini diadakan bagi memperingati peristiwa pengeboman jambatan ini pada perang dunia kedua yang lalu. Persembahan teater pun ada. Harga tiket agak murah pada aku. 



Tak lama lepas tu, kami terus pulang untuk check in hotel. Sampai di hotel, terus janji dengan mamat songthaew ambil kami pukul 7.00 pagi esok di hotel. 


Kami bermalam di The Nine Guesthouse Kanchanaburi. Harga THB990. 



Untuk makan malam aku keluar beli nasi di 7 Eleven. Beli nasi, roti dan air milo kotak. Masa ke 7 Eleven ada nampak pasar malam berdekatan dengan Kanchanaburi Train Station. 

Aku terlupa plak ada pasar malam. Kalau tak boleh ajak wife aku sekali cari apa-apa makanan tempatan yang boleh dimakan. Pasar malam ni ada pada setiap hari Isnin, Khamis, Sabtu dan Ahad saje. Manakala pada hari lainnya pula di Bus Station.


Jadi malam tu kami hanya makan nasi dan ikan bilis sambal. Lepak-lepak di hotel saje malam tu kemudian tido. Sambung hari ke-dua.

Perbelanjaan hari pertama :-

  1. Tambang dari airport ke Mo Chit - THB60
  2. Makan lunch - THB400
  3. Fridge magnet - THB39
  4. Ice cream kelapa - THB55
  5. BTS dari Mo Chit ke Victory Monument - THB66
  6. Minivan dari Victory Monument ke Southern Bus Terminal - THB70
  7. Minivan dari Southern Bus Terminal ke Kanchanaburi - THB200
  8. Songthaew ke hotel dan River Kwai Bridge - THB150
  9. Minuman - THB30
  10. 7 Eleven - THB81
  11. Hotel - THB990
Total perbelanjaan - THB2,141



No comments:

Post a Comment