Total Pageviews

Thailand : Kanchanaburi - Day 2

Misi Memburu Matahariku - Kanchanaburi : Tham Kra Sae Bridge Railway Station & Erawan Waterfall


Isnin - 27.11.2017


Hari kedua, seawal pukul 5.30 pagi kami bangun solat subuh dan kemudian bersiap untuk aktiviti hari ini. Sebelum keluar kami makan roti dan biskut untuk breakfast. Lepas breakfast sempat bergambar di sekitar hotel untuk kenangan. Semalam sampai dah gelap. 



Pukul 7.00 pagi mamat songthaew sampai. Semalam deal harga THB1,600 naik songthaew. Sekali pagi ni datang dengan Toyota Wish. Tapi bukan mamat semalam yang drive. Dia cuma datang bagitau yang awek akan bawak kami dengan Toyota Wish. Aiseymen, transport kami di upgrade kan. Of course kami happy sebab dapat kenderaan berair-con. Naik songthaew confirm berpeluh dan berdebu. Lagi-lagi perjalanan destinasi kami jauh hari ni. Bila difikir balik dengan harga yang kami bayar memang sepatutnya dapat kenderaan yang lebih selesa daripada songthaew. 


Kembali semula cerita perjalanan hari ini. Destinasi pertama kami pada hari ini adalah Tham Kra Sae Bridge Railway StationDari hotel kami di Kanchanaburi ke Tham Kra Sae Station mengambil masa 1 jam perjalanan. Sampai di sini dalam pukul 8 lebih. 


Sepatutnya ini destinasi ke dua. Destinasi pertama tempat lain. Tapi minah ni pandai-pandai tukar. Dah sampai lokasi teruskan saje agenda. 


Tham Kra Sae Bridge adalah sebahagian laluan Thai-Burma Death Railway. Ada kisah sejarah yang amat menyayat hati semasa pembinaan landasan keretapi ini. Kisahnya, aku akan share dalam post lain.


Tujuan kami ke sini adalah untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman berjalan kaki di sepanjang landasan di atas jambatan kayu di tepi tebing gunung yang melintasi pergunungan.





Jadi kita akan nampak di sebelah landasan pemandangan Sungai Kwai yang tenang. Manakala di sebelah lagi pemandangan gunung yang ditarah untuk membuat laluan landasan ini.



Terdapat banyak floating resort di sepanjang River Kwai ni. Seronok juga kalau dapat bermalam di sini. Dengan view sungai, gunung-ganang dan landasan keretapi.



Pengunjung dibenarkan berjalan di sepanjang laluan ni ketika tiada keretapi lalu. Sekiranya ada keretapi lalu, pengunjung diminta berhenti di tempat menunggu yang disediakan untuk keselamatan. 





Menurut sumber, keretapi yang lalu landasan ini masih kelihatan sama seperti dulu. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman menaiki keretapi melalui landasan ini dengan mengambil dari mana-mana station yang dikehendaki. 




Beberapa minit jalan kaki di sepanjang laluan keretapi ini, akan jumpa sebuah gua yang dikenali dengan nama Tham Kra Sae Cave. Gua ini dipercayai merupakan tapak khemah askar Jepun sewaktu pembinaan landasan ini. Kini gua ini menempatkan patung buddha. Takde apa yang menarik dalam gua ni. Kalau tak pergi pun tak apa.



Kami jalan di sepanjang landasan ini sehingga sampai di Tham Kra Sae Station. Kemudian patah balik ke tempat parking kereta tadi.



Selesai berjalan di landasan keretapi ini kami terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu Erawan Waterfall. Perjalanan ke Erawan Waterfall dari Tham Kra Sae mengambil masa 30 minit. Kena bayar tiket masuk sebanyak THB300 seorang bagi warga asing. Tambahan THB30 seorang untuk cas parking kereta pula.


Janji dengan minah driver kami, kena sampai bawah semula pukul 2.00 petang untuk ke destinasi ke-tiga. Kalau lambat turun takut tak sempat. 

Sebelum memulakan pendakian kami singgah di Tourist Information tengok ape yang ada. Kami beli fridge magnet harga THB15 satu. Buat kenangan. Nanti turun tak perlu singgah. Pendakian dimulakan dengan laluan rata. 


Kalau malas nak jalan kaki di awal ni, boleh naik buggy sampai ke air terjun level satu. Cas yang dikenakan THB30 bagi dewasa dan THB15 bagi kanak-kanak. Pada aku bagus juga naik buggy. Boleh jimat masa dan tenaga. Tapi aku tak naik pun. Kami masuk jalan kaki. 



Selepas jalan kaki lebih kurang dalam 10 minit kedengaran bunyi air terjun. Itu menandakan sudah hampir dengan air terjun level satu. Hati sudah mulai teruja. Tak sabar nak tengok dengan mata sendiri kecantikkan air terjun di Erawan yang berwarna turquoise seperti yang digembar gemburkan. 


Mula-mula nampak air terjun dah teruja sangat. Rasa kagum dengan warna airnya. Cantik sangat. Kami pun terus singgah dan bergambar sakan. 



Kena beringat yang ada banyak lagi tingkat air terjun yang perlu kami terjah lagi. Harap cukup masa untuk melihat kesemua level air terjun di Erawan ni. 



Yang kelakarnya, kami beria bergambar dari satu air terjun ke satu air terjun. Tapi rupanya kami tak sampai lagi di level satu pun. Sabar je la. 



Bila nampak signage di level satu, baru kami tahu yang rupanya kami baru sampai. Rasanya dekat 30 minit kami habiskan masa di air terjun yang takde level lagi tadi tu. 


Erawan Waterfall terletak di Tenasserim di Wilayah Kanchanaburi dan telah diiktiraf sebagai salah satu air terjun paling cantik di Thailand. Selain air terjun, di taman negara ini terdapat juga gua batu kapur yang boleh di teroka oleh pengunjung. Air terjun Erawan mempunyai tujuh level dengan panjang keseluruhan kira-kira 1,500 meter yang melalui hutan tebal. Setiap level mempunyai namanya sendiri. 



Level satu bernama Lai Kuen Rung. Jalannya agak mudah kerana laluannya yang rata. Berdekatan dengan tempat buggy car. 


Di air terjun level satu ini ada banyak ikan di kolam batu kapur yang licin terbentuk daripada arus air. Kalau celup kaki dalam kolam air terjun ni, ikan-ikan akan datang mengerumuni dan makan sel-sel kulit mati di kaki kita. Macam fish spa. Memula tu akan rasa geli. Lama kelamaan akan rasa seronok.

Level Satu

Air terjun level dua bernama Wang Macha. Jarak dari level satu hanya 150 meter saje. Laluan ke level dua mulai sedikit curam. 



Di level dua ni agak ramai orang berenang. Ada juga yang berpiknik dan juga melayan perasaan. Air terjun ini nampak lebih cantik sebab terdapat sebuah gua kecil di belakang air terjun. Boleh berenang dan kemudian lepak di gua tu.



Level Dua

Kami sambung pendakian ke level seterusnya selepas selesai mengambil gambar. Start naik ke level ketiga tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman. Tujuannya untuk menjaga kebersihan taman negara ini. Sekiranya berhajat nak bawa makanan atau minuman, deposit THB20 akan dikenakan bagi setiap satu barang yang dibawa.


Kami hanya bawa sebotol air, jadi hanya kena bayar THB20 saje. Deposit akan dikembalikan semula selepas turun. Kena tunjukkan botol yang dibawa tadi, baru boleh dapat semula duit deposit kita. Toilet dan tempat mandi ada di kawasan sini. Naik atas nanti tiada lagi toilet disediakan.


Lebih kurang naik 150 meter ke atas, akan sampai di air terjun level tiga yang dipanggil Pha Nam Tok



Air terjun ini lebih tinggi daripada air terjun yang sebelumnya tadi. Dengan ketinggian kira-kira 20 meter. Di level tiga ini juga boleh mandi. Di depan air terjun ada sebuah batu besar. Boleh berenang dan naik di atas batu besar tu untuk bergambar. Memang gempak. Ikan pun banyak di sini. Bolehlah bermain-main dengan ikan. 


Level Tiga

Selepas bergambar, sambung semula pendakian menuju ke air terjun level empat pula yang dikenali dengan nama Oke Nang Phee Sue. Jarak 350 meter dari level 3. Jauh sikit dan lebih mencabar.




Air terjun di level empat ni pada aku biasa-biasa saje. Kurang menarik sikit. Tapi boleh slide di batu air terjun tu. Jangan sesekali slide kepala turun dulu. Bahaya. Bestnya kalau dapat cuba. Takde rezeki. Masa mencemburui. 


Level Empat

Tengok jam, waktu ni dah pukul 1 lebih. Sepatutnya kami kena patah balik semula menuju ke kereta. Kalau tak, kemungkinan tak dapat masuk ke tempat yang kami nak pergi tu. Waktu operasi tempat tu sampai pukul 4.00 petang. Tambahan, jarak dari sini ke sana mengambil masa hampir 1 jam.

Kami bincang sama ada nak teruskan pendakian ke level lima atau tidak. Jarak naik ke level lima agak jauh juga. Lebih kurang 600 meter dari level empat. Kalau tak pergi tengok, rasa rugi pulak. Memang serba salah waktu ni nak buat keputusan.




Akhirnya, kami putuskan pergi juga ke level lima. Tapi hanya sampai lima sahaja. Level enam dan tujuh terpaksa dipendam. Rasa sedih dan tak puas hati sangat. Jadi kami teruskan pendakian ke level lima dengan agak laju. 




Laluan ke level lima ni lebih mencabar dari sebelumnya. Lebih curam. Dengan batu dan laluan yang sempit. Kena panjat tangga yang tinggi. Lagi-lagi kami nak cepat. Mengah juga dibuatnya.



Alhamdulillah, kami diberi kekuatan untuk sampai di air terjun level lima yang dikenali Bue Mai Long dengan selamat. Syukur pada Tuhan sebab mengerakkan hati kami untuk teruskan juga ke sini.


Level Lima

Sememangnya air terjun di level lima ini sangat cantik. Pada aku paling cantik daripada yang lain. Inilah air terjun paling cantik yang pernah aku lihat sepanjang hidup aku. Rasa seperti di dunia bunian. Formasi batu kapurnya sangat cantik. Macam di Pamukkale Turki. Alangkah bestnya kalau dapat bermandi manda.



Ikutkan hati rasa nak teruskan saja ke level enam. Walaupun ada dengar-dengar cerita tak secantik level lima. Macam mana pun aku lebih puas hati kalau dapat lihat dengan mata sendiri. Cantik atau tidak, belakang kira. Tapi bila fikir balik dan tengok jarak lagi 500 meter, memang tak sempat. 



Jadi dengan berat hati kami turun juga ke bawah. Kami turun agak laju juga. Berharap dapat sampai cepat. Tapi tetap memakan masa hampir 45 minit juga untuk sampai ke kereta.


Sampai saja di kereta, minah ni kata tak sempat nak ke destinasi kami. Kalau sampai pun kami hanya ada 15 minit sebelum ditutup. Tambahan, kemungkinan besar kami tidak dibenarkan masuk.

Setelah dipertimbangkan, akhirnya kami putuskan hantar ke hotel yang akan kami menginap untuk malam ni. Jarak dari sini ke hotel kami agak jauh juga. Lebih kurang 1 jam lebih. 

Bila nak gerak, kereta pula tak boleh start. Try punya try rupanya gasoline abis. Hampeh betul minah ni. Jadi minah ni minta tolong driver songthaew yang parking sebelah kereta kami untuk belikan minyak. Sementara menunggu tu, aku pergi ke gerai makanan sekitar kawasan tu dan beli air Green Tea Lemon THB30. Hampir 20 minit juga menunggu, tuang minyak baru kereta boleh start dan kami terus gerak ke hotel.

Dalam perjalanan menuju ke hotel, ada nampak banyak signboard jual strawberry. Terasa seperti ingin mencuba strawberry Thailand pulak. Bagi tahu kat driver kalau ada jumpa minta dia berhenti. Tapi dah tak jumpa lagi. Melepas.

Teruskan perjalanan lagi. Kemudian kami nampak kedai makan yang ada logo halal. Jalan depan nampak lagi. Akhirnya kami minta driver berhenti di restoran halal itu. Dari tadi tak makan ape lagi kecuali biskut buat isi perut. Nampak kedai makan terus rasa girang.



Driver kami tolong orderkan makanan untuk kami. Kalau dia takde tunjuk gambar menu pun boleh. Tapi dia sukarela nak membantu. Aku order nasi putih, telur dadar dan sup ayam. Wife aku order beef noodle. Alhamdulillah, makanan sedap dan harga pun lebih murah iaitu THB150. Mungkin sebab bukan kawasan pelancong. 



Perut pun dah kenyang. Ayuh teruskan perjalanan menuju ke hotel. Tak sabar rasanya nak sampai hotel. Nak berehat. Lebih kurang 1 jam baru sampai ke hotel kami. Hotel ni terletak agak pendalaman sikit. 

Sampai di hotel, sebelum pergi check in aku bayar pada driver THB1,400 untuk transport hari ini. Ikut perjanjian semalam THB1,600 tapi disebabkan tak pergi tempat ke tiga hari ni aku minta diskaun. Jadi dia bagi kurang THB200. Alhamdulillah, jimat sikit duit. Padahal salah kami.

Driver ni usha lagi, esok nak dia datang ambil kami untuk balik ke Kanchanaburi tak. Dia cas aku THB1,000 untuk pergi balik ke tempat yang tak dapat cover hari ni. Kemudian hantar ke Bus Station untuk balik ke Bangkok. 

Aku rasa agak mahal harga yang dia cas. Jadi aku bagitau nanti aku akan call dia sama ada minta dia datang ambil atau tidak. Aku nak try tanya hotel aku dulu. 

Jadi, malam ni kami akan bermalam di Binlha Raft Floating Resort, Sai Yok. Harga semalam THB1,620.



Saje nak try duduk di floating resort. Di Kanchanaburi memang ada banyak floating resort di sepanjang River Kwai. Bolehlah cuba mengikut budget masing-masing.


Masa check in tadi, aku check dengan hotel berkenaan transport ke tempat yang nak pergi esok. Tapi harga yang dikenakan sama dengan minah tu cas dan harga tu hanya untuk satu lokasi saje. Jadi, setelah berbincang aku putuskan mintak minah tu datang ambil kami esok pagi.


Kami hanya berehat dan menikmati pemandangan dari bilik sahaja. Tidak kemana-mana pun. Terasa nyaman dan rileks sekali berada di sini. Malam kami hanya makan biskut dan roti saje. Perut masih kenyang makan lewat siang tadi. Bersambung hari ke-tiga.

Perbelanjaan hari ke-dua :-

  1. Entrance fee Erawan Waterfall - THB660
  2. Fridge Magnet - THB15
  3. Green Tea Lemon - THB30
  4. Makan - THB150
  5. Kereta Sewa - THB1,400
  6. Floating Resort - THB1,620
Total - THB3,875



No comments:

Post a Comment