Total Pageviews

Thailand : Kanchanaburi - Day 3

Misi Memburu Matahariku - Kanchanaburi : Hellfire Pass & Memorial Museum, Death Railway, Chungkai War Cemetery, Kanchanaburi War Cemetery, Jeath War Musuem, River Kwai Bridge & World War II & Jeath War Musuem


Selasa - 28.11.2017


Hari ketiga, lepas solat subuh kami hanya menikmati suasana pagi dan matahari terbit dari bilik. 



Menghirup udara segar di waktu pagi sambil duduk lepak di kerusi di balkoni sambil melihat air sungai yang tenang dan hutan yang menghijau. Terasa begitu tenang dan mendamaikan sekali. Seronok rasanya dapat merasai hidup begini sekali sekala.



Pukul 7 lebih baru kami bersiap dan berkemas untuk breakfast dan check out. Harga penginapan kami sudah termasuk breakfast sekali. Semalam call, janji dengan minah driver tu ambil kami pukul 9.00 pagi. Pukul 8 lebih kami terus ke cafe. Tempat check out dan cafe berada di tempat yang sama. 


Breakfast yang disediakan di meja buffet hanya roti, cereal dan minuman. Roti, jem dan butter semua ada tanda halal. Set breakfast telur, sandwich, sosej dan buah dihidangkan di meja makan. Sosej yang dihidangkan tu juga halal.


Makan sambil menikmati suasana pagi di sungai. Sekali sekala ada boat laju lalu membawa pelancong menjelajah sepanjang Sungai Kwai. Boat lalu cafe pun bergoyang sikit akibat arus boat tadi.


Masa tengah makan, minah driver tu pun sampai. Selesai makan, dalam 9 lebih baru gerak menuju aktiviti pertama hari ini yang semalam tak sempat pergi iaitu Hellfire Pass & Memorial MuseumPerjalanan dari resort ke sini mengambil masa 30 minit.

Selain sewa kereta atau motor, pengangkutan awam yang ada untuk ke sini adalah bas. Tambang THB50. Bas setiap 30 minit. Perjalanan 2 jam. Bas terakhir dari sini ke Kanchanaburi pukul 5.00 petang.

Muzium ni dijaga rapi dan masuk ke sini kena melalui post kawalan dulu. Driver kami tinggalkan pengenalan pada guard yang bertugas. Waktu operasi dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. 


Sampai saje, kami terus masuk ke dalam muzium dulu. Tiada bayaran masuk dikenakan. Free of charge. Walaupun tiada bayaran dikenakan, pengunjung boleh membuat sumbangan bagi membantu biaya operasi di tabung yang disediakan. 


Terdapat 2 slot tayangan video. Pertama di luar berdekatan kaunter, video selama 5 minit di tayangkan. Terus tangkap dalam. Sangat menyedihkan dan menyayat hati. Belum masuk dalam tengok yang lebih terperinci.


Selepas itu boleh melawat seluruh muzium ni untuk melihat, membaca sejarah dan kisah-kisah penderitaan dan info mengenai Death Railway.


Boleh dapatkan 'headphone' audio percuma di kaunter masuk tadi untuk mendapatkan maklumat sejarah dan kisah orang pertama daripada mangsa yang selamat secara audio. Di dalam ada lagi 1 slot tayangan video yang lebih panjang siap dengan kerusi.






Hellfire Pass Memorial Museum ini adalah cetusan idea bekas banduan perang J.G. (Tom) Morris ketika melawat kawasan ini pada tahun 1983. 





Muzium ini telah dibangunkan melalui usaha kerajaan Thailand dan Australia bagi memperingati penderitaan mereka yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi ini.


Dibina dan diuruskan oleh Pejabat Australian War Graves dan dibuka oleh Perdana Menteri Australia ketika itu iaitu John Howard.




Kemudian turun di belakang muzium untuk menjejaki bekas landasan asal keretapi. 



Di sinilah berlakunya aktiviti paling sukar dalam pembinaan landasan iaitu pemotongan dan pemecahan batu gunung sepanjang 600 meter yang dikenali sebagai hellfire pass atau konyu cutting untuk membuat laluan landasan. 



Merupakan peristiwa terbesar yang menyebabkan paling ramai tawanan perang dan buruh kasar mati semasa pembinaannya. Punca kematian antaranya disebabkan kekejaman Jepun, keletihan, penyakit, kekurangan nutrisi dan kelaparan. Kekurangan bekalan ubat dan peralatan perubatan turut menyumbang punca kematian.



Pemotongan dan pemecahan batu gunung merupakan perkara yang mustahil ketika itu telah dilakukan dengan kekerasan dan paksaan oleh pihak Jepun bagi merealisasikan hajat gila mereka dengan hanya menggunakan peralatan tukul besi dan tap. Tiada peralatan canggih waktu itu. 




Dengan waktu bekerja 16 hingga 18 jam sehari. Makanan harian hanya nasi berlaukkan sayur masin. Bukti bagaimana Jepun mengerah keringat dan tenaga bagi menjayakan impian mereka. Laluan ini telah siap sepenuhnya dalam masa enam bulan pada tahun 1943.  



Sekarang laluan ini tidak lagi digunakan dan dijadikan muzium untuk mempamerkan alatan dan gambar berkaitan peristiwa sejarah untuk mengingatkan kita semua tentang pentingnya keamanan dunia sejagat.




Digelar hellfire pass kerana keadaan semasa kerja pembinaan landasan ini dijalankan pada waktu malam dengan hanya berbekalkan lampu minyak tanah dan api oleh tawanan perang dan buruh kasar yang kurus kering sambil diawasi pihak Jepun yang kejam dan zalim menjadikan suasana ketika itu menyerupai keadaan seperti di neraka.




Laluan jalan kaki ini sejauh 4 kilometer. Tapi kami hanya jalan sampai di tapak memorial saje. Kemudian patah balik ke muzium. Kalau ikut hati nak juga pergi sampai hujung. 


Masa yang dijangka untuk sampai hujung dalam 3 jam. Disebabkan kaki aku dah sakit dan masa tak begitu mengizinkan, cukuplah sampai di tapak memorial saja. 



Sampai di kereta, kami terus menuju ke Nam Tok Station untuk ambil train ke Tham Kra Sae Station. Dari Hellfire Museum tadi akan lalu jalan ke Sai Yok Waterfall. Ikut hati nak singgah saja. Tapi takut tak sempat naik train pula. 



Tujuan kami ke Nam Tok Station sebab nak rasa naik train melalui sebahagian Death Railway dan Jambatan Tham Kra Sae yang aku pergi semalam. Semalam jalan kaki lalu atas jambatan landasan tu. Hari ni kita naik train pula. 


Kami ambil train pukul 12.50 petang. Harga tiket THB100 seorang. Jarak hanya 3 station. Dijangka sampai pukul 1.15 petang. Driver akan tunggu di Tham Kra Sae Station untuk ambil kami. Ikut perancangan awal, kami naik train dari Nam Tok Station terus ke River Kwai Bridge. Harga tetap sama. Tapi last minit kami tukar.



Untuk view River Kwai kena duduk sebelah kanan. Train yang kami naik adalah third class train. Tiada air-cond dan bertingkap besar untuk dapat angin dari luar.



Thai-Burma Death Railway adalah laluan keretapi yang menghubungkan antara Ban Pong, Thailand dan Thanbyuzayat, Burma sepanjang 415 kilometer. Dibina oleh Empayer Jepun pada tahun 1943 untuk membantu pasukannya memerangi tentera British di Burma pada Perang Dunia Kedua. Landasan ini ditutup pada 1947. Namun telah dibuka semula pada tahun 1957. 



Hanya sebahagian landasan iaitu 130km dibuka antara Nong Pla Duk dan Nam Tok Station. Selebihnya telah terbiar. Ada perancangan untuk pembinaan semula keseluruhan landasan tetapi kos yang tinggi disebabkan bentuk muka bumi yang bergunung, hutan tebal dan sebagainya punca ianya tidak dapat dilaksanakan.



Antara 180,000 dan 250,000 buruh awam dari Asia Tenggara terutamanya Tanah Melayu dan kira-kira 61,000 tawanan perang Allied menjadi buruh paksa semasa pembinaan landasan ini. Kira-kira 90,000 buruh awam dan lebih daripada 12,000 tahanan perang Allied telah meninggal dunia.


Train akan berhenti di Tham Kra Sae Station. Ada sebahagian penumpang turun di sini. Sepatutnya aku pun turun di station ini. Tapi aku tak turun sebab nak lalu jambatan tu. 


Apabila keretapi melalui jambatan, semua penumpang tertumpu di tingkap sebelah kanan untuk mengambil gambar dan video. Memang meriah suasana ketika ini. Pertama kali keluarkan kepala di tingkap keretapi. Keretapi akan lalu perlahan di atas jambatan landasan ini. Jadi senang nak ambil gambar. 


Lepas lalu jambatan, keretapi berhenti sebentar sebab lampu merah. Waktu nilah kami turun daripada keretapi terus menuju ke kereta yang sedang menunggu. Hanya kami berdua yang buat kerja ni. Jangan tiru. Bahaya. Sebaiknya turun di station seterusnya.

Naik kereta, terus gerak balik menuju ke Kanchanaburi. Perjalanan hampir sejam. Sampai di Kanchanaburi kami minta driver bawa kami ke Chungkai War Cemetery




Di perkuburan ini menempatkan 1,740 kubur tahanan perang yang terdiri tahanan daripada Belanda, British, Tanah Melayu dan India. Kebanyakan mereka yang ditanam di sini meninggal di hospital berhampiran.



Kemudian kami ke Don-Rak War Cemetery, lebih dikenali dengan nama Kanchanaburi War CemeterySelepas perang, mayat-mayat telah dipindahkan daripada bekas kem-kem tahanan untuk ditanam di sini. 




Sebanyak 7,000 kubur yang terdiri daripada tawanan British, Belanda dan Australia yang meninggal semasa pembinaan landasan keretapi ditanam di sini. Saje je melawat sekejap sebab kuburnya nampak cantik, kemas dan terjaga rapi.




Bersebelahan dengan perkuburan ini terletaknya Death Railway and Research Centre. Dibuka dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tiket masuk THB100. Wife aku nak masuk, tapi aku kata tak payah sebab tengok macam tak menarik je muzium dia. Aku ajak dia pergi muzium lain.


Selepas ke makam, kami pergi pula ke The Jeath War Musuem. Dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 6 petang. Tiket masuk THB50. 



Muzium ini direka seperti replika sebenar sebuah tawanan peperangan bagi melihat realiti kehidupan yang teruk di dalam kem ini. Replika ini termasuk tempat tidur, gambar dan barang-barang asli lain. Turut dipamerkan akuan bertulis daripada tawanan perang sebenar, ahli keluarga mereka dan wartawan yang interview tawanan perang. 




Nama muzium ini adalah berasal dari nama negara-negara yang terlibat dalam peristiwa ini iaitu Jepun, England, Amerika, Thailand dan Holland. Tanah Melayu mana? Malaysia juga terlibat. Padahal ramai buruh paksa dari Tanah Melayu. Orang melayu dan paling ramai bangsa india. Pada aku, tak berapa menarik muzium ni. Mungkin sebab aku kejar masa sampai tak dapat nak menghayati.






Selepas keluar dari muzium, kami minta driver bawa kami ke River Kwai Bridge pula. Sebab hari tu sampai dah gelap. Teringin pulak nak tengok waktu siang. Kena bayar tiket masuk THB20 lagi sekali.




River Kwai Bridge bukanlah jambatan yang cantik. Tapi yang menjadikan jambatan ini istimewa untuk orang datang adalah kerana sejarahnya yang berkaitan dengan Death Railway.


River Kwai Bridge merupakan mercu tanda sejarah yang terkenal di Kanchanaburi. Ia dibina oleh tawanan perang Belanda, British dan Australia pada perang dunia kedua. Jambatan ini adalah sebahagian daripada Thai-Burma Death Railway. Projek pembinaan landasan keretapi ini diselia oleh pihak Jepun bagi mempercepatkan membawa bekalan makanan kepada tentera mereka yang berperang dengan tentera British di Burma.


Jambatan ini telah musnah dibom oleh tentera Amerika pada Februari 1945. Baikpulih telah dilakukan oleh tawanan perang dan kembali beroperasi semula pada April 1945. Kemudian tentera Amerika telah mengebom semula jambatan ini untuk kali kedua. 


Aku sangka tak ramai sangat orang di jambatan ini. Rupanya sangkaan aku meleset. Ramai juga orang. Susah nak dapat gambar kosong. Bertabahlah. Lepas ambil gambar di jambatan, kami masuk pula ke muzium yang dekat dengan jambatan ni, iaitu World War II & Jeath War Museum


Masa hari pertama aku sampai sini, ternampak train lama di luar muzium. Itu yang buat aku tertarik nak masuk muzium ni. 


Tiket masuk THB40. Dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Muzium ni dari luar saja nampak menarik. 


Bila masuk macam biasa je. Baik takyah masuk. Buat rugi duit saja. Tak menarik langsung pada aku. Dah alang-alang masuk tengok juga semua. 





Tengok cepat-cepat. Lepas tu kami keluar terus menuju ke parking kereta. Ada kedai cenderamata sekitar tu, sempat juga lah kami beli fridge magnet THB50.




Kebetulan lalu di situ ada nampak restoran halal. Jadi boleh kami makan sebelum balik ke Bangkok. Kami hanya makan breakfast tadi dan biskut untuk alas perut.

Sampai kedai makan, terus order kat orang kedai tu "2 rice" siap tunjuk gambar. Sekali dia jawab "cakap melayu boleh". Hahaha...kami gelak sakan. Senang sikit boleh cakap melayu. Tanya akak kedai ni dia dari mana. Sebab pelat dia pelat Kelantan. Dia beritahu dari Yala. 


Kami order nasi putih, tomyam kung, telur dadar dan kailan ikan masin. Inilah menu biasa kami bila makan di kedai ala tomyam. Rasa seperti makan di negara sendiri. Alhamdulillah, makanan sedap dan portionnya pun banyak. Harga pun kira ok juga THB230.


Selesai makan, terus balik ke Kanchanaburi Bus Terminal nak ambil bas balik Bangkok. Mula-mula plan balik naik bas. Tapi sampai sana dorang kata bas lambat. Tambahan minivan kali ni terus ke Mo Chit Station. Tak perlu ke Southern Bus Terminal. Seronok rasanya dengar berhenti di Mo Chit. Senang sikit nak balik. Kena bayar THB120 seorang naik minivan. Mahal sikit sebab ke Mo Chit. 

Settlekan bayaran transportation dengan minah tu THB1,500. Tambahan THB500 sebab bawa kami ke tempat-tempat lain di Kanchanaburi. Gile mahal dia cas. Tapi malas nak berbalah, bayar saje. Selesai bayar terus naik minivan. Tak lama lepas tu minivan gerak ke Bangkok. Perjalanan 2.5 jam. 

Aku sangkakan minivan turunkan aku di Mo Chit BTS. Sekali turun di Mo Chit Bangkok Bus Terminal. Kami hilang arah macam mana nak ke BTS atau MRT. Jadi kami naik atas terminal bus. Kebetulan nampak polis. Jadi kami tanya polis macam mana nak pergi ke MRT station dari sini. Polis tu beritahu, keluar pintu kena naik teksi bermeter. 

Jadi kami keluar dan ambil teksi bermeter pergi ke MRT station terdekat. Harga THB47. Nasib baik dekat. Sampai Chatuchak Park Station terus naik MRT ke Hua Lamphong Station untuk ke hostel penginapan kami malam ni di @Hua Lamphong Hostel. Hostel ni dekat sangat dengan MRT station. Sebelum tu singgah kejap 7-Eleven beli air.


Sampai hostel, check in, lepas tu terus selesaikan apa yang patut sebelum tido. Malam tu kami tak makan sebab masih kenyang makan lewat petang tadi di River Kwai Bridge. Sambung hari ke-empat.


Perbelanjaan hari ke-tiga:-
  1. Tiket train Namtok - THB200
  2. Tiket masuk The Jeath Museum - THB100
  3. Tiket masuk World War II & Jeath War Museum - THB80
  4. Tiket masuk River Kwai Bridge - THB40
  5. Fridge Magnet - THB50
  6. Makan - THB230
  7. Transport ke Kanchanaburi - THB1,500
  8. Minivan ke Bangkok - THB240
  9. Teksi ke Mo Chit - THB47
  10. MRT ke Hua Lamphong - THB84
  11. 7-Eleven - THB20
  12. Hostel - THB1,170
Total perbelanjaan - THB3,761


No comments:

Post a Comment