Total Pageviews

Japan : Otaru - Day 6

Trip Main Salji - Asahikawa & Otaru : Asahiyama Zoo & Otaru Canal


Khamis - 09.02.2017


Hari ke-enam bangun lewat sikit. Aktiviti start lambat. Kena keluar kejar bas pertama ke destinasi hari ni. Lepas bersiap terus turun breakfast di hotel. Makan menu yang sama seperti semalam. Selesai makan terus gerak ke Asahikawa Station untuk ambil bas pertama ke Asahiyama Zoo pukul 9.40 pagi. 


Tunggu bas di platform 6. Sebelum pukul 9 kitorang dah gerak menuju ke station. Jarak tak jauh. Tak sampai 10 minit jalan kaki ke station. Takut kena beratur panjang tunggu bas. Aku rasa ramai yang akan ambil bas ke Asahiyama Zoo. 



Memang tepat jangkaan aku. Ramai yang sudah beratur menunggu bas masa kitorang sampai. Alhamdulillah, kitorang sampai awal juga. At least dapat naik bas pertama. Belakang kitorang, makin ramai yang datang beratur. Makin lama makin panjang. Padahal bas pertama pun tak sampai lagi. Tak tau bas pukul berapa dorang ni akan dapat naik.


Kali ni kawan aku tak ikut sekali. Bukan minat dia. Dia boleh tido lama sikit dan jalan-jalan sekitar bandar Asahikawa sementara kitorang pergi Zoo. 

Hampir pukul 9.30 pagi bas datang. Masa kitorang nak naik sempat tengok queue. Fulamak! Panjang gile. 


Tepat pukul 9.40 pagi bas bergerak. Bas pertama penuh. Kena berdiri sepanjang perjalanan yang mengambil masa 40 minit. Jenuh juga berdiri. Tapi nak buat macam mana. Bertabah demi melihat penguin. Bayar tiket bas masa turun nanti. Harga JPY440 seorang.





Sampai di Asahiyama Zoo terus beli tiket masuk berharga JPY820 seorang. Nasib baik tak perlu beratur panjang. Tiket boleh dibeli di kaunter atau mesin. 


Selesai beli tiket terus masuk. Singgah di kedai souvenir dulu beli fridge magnet harga JPY450. 



Selesai beli terus pergi ke dalam lagi untuk ambil tempat.



Tujuan aku datang ke Arashiyama Zoo sebab nak tengok penguin parade yang hanya diadakan pada musim sejuk. 




Kita akan dapat saksikan penguin-penguin ni berarak. Ada dua sesi setiap hari iaitu pukul 11.00 pagi dan 2.30 petang. Zoo ini dibuka pada pukul 10.30 pagi hingga 3.30 petang pada musim sejuk.


Semua pengunjung mengambil tempat di sepanjang laluan yang disediakan.


Tepat pukul 11.00 pagi bermulalah perarakan penguin. 



Comel sangat tengok penguin ni berjalan. Dengan terkedik-kediknya. 


Ada yang nakal. Ada yang patuh ikut barisan. Ada yang terlebih aktif.




Satu pengalaman yang baru dan menarik. Melihat penguin lebih dekat dan rapat dengan kita.



Memang rasa tak puas tengok penguin ni. Selesai jalan depan kitorang, tak puas lagi kitorang beratur pulak kat tempat lain.


Tempat lain di penghujung laluan menghala kandang penguin. Masa kitorang beratur tunggu masih kosong. Lepas tu ramai pulak yang datang.


Jadi dapat lah tengok dua kali.




Geramnya tengok penguin-penguin ni. Rasa nak tangkap bawa balik.



Kemudian kitorang dibenarkan ikut belakang penjaga penguin untuk mengiringi penguin ni balik ke kandang. Excited gile. Sampai habis kitorang follow. 




Lepas tu tengok kejap aktiviti penguin ini di dalam kandang dan ambil gambar sekejap. 



Tak boleh dilayan. Nanti lambat pulak. 



Lepas ambil gambar penguin di kandang, kitorang gerak ke tempat lain pulak tengok ape yang ada. Nampak kedai souvenir, pergi singgah sekejap. Beli lagi fridge magnet harga JPY590. 



Selesai membeli, terus masuk ke dalam satu bangunan ni, di mana ada paip kaca di bahagian tengah untuk tengok anjing laut pulak. Seronok tengok anjing laut ni berenang-renang. Terutamanya bila masuk ke dalam paip kaca tu.



Itulah yang menariknya Asahiyama Zoo ni. Popular dengan keunikan kandang yang membolehkan pengunjung melihat haiwan dari pelbagai sudut. Terowong kaca melalui kolam penguin membolehkan pengunjung melihat bird's underwater terbang, kubah kaca kecil di tengah kandang beruang kutub dan serigala kutub yang membolehkan pengunjung seperti berada di dalam kandang.



Haiwan lain turut ada di sini merupakan hidupan liar asli dari Hokkaido seperti rusa, burung helang, burung hantu, beruk, zirafah, kucing besar dan lain-lain.




Kitorang tak pergi tengok semua binatang yang ada kat sini. Hanya tengok yang tertentu saje. Tak sempat nak tengok semua. Binatang yang biasa tu rasanya tak perlu tengoklah.





Dalam pukul 12.00 lebih kitorang keluar nak ambil bas pukul 1.00 petang. Kena beratur awal. Takut nanti tak dapat naik. Tepat pukul 1.00 petang bas datang. Sekali lagi tak dapat duduk juga. Kena berdiri lagi 40 minit. Nasib baik sampai cepat sikit di station. 



Sampai di Asahikawa Station, aku terus balik ke hotel pergi ambil beg dan check out. Wife aku pulak ambil gambar ice sculpture yang telah siap sepenuhnya di sepanjang Heiwa Dori Area.




Terpaksa berpisah sebab nak kejar train ke Sapporo pukul 2.30 petang. Laju juga kitorang berjalan sampai ke platform semata-mata tak nak tertinggal train ni. Perjalanan ke Sapporo mengambil masa 1 jam 25 minit. 


Sampai di Sapporo Station terus cari coin locker simpan beg. Selesai simpan beg, terus ke platform ambil train ke Otaru. Perjalanan mengambil masa 30 minit. Cepat sikit sebab naik rapid train. Berhenti di 4 station saje.


Sampai di Otaru terus cari map. Ada map pun tak guna juga. 



Jalan terus menghala ke Canal Area. 




Konon nak sampai awal nak ambil gambar siang. Tapi sebab banyak berhenti ambil gambar sepanjang jalan jadi lambat jugak. 




Nampak satu kedai ni ramai pengunjungnya pakai tudung. Kitorang masuk tengok ada apa di dalam kedai tu. Rupanya banyak jual makanan seafood segar dan frozen. Boleh order makanan juga di kedai ini. Masa ronda-ronda dalam kedai ni, wife aku jumpa susu coklat yang dia cari. Beli satu untuk rasa dulu. Harga JPY200 satu tin. Jumpa pulak fridge magnet beli satu harga JPY450.




Lepas tu sambung semula perjalanan menghala ke Canal. Kena cepat sebelum hari gelap. Dapat juga sikit pemandangan siang. 




Tak lama hari semakin gelap. Dorang dah start pasang lampu-lampu sempena Otaru Snow Light Path.



Otaru Canal adalah sebahagian pusat pelabuhan yang sibuk pada separuh pertama abad ke-20. Kapal besar dipunggah oleh kapal-kapal lebih kecil dan kemudian barang-barang diangkut ke gudang di sepanjang terusan.




Terusan ini menjadi usang apabila kemudahan dock lebih moden untuk memunggah terus dari kapal. Kemudian sebahagian terusan ini dipulihkan pada sekitar tahun 1980 manakala gudang telah diubah menjadi muzium, kedai-kedai dan restoran.



Memandangkan hari sudah malam. Snow Light Path Festival pun dah bermula, jadi kitorang habiskan banyak masa di sini. Cantik sangat pemandangan malam di sini dengan dihiasi cahaya lampu.



Otaru Snow Light Path Festival ni selalu diadakan pada bulan Februari sama tarikh dengan Sapporo Snow Festival. 



Selama 10 hari, bandar ini akan dihiasi dengan lampu dan patung-patung salji kecil. Lampu ini akan dinyalakan bermula dari pukul 5.00 petang hingga 9.00 malam. Ada guna lampu dan ada juga guna lilin.



Selain area Otaru Canal terdapat dua kawasan lain yang dihiasi dengan cahaya lampu iaitu kawasan Unga Kaijo dan Temiyasen Kaijo. Namun kawasan Unga Kaijo lebih terkenal dari Temiyasen Kaijo. Jarak lebih kurang 300 meter dari Otaru Canal.

Suhu semakin sejuk. Teramat sejuk. Kitaorang masuk satu kedai souvenir ni konon untuk tumpang panaskan badan. Nampak kat kedai tu ada pulak fridge magnet gambar Otaru Canal, jadi sambar lah satu untuk kenangan. 

Perut pun dah lapar. Jadi kitorang ambil keputusan cari kedai makan menghala ke Otaru Station. Masa mencari tu singgah di kawasan Temiyasen Kaijo sebab nampak menarik. 



Terdapat snow sculpture kecil yang dihiasi dengan lilin. 




Tanglung daripada ais yang digantung mencuri perhatian. Sangat cantik dengan hiasan bunga dan daun autumn.



Memang menarik dan cantik pesta lampu di sini. Pada aku, Jepun tidak dinafikan sangat kreatif dari segi rekaan dan idea.



Sebenarnya tempat ni tak termasuk dalam itinerary aku. Masa jalan tu terjumpa dan terus masuk. Tak sangka pesta lampu di sekitar Otaru ni sangat menarik. Kitorang hanya tumpu pesta lampu di Canal saja. Rasa sangat berbaloi dan puas hati dengan tarikh yang aku pilih.




Badan semakin rasa sangat sejuk. Ibu jari kaki wife aku pulak rasa beku sangat katanya. Rasa melekat antara satu sama lain. Mana taknya, sepanjang jalan pijak ice.

Kebetulan dorang ada bakar makanan seperti mochi, kentang dan apa lagi entah aku tak ingat di tempat ni. Ambil peluang duduk dekat panaskan badan sikit. Makanan tu dorang bagi free. Kitorang ape lagi, perut dah lapar, ambil lebih sikit. Tebalkan muka. Bukan makan sampai kenyang pun. Cuma buat isi perut.  


Habis seluruh tempat ni kitorang tengok, terus keluar cari kedai yang sesuai untuk makan. Kedai yang jual makanan seafood. Jumpa satu kedai ni ada jual udon. Harga udonnya pun murah. Kawan aku boleh makan tu saje. Jadi kitorang pun masuk.


Wife aku macam biasa order sashimi, aku makan nasi goreng seafood, kawan aku order udon dengan salmon goreng, aku tambah satu lagi order sushi dan takoyaki. Banyak gile order malam ni. Almaklum, dah nak balik. Duit pun banyak lagi. Boleh makan mewah sikit. Alhamdulillah kekenyangan sangat-sangat.






Lepas makan terus gerak ke Otaru Station. Sampai station tengok jadual train pada screen ke Sapporo semua local train saje. Nak tak nak kena naik juga. Perjalanan jadi lama sebab train ni berhenti di semua station. 



Sampai di Sapporo Station terus ambil beg. Tempat simpan beg dekat dengan kedai jual cheese tart, Kinotoya yang top tu. Geram tengok. Tapi perut dah kenyang gile. Takpe, esok masih ada. Terus ke platform ambil train balik ke hotel. 

Untuk 2 malam ni aku stay di AreaOne Chitose Hotel dengan harga JPY13,801. Kawan aku pulak stay kat hotel lain di Tomakomai. Train masih sama. Cuma dia lebih jauh lagi. Hotel murah yang dekat dengan Sapporo dah habis. Terpaksa ambil jauh sikit.




Sampai hotel terus check-in, setel apa yang patut, lepas tu tido. Sambung hari ke-tujuh. Hari terakhir sebelum pulang. 

Perbelanjaan hari ke-enam:

1. Tambang bas - JPY 440 x 2 =JPY 880
2. Tiket masuk Zoo - JPY 820 x 2 = JPY 1,640
3. Fridge magnet - JPY 450
4. Fridge magnet - JPY 590
5. Locker - JPY 1,400
6. Fridge magnet - JPY 270
7. Dinner - JPY 3,138

Total - JPY 8,368



No comments:

Post a Comment