Total Pageviews

Japan : Asahikawa - Day 5

Trip Main Salji - Asahikawa : Biei & Furano


Rabu - 08.02.2017


Hari ke-lima semakin liat nak bangun pagi. Ikut hati nak bangun lambat lagi. Tapi wife aku dah bising. Dia kata train 1 jam satu. Nanti lambat sampai. Masa siang pendek. Dengan muka tak berapa puas hati kena bangun juga. Terus aku whatsapp kawan aku suruh dia bangun dan bersiap. 


Pukul lapan lebih baru turun hotel. Pergi breakfast dulu. 


Pihak hotel ada sediakan 3 menu. Menu A nasi, telur, seaweed dan miso sup. Menu B nasi dan kari daging. Menu C udon. Aku pilih menu A manakala wife aku sudah semestinya pilih menu kegemarannya iaitu udon. Itulah menu breakfast dorang. Pilih menu A kena minta dorang masak telur tu. Kalau tak dorang bagi telur mentah. Boleh makan ke. Siti Nurhaliza saje yang boleh telan telur mentah.



Selesai breakfast terus gerak ke Asahikawa Station. Keluar saje dari hotel, salji sedang turun. Makin lama semakin lebat. Seronok sangat.



Sekitar bandar dan jalan sudah dipenuhi dengan salji tebal. Cantik sangat.




Sambil jalan sambil tengok orang siapkan ice sculpture dalam salji yang sedang turun dan suhu yang sangat sejuk. Dah biasa buat kerja dalam cuaca begini. Menarik tengok dorang ni buat kerja. 



Asahikawa ni merupakan salah satu kawasan di dalam Jepun yang menerima salji yang banyak. Sebab tu salji di sini tebal. Aku suka dengan bandar ni. Nampak cantik. Tak sangka juga bandarnya agak besar juga.



Sampai di Asahikawa Station, kebetulan train ke Biei akan gerak dalam 10 minit lagi. So terus ke platform. 



Berlari masing-masing ke platform. Kalau tinggal train ni kena tunggu 1 jam lagi. Buang masa. Train di Jepun ni gerak tepat pada masanya. Tu yang bagus.



Train bergerak tepat pada masanya menuju ke Biei. Gerabak pendek saje. Penumpang tak berapa ramai pagi tu. Perjalanan mengambil masa 30 minit. 


Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik. Lautan salji di kiri kanan. SubhanAllah. Cantik sangat. 


Rail keretapi penuh dengan salji


Sampai di Biei Station, kelihatan salji tebal di seluruh sekitar kawasan. Cantiknya. Kagum sekejap.




Keluar saje dari Biei Station, terus terkesima. MasyaAllah, cantiknya Pekan Biei ni pada waktu winter. Salji tebal di seluruh pekan ini. Putih bersih. Ikut hati nak duduk sini dan tenung sepuas-puasnya salji di sini. Serius, aku rindu sangat view di sana ketika ini.




Tak boleh terus dibuai dengan salji yang cantik. Nanti lambat. Terus pergi ke Tourist Information di sebelah kiri luar station. Nak tanya bagaimana cara mudah pergi ke Mild Seven Hill dan Patchwork Road. Sebenarnya aku dah tau. Cuma nak tanya mana ambil taxi. Mana tau ada cara lain yang lebih menjimatkan.





Sebelum tanya tu sempat juga tengok souvenir kat dalam tu. Cantik-cantik belaka. Aku macam biasa cari fridge magnet saje. Ada tapi gambar. Jadilah buat kenangan. Harga mahal gile JPY790.

Lepas tu kitorang terus tanya cara nak ke Mill Seven Hill. Ada 3 cara. Cara pertama jalan kaki sejauh 5 km sehala. Cara kedua naik teksi sehala kena bayar JPY1,800. Balik kena jalan kaki. Kalau minta teksi tu tunggu kena cas JPY200 untuk 2 minit. So kiralah sendiri berapa kosnya kemudian nanti. Cara ketiga ambil taxi tour selama sejam dengan harga JPY6,340. Taxi tour ni akan bawak ke 4 tempat iaitu Mill Seven Hill, Seven Star, Parent & Child dan Ken & Mary.


Aku memang target ambil taxi tour. Masa aku survey harga JPY5,000 satu teksi. Lepas tu share dengan kawan aku. Sorang kena bayar JPY2,500. Alih-alih kawan aku tak nak pulak ikut. Dia nak buat hal dia sendiri.  So takpe lah. Aku tetap teruskan plan aku walaupun kena bayar lebih. Alang-alang dah sampai. 


Tapi harga taxi tour tu lebih daripada budget kitorang. So aku tanya wife macam mana. Mahal juga tu. Wife aku kata takpelah. Teruskan saje. Dia boleh bayar. Duit boleh cari. Tak cukup cash nanti cucuk kat ATM saje. Kitorang dah aktifkan kad ATM sebelum datang. Mana tau tak cukup duit.


Sebelum berangkat tu lunaskan dulu hajat peribadi. Balik dari toilet, wife aku kata ada geng cina dari Malaysia bagitau taxi tour dah fully booked untuk hari ni. Dorang pun terlepas. Adus, kecewa dibuatnya. So macam mana, wife aku nak pergi jugak. At last kitorang decided jalan kaki. 


Bila kitorang decided jalan kaki kawan aku nak join. Rupanya kedekut nak keluar duit. Boring pulak aku dengan orang macam ni. Kita dah siap-siap buat budget, last minit dia tak nak. Tak bengang ke. Tapi kita kena hormat juga dengan keputusan dia.


So ambil peta. Jalan kaki ikut peta. Secara jujurnya jalan kaki lebih menarik sebenarnya. Sebab kita dapat tengok view pekan yang cantik dan menarik. Boleh berhenti ikut suka ambil gambar. Itu yang jadi perjalanan semakin lama daripada yang sepatutnya.



Dalam perjalanan tu singgah convenient store sekejap beli onigiri dan sushi untuk bekal harga JPY528. Mana tau lapar dalam perjalanan yang jauh nanti. Mana nak cari kedai. Salji turun mengiringi perjalanan kitorang. Suhu tak terasa sejuk sangat waktu ni.



Jalan sikit berhenti ambil gambar. Jalan lagi jumpa rumah cantik, berhenti ambil gambar. Nampak sungai cantik ambil gambar. Nampak jalan cantik ambil gambar. Nampak salji tebal guling-guling sampai kena ketawa dengan awek Jepun. Bila nak sampai ni.




Tidak dinafikan memang Biei ni sangat cantik pada waktu winter. Sangat-sangat cantik. Seluruh kawasan diselaputi salji yang tebal. Salji putih, bersih dan gebu. Lembut sangat bila dipegang.





Perjalanan sangat jauh untuk sampai ke Mild Seven Hill. Rasa macam putus asa pun ada. Dengan cuaca yang semakin sejuk. Tapi bila kita bergerak kurang sikit rasa sejuk tu. Kadang-kadang terasa macam sesat pun ada sebab tak jumpa-jumpa lagi. Tapi ikut peta betul. Bila nampak signage baru lega rasanya.




Adakah betul tindakan kitorang ni memilih jalan kaki atau kitorang dah buat kerja bodoh. Entahlah. Terpulang pada pendapat masing-masing.


Setelah jenuh berjalan, akhirnya sampai juga di Mild Seven Hill. Daripada jalan besar kena masuk ke dalam lagi.



Pemandangannya memang sangat cantik. Walaupun cuaca hari ni berawan dan pemandangan keseluruhan putih tapi masih tetap nampak cantik pada aku. 




Aku mengharapkan langit biru pasti lebih cantik. Tapi ini rezeki yang Tuhan dah tentukan untuk aku. Jadi aku redha. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk aku. Mungkin Tuhan nak bagi aku rasa salji sepuas-puasnya. 



Biei menawarkan landskap yang indah sepanjang tahun. Pada musim panas dan luruh disajikan dengan pemandangan hijau dan berwarna-warni. Pada musim sejuk pula segala-galanya diselaputi salji tebal dan dalam.



Keindahan di Patchwork Road telah menjadi perhatian dan menjadikan beberapa pokok digunakan untuk pembikinan iklan serta rekabentuk label bungkusan. Antara pokok yang terkenal adalah deretan pokok larch di Mild Seven Hill untuk iklan rokok, Ken & Mary Tree untuk iklan kereta manakala Seven Star pula dijadikan sebagai design untuk kotak rokok. Turut terkenal sekumpulan pokok oak dikenali sebagai Parent & Child.



Masa sibuk bergambar tu, tetiba wife aku tegur sorang mamat ni. Wife aku tanya dari Thailand ke untuk kepastian. Mamat Thailand ni penyanyi di negaranya. Wife aku follow instagram dia. Semua insta dia gambar nature di Jepun. Cantik-cantik semua gambarnya. Aku suruh dia bergambar dengan mamat artis tu. Handsome. Rambutnya cantik, panjang dan lurus.


Lepas bergambar kitorang bergegas pulang kembali ke station. Kena gerak ke destinasi seterusnya pulak. Harap sempatlah. Tawakal saje. Perjalanan jauh kena tempoh 5km lagi untuk ke station. Salji pulak makin lebat turun masa perjalanan pulang. Bertabahlah. Mengharapkan juga semoga ada orang yang ingin tumpangkan. Tapi takde. Kecewa.



On the way ke station, sambil jalan tu minum milo panas yang kitorang bawak dan biskut untuk isi perut. Terserempak dengan beberapa orang yang menuju ke Mild Seven Hill dengan jalan kaki juga. Ada yang tanya betul ke jalan ni. Kemudian ada yang tanya berapa jauh. 

Alhamdulillah selamat sampai ke Biei Station dalam pukul 2 lebih. Tak lama tunggu, train ke Furano pun sampai. Perjalanan ke Furano mengambil masa 40 minit. Sampai di Furano Station pukul 3 lebih.



Terus ambil teksi ke Furano Ski Resort. Harga teksi JPY1,400. Sampai di Furano Ski Resort terus cari Waku Waku Family Snowland. Sekali pergi salah tempat. 


Kena pergi ke New Prince Furano Hotel. Padahal aku dah tulis nama hotel ni. Boleh pulak aku terlupa. Mungkin sebab kelam kabut tu yang aku tersilap. Nasib baik depan Furano Ski Resort tu ada teksi. Terus ambil teksi minta dia bawak ke Waku Waku Family Snowland. Kena bayar lagi teksi JPY1,650. Kali ni aku bayar semua sebab silap aku.

Driver teksi tu terus tunjukkan kat mana Waku Waku Family Snowland. Waku Waku Family Snowland ni dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Aku ada masa 30 minit saje sebelum ditutup. Cuba main aktiviti snow mana yang sempat. Memang aku target nak main dan cuba segala jenis mainan snow sepuas-puasnya. Tapi dah banyak buang masa di Biei tadi. 



Sepatutnya aku spend time di Biei dalam 2 ke 3 jam saje. Selebihnya aku habiskan masa di Furano untuk main snow. Plan nak buat snowman dan snow angle kat sini. Tapi hampeh. Jalan kaki punya pasal rosak segalanya.



Masa 30 minit tu aku peruntukkan sepenuhnya. Terus aku pilih yang mana betul-betul aku nak rasa. Aku pilih snow mobile. Ambil 3 lapse harga JPY1,800 seorang. 



Snow mobile ni kita boleh drive sendiri. Tapi harga mahal sikit. Disebabkan masa tak cukup, aku jadi passenger saje. Dapat rasa cukuplah. Kalau masa banyak boleh juga aku cuba. Best wei.




Lepas tu aku pilih snow raffting selama 4 minit harga JPY600 seorang. Yang ni best juga. Ber raffting di atas snow. Pengalaman yang menarik. 




Last sekali aku ambil banana boat. Punyalah tamak terus ambil yang long course selama 8 minit harga JPY1,000. Yang banana boat ni gile terasa lama sebab seluruh badan dah rasa beku. Rasa nak cepat habis. Mana tidaknya rasa beku, kitorang main terus bersambung-sambung tak berhenti. 



Tapi semua tu memang syok sangat. Satu saje rasa kempunan sebab tak sempat nak main sledding. Kena cari batu belah batu telangkup balik Malaysia nanti kot.



Lepas habis main terus masuk dalam hotel. Nak panaskan badan. Muka wife aku dah merah padam sebab kesejukkan. Kaki dia dah rasa melekat satu sama lain.


Kebetulan dalam tu ada kedai souvenir. Takde lain cari fridge magnet saje. Harga fridge magnet JPY594. Lepas beli, lepak kat lobby hotel kejap. Kitorang siap makan kat lobby tu. Makan origini dan sushi yang kitorang beli untuk bekal tadi di Biei. Minum air milo panas yang aku bawak.



Lepak kejap tunggu sampai malam sebab nak pergi Ningle Terrace atau pun Nin-guru Terrace. Ningle Terrace ni lebih cantik pada waktu malam dengan cahaya lampunya. 

Sementara tunggu hari gelap, aku pergi tanya kat pihak hotel pukul berapa last shuttle bus ke Furano Station. Last bus pukul 6.30 petang. Yang sebelumnya pukul 5.30 petang. Decided ambil yang last sekali. Puas sikit jalan-jalan.

Bila hari dah beransur gelap, kitorang pun mula gerak ke Ningle Terrace. Dekat saje dari lobby hotel tadi. 


Ningel Terrace atau Nin-guru Terrace ni adalah kedai-kedai menjual kraftangan, barangan art, butik hasil ciptaan dorang sendiri. Tempat ni dibuka dari pukul 12.00 tengahari hingga 8.45 malam. Masuk percuma.




Yang menjadikan tempat ni nampak cantik ialah binaan kedainya yang dibuat menggunakan kayu di dalam hutan. Pada malam hari pula pemandangan lebih cantik dengan cahaya lampu. Seperti berada di dunia fantasi bersama gnome rasanya.




Waktu ni salji turun. Cuma tak berapa lebat. Suhu bertambah sejuk sebab malam. Nasib baik angin takde. Kalau tak bertambah sejuk. Tapi demi bergambar, bertabah juga menahan kesejukkan. Datang dari jauh, harus menikmati. 




Kitorang tak masuk pun dalam kedai ni sebab kesuntukan masa. Kat sini ada kedai coffee top. Kalau ada masa boleh cuba. Boleh panaskan badan juga. 




Lepas habis satu kawasan ni di explore, kitorang kembali semula ke Lobby Hotel untuk tunggu bas. Ada satu tempat sebelah Ningle Terrace tak dapat pergi. Nampak menarik juga dengan cahaya lampu. Tak sempat. Bas nak dekat sampai. Takut tertinggal bas nanti. 

Tepat pukul 6.30 Furano Evening Shuttle Bus bergerak. Bayar JPY300 seorang pada driver bas masa turun nanti. Perjalanan ke Furano Station mengambil masa hampir 20 minit juga. Bas ni banyak perhentiannya. 

Sampai di Station terus ke platform sebelah ambil train balik ke Asahikawa Station. Tak lama tunggu, train pun sampai. Perjalanan dari Furano Station ke Asahikawa Station mengambil masa 1 jam 15 minit.


Sampai di Asahikawa terus balik ke hotel. Dah tak larat lagi nak ke mana-mana. Keletihan sebab banyak berjalan hari ni. Lebih 10km jalan kaki. Semoga segala lemak tepu dah terbakar. 

On the way ke hotel sambil tengok dorang buat kerja menyiapkan ice sculpture masing-masing. Kesemuanya sudah menampakkan bentuk masing-masing. Semua cantik-cantik belaka.



Sampai hotel setel apa yang patut. Malam makan maggie lagi. Lepas tu tido. Sambung hari ke-enam.

Perbelanjaan hari ke-lima:

1. Fridge magnet - JPY 790
2. Onigiri & sushi - JPY 528
3. Teksi - JPY 2,350
4. Snowmobile - JPY 1,800 x 2 = JPY 3,600
5. Snow Rafting - JPY 600 x 2 = JPY 1,200
6. Snow Banana Boat - JPY 1,000 x 2 = JPY 2,000 
7. Fridge magnet - JPY 594
8. Tiket bas - JPY 300 x 2 = JPY 600

Total - JPY 11,662
      

4 comments:

  1. boleh saya tahun tuan stay hotel apa di asahikawa?

    ReplyDelete
  2. Boleh tanya... ini pakai jr pas ke trus ke asahikawa dan ke biei station

    ReplyDelete