Total Pageviews

Japan : Hakodate - Day 4

Trip Main Salji - Hakodate : Morning Market & Red Brick Warehouses


Selasa - 07.02.2017


Hari ke-empat seawal 4 lebih bangun bersiap nak keluar. Kena kejar 1st train pagi ke Sendai. Pukul 5.45 pagi turun check-out. Bila turun nampak dah ada breakfast. So apa lagi, kitorang tapau sikit. Jimat duit beli breakfast. Sebelum keluar tadi sempat juga aku buat bubur instant untuk makan dalam train nanti.


Train pertama ke Sendai Station gerak tepat pukul 6.28 pagi. Perjalanan ke Sendai mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit. Sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan salji yang tebal.


Tepat pukul 7.53 pagi sampai di Sendai Station. Terus pergi reserved seat ke Hakodate. Sekali tiket reserved dah habis. Shinkansen ke Hakodate semuanya kena reserved. Takde non-reserved seat. Terpaksa ambil next train. Dah lari dari jadual. Terlepas nak pergi tempat yang aku nak pergi pagi ni. Next train pukul 9.52 pagi. Kena tunggu. Jadi kitorang lepak di waiting room sambil makan. Nasib baik ada wifi free. Dapat layan internet untuk hilangkan bosan menunggu.


Lagi 10 minit train nak gerak baru kitorang pergi ke platform. Tepat pukul 9.52 pagi train gerak ke Hakodate. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam 30 minit. 

Shinkansen terus ke Hakodate ni baru saje beroperasi pada tahun lepas. Dari Aomari nanti ke Hakodate akan melalui terowong bawah laut. Tak perasaan pun yang itu terowong bawah laut sebab gelap. Lagi satu keluar terus nampak gunung ganang. Driver akan announce bagitau akan masuk terowong bawah laut dalam bahasa Jepun. Tepat pukul 12.22 sampai di Shin-Hakodate-Hokuto Station.  



Sampai di Shin-Hakodate-Hokuto Station terus ambil train ke Hakodate Station. Sunyi sikit station ni. 


Pemandangan sepanjang perjalanan juga sangat cantik. Sememangnya pemandangan dengan salji penuh sangat memukau mata. Tak sia-sia aku pilih percutian musim sejuk sebagai trip kitorang kali ini. Pengalaman yang sangat best.



Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit saje. Selamat sampai ke Wilayah Hokkaido setelah menempuh pelbagai perjalanan dan persinggahan selama 4 hari bermula dari Osaka. Rasa teruja.



Sampai di Hakodate, terus reserved seat untuk ke Sapporo. Itu pun train awal dah penuh. Ambil train pukul 4.35 petang. 



Boleh jalan lama sikit di Hakodate. Tapi lambat pula sampai ke destinasi terakhir hari ni nanti. Sementara aku pergi dapatkan tiket, wife aku pula dapat simpan beg free kali ni. Dia kautim dengan sorang mat salleh yang keje kat station ni. Alhamdulliah. Jimat duit sikit. 


Destinasi pertama di Hakodate ialah pergi ke Hakodate Morning Market. Cuba nasib dulu. Kalau ada lagi ada lah. Kalau takde terus ke tempat lain saje nanti. 



Jarak dari Station Hakodate ke Morning Market dekat saje. Lebih kurang 10 minit jalan kaki.




Cuaca di Hakodate cantik hari ni. Cerah dengan cahaya matahari walaupun berawan sedikit. Tapi tetap sejuk. Terutama bila angin bertiup.


Alhamdulillah, ada juga kedai yang masih buka lagi di Morning Market. Jenguk-jenguk apa yang masih ada sambil tengok kedai mana nak makan. Wife aku yang beria sangat nak datang sini sebab nak makan sashimi katanya. Terus dari market confirm fresh kan.


Hakodate Morning Market ni dibuka setiap hari dari pukul 5.00 pagi hingga tengahari. Tapi kalau waktu winter dorang buka dari pukul 6.00 pagi. 


Produk yang dijual di pasar ini adalah pelbagai jenis makanan laut segar seperti ketam, telur salmon, landak laut serta produk segar seperti buah tembikai.



Banyak restoran boleh didapati di kawasan pasar yang menawarkan sarapan makanan laut segar. 



Jalan punya jalan, aku berkenan dengan satu kedai ni. Lagi satu kedai ni ada udon. So member aku boleh makan udon. Kawan aku ni bukan macam kitorang yang jenis tekak antarabangsa. Jadi agak susah juga untuk kitorang nak pergi makan. Seafood dia tak makan. Makanan jepun susah nak terima. So agak leceh sikit.


Kawan aku order udon tak nak udang tapi harga sama, aku order BBQ seafood dan nasi manakala wife aku sudah semestinya pilih sashimi dan udon jugak. Harga makan ni semua JPY3,160.




Memang sedap makanan di sini. Udonnya pun sedap. Puas kami makan. Selesai makan, kitorang terus gerak menghala ke Red Brick Warehouses


Suhu masa jalan kaki agak sejuk sebab angin dari laut. Perjalanan ke Red Brick Warehouses lebih kurang 20 minit. Tapi sebab bergambar jadi lebih lama. 



Red Brick Warehouses ni terletak di Hakodate Port. Hakodate Port merupakan pelabuhan pertama Jepun yang dibuka kepada perdagangan antarabangsa pada akhir Tempoh Edo (1600-1867). 


Beberapa gudang bata merah dari hari dagangan terus hidup di sepanjang pantai di kawasan teluk Hakodate. Kemudian telah dibangunkan semula sebagai tempat membeli-belah, tempat makan dan hiburan. Turut ada di sini kedai cenderamata, fesyen, manisan, restoran, dewan bir dan gereja.



Cantik-cantik bangunan sekitar sini. Masa jalan-jalan tu, jumpa kedai sushi. Nampak menarik tapi baru lepas makan. Masih kekenyangan lagi. Menyesal tak tapau.




Kitaorang sempat singgah sekejap saje. Sebab nak kejar train. Takut terlewat pulak. Macam biasa aku hanya cari fridge magnet saje. Cari-cari dapat beli satu fridge magnet harga JPY411.




Dorang bagi rasa cheese cake. Sedap dan lembut sangat. Ada pelbagai perisa. Aku beli Hakodate Cheese Cake 4 biji harga JPY640 untuk makan dalam train nanti. Lepas tu masa jalan dalam ni, wife aku ternampak ais krim sugi yang kitorang pernah makan masa di Takayama. Rindu nak makan ais krim tu. Sedap. Jadi harus beli ais krim tu untuk lepaskan rindu dengan harga JPY380. 




Lepas beli, singgah ambil gambar sekejap depan Red Brick Warehouses dan kawasan sekitar. 



Aku suka tempat ni. Tapi tak sempat nak explore betul-betul. Takut tak sempat nak kejar train ke Sapporo. 




Design bangunannya yang menggunakan red brick. Memang favourite wife aku.


Banyak kedai-kedai dan barangannya pun menarik belaka. Tak dapat tengok semua sebab kesuntukan masa. Duit pun tak berapa menarik. Takpe, sekurangnya aku dah sampai sini dan tengok keadaan sekitar sini pun agak ok juga.



Lepas bergambar sikit terus gerak menghala ke train station. Tak pasti berapa lama ambil masa nak ke station. Rupanya bila jalan straight tak berhenti takde jauh mana. Masa datang tadi asyik berhenti ambil gambar tu yang jadi lama.







Tepat pukul 4.35 petang naik train menuju ke Sapporo. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Aduhai tak sangka lama juga nak sampai Sapporo. Train lama. Jalan pun slow dan bergoyang. Banyak station train ni berhenti. Sampai kawan aku mabuk naik train ni. Akhirnya, pukul 8.35 malam sampai di Sapporo Station.




Terus ambil train lagi untuk ke Asahikawa Station. Perjalanan ke Asahikawa sejam lebih. Sampai di Asahikawa Station terus ke hotel. On the way ke hotel salji turun lebat. Kawasan sekitar bandar sangat cantik dengan salji tebal. Kebetulan pula ada Ice Sculpture Competition sedang diadakan. Semua peserta sedang sibuk membuat ice sculpture. Terpukau sekejap tengok dorang buat kerja. 


Sampai di hotel terus check-in. Di Asahikawa, kitorang akan stay dua malam di Asahikawa Business Hotel dengan harga JPY13,500. Sampai pun dah agak lewat, nak keluar pun malas sebab badan dah letih. Lama sangat duduk dalam train. Tambahan perjalanan sangat jauh hari ni, jadi kitorang stay saje kat bilik. Malam makan maggie saje.






Lepas makan, setel ape yang patut, terus tido. Sambung aktiviti hari ke-lima.

Perbelanjaan hari ke-empat:

1. Makan tengahari - JPY 3,160
2. Fridge magnet - JPY 411
3. Ice cream - JPY 380
4. Cheese cake - JPY 640

Total - JPY 4,591



No comments:

Post a Comment