Total Pageviews

Japan : Nagano - Day 2

Trip Main Salji - Nagano : Jigokudani Snow Monkey Park


Ahad - 05.02.2017


Hari ke-dua seawal pukul 6.00 pagi kitorang bangun untuk bersiap. Memandangkan hotel ni ada sediakan breakfast jadi sebelum check-out kitorang makan dulu. Makan roti dan bubur nasi. 



Lepas makan terus check-out. Lepas tu gerak ke Nagano Station. Jalan kaki lebih kurang 10 minit.




Sampai di Nagano Station terus cari coin locker untuk simpan beg. Ambil locker yang besar dua. Harga murah sikit. JPY1,200 untuk dua locker. 



Selesai simpan beg, kitorang pergi ke Nagano Dentetsu Line Station untuk beli One Day Pass ke Jigokudani Snow Monkey Park. Kalau keluar dari station, Nagano Dentetsu Line Station ni berada di sebelah kanan. Kalau station depan kita, ia berada di sebelah kiri. 

Untuk ke Jigokudani Snow Monkey Park kena pergi ke Yudanaka Station. Ada dua cara untuk ke Yudanaka Station ni iaitu dengan menaiki bas atau train. Train ke Yudanaka Station tidak covered by JR Pass. Kena bayar harga JPY1,160 sehala. Kemudian dari Yudanaka Station kena naik bas untuk ke Kanbayashi Onsen Bus Stop. Tiket harga JPY310 sehala. Dari Nagano Station boleh juga menaiki bas dengan harga JPY1,400 sehala. Tiket masuk ke Jigokudani Snow Monkey Park dikenakan sebanyak JPY800 seorang. 

Setelah membuat perkiraan, pada aku lebih berbaloi ambil 1 day pass untuk ke Jigokudani Snow Monkey Park. Harga JPY3,200 seorang. Dengan 1 day pass ni kita boleh naik semua jenis pengangkutan ke Snow Monkey Park berkali-kali dalam masa sehari. Harga pass ni dah termasuk tiket masuk. Kira pass ni dah all-in.


1 day pass boleh dibeli di Nagano Dentetsu Line Station. Masuk station tadi beli di kaunter kecil di tepi belah kanan. Lepas beli pass, kalau naik train boleh terus masuk ke train station. Kalau naik bas kena jalan terus guna underpass sampai hujung, kemudian naik tangga belah kiri keluar dari station ke bus stop no. 23 dan no. 24. 



Antara naik bas dan train mana yang lebih mudah dan cepat. Jawapannya adalah bas. Dengan bas terus berhenti di bus stop berdekatan Snow Monkey Park dan perjalanan hanya mengambil masa 40 minit saje. Kalau naik train kena berhenti di Yudanaka Station kemudian ambil bas pula ke Snow Monkey Park.

Lepas beli pass tadi kitorang terus berlari nak kejar bas pukul 9.00 pagi. Tinggal beberapa minit saje lagi bas nak gerak. Alhamdulillah sempat juga kejar bas. Pemandangan sepanjang perjalanan ke Jigokudani Snow Monkey Park sangat cantik dengan kawasan sekitar yang dipenuhi salji. Pemandangan gunung-ganang yang diselaputi salji juga sangat memukau mata.


Bas akan berhenti di Bus Stop B. Kemudian kena jalan kaki menuju pintu masuk pertama lebih kurang 10 minit. 


Hati-hati jalan kaki sebab jalan bersalji dan agak licin. Sesekali akan nampak asap keluar dari parit atau longkang. Itu adalah asap air panas. Tempat ni memang terkenal dengan hot spring atau di Jepun dikenali dengan nama Onsen. Di kiri kanan jalan dipenuhi salji yang tebal. Sangat cantik.



Setelah 10 minit jalan kaki, sampai di pintu masuk pertama ada sebuah kedai souvenir dan kedai menyewa peralatan winter. Aku singgah sekejap di kedai souvenir beli 2 fridge magnet harga JPY1,300. Comel-comel souvenir yang dijual berasaskan monyet.




Laluan ke Jigokudani Snow Monkey Park agak licin. Jadi untuk keselamatan boleh sewa crampon atau boot yang sesuai. Selain itu ada winter jacket untuk disewa dan barangan lain dijual di kedai ini. 



Selesai membeli, kitorang mulakan perjalanan masuk menuju ke Snow Monkey Park. Kena masuk ke dalam hutan. Ikut laluan yang disediakan. Sekeliling dipenuhi dengan salji. Kena jalan berhati-hati. Perjalanan masuk ke Snow Monkey Park ialah sejauh 1.6 km sehala dari pintu masuk pertama. Jadi bertabahlah demi melihat monyet. 





Jalan sambil menikmati pemandangan sekeliling akan kurang terasa. Sambil sibuk bergambar. Tanpa kita sedar dah sampai ke tempat yang dituju. 




Disebabkan sibuk bergambar bagai, masa yang kitorang ambil lebih kurang sejam untuk sampai.




Sebelum sampai ke pintu masuk kedua, kita akan nampak spa onsen. Cantik sangat pemandangan sekitar onsen ni. 



Sampai di pintu masuk kena naik tangga sikit. Lepas tu jumpa kaunter tiket. Yang takde tiket kena beli di sini. Bagi pemegang one day pass hanya tunjukkan pass tadi pada penjaga tiket. 


Kemudian jalan lagi ke depan sikit dah boleh nampak monyet-monyet bermuka merah sudah berkeliaran. Di depan lagi akan nampak sebuah kolam air panas di mana monyet-monyet ini berendam. Monyet ni tidak menganggu orang selagi kita tidak ganggu dia. Dilarang memegang monyet-monyet ini. Monyet ni akan jalan sebelah kita saje.




Jigokudani Snow Monkey Park ini terletak di Yamanouchi, Daerah Shimotakai di Wilayah Nagano. Ia adalah sebahagian daripada Taman Negara Kogen Joshinetsu yang dikenali sebagai Shigakogen dan terletak di lembah Yokoyu-River, di bahagian utara wilayah ini. Nama Jigokudani bermaksud Lembah Neraka disebabkan oleh wap dan air panas yang berbuih keluar dari celah-celah kecil di tanah beku yang dikelilingi oleh tebing curam dan hutan.




Taman ini menerima salji turun yang sangat lebat. Dengan ketinggian 850 meter taman ini hanya boleh dimasuki melalui laluan penjalan kaki yang kecil sejauh 2 kilometer melalui hutan.



Taman ini dikenali dengan habitat monyet liar yang bermuka merah turut dikenali sebagai Japanese Macaques yang akan ke lembah pada musim sejuk, mencari makanan di tempat lain di taman negara pada musim panas. Monyet-monyet ini akan turun ke tebing curam dan hutan untuk duduk di perairan dan kolam panas daripada hot springs atau onsen untuk memanaskan badan. Pada malam harinya monyet ini akan kembali semula ke dalam hutan.




Walau bagaimanapun, disebabkan monyet ini diberi makan oleh penjaga taman ini, jadi monyet-monyet ini sentiasa berada di kawasan air panas sepanjang tahun. Pengunjung boleh datang pada mana-mana musim pun. Tapi sudah semestinya yang paling banyak adalah pada musim sejuk.




Pada aku ini sesuatu yang sangat menarik. Melihat gelagat monyet-monyet ini sangat mencuit hati. Nampak comel pun ada dengan pelbagai telatah monyet ni tunjukkan. 



Agak lama juga kitorang melihat gelagat monyet-monyet ini. Tapi tak boleh dilayan sangat sebab masa terus berjalan. Nanti lambat pulak sampai ke destinasi seterusnya.


Kemudian kitorang singgah sekejap di bawah kawasan sungai. Cantik pemandangan di sini. Banyak juga monyet yang berkeliaran di sekitar sungai ini. 




Lepas tu singgah pula di satu kawasan ni, di mana tadi kitorang nampak asap tebal keluar dari satu lubang. Boleh datang dekat tapi tak dibenarkan sentuh sebab terlalu panas.



Memang padanlah dipanggil Lembah Neraka. Bayangkan salji tu sejuk tapi tetap ada air panas di dalamnya. SubhanAllah. Allahuakbar. Sungguh takjub dengan kejadian yang Allah telah ciptakan untuk kita sebagai hambaNya melihat akan bukti kekuasaanNya.




Lepas tu kitorang jalan lagi ambil gambar pemandangan sekeliling yang dipenuhi salji yang tebal. Hampir tenggelam rumah-rumah di sini.




Tak jauh dari Snow Monkey Park tadi ada spa onsen. Kalau nak merasa onsen di sini boleh datang mencuba. Wife dan kawan aku ada ternampak sorang customer tengah berendam di luar. Mungkin sedar kedatangan kitorang terus dia masuk ke dalam. Tentulah dia tak selesa bila ada orang turun naik datang kat kawasan tu.



Sila tutup mata, tutup telinga dan tutup mulut. Ada faham.

Lepas puas bergambar kitorang gerak kembali ke bus stop. Kena jalan kaki sejauh 2km. Masa jalan kaki balik tu, tiba-tiba salji turun. Mula-mula sikit lama-lama jadi lebat. 



So apa lagi, jadi jakun sekejaplah kitorang. Tak cukup dengan bergambar, siap ambil video lagi. Kat Malaysia takde, jadi memang haruslah jadi jakun sekejap. Tapi salji hanya turun di hutan saje. Sampai di bawah dah takde salji turun lagi. 




Kitorang sempat singgah di cafe beli ais krim perisa epal harga JPY380. Sedap ok ais krim tu rasanya. Wife aku nak sushi salmon tapi aku tak belikan sebab aku kata nanti kita makan di Nagano Station saje. Takut tak sempat kejar bas balik ke Nagano Station. Lepas bas ni kena tunggu lama sikit pulak nanti. 



Sampai di bus stop rupanya kena tunggu lagi sebab kitorang tersalah tengok jadual bas. Time yang kitorang tengok tu hanya ada pada hari biasa. Kitorang datang hari ahad. So kena tunggu lagi. Sempat sangat kalau nak makan kat kafe tadi. Sementara tunggu bas tergoda juga dengan air di vending machine. Jadi aku beli air chocolate Van Hauten harga JPY130. Sedap jugak. Airnya panas tau.


Pukul 1.40 petang bas datang terus gerak ke Nagano Station. Nasib baik beratur cepat. Ramai yang beratur belakang kitorang. Bas penuh, tak boleh naik lagi. Mereka yang tak sempat tu kena tunggu next bus. 


Sampai di Nagano Station terus ambil beg lepas tu pergi reserved tiket shinkansen ke Omiya. Ramainya orang yang beratur nak reserved tiket. Nak tak nak terpaksa beratur juga. Sekali bila sampai giliran kitorang tiket dah habis. Terpaksa masuk gerabak non-reserved. Memang ramai gile orang yang naik shinkansen hari ni. Terutamanya mat salleh. Dengan peralatan ski dorang yang gedabak panjang tu.




Bila tak dapat reserved seat kitorang terus cepat-cepat ke platform sebab train kejap lagi nak sampai. Train sampai terus masuk. Memang ramai gile kali ni dalam train. Takde tempat duduk kosong. Yang berdiri pun penuh. Nak tak nak sumbat jugak. Terpaksalah berdiri kat tepi pintu sebab ramai sangat orang.


Perjalanan dari Nagano Station ke Omiya Station mengambil masa selama sejam. Jadi sepanjang 1 jam tu kitorang berdiri. Jenuh juga dibuatnya. Sampai di Omiya Station kitorang transfer shinkansen ke Yamagata. Kali ini kitorang baru dapat duduk. Dah reserved seat awal-awal masa kat Nagoya Station tadi. 


Perjalanan mengambil masa 2 jam. So ape lagi tido saje dalam perjalanan. Hari pun dah gelap. Tak nampak apa-apa pemandangan luar. Perut lapar makan biskut saje. Nak beli origini banyak jual yang daging. Seafood takde. So tak belilah.

Sampai di Yamagata Station pukul 8.30 malam. Terus menuju ke hotel untuk check-in. Di Yamagata aku akan stay 2 malam di Apa Hotel Yamagata dengan harga JPY14,700 untuk 2 malam. 





Selesai hal check-in, simpan beg dalam bilik terus keluar balik cari makanan. Banyak kedai yang dah tutup. Tengok menu satu persatu kedai yang masih dibuka. Mencari kedai yang sesuai dan kitorang yakini boleh makan. Akhirnya kitorang decided makan kat satu kedai ni. Kami order yang berasaskan seafood saje. Harga boleh tahan mahal juga. 





Settle makan terus balik hotel, setelkan apa yang patut. Lepas tu tido. Sambung hari ketiga.

Perbelanjaan hari ke-dua:

1. Locker - JPY 600 x 2 = JPY 1,200
2. 1 day pass - JPY 3,200 x 2 = JPY 6,400
3. Fridge magnet - JPY 1,300
4. Ais krim - JPY 380
5. Air van houten - JPY 130
6. Makan malam - JPY 1,770

Total - JPY 11,180


No comments:

Post a Comment