Total Pageviews

New Zealand : Ringkasan Itineri & Perbelanjaan Hangus

Summer Road Trip - 13 Hari 14 Malam



Alhamdulillah, syukur ke-hadrat Allah atas nikmat dan kurnianya pada kami telah selamat menjejakkan kaki di bumi indah di New Zealand. Diberikan kesihatan yang baik sepanjang pengembaraan. Dilancarkan segala urusan walau ada sedikit masalah timbul tetapi ada saje jalan penyelesaiannya. 

Sentiasa ditemukan dengan orang yang baik-baik saje. Semua ini adalah asam garam yang mematangkan dan proses pembelajaran sepanjang hidup ini. Nikmat apa lagi yang hendak didustakan wahai manusia.

Sekejap saje rasanya 13 hari berlalu pergi. Pengalaman berada di New Zealand menikmati, merasai dan melihat sendiri alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa membuatkan hati rasa berat ingin meninggalkan negara indah ini. 

Masih banyak lagi tempat yang hendak dikunjungi tapi tiada berkesempatan. Tapi kami tetap redha dengan ketentuan dan rezeki yang telah ditetapkan. Ini pun kira bersyukur sangat sebab banyak juga tempat yang kami berjaya lawati dan kunjungi. Semoga ada rezeki kami lagi untuk datang kembali ke sini. Amin3 Ya Rabbalalamin.

Jadi tamat sudah pengembaraan kami di bumi kiwi dengan jarak pemanduan mencecah lebih 2,600 kilometer dalam masa 13 hari di selatan dan utara pulau New Zealand.

Panjang pulak mukadimah. Baiklah, di sini kami ingin membuat ringkasan itinerari sepanjang kami berada di New Zeland.

Hari Pertama :-

1.   Ketibaan di Auckland International Airport.
2.   Check-in Kiwi Airport Backpacker, Auckland.
3.   The Strawberry Farm.
4.   Balik hostel.

  

Hari Kedua :-

1.   Ambil flight ke Christchurch dengan Jetstar dari Auckland Domestic Airport.
2.   Ketibaan di Christchurch Domestic Airport.
3.   Ambil kereta sewa di Snap Rentals untuk 9 hari.
4.   Shopping makanan di PaknSave.
5.   The Famous Sheffield Pie Shop.
6.   Lake Lyndon.
7.   Castle Hill.
8.   Castle Hill Village.
9.   Lake Pearson.
10.  Arthur's Pass.
11.  Devil Punchbowl Waterfall.
12.  Otira Viaduct Lookout Point.
13.  Glow Worm Dell.
14.  Check-in di Hokitika Holiday Park.

 

 

Hari Ketiga :-

1.    Hokitika Beach.
2.    Hokitika Gorge.
3.    Lake Ianthe.
4.    Lake Mapourika.
5.    Franz Josef Glacier.
6.    Lake Matheson.
7.    Check-in di Gillespies Beach Camping Site.

 

 

Hari Keempat :-

1.    Bruce Bay.
2.    Lake Paringa.
3.    Knights Point Lookout.
4.    Ship Creek.
5.    Haast.
6.    Fantail Waterfall.
7.    Blue Pools.
8.    Boundary Creek Scenic Reserve.
9.    Lake Wanaka Lookout Point.
10.  The Neck.
11.  Lake Hawea Lookout Point.
12.  Puzzling World Wanaka.
13.  That Wanaka Tree / Lone Tree.
14.  Lindis Pass Viewpoint.
15.  Cromwell.
16.  Crown Range Road Scenic Lookout.
17.  Crown Range Summit.
18.  Queenstown.
19.  DF Souvenir Shop.
20.  Check-in di Butterfli Lodge Queenstown.

 

 

Hari Kelima :-

1.    The Remarkables.
2.    Patagonia Chocolates Cafe.
3.    Million Dollar Cruise.
4.    Cookies Time.
5.    Glenorchy.
6.    Devil's Staircase.
7.    Mainly Seafood.
8.    Check-in di Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park.

 

 

Hari Keenam :-

1.    Milford Sound.
2.    Tutoko Bridge.
3.    The Chasm.
4.    Homer Tunnel Lookout Point.
5.    Gertrude Valley Lookout.
6.    Monkey Creek.
7.    Falls Creek Waterfall.
8.    Hollyford Valley Lookout.
9.    Lake Gunn Campsite.
10.  Lake Gunn Viewpoint.
11.  Cascade Creek Campsite.
12.  Mirror Lakes.
13.  Eglinton Valley Viewpoint.
14.  Eglinton River.
15.  Gore.
16.  Check-in di Catlins - Newhevan Holiday Park, Surat Bay.

 

 

Hari Ketujuh :-

1.    Purakaunui Waterfall.
2.    Nugget Point Lighthouse.
3.    Lake Waihola.
4.    Dunedin Railway Station.
5.    Dunedin Scenic Train Tour.
6.    Dunedin Street Art.
7.    Universiti Otago.
8.    Check-in di Dunedin Holiday Park & Motels.

 

 

Hari Kelapan :-

1.    Tunnel Beach.
2.    Signal Hill Lookout.
3.    Baldwin Street, The World's Steepest Street.
4.    Centenary Lookout.
5.    Moeraki Boulders.
6.    Oamaru.
7.    Oamaru Blue Penguin Colony.
8.    Oamaru Harbour Breakwater.
9.    Oamaru Harbour.
10.  Elephant Rocks, Island Cliff.
11.  Lake Waitaki Dam Lookout.
12.  Lake Aviemore Dam Lookout.
13.  Check-in di Lake Ruataniwha Holiday Park & Motels.

 

 

Hari Kesembilan :-

1.    Clay Cliffs.
2.    Lake Ohau.
3.    Lake Middleton.
4.    High Country Salmon.
5.    Lake Pukaki.
6.    Hooker Valley Track, Mount Cook.
7.    Pukaki Canal.
8.    Lake Pukaki View Point.
9.    Check-in di Lake Tekapo Motels & Holiday Park.

 

 

Hari Kesepuluh :-

1.    Lake Tekapo.
2.    Church of Good Shepherd.
3.    Mount John Observatory.
4.    Cookies Time Factory.
5.    Check-in di South North Holiday Park, Christchurch.

 

 

Hari Kesebelas :-

1.    Kembali ke Auckland Domestic Airport menaiki Jetstar.
2.    Bethells Beach.
3.    Karekare Falls.
4.    Check-in di Ivy Cottage di Matamata.

 

 

Hari Kedua belas :-

1.    The Hobbiton Movie Set Tour.
2.    Te Waihou Walkway, The Blue Spring.
3.    Huka Falls.
4.    Redwoods - Whakarewarewa Forest.
5.    Check-in di Columbia Apartment, Whitaker.

 

 

Hari Ketiga belas :-

1.   Viaduct Harbour.
2.   Sky Tower.
3.   Mount Eden.
4.   Restoran Uncle Man.
5.   Auckland International Airport pulang ke Malaysia.

 

Di atas semua adalah senarai tempat-tempat yang berjaya kami kunjungi sepanjang berada di sana. Ada sebahagian tempat yang dirancang terpaksa skip dan tidak dapat dikunjungi akibat kekangan masa. Kita mampu merancang dan Allah sebaik-baik perancang.

Itinenari dah selesai, mari kita lihat pula perbelanjaan hangus di sana. Sebelum tu, berikut adalah senarai tour yang kami ambil bersama harganya sekali :-

1.   Milford Sound - NZD90.00
2.   Million Dollar Cruise - NZD39.00
3.   Dunedin Scenic Train Tour - NZD147.00
4.   Hobbition Movie Set Tour - NZD168.00

Yang ni pula kos utama yang lain :-

1.   Tiket Flight MAS - RM3,976.76
2.   MyCar - RM48.00
3.   ERL - RM18.80
4.   Tiket Flight JETSTAR - NZD292.00
5.   Penginapan - NZD739.38
6.   Sewa kereta - NZD693.34
7.   Minyak kereta - NZD486.00
8.   Shopping PakNSave - NZD84.12
9.   Makan dan minuman - NZD352.43
10. Tour - NZD444.00
11. Parking - NZD17.60
12. Entrance Fees - NZD13.00
13. Lain-lain (Souvenir/Fridge Magnet/Sim Card etc.) - NZD163.60

Jumlah keseluruhan - RM13,270.676 (NZD1=RM2.80)

Kos keseluruhan tu untuk dua orang. Tak pasti sama ada kos ini dianggap murah atau mahal untuk 13 hari 14 malam. Mungkin kalau nak murah lagi tak perlu ambil tour yang kena bayar mahal. Tapi pada pendapat aku, Milford Sound tu wajib ambil. Rasanya tak lengkap kalau pergi New Zealand tak pergi Milford Sound.

Mungkin juga boleh jimatkan lagi pada petrol jika rancang penjalanan dengan betul. Perjalanan kami ada yang menyimpang jauh dan patah balik semula. Di situ saje agak membazir minyak dan masa pada sesetengah orang. Tapi bagi kami ok saje, demi nak melihat apa yang kami ingin lihat.

Kalau nak jimat lebih berganda, pergi dalam kumpulan yang lebih ramai. Sebab boleh share bayar petrol, sewa kereta dan penginapan. Memang sangat menjimatkan. Tapi kalau dapat yang sekepala baru best.

Kos makanan juga boleh dijimatkan dengan cara memasak makanan dan stok bahan di bawa dari sini. Cuma bahan basah dan yang tidak boleh dibawa masuk baru kita beli di sana. Ini kerana currency di NZ lebih tinggi berbanding nilai duit kita. Tapi sekali sekala kena juga cuba makanan di negara orang.  

Pilihan musim juga mempengaruhi peningkatan kos. Jika pilih pada waktu peak kos lebih meningkat. Ini kerana biasanya penginapan dan sewa pengangkutan akan cas lebih tinggi. Contohnya seperti kami travel pada musim panas memang berganda harga yang dikenakan. 

Biasanya musim sejuk harga jauh lebih rendah. Tapi pada kami pemandangan walaupun masih cantik tapi seperti kurang umph jika dibandingkan dengan musim panas dan luruh. Ini semua ikut pilihan masing-masing. Tepuk dada tanya selera. 

Sekian dulu kisah perjalanan kami berkelana. Semoga diberikan rezeki lagi untuk mengembara di negara lain pula. Assalamualaikum.


New Zealand : North Island - Day 13

Summer Road Trip - Viaduct Harbour, Sky Tower, Mount Eden, Restoran Uncle Man & Auckland International Airport


Ahad - 02.12.2018


Hari ni hari ke 13 merupakan hari terakhir kami berada di New Zealand. Malam ni flight pulang ke Malaysia. Pagi ni, selepas bangun kami terus kemas segala beg sebab lepas check-out terus jalan dan petangnya pulangkan kereta dan kemudian kami akan terus ke airport. Jadi kena kemas segalanya siap-siap dan simpan di dalam kereta. 

Pagi tu kami makan maggie sebab nak habiskan stok. Ada juga stok makanan yang dibawa ke NZ tapi tak sempat masak. Jadi kena bawak balik semula ke Malaysia. Nak buang atau tinggalkan rasa sayang dan membazir pula. Balik rumah nanti boleh masak.

Selepas selesai kemas, bersiap dan makan, kami turun ke bawah dan check-out. Kemudian kami mulakan perjalanan ke destinasi pertama hari ini iaitu ke Viaduct Harbour. Jarak hanya 2.8 kilometer saje dari penginapan kami, Columbia Apartment, Whitaker Place.


Masalah sikit bila bawa kereta di bandar besar adalah parking. Di sini tak boleh sembarangan parking atau parking lebih masa sebab nanti dikenakan saman. Saman di sini mahal wei nak bayar. 

Tak jauh dari Viaduct Harbour, nampak ada satu ruang parking yang tiada limit masa jadi kami parking di situ saje. Kena bayar di mesin NZD3.00.


Selesai hal parking kami jalan kaki menuju ke Viaduct Harbour.


Terus jalan sambil melihat gelagat dan aktiviti manusia di pagi hari di hujung minggu sambil menikmati pemandangan sekitar. 



Viaduct Harbour ni terletak di tengah CBD Auckland. Merupakan kawasan kediaman, komersil dan hiburan. Ada banyak restoran dan bar terbaik di Auckland ada di sini dengan menghidangkan pelbagai jenis makanan laut segar.


Turut ada di sini New Zealand Maritime Museum di mana ada dipamerkan sejarah berkenaan maritim di New Zealand.


Di sini juga kita boleh lihat kapal layar mewah dan kapal layar untuk perlumbaan di samping menikmati pemandangan Viaduct Harbour dan laut.



Viaduct Harbour juga menjadi tuan rumah untuk pelbagai acara hebat daripada jenama terkenal dunia seperti Louis Vuitton, Volvo dan pameran boat international serta fashion week New Zealand.

 

 

Kami terus berjalan.



Jalan hingga ke hujung.



Pada aku biasa saje. Sampai hujung kami patah balik dan kemudian melalui Wynyard Quarter.


Di sini meriah dengan restoran-restoran mewah untuk menjamu selera sambil menikmati harbour side.


Dan bangunan dengan rekabentuk agak menarik.



Kemudian kembali jalan kaki di laluan yang sama masa datang tadi dengan view yang sama.




Kali ni kami lihat restoran dan gerai kecil baru mula hendak dibuka.



Kaki masih terus melangkah.



Membawa haluan yang tiada tujuan.



Walaupun jiwa kami tiada di sini sebenarnya. Kami hanya inginkan alam semulajadi bukan hutan konrit.



Tapi kena juga lihat bandar di negara orang untuk meluaskan pengetahuan am dan menambah pengalaman.


Tujuan utama sebenarnya nak try makan ice cream kat sini. Kami sampai awal pagi jadi banyak kedai yang belum beroperasi lagi. Dekat pukul 10 pagi baru banyak kedai mula dibuka.


Ada banyak kedai ice cream dan yogurt di sini. Kami try beli ice cream di satu kedai ni. Harga NZD9.50. 




Tak tau nak pilih yang mana. Belasah saje. Memang sedap rasa ice creamnya. 


Kami makan ice cream sambil jalan kaki menuju ke kereta. Nak gerak beredar ke destinasi seterusnya.



Dalam perjalanan sebelum sampai ke destinasi seterusnya kami nampak ada kereta berhias. Aku parked kereta tepi jalan dan wife keluar pergi ambil gambar. Aku hanya tunggu dalam kereta.



Kereta berhiasa yang masih dalam proses akhir tapi semua nampak menarik dan comel.



Kemudian wife jalan ke depan lagi sebab dia nampak design bangunan yang menarik.



Selepas tu wife datang kembali ke kereta dan kami ke Sky Tower. Wife saje keluar dan jalan kaki di antara kedai dan restoran menuju ke Sky Tower. Aku masih setia menunggu di dalam kereta.


Wife kata meriah di sekitar Sky Tower. Almaklumlah, tumpuan pelancong. Wife sekejap saje di situ. Cuma tengok dan ambil gambar dari luar saje. Memang niat nak sekejap saje. Ambil gambar sebagai bukti untuk diri sendiri yang kami telah menjejakkan kaki di sini.


Sky Tower ni merupakan menara telekomunikasi dan observation tower di Auckland. Terletak di Victoria Street di kawasan CBD. Tinggi menara adalah 328 meter dari aras tanah dan menjadi menara ke 25 tertinggi di dunia. Merupakan mercu tanda bandar Auckland kerana ketinggian dan rekabentuknya yang unik.


Selesai ambil gambar kami terus keluar dari sini menuju ke Mount Eden. Jarak 4.3 kilometer dari Victoria Street. Sampai di Mount Eden, kena jalan kaki daripada tempat letak kereta masuk ke dalam hingga ke puncak.


Sebenarnya ada banyak jalan masuk. Pada mulanya nak pilih yang paling dekat. Akhirnya tersalah pilih terparking yang jauh juga. Jenuh juga jalan kaki sambil mendaki hingga ke puncak Mount Eden. Bila dah hari ke 13, kaki pun dah mula rasa tak larat sangat.


Namun digagahkan juga semangat dan teruskan mendaki menyusuri jalan tar dan sesekali menaiki anak tangga yang banyak hingga ke puncak.




Mount Eden yang juga dikenali dengan nama Maugawhau ni terletak di pinggir bandar Auckland. Merupakan gunung berapi yang tidak aktif dan puncak tertinggi di Auckland walaupun ketinggiannya hanya 196 meter. Kesan tinggalan gunung berapi ini telah menyebabkan bentuk muka bumi di sini berbukit bukau, beralun dan berkawah.



Di puncak Mount Eden yang terbuka luas ini, kita boleh saksikan pemandangan 360 darjah bandar sekitar Auckland, menara, pelabuhan dan laut.



Di puncak ini juga ada kawah gunung berapi yang sangat besar. Jika biasa kita lihat kawah berwarna kelabu, di sini kawahnya telah dipenuhi rumput hijau. 



Angin sangat kuat dan sejuk ketika berada di sini walaupun ketika ini musim panas. Alhamdulillah cuaca semakin baik waktu kami di sini dan matahari mulai terik di kawasan yang lapang dan luas ini.



Selepas meninjau keadaan sekitar, kami ambil keputusan meninggalkan Mount Eden dan meneruskan aktiviti seterusnya untuk hari ini.

 


Kalau ikut plan destinasi selepas Mount Eden, kami akan ke One Tree Hill dan Cornwall Park. Tapi dengan berat hati aku terpaksa batalkan sebab wife tak nak ke sana atas alasan yang kukuh yang kakinya dah tak larat nak jalan jauh dan hiking.

Puncak One Tree Hill dari Mount Eden

Memandangkan dah tengahari dan perut dah lapar, jadi kami ambil keputusan kembali ke Auckland dan bercadang terus ke Restoran Uncle Man yang terkenal dengan citarasa Malaysia untuk makan tengahari. Jarak hanya 3 kilometer saje dari Mount Eden.

Kami parking di tepi bangunan yang tiada had masa dan percuma. Kemudian jalan kaki menuju ke restoran sambil meninjau kedai-kedai sepanjang perjalanan ke restoran.



Sampai di restoran terus masuk dan order makanan. Bukan saje orang melayu masuk ke restoran ni, malah bangsa lain seperti cina, india dan mat salleh pun ada masa kami ke sini.


 

Rasa makanannya memang sedap dan puas hati. Alhamdulillah kenyang sangat dan dapat juga melepaskan rindu makan makanan selera melayu.


Selepas makan kami jalan-jalan kawasan sekitar sekejap dan kemudian kembali semula ke kereta. Hari pun dah petang, sebelum pukul 5.00 petang kena pulangkan kereta.



Sebelum pulangkan kereta kami pergi ke ParkNSave di Mt. Albert nak beli coklat dan air susu coklat NZ untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kami perhatikan harga di sini lebih murah dan selepas bayar dapat voucher diskaun untuk isi petrol. Sebelum pulangkan kereta kena penuhkan tank minyak semula.

Selepas beli, susun barang dan topup petrol, kami terus ke Apex Car Rentals untuk pulangkan kereta. Kemudian mereka hantar kami ke Auckland International Airport.

Sebenarnya flight kami lama lagi tapi sebab tak nak keluarkan kos untuk teksi atau bas semata-mata nak sambung berjalan lagi, jadi kami ambil keputusan lepak dan mereput saje di airport. 

Sampai di airport terus cari port lepak. Tapi nasib tak menyebelahi, kebanyakkan kerusi telah diduduki orang. Jadi kami lepak di depan kaunter check in yang kosong dan duduk di atas lantai. 


Lepak situ sampai kaunter check-in flight kami dibuka. Masa lepak tu, wife ambil kesempatan hantar report ke Jetstar berkenaan beg rosak. Sekurangnya dapat juga settle satu hal.

Lebih kurang pukul 9.30 malam kaunter buka, kami terus beratur check-in. Kemudian terus masuk immigration dan lepak di dalam. Lebih selesa dapat duduk atas kerusi.


Tiba waktu boarding terus masuk flight dan berehat saje. Flight berlepas meninggalkan Auckland pada pukul 11.40 malam. Aktiviti dalam flight layan entertainment in flight, makan dan tido sehingga selamat mendarat di KLIA pada pukul 5.40 pagi.




Dari KLIA kami naik ERL berhenti di Putrajaya Sentral dan kemudian ambil Mycar menuju ke rumah dan berehat sepuasnya.

Tamat sudah perjalanan pengembaraan kami ke New Zealand. Alhamdulillah diberi rezeki dan kesempatan dapat ke negara yang dihajati. Bertahun plan tapi terpaksa dibatalkan sebab harga tiket yang mahal. Telah ditakdirkan, akhirnya tahun 2018 kami berjaya menjejakkan kaki di bumi yang menjadi salah satu idaman dan impian kami. 

Segala kenangan dan pengalaman menjadi pengajaran berharga bagi kami. Ada sambungan lagi di post 'Ringkasan iterneri dan perbelanjaan hangus'. 👈

Perjalanan kami hari ini.

Perbelanjaan hari ke tigabelas :-
  1. Parking Auckland - NZD3.00
  2. Ais krim - NZD9.50
  3. Restoran Uncle Man - NZD30.38
  4. Beli coklat dan air susu di PakNSave - NZD41.37
  5. Petrol PakNSave Mt. Albert - NZD40.00
Total - NZD124.25