Total Pageviews

Bukit Jugra

Hiking - Bukit Jugra


Ahad - 08.04.2018


Aktiviti hiking kali ni di Bukit Jugra yang terletak di Banting, Selangor. Kebetulan balik kampung, jadi curi masa pergi mendaki bukit di kampung wife aku. Biasanya datang ke sini naik kereta. Kali ni kita hiking pula. Mari kita lihat bagaimana cabarannya kali ini.

Lepas breakfast bersama keluarga, lebih kurang pukul 9 lebih baru kami bertolak menuju ke Bukit Jugra. Agak lambat juga gerak dari rumah. Biasalah, bila dah berkumpul masing-masing rancak berborak.

Parking di tepi Masjid Al-Muttaqin, Kampung Permatang Pasir. Banyak juga kereta waktu kami sampai. 

Kami mulakan pendakian sekitar pukul 9.30 pagi. Kalau sebelum ni boleh naik ikut tangga di tepi saluran paip air tapi kali ni dah tak boleh sebab pagar ditutup dan berkunci. 


Jadi naik ikut jalan tar. 


Kemudian lalu ikut tepi pagar tangki air.



Waktu kami mula mendaki, ramai pendaki lain yang sudah hampir selesai dan mulai turun. Awal dorang ni semua naik ke atas. Kami pulak baru nak mula.



Di awal-awal pendakian trail boleh tahan mencabar. Dari mula-mula lagi trail naik dan terus menaik. Takde pun laluan mendatar. Kalau ada pun terlalu dekat jaraknya. Tak sempat tarik nafas panjang terus jumpa trail mendaki lagi dan lagi. 



Trail menaik boleh tahan tinggi juga. Sangat menguji stamina. Takpe, kita naik secara slow and steady sambil menikmati keindahan hutan sekeliling. Itulah tujuan sebenar mendaki sesebuah bukit atau gunung. Untuk kita menikmati kehijauan hutan dan alam semulajadi sambil menghirup udara segar. Ayat memotivasikan diri sendiri.




Mana laluan yang agak susah ada disediakan tali untuk membantu dan memudahkan pendaki naik dan juga turun. 




Masa naik, kami lebih banyak bertembung dengan pendaki yang sedang turun. Ada juga yang baru naik seperti kami tapi tak begitu ramai. Mungkin kami mula lewat. Dan kebanyakan yang kami jumpa adalah bangsa cina. Melayu boleh dikira. Mana melayu? Melayu tengah bersiap nak pergi kenduri kahwin. Biasalah, di kampung tiap minggu banyak jemputan kahwin. Ini lagi wajib.



Ada trail yang betul-betul berada di tepi curam. Jadi sila berhati-hati. Nasib baik trail kering hari ni. Kalau basah lepas hujan pasti licin dan berbahaya. Kena lebih berhati-hati.



Cantik juga suasana hutan di Bukit Jugra ni. Banyak pokok-pokok besar dan akar kayu yang akan kita jumpa sepanjang trail ini.



Tapi sayangnya bukit ini sedang diteroka. Ada sebahagian hutan sudah menampakkan tanah merah. Semakin hilang rupa hutan di bukit ini. Sedih kalau perkara ini berterusan. 




Baru-baru ini di masjid tadi telah berlaku banjir tanah merah kesan akibat tindakan mereka. Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan dan dapat memelihara hutan simpan di negara kita. Jangan kerana wang habis khazanah alam semulajadi diteroka. 




Lebih kurang 1 jam, kami sampai di hujung trail. 


Sebuah kawasan bulat yang lapang tapi dah bersemak. Rupanya itu adalah tempat helikopter mendarat. Di depan sikit merupakan bahagian belakang kem askar yang sudah ditinggalkan. Kawasan ini adalah tempat larangan. Jadi jangan berani nak cuba masuk. 



Tapi target kami adalah nak sampai ke rumah api. Tak pasti mana laluan nak ke sana. Aku cuba juga tengok-tengok mana tau ada laluan melalui kem askar tu tapi takde.



Jadi kami patah balik keluar dari kawasan ni. Kebetulan masa keluar tu terjumpa seorang brother dan anaknya. Aku tanya mana trail nak ke rumah api. Dia beritahu memang ada tapi kena jalan jauh lagi dan jalan agak curam.


Jadi dia tunjukkan kami laluan ke rumah api. Dari tempat sebelum masuk ke kem kawasan larangan tu kena ambil kiri. Memang nampak ada jalan di situ. Jalan terus sikit. Lepas tu ada jumpa dua trail. Belah kiri trail turun ke bawah tu adalah laluan lain untuk turun. Untuk ke rumah api kena ambil trail sebelah kanan. Betul-betul lalu tepi curam. Jadi kena hati-hati masa jalan tu.



Masa jalan tu tetiba nampak banyak daun kering berwarna kuning berguguran di tanah. Terasa seperti autum di luar negara pulak. 



Macam jalan di sebuah terowong pokok hutan pun ada rasanya. 


Tak lama jalan akan lalu di tepi pagar pulak iaitu melalui kawasan kem askar yang kami jumpa di akhir trail tadi. 


Lepas jalan tepi pagar kem tadi, di hujung laluan tu akan nampak jalan tar dan pintu masuk utama kem tadi. Kena jalan terus melalui jalan tar pulak sehingga sampai ke rumah api. Agak jauh juga tapi tak sampai 1 kilometer pun.


Menurut wife aku, tempat ni merupakan tempat latihan askar masa dulu sekitar zaman 90an. Masa dia kecil kerap nampak askar berlatih. Tengok askar-askar berkawad dan sesi berlari lalu di depan rumah. Trak askar lalu lalang. 



Kadang-kadang boleh dengar dari rumah latihan menembak masa tengah dijalankan. Kini kem ini telah jadi tempat terbiar yang lama ditinggalkan. 



Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya nampak rumah api. Rasa lega sungguh. Berjaya juga sampai di penghujung trail yang sebenar di mana ada permandangan. Baru berbaloi.




Lepak kejap menghilangkan lelah sambil menikmati pemandangan dari atas. Kebetulan masa kami sampai ada group budak sekolah. Tunggu dorang beredar supaya tak mencacatkan gambar kami. 


Pemandangan dari atas di Bukit Jugra ni memang cantik. Boleh nampak Sungai Langat yang mengalir terus ke Laut Selat Melaka dan di kiri kanannya dipenuhi dengan pemandangan hijau dan pokok kelapa sawit.  



Di sini juga terdapatnya menara rumah api yang dibina pada tahun 1976 dengan ketinggian bangunan 25 meter di atas ketinggian tanah 146 meter dari aras laut dan lengkap dengan sistem pencahayaan. Lokasinya yang strategik dan menghadap arah Selat Melaka dan berdekatan dengan muara Sungai Langat ini memainkan peranan penting kepada jurumudi dan nakhoda kapal di laut. Rumah api ini tidak lagi digunakan dan kini hanya dijadikan bahan sejarah untuk generasi baru.


Selepas bergambar, tenaga pun dah kembali pulih, jadi kami sambung semula perjalanan turun untuk pulang. Ambil semula laluan yang sama. Kali ni kami kurang berhenti ambil gambar. Jalan dan terus jalan.


Walaupun turun jangan sangka mudah. Boleh tahan juga menguji stamina. Kalau masa naik tadi kita naik dan naik, kali ni turun, turun dan turun. Dah namanya naik bukit. Mestilah turun dan naik kan. Sesetengah bukit kecondongan trailnya tak terlalu ketara, nampak agak mendatar dan biasanya panjang.



Bila turun di trail macam ni kena jaga lutut waktu turun. Ada part tertentu wife aku jalan reverse untuk mengurangkan tekanan pada lutut. Semoga kaki tak sakit esoknya.


Perjalanan turun kami hanya ambil masa 1 jam. Masa naik tadi kami ambil masa 1 jam setengah. Jarak perjalanan pergi dan balik hampir 7 kilometer dengan ketinggian 300 meter. Alhamdullilah selesai juga pendakian kali ini. Aktiviti hiking ke tiga untuk tahun ini.

Sampai bawah terus buat stretching sikit lepas tu terus pulang ke rumah.


7 comments:

  1. naik lalu masjid ye. sy pernah sampai sini nak hiking tp tak jumpa. guna jalanraya aje sampai atas

    ReplyDelete
  2. Klau yg baru 1st time nak pegi.. Ok ke

    ReplyDelete
  3. Biasa ramai org naik waktu pagi ke ptg? Sbb plan nk naik nnt tp risau x jumpa jln je 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. same goes to me. Plan nak naik weekend ni, ghisau takut xjmpa jalan.huhu

      Delete
  4. melayu ramai g kenduri kawen dari g hiking? tuan silap ni, kalau tuan slalu hiking tuan akan tau yg ramai naik gunung melayu paling ramai.. cine bole kira.. cine suke hiking bukit dkt2 ngn uma je.. tp bagus la exercise..

    ReplyDelete