Total Pageviews

New Zealand : South Island - Day 10

Summer Road Trip - Lake Tekapo, Church of Good Shepherd, Mt. John Observatory & Christchurch 


Khamis - 29.11.2018


Sekejap saje dah hari ke 10 berada di bumi kiwi. Cepat masa berjalan. Berat hati nak tinggalkan bumi South Island ni. Tak puas rasanya menikmati keindahan alam di sini. Berat nak meninggalkan NZ begitu juga berat mata ni nak bangun pagi. Makin hari makin lewat bangun. Kena juga paksa diri. Lepas bangun terus kemas khemah. 


Selesai mandi dan kemas semua barang, kami tinjau sekitar kawasan holiday park ni.



Kemudian terus ke tasik nak menikmati Lake Tekapo dan lupin. Tasik ni tak jauh dari tapak khemah kami. Semalam sibuk pasal khemah sampai takde peluang nak jenguk tasik dan lupin.



Cuaca pagi tu masih berawan. Jadi pemandangan tasik agak biasa saje. Tumpuan kami pada masa tu lebih pada bunga lupin yang banyak tumbuh di depan tasik. Jadi ambil peluang ini bergambar bersama lupin dan Lake Tekapo pula.



Lake Tekapo adalah tasik kedua terbesar di Mackenzie selepas Lake Pukaki. Saiznya seluas 83 kilometer persegi dan berada di ketinggian 710 meter dari paras laut. Tasik ini merupakan destinasi paling popular dikalangan pelancong.



Lepas ambil gambar, aku ajak wife meninggalkan Lake Tekapo dan ke destinasi hari ni. Pada mulanya dia tak nak. Tapi terpaksa akur juga. 

Kemudian masa lalu depan ofis Lake Tekapo Motels & Holiday Park dia minta aku berhenti dan singgah sekejap di tasik depan ofis holiday park sebab di situ ada banyak pokok bunga lupin.



Kawasan ni memang meriah sangat dengan bunga lupin. Maka wife aku jadi lupa diri sekejap melayan lupin yang berwarna warni dan tasik. Kebetulan air tasik nampak lebih cantik berbanding di tempat tadi.


Patutlah bunga lupin sangat sinonim dengan Lake Tekapo. Rupanya memang banyak bunga ni di sini. Nama Tekapo ni berasal daripada perkataan Moari iaitu Taka (sleeping mat) dan Po (night). Menurut sumber, warna biru turquoise airnya terhasil daripada kesan batu-batu halus akibat cairan glassier.



Masih awal pagi waktu ni. Jadi agak tenang nak ambil gambar di sini. Orang pun tak ramai. Kalau ada pun satu dua saje. Ada masanya hanya kami berdua saje di sini. Tiada gangguan langsung semasa kami menikmati lupin dan tasik di sini ketika ini.



Kali ni betul-betul rasa puas dapat seladang lupin. Meriah!



Cantikkan. Bermacam-macam warna lupin ada di sini. Wife aku tak nak berganjak bila ajak pergi. Kejap, kejap saje jawapannya. Geram juga. Tapi aku tetap layankan saje. Kasi chance. Kesian datang dari jauh kan. Tapi memang tak dinafikan aku sendiri pun rasa tertarik sebab nampak cantik.



Tak pasal-pasal aku pun jadi mat bunga. Tapi akhirnya wife terpaksa juga akur sebab dia pun tahu yang kami kesuntukkan masa. Kami kembali ke kereta dan kemudian terus menuju ke destinasi pertama hari ini.


Destinasi pertama kami hari ni adalah Church of the Good Shepherd yang jaraknya hanya 2 kilometer dari holiday park tadi.


Gereja ini terletak di tepi tasik. Saiznya kecil saje tapi comel menjadikan bangunannya nampak menarik.


Ia juga merupakan destinasi popular dikalangan pelancong kerana senibina bangunan gerejanya dan jadi trademark Lake Tekapo. Gereja ini dibina pada tahun 1935 dan masih digunakan lagi sebagai tempat ibadat.



Memang ramai orang datang ke sini. Ada yang masuk jumpa paderi dan kami hanya datang tengok dan ambil gambar saje. Disebabkan ramai orang jadi memang susah nak dapat gambar kosong. Kebetulan pulak paderi ada di pintu masuk gereja bercakap-cakap dengan pengunjung. Memang takde peluang.


Cuaca masih berawan penuh lagi waktu ni. Jadi view tasik pun masih kurang umph. Tapi ia tidak mematahkan semangat kami. Tetap turun menuju ke tasik juga dan menikmati Lake Tekapo sekejap. 



Ada pokok bunga lupin di sini tapi tak berapa banyak dan meriah. Sekejap saje kami dekat tasik ni sebab nampak biasa saje. Kemudian kami naik semula ke gereja.


Tujuan ke gereja semula konon nak dapatkan gambar kosong. Masa dalam percubaan ambil gambar tu ada satu couple cina tua dari Penang tegur kami. Borak-borak kejap dengan mereka. Kemudian dia tolong ambil gambar kami dan kami ambil gambar dorang. Lepas tu masing-masing bawa haluan sendiri. Waktu ni cuaca semakin beransur bertambah baik. Langit biru sudah mula menampakkan dirinya.



Melihat cuaca semakin cantik, wife minta turun ke arah tasik semula sebab pemandangan nampak lebih cantik waktu ni. Warna turquoise airnya mula kelihatan dan ada sedikit refleksi di permukaan air tasik.



Bila lihat perubahan cuaca yang semakin baik, semakin bertambah berat hati nak meninggalkan Lake Tekapo ni. Rasa nak lepak lama dan menikmati pemandangan sepuas-puasnya. Sedih sangat sebab sekejap saje dapat luangkan masa di sini.


Dalam masa kejar masa tu, wife sempat juga layan pokok bunga lupin yang tumbuh di tepi tasik. Pantang nampak lupin. Mesti dia tak akan lepaskan peluang. Padahal sama saje rupa dan warnanya. Hanya lokasi saje berbeza.



Tak lama kemudian kami naik semula ke gereja dan singgah tengok Sheepdog Monument yang ada berhampiran dengan gereja ni. Sheepdog Monument ni adalah sebuah patung gangsa yang diukir bagi mengiktiraf jasa sheepdog ni dan juga sebagai membalas hutang budi mereka pada anjing ni.



Begitulah tingginya penghargaan mereka walaupun hanya pada binatang. Dahsyat mereka ini. Lepas ambil gambar patung anjing tu, kami pun beredar dari sini menuju ke Mt. John Observatory & Cafe


Jarak 11 kilometer dari Lake Tekapo. Selepas beberapa kilometer melalui State Highway 8 akan nampak signboard dan kami pun masuk simpang ke Mt. John Observatory.


Tidak lama lepas tu, mata disajikan dengan pemandangan jalan berliku dan gunung hijau yang cantik di sepanjang jalan menuju ke observatory. Kebetulan cuaca pun cantik waktu itu. Syukur.


Kami teruskan pemanduan sehingga sampai di satu pondok. Berhenti dan kena bayar entrance fee NZD8 untuk satu kereta. 


Lepas tu kena drive naik atas lagi sampai ke ruang parking. Mount John ni adalah sebuah bukit yang besar. Tingginya mencecah kira-kira 1,000 meter.



Ruang parking di atas ni tak berapa besar sangat. Masa kami sampai dah banyak kereta di sini. Nasib baik ada juga ruang untuk kami selit-selit. Alhamdulillah. Kemudian dari parking kami jalan kaki menghala ke cafe. 



Sampai di cafe tengok orang dah ramai. Tempat duduk pun penuh. Kecil saje cafenya. Nak beli dan order pun kena queue panjang. Masih pagi, jadi ramai lah yang datang breakfast di sini.


Kami jenguk-jenguk dulu makanan apa yang ada. Nampak ada sandwich, muffin dan cake. Geram pula tengok makanan di cafe ni terutamanya kek. Tak tau mana yang nak. Semua nampak best. Rasa nak semua saje.


Aku beratur sorang. Sementara aku beratur tunggu giliran nak order, aku minta wife pergi jenguk dan ambil gambar apa yang ada di sekitar sini. Kalau beratur sama lambat nanti. Kami tak boleh lama sangat di sini. Perjalanan jauh hari ni.


Dari sini boleh tengok pemandangan Lake Tekapo dari aras tinggi bersama banjaran alps. Terserlah kecantikan warna tasik waktu ni sebab cuaca agak cantik di sebahagian kawasan. Di sebahagian lain pula penuh dengan awan. Beginilah keadaan cuaca di New Zealand ni.



Angin agak kuat dan sejuk di atas ni walaupun cahaya matahari sudah mulai terik. Ramai juga mat salleh dan minah salleh yang lepak ala piknik di cerun bukit berhampiran cafe. Siap bawa bekal breakfast lagi. Nampak syok sangat breakfast sambil layan view cantik.



Sebenarnya tempat ni adalah pusat penyelidikan astronomi utama di New Zealand yang dikendalikan oleh University Canterbury. Pusat penyelidikan ini terletak di atas gunung yang bernama Mount John dan berhadapan dengan Lake Tekapo.


Tempat ni juga popular untuk stargazing. Tapi kena ambil tour. Harga boleh tahan mahalnya. Mampu tengok saje. Yang bestnya bila ikut tour ni boleh guna teleskop untuk tengok cakerawala. Cuma masalahnya kena ikut giliran sebab ramai orang.


Selepas wife ambil gambar sekitar, dia kembali semula ke dalam cafe. Masa ni aku masih beratur lagi tunggu giliran. Bila sampai giliran kami, aku order 'the top hot chocolate'. Disebabkan cake di sini semuanya nampak menarik sampai tak tahu nak pilih yang mana satu, akhirnya kami decided ambil carrot cake.


Juga disebabkan dah kesuntukan masa akibat beratur agak lama untuk order, jadi tiada pilihan lain kami terpaksa buat keputusan tapau saje. Tak jadi dine in. Tambah sedih lagi tak dapat try hot chocolate sebab kena tunggu lama lagi untuk disediakan. Takde rezeki, so hanya beli carrot cake saje.


Mula-mula plan tapau makan dalam kereta, akhirnya masa nak ke kereta kami nampak ada meja kosong di luar cafe, terus kami duduk makan situ. Rasa carrot cakenya memang sedap sangat. Lepas makan terus kami ke parking meninggalkan observatory ni. 



Kawasan parking dah penuh-sepenuhnya masa kami nak keluar. Nasib baik kami sampai awal sikit tadi. Kalau tak jenuh juga cari parking. Tanpa berlengah, kami terus beredar dari sini. 



Perjalanan kami menuruni bukit kali ni nampak lebih cantik dengan pemandangan tasik yang terbentang di depan mata. Memang lawa. Sedih nak tinggalkan Lake Tekapo ni. Tambah sedih lagi dah nak tinggalkan South Island dan tinggalkan alam semulajadi yang indah ini. 



Sampai saje di gate masuk tadi, kami tengok banyak kereta berhenti. Rupanya kena tunggu giliran naik atas sebab parking di atas dah penuh. Takde ruang langsung. Wow! dahsyat gile. Jadi yang di bawah kena tunggu giliran sehingga dibenarkan masuk. Fuh! nasib baik kami tak naik time ni. Kalau tak jenuh nak menunggu.


Sambung kembali perjalanan kami dan pemanduan diteruskan sehingga jumpa sebuah ladang bunga lupin yang luas. Seronok gile wife aku. Jadi haruslah berhenti.


Lebih menarik ada pula sebuah pondok kecil berwarna biru di tengah ladang maka boleh dijadikan sebagai prop.



Kemudian kami datang lebih dekat ke arah pondok biru itu. Pondok kecil buruk yang menambat hati kami.


Kemudian lebih dekat lagi dan lagi.


Dah cukup tu. Kita lupakan seketika pondok biru, ayuh kita layan lupin pula.



Meriah sangat lupin di sini. Pokok lupin yang baru mekar berbunga dan masih segar. Yang masih berputik pun ada banyak lagi. Tunggu masa nak mekar saje.




Mungkin ini lupin terakhir yang akan dapat kami lihat di South Island atau di New Zealand. Lepas ni pasti sukar nak nampak lagi.


Takde ape nak cerita, jadi layan saje gambar yang kami ambil.



Banyak gambar samakan. Wife kata tak puas lagi tengok gambar lupin. Aku letak banyak lagi bagi dia renung puas-puas bila tengok blog ni nanti.



Aku pulak yang letih tengok banyak sangat. Ok, last but not least, aku letak lagi gambar lupin kali ni dengan pondok biru pulak.



Ok, cukup. Setelah puas bergambar, kami sambung kembali perjalanan menuju ke Christchurch. Ikut plan sepatutnya kami ke Akaroa. Tapi memandangkan takut tak sempat nak pulangkan kereta sebelum pukul 5.00 petang jadi kami terpaksa skip. Aku ok je. Wife aku paling sedih tapi terpaksa akur dengan keadaan.


Jadi destinasi telah ditukar ke Christchurch. Jarak dari Mt. John ke Christchurch 238 kilometer yang dijangka mengambil masa 3 jam. Kalau jangkaan 3 jam, pada kami akan jadi 4 jam.

Selepas 53 kilometer perjalanan melalui State Highway 8 aku ternampak satu tempat stop. Jadi kami berhenti sekejap di Fairlie. Apa yang ada di sini, dari tempat lookout ni hanya pemandangan ladang lembu saje.



Sekejap saje kami di sini. Dalam perjalanan kami singgah di stesen BP Fairlie untuk isi petrol. Kemudian dari State Highway 8 kami masuk ke State Highway 79 dan kemudian masuk ke State Highway 1 terus ke Christchurch. 









Kali ni kami tidak berhenti di mana-mana pun sehingga wife ternampak Cookie Time di Christchurch.



Lepas parking kami terus masuk ke Factory Shop.



Singgah sekejap di situ beli cookies untuk bawak balik. Harga lebih murah di sini dan ada banyak jenis cookies yang dijual di sini.




Lepas beli kami kembali sambung pemanduan menuju ke tempat penginapan kami malam ni di South North Holiday Park. Hari ni kena pulangkan kereta. Jadi kami kena tinggalkan segala beg di bilik dulu supaya senang nak kemas kereta sikit sebelum pulangkan.


Sampai di South North Holiday Park kami terus check in dan arrange untuk shuttle bus ke airport esok pagi. Selesai hal semua kami terus ke bilik dan tinggalkan beg dalam bilik. 



Kemudian terus keluar semula cari car wash nak cuci kereta. Sebenarnya kami ada check dengan Snap Rental masa ambil kereta hari tu, perlu ke cuci kereta sebelum hantar. Dorang kata tak perlu. Boleh saje hantar kereta tanpa dicuci. 


Tapi memandangkan kereta kami kotor giler tahap gaban, malu pula nak pulangkan kereta dalam keadaan macam tu. Terpaksa labur duit untuk cuci kereta. Cari car wash terdekat dengan penginapan. Cuci kereta cara self service.

 

Selesai cuci kereta kami cari kedai kebab untuk tapau makan malam nanti. Dengan bantuan google map bawa kami ke kedai kebab berhampiran lokasi kami.



Makan malam dah ada, lepas tu kami terus ke Snap Rental pulangkan kereta. Sebelum tu pergi topup petrol dulu bagi full semula. Sampai sana, serahkan kunci, kemudian dorang akan check kondisi kereta. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.



Selesai hal kereta, minta dorang hantar kami ke penginapan malam ni. Sampai di holiday park, terus rehat kejap dalam bilik dan kemas apa yang patut.




Kemudian pergi ke laundry cuci baju. Sementara tunggu baju tengok kawasan sekitar holiday park.



Disebabkan holiday park ni dekat dengan airport jadi boleh nampak kapal terbang yang nak mendarat dan baru berlepas. Layankan juga untuk isi masa terluang.


Selesai semua hal, kami berehat saje di dalam bilik. Malam makan kebab yang kami tapau tadi. Cukup masa kami tido. Esok kena bangun awal pagi.


Bersambung hari ke-sebelas. 👈

Perjalanan kami hari ini

Perbelanjaan hari ke sepuluh :-
  1. Mount John entrance fees - NZD8.00
  2. Carrot Cake - NZD8.50
  3. Petrol Fairlie - NZD30.00
  4. Beli Cookies Time - NZD14.00
  5. South North Holiday Park - NZD72.00
  6. Cuci kereta + vakum - NZD20.00
  7. Beli Kebab - NZD8.50
  8. Petrol Christchurch - NZD40.00
Total - NZD201.00