Total Pageviews

Thailand : Bangkok - Day 6

Misi Memburu Matahariku - Bangkok : MBK Shopping Center


Ahad - 1.12.2017


Hari ke-enam. Lepas solat subuh kami lepak je kat bilik hotel. Dalam pukul 8 pagi turun breakfast dan balik semula ke bilik berehat.



Dalam pukul 10 pagi kami check out. Ambil MRT ke Shukumvit Station. Tambang THB21 seorang. Lepas tu pergi ke Asok Station ambil BTS ke National Stadium Station. Tambang THB33 seorang. Sebelum itu kena transfer di Siam Station dulu untuk ke National Stadium.


Turun di National Stadium Station kami terus ke MBK Shopping Center. 


Tujuan kami ke sini adalah untuk menjamu selera di Yana Restoran, iaitu restoran halal Thailand yang terkenal dikalangan traveller. Restoran tu berada di tingkat 5 sama level dengan food court. 


Aku order macam biasa kailan ikan masin, telur dadar dan tomyam. Orang cakap tomyam dia sedap, so kena lah cuba. Memang sedap dan portion dia banyak.



Lepas selesai makan, kami gerak ke station. Kebetulan disitu ada gerai jual mangga jeruk dan serbuk teh thai. Harga pun agak murah, jadi kami beli sebagai buah tangan.

Dari National Stadium kami naik BTS ke Mo Chit Station. Tambang THB44 seorang. Sampai di station keluar exit 3, pergi ke seberang jalan dan tunggu bas no. A1 atau A2 untuk ke Don Mueang Airport. Perjalanan ke airport mengambil masa lebih kurang 20 ke 30 minit. Tambang bas THB30 seorang.


Ada juga cara lain untuk ke airport. Boleh ambil train di Hua Lamphong Railway Station ke airport. Harga tiket agak murah THB5 sahaja. Tetapi perjalanan mengambil masa 1 jam sebab keretapi bergerak perlahan. Satu lagi cara boleh naik teksi dari Mo Chit Station ke airport.

Tiba di airport dan terus check-in. Agak ramai juga yang check-in di kaunter AirAsia petang tu. 


Settle check in, kami terus masuk check immigration yang sangat simple. Lepas tu singgah di kedai duty free, beli sikit jajan untuk dibawa balik. Lama juga di sini. Sampai kenyang juga makan makanan sample yang dorang sediakan.


Tak tunggu lama, gate buka, kami terus boarding. Dalam pukul 4.40 petang flight berlepas, alhamdulillah selamat sampai di KLIA pukul 8.05 malam.




Sampai terus ambil ERL ke Putrajaya Sentral. Bayar parking dan macam biasa balik dari luar negara pasti singgah pergi makan dulu. Kali ni kami pergi makan di Ayam Penyet Wong Solo, Cyberjaya. Biasanya balik mesti cari tomyam, kali ni tukar menu pulak. 

Alhamdulillah, selesai sudah trip kali ini. Trip kali ini agak santai sikit, biasanya itinerary kami padat dengan program. InsyaAllah ada rezeki akan kembali lagi ke Thailand untuk ke lokasi lain pula. 

Perbelanjaan hari keenam :-
  1. MRT ke Shukumvit - THB42
  2. BTS Asok ke National Stadium - THB66
  3. Makan di Yana Restoran - THB547
  4. Beli mangga jeruk dan teh thai - THB570
  5. BTS National Stadium ke Mo Chit- THB88
  6. Bas ke airport - THB60
  7. Beli jajan - THB340
Total perbelanjaan - THB1,713

Total perbelanjaan 6 hari - THB16,630 ~ RM2,122

ERL - RM37.60
Parking - RM36.00
Flight - RM846.00

Total perbelanjaan keseluruhan trip - RM3,041.60


Thailand : Bangkok - Day 5

Misi Memburu Matahariku - Bangkok : Damnoen Saduak Floating Market, Maeklong Railway Market & Train Night Market


Khamis - 30.11.2017


Hari kelima, lewat sikit bersiap. Pukul 9.00 pagi baru keluar bilik turun breakfast sebelum keluar. Selesai makan kami terus keluar ambil MRT dari Thailand Cultural Centre Station ke Sukhumvit Station. Tambang THB21 seorang. Lepas tu transfer di Asok BTS Station pergi ke Victory Monument Station. Tambang THB40 seorang.


Sampai di Victory Monument kami cari minivan untuk ke Damnoen Saduak Floating Market. Kami pergi ke beberapa tempat. Semua minivan kena pergi ke Southern Terminal dulu. Tambang berbeza. Ada yang THB35 ada yang THB40. Kami ambil yang THB40 sebab malas patah balik ke tempat minivan yang mula-mula pergi tadi tu. 

Sampai di Southern Bus Terminal ambil minivan ke Damnoen Saduak Floating Market. Harga THB80 seorang. Perjalanan hampir 2 jam. 


Untuk ke Damnoen Saduak Floating Market ada tiga cara. Pertama naik teksi. Yang ni baik jangan. Mahal. Kedua, naik bas. Ambil bas di Southern Terminal, bas no. 78. Bas bergerak setiap 40 minit bermula dari pukul 6.00 pagi. Tambang THB50. Turun di jalan besar, kemudian jalan kaki masuk ke dalam lebih kurang 1 km atau boleh juga naik teksi untuk masuk ke dalam. Cara ketiga naik minivan. Ambil minivan di Southern Terminal. Harga THB80. 

Dulu boleh ambil minivan di Victory Monument terus ke Damnoen Saduak Floating Market. Sekarang tidak lagi. Tujuannya untuk kurangkan kesesakan di kawasan ini. Ada disediakan free shuttle bus setiap 20 minit dari Victory Monument ke Southern Terminal bermula dari pukul 4.30 pagi hingga 8.30 petang. Ambil free shuttle bus di bahagian northwest corner di bulatan Victory Monument. Perkhidmatan free shuttle bus berlanjutan sampai bila tu tak pasti. Dah balik baru aku tahu. 

Digalakkan ke floating market naik minivan. Minivan akan berhenti di tempat scammer. Takkan berenti di depan floating market. Banyak scam di sini. Mungkin driver dapat commission kot. Bayaran yang dikenakan THB1,500 ke THB2,000 naik boat ke floating market. Mahal gile.

Minivan akan turunkan di kawasan arah anak panah tu. So, terus keluar untuk elak kena scam

Ada cara untuk jimatkan kos dan elakkan daripada kena scam. Keluar saje dari minivan terus keluar dari tempat hentian ke jalan raya. Dorang memang akan kejar usha kita. Buat bodoh je keluar terus. So jalan kaki terus ke floating market. Jalan lebih kurang 1 kilometer lebih. Kalau tak larat jalan kaki sampai ke floating market, sepanjang jalan tu ada saje agent boat akan usha. Sama ada nak jual mahal, terus jalan ataupun negotiate pun boleh.


Masa aku tengah jalan kaki tu ada beberapa agent offer. Tapi kami buat tak tau. Sampai kat sorang ni, wife aku gatal mulut tanya berapa. Dia bagi THB800 tak silap. Terus aku kata no! Lepas tu dia tanya balik berapa nak. Aku cakap THB300. Terus dia kata ok. Aku terus berhenti minta confirm THB300 satu boat ke. Ye betul. Daripada aku terus jalan kaki baik aku ambil dia terus. Sebab kat dalam kawasan floating market tu harga THB300 ke THB400 juga. 

Tapi dalam tu naik sampan dayung. Yang ni naik boat. Wife aku nak yang sampan dayung. Lagi satu dia nak jalan kat atas floating market sekali. Tapi aku kata naik ni je. Tak perlu jalan kaki lagi masuk dalam.

Dengan harga tadi, kami berdua saje yang naik satu boat. Masa yang diberi pun sama dengan scammer di depan tadi selama 2 jam. Tak lama tunggu boat pun sampai. Jadi ayuh teruskan pengembaraan. Boat jalan sekitar perkampungan dulu sebelum masuk ke floating market. 





Sebelum masuk ke floating market nampak ada gerai jual makanan halal. Minta orang boat berhenti. Takut kat dalam tak jumpa nanti. Kami beli pad thai harga THB200. Mahal juga. Biasalah tourist spot. Nasib baik banyak dan sedap. Alhamdulillah, kenyang. 



Lepas tu nampak fridge magnet. Beli satu harga THB120. Wife aku tak berapa berkenan beli fridge magnet kat sini sebab mahal. Tapi aku nak beli juga. Aku pun tak tawar menawar gila-gila. Macam tu aje. Rugi. Takpe lah. Lepas beli sambung semula perjalanan masuk ke kawasan floating market.

Damnoen Saduak Floating Market terletak di Ratchaburi, 100 km dari Bangkok. Merupakan salah satu floating market yang paling popular di Thailand. 


Terdapat banyak kedai-kedai dengan pelbagai jenis jualan seperti makanan, minuman, cendermata, pakaian, perhiasan rumah dan macam-macam lagi sepanjang 32 kiliometer terusan ini. 




Selain itu, terdapat juga penjual-penjual yang menjual terus melalui sampan mereka. Ini satu pengalaman unik yang harus dicuba sekali seumur hidup.




Waktu kami sampai keadaan sangat sesak dengan boat dan sampan. Sesak sesesaknya. Berlaga sesama sendiri. Jangan letak tangan di tepi boat atau sampan. Takut tersepit.



Bagi mengelakkan sesak seperti ini, sila datang awal sebelum pukul 9.00 pagi. Lepas 9.00 pagi suasana akan menjadi bertambah sesak kerana waktu ni tour-tour pun sampai. 




Kami hanya jalan terus sambil tengok-tengok saje. Cuma beli 2 coconut ice cream harga THB100. Pulut mangga cuma tengok saje. Bila tanya wife aku tak nak juga beli. 



Selepas round kawasan floating market, boat bawa kami ke satu kedai jual pelbagai cenderahati daripada kayu. Kami diminta turun dan masuk ke kedai. Boat akan ambil kami semula dalam masa 20 minit.


Disebabkan takde hati nak bershopping, kami hanya tengok seimbas lalu saje. Kemudian keluar minta boat datang ambil kami semula. Entah macam mana pekerja kedai perasan yang kami hanya sekejap saje sebab kami tak ambil air kelapa free. Aku cakap takpe. Dia minta kami tunggu sekejap. Tak lama dia datang balik bawa dua air kelapa beri kepada kami.




Naik boat, driver terus bawa kami balik semula ke jeti tadi. Sempat lagi dorang jual gambar pada kami. Kami beli satu buat kenangan. Harga THB100. Settle bayar semua, kami jalan kaki terus ke jalan besar. Kemudian melintas jalan, tunggu minivan untuk ke destinasi seterusnya


Lebih kurang 20 ke 30 minit juga tunggu baru ada minivan. Tahan minivan kemudian beritahu ke Maeklong Railway Market. Betul dan terus naik. Tambang THB20 seorang. Perjalanan lebih kurang 20 ke 30 minit.

Terus jalan masuk ke dalam pasar. Kalau ikut jadual, tak lama lagi train akan lalu dalam pukul 2.30 petang. Nasib baik train delay sikit. Sempat jalan-jalan sepanjang market ni sampai ke stesen. 



Maeklong Railway Market adalah pasar yang menjual sayuran segar, makanan basah dan buah-buahan. Apa yang menjadikannya istimewa kerana pasar ini terletak di landasan keretapi yang masih berfungsi dan keretapi akan melalui landasan di pasar ini sebanyak 4 kali sehari pergi dan 4 kali balik.




Apabila keretapi datang, peniaga akan menurunkan payung dan memindahkan jualan mereka dari landasan. Sesetengah sayuran dan buahan diletakkan di atas tanah dan keretapi akan lalu di atasnya. Menarikkan.






Keretapi bergerak agak perlahan dan sangat rapat dengan gerai-gerai ni semua. Semua orang diingatkan berdiri di belakang garisan merah. Garisan merah pun nampak tak nampak. Kena perhatikan betul-betul.


Sebaik saje keretapi lalu, peniaga akan membuka kembali payung dan meletakkan barangan jualan mereka di landasan dan meneruskan aktiviti peniagaan seperti biasa.





Maeklong Railway Market adalah salah satu bucket list kami. Mula teringin nak tengok dengan mata sendiri selepas tengok Majalah 3. Rasa menarik dan unik. Alhamdulillah, tercapai juga hajat dapat melihat dan merasa pengalaman ini.


Selepas puas hati, kami plan terus balik ke Bangkok. Kena ambil minivan di bus stesen. Disebabkan kami tak tau mana bas stesen, jadi kami tahan tuk tuk minta dia hantar ke bus stesen. Tambang THB50. Sekali dekat sangat bus stesen dari train stesen tadi. Jalan kaki pun boleh. 


Dari Maeklong Station, ambil belah kanan, jalan terus. Sampai hujung ambil kiri, jalan sampai nampak stesen kecil. Nampak ada banyak minivan, situlah tempatnya.



Minivan ini hantar kami sampai Mo Chit BTS Station. Tambang THB90 seorang. Perjalanan 1.5 jam. Bila nak sampai driver minivan berhentikan kami di Kamphaeng Phet MRT Station, berhampiran dgn Mo Chit BTS Station. 

Dari Khamphaeng Phet station naik MRT ke Sukhumvit Station. Tambang THB37 seorang. Semalam orang hotel beritahu banyak makanan halal di sini. Area mana aku tak tau. Main terjah je ni. 

Jalan-jalan cari tapi tak jumpa-jumpa. Perut dah lapar, akhirnya masuk di Terminal 21 Shopping Mall terjumpa kiosk ada jual makanan halal. Jadi kami makan di sini saje untuk isi perut. Sedap punya pasal, siap bungkus bawa balik hotel lagi. Takut malam lapar. Mana nak cari makanan. Malas nak makan maggie.



Settle makan, jalan-jalan kejap nak cari teh thai untuk bawak balik. Jumpa Cha Tra Mue kiosk teh thai yang top tu. Beli satu air teh thai harga THB40. Kami tak jadi beli teh serbuk sebab tengok harga nampak mahal sikit. 


Jadi kami terus keluar dari mall pergi ke MRT station nak balik hotel. Badan rasa rimas berpeluh panas siang tadi. Bau jangan cakaplah memang masam. Rasa nak mandi dan freshkan badan.

Masa dalam train terborak dengan pelancong dari Korea. Borak-borak, then tanya dia nak ke mana. Dia jawab turun di Thailand Culture Centre Station sama dengan kami. Dia nak pergi ke Train Night Market. Lepas tu tanya kat pelancong dari Hong Kong, dia pun nak pergi tempat yang sama. 

Aku takde pulak survey pasal night market di Bangkok ni. Sebab nak relax sikit trip kali ni. Disebabkan ramai sangat turun di station ni dan nak pergi ke Train Night Market, jadi kami pun ambil keputusan nak pergi juga tengok ape yang menarik sebelum balik hotel. Hotel kami di area sini saje. 

Sampai saje di Thailand Culture Centre Station ambil Exit 3 untuk ke Train Night Market. Keluar terus ambil kanan, then terus je sampai simpang masuk kiri. Boleh juga masuk melalui Esplanade Shopping Mall. Kalau nak tengok view dari atas, boleh naik ke tempat parking di tingkat atas sekali. Memang cantik view waktu malam. Tapi kami tak pergi pun sebab letih. Tujuan cuma nak jenguk apa yang ada je.


Sampai saje di Train Night Market, tengok memang meriah dan ramai sangat orang. Banyak gerai-gerai jual makanan dan pakaian. Aim kami cuma gerai makanan saje. 



Habis satu kawasan makanan kami jalan. Lepas tu baru decide nak makan ape. Ada jugak jumpa gerai jual makanan halal. Makanan eksotik pun ada. Makanan jepun seperti sushi dan sashimi pun banyak di pasar ni.



Yang paling menarik aku nak try makan ikan bakar. Macam menarik. Aku dah banyak makan pad thai, somtam, jadi tak nak makan tu lagi. Wife aku cari beef noodle tapi takde. 




Jadi kami makan ikan bakar saje. Nak order set lain duit cukup-cukup je. Sebenarnya perut masih kenyang baru sangat lepas makan. Tapi nak try juga ambil yang kecil. Memang sedap ikan bakar dia. 



Lepas makan terus balik ke hotel. Nasib baik hotel dekat saje. Badan naik rimas sebab berpeluh dan letih. Settle hal sepatutnya terus tido. Sambung hari ke enam, terakhir kami di Bangkok. 

Perbelanjaan hari ke-lima :-

  1. MRT ke Shukumvit - THB42
  2. BTS ke Victory Monument - THB80
  3. Minivan ke Southern Terminal - THB80
  4. Minivan ke Floating Market - THB160
  5. Boat di Floating Market - THB300
  6. Pad thai - THB200
  7. Fridge magnet - THB120
  8. Coconut ice cream - THB100
  9. Frame gambar - THB100
  10. Minivan ke Maeklong Market - THB40
  11. Tuk tuk ke stesen bas - THB50
  12. Minivan ke Bangkok - THB180
  13. MRT ke Sukhumvit - THB74
  14. Makan di shopping mall - THB220
  15. Air teh thai - THB40
  16. MRT ke Thailand Culture Centre - THB42
  17. Green tea thai - THB25
  18. Makan di night market - THB200
Total perbelanjaan - THB1,979