Total Pageviews

Thailand : Lopburi - Day 4

Misi Memburu Matahariku - Bangkok : Sunflower Farms  


Rabu - 29.11.2017


Hari ke-empat, seawal pukul 4.30 pagi kami bangun solat, kemas barang dan bersiap untuk aktiviti hari ini. Sebelum keluar sempat breakfast roti dan biskut. Pukul 6 lebih kami check out dan terus keluar menuju ke Hua Lamphong Railway Station untuk ke Lopburi

Hua Lamphong Railway Station tak jauh dari @Hua Lamphong Hostel. Hanya seberang jalan saje. Masuk ke MRT station kemudian ambil Exit 2 untuk ke Hua Lamphong Railway Station. Ada signboard tunjuk arah ke station.  

Destinasi hari ni merupakan highlight trip kali ni. Tujuan utama ke Bangkok sebab nak ke ladang bunga matahari. Lama wife aku teringin nak pergi. Asyik tertangguh saje dari tahun ke tahun. Akhirnya kali ni, hajat dia tercapai. Harus diingat, musim bunga matahari di Thailand bermula dari bulan November hingga Januari sahaja setiap tahun.


Dari Hua Lamphong Railway Station, kami ambil train pukul 7.00 pagi dan dijadualkan sampai di Lopburi Station pukul 9.44 pagi. Perjalanan mengambil masa 2.45 jam. Tiket THB50 seorang untuk third class. Tiket hanya boleh dibeli pada hari yang sama. Tiada advance booking. 




Harga tiket yang dibayar tertulis 'standee' dan tiada nombor seat. 'Standee' tu bermaksud berdiri. Tapi boleh duduk dimana-mana. Nanti kalau ada penumpang lain nak ambil seat dia, sila bangun. Cari kerusi kosong lain kalau ada. Kalau takde, boleh berdiri. Sebaiknya naik gerabak 2 daripada depan. Kebanyakannya yang ni untuk tak bernombor. Kalau gerabak lain, kena ikut nasib.



Train ni tak berair-cond. Ada kipas di bahagian bumbung. Tapi ikut nasib juga. Kadang ada yang berfungsi ada yang tak. Ada kipas yang berfungsi dan boleh pusing. Ada yang tak boleh pusing, statik satu hala saje. Guna angin semulajadi dari luar tingkap. Debu habuk tu kena hadapi. Inilah pengalaman berharga.


Sampai di Lopburi Station keluar saje, akan ada orang usha offer songthaew untuk ke ladang bunga matahari. Jadi kena tawar menawar harga. Kebetulan kami jumpa group budak-budak dari Malaysia. Lima orang semuanya. Aku ajak dorang join kami. Jadi total 7 orang. Boleh jimatkan kos aku. 



Aku ada terbaca yang kos satu songthaew ke ladang lebih kurang THB1,000 ke THB1,200. Datang ramai-ramai boleh jimat. Boleh kongsi bayar. Macam kami datang berdua kena bayar harga satu kenderaan. Begitulah dilema kami. Kena keluarkan budget lebih. Biasanya kami siap sedia masukkan budget satu kenderaan. Memandangkan dapat berkongsi, Alhamdulillah dapat jimatkan kos. Cuma masalahnya kami jenis lama berada di sesuatu tempat tu. Takut orang lain tak ok susah juga. Walaupun nampak macam ok saje. 

Setelah tawar menawar, wife aku berjaya dapatkan THB150 seorang. Biasanya THB200 seorang. Driver ni janji akan bawa kami semua ke 3 ladang bunga matahari dan Temple Peacock. Tiada had masa. Sebelum mulakan perjalanan ke ladang bunga matahari tu, kami singgah 7-Eleven beli air buat bekal harga THB25.

Perjalanan menuju ke ladang dari Lopburi Station mengambil masa 30 minit. Jauh juga. Selain daripada naik songthaew, ada bas ke ladang ni. Kos lebih menjimatkan. Dari Lopburi Station kena keluar pergi ke Bus Terminal ambil bas no. 601 menuju ke Wangmoung untuk ke ladang bunga matahari. Harga tiket THB16. Bas bergerak setiap 15 minit. Naik bas minta driver berhenti di Khao Jeen Lae atau tunjuk saje gambar bunga. Sampai tempatnya nanti driver akan beritahu turun di depan cafe. Bas ni hanya berhenti di jalan besar. Dari jalan besar masuk ke ladang dalam 1 km ke 2 km jauhnya. Kena jalan kaki. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Sampai di ladang pertama, masing-masing dah teruja melihat kecantikan bunga matahari yang sedang berkembang mekar. Cantik sangat. Seperti lautan kuning. Alhamdulillah cuaca juga agak cantik dan berawan sikit. 




Panas tak usah cakap. Terasa terik sangat. Dekat ladang mestilah panas. Jangan lupa pakai sunblock bagi melindungi kulit dari sinar matahari yang terik. Sebaiknya pakai topi dan sunglasses. Tapi demi bunga matahari yang cantik, lupa sekejap panas mentari.




Lopburi terletak di utara Bangkok. Menjadi destinasi pelancongan popular pada bulan November hingga Januari apabila bunga matahari di Khao Jeen Lae berkembang mekar. Selain itu, menjadi destinasi persinggahan popular bagi pelancong dari atau ke Chiang Mai yang melalui laluan keretapi. Ladang bunga matahari di Lopburi adalah yang terbesar di Thailand dengan keluasan beribu-ribu ekar.




Bunga matahari boleh menghasilkan minyak masak dan bijinya yang dikeringkan boleh dijadikan snek makanan. Contohnya kuaci. Minyak bunga matahari sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Di rumah wife aku memang guna minyak bunga matahari untuk mengoreng.


Lepas puas bergambar di ladang pertama, kami gerak ke ladang ke dua. Sebelum tu sempat juga beli kuaci THB100 di gerai tepi ladang. Ada macam-macam jenis snack kuaci yang dijual. Kuaci madu dan perisa ape lagi aku tak ingat. 


Ladang kedua cuma ke depan sikit. Yang membezakan ladang pertama dan kedua hanya bunga matahari lebih besar di ladang ke dua. Ladang nampak lebih cantik.




Lama juga kami di sini. Ambil gambar yang sama. Ambil video untuk kenangan. Walaupun panas terik. Waktu ni dah tengahari. Rentung juga kulit dibuatnya. Memang nampak sangat beza kulit dah terbakar.




Tapi tak peduli semua tu waktu ni. Bergembira dulu. Menyesal kemudian nanti. Bukan selalu datang sini. Datang dari jauh. Berhabis duit. Jadi kena layan sepuas-puasnya. Datang kembali mungkin tidak.




Dinasihatkan, kalau datang ke ladang bunga matahari jangan pakai baju berwarna putih. Ini kerana debu di bahagian tengah bulatan bunga itu akan melekat pada baju sekiranya terlanggar. Nanti baju yang putih akan bercorak-corak kuning. 





Cukuplah setakat ini. Kalau layan sangat nanti tertinggal train pulak. Kuning sudah mata hitam ku dibuatnya.



Setelah bergambar kami gerak pulang. Tak pergi pun ladang ke tiga. Ladang ketiga berdepan saje dengan ladang ke dua. Rasa menyesal juga tak pergi. Walaupun nampak sama, tapi ape salahnya pergi tengok sekejap. 

Sebab dari awal tadi kami ada mention pasal monyet, jadi driver kami nak bawak kami ke temple yang banyak monyet tu. Tempat monkey buffet. Masing-masing teruja.

Sampai saje, driver turunkan kami di tepi jalan. Dia suruh kami melintas jalan untuk ke temple tu. Kemudian dia bagitahu, balik nanti jalan kaki ke train station. Rupanya temple tu berdekatan saje dengan Lopburi Station. Hampeh betul. 



Setiap tahun pada hujung bulan November hari Sabtu dan Ahad akan diadakan Monkey Buffet Festival di kuil Pra Prang Sam Yot di Lopburi. Buffet yang menghidangkan 2,000 kilogram buah-buahan dan sayur-sayuran kepada monyet yang ada di situ. 




Lopburi juga terkenal dengan kota monyet kerana terdapatnya banyak monyet berkeliaran di bandar ini. Monyet ini telah dianggap sebagai penduduk tempatan.




Penduduk tempatan percaya bahawa monyet membawa nasib baik dan kekayaan kepada penduduk di bandar itu sehingga mengadakan festival ini sebagai tanda menghormati monyet. Festival ini dianggap sesuatu yang pelik dan telah menarik perhatian ramai pelancong dari seluruh dunia.




Masa kami datang ni takde festival tu. Tapi memang boleh nampak dengan jelas betapa banyaknya monyet di sini. Hati-hati dengan barang yang kita pegang. Sebaiknya, jangan pegang makanan walaupun hanya plastik. Nanti monyet akan datang rampas.



Berdepan dengan kuil ni, jangan tak percaya, ada bangunan yang dipanggil kondominium monyet. Terdapat rumah kedai yang terbiar kosong. Di sinilah monyet-monyet tu tinggal. Memang banyak sekali monyet di kawasan ini.




Banyak juga yang berkeliaran di kaki lima 'kondominium' mereka. Macam-macam aksi ada. Yang bergaduh, bergurau senda, bergayut, berebut makanan dan macam-macam lagi. Nak dekat tak berani sangat. Takut naik kat badan.




Lepas tengok monyet-monyet ni, kami terus pergi ke station beli tiket balik ke Bangkok. Tiket train tak boleh beli in advance. Kena beli 20 minit sebelum jadual train. Kami beli tiket train pukul 2.39 petang. 

Betul-betul depan train station ada Wat Phrasri Rattana Mahathat. Aku singgah kejap ambil gambar dari luar. Nak masuk tak sempat sebab nak makan dulu sebelum naik train. Masuk wat ni kena bayar. 



Lepas beli tiket, ambil gambar wat kejap, cadangnya nak pergi makan di sebuah kedai halal seberang station. Kebetulan masa kami nak ke seberang station ada train lain baru sampai. Jadi dorang tak benarkan kami menyeberang. Kena tunggu lepaskan train dulu.

Tunggu punya tunggu train tak gerak-gerak. Masa terus berjalan. Rupa-rupanya train tu memang berhenti di situ. Derang nak buat shooting. Aku tengok ada banyak peralatan shooting. Jadi macam mana nak ke seberang? 

Disebabkan dah lama tunggu, jadi kami cuba jalan sampai ke hujung train untuk menyeberang. Tak sampai hujung, di gerabak kelas ke dua atau ke tiga, kami naik kemudian keluar ikut pintu sebelah sana. Selesai. Selamat sampai di platform yang sepatutnya. 


Tengok jam macam tak sempat nak makan. Takut kelam kabut, jadi kami batalkan niat makan di kedai tu. Tunggu saje train datang. Tak lama tunggu train pun datang. Perjalanan hampir 3 jam balik ke Bangkok. Perut lapar makan biskut saje. 

Sampai di Hua Lamphong Railway Station dah gelap. Terus ke MRT Hua Lamphong Station naik MRT ke Thailand Cultural Centre Station. Nak check in hotel lain malam ni. Hotel aku malam ni sebenarnya dekat saje dengan station. Disebabkan aku lupa tengok map lokasi, main gamble cari akhirnya dari dekat jadi jauh. Berpusing, patah balik cari hotel masih tak jumpa. Wife aku dah muncung sebab letih dan panas berpeluh-peluh. Buang masa. 

Memang salah aku main gamble. Confident sangat senang nak cari. Akhirnya menyusahkan diri sendiri. Hotel ni memang dekat. Cuma bangunannya terlindung dengan shopping mall. Dari station kena melalui shopping mall baru jumpa. 

Dekat sejam juga mencari, akhirnya jumpa. Kami stay di Prom Ratchada Residence Hotel untuk 3 hari 2 malam. Lepas check in, lepak kejap, makan maggie saje malam tu, settle semua yang patut terus tido. Sambung hari ke-lima.


Perbelanjaan hari ke-empat:-
  1. Train ke  Lopburi - THB100
  2. Songthaew - THB300
  3. Beli air - THB25
  4. Beli kuaci - THB100
  5. Train ke Hua Lamphong - THB100
  6. MRT ke Hotel- THB70
  7. Hotel - THB2,466
Total perbelanjaan - THB3,161


No comments:

Post a Comment