Total Pageviews

Bali, Indonesia - Day 5


Khamis - 25.09.2014

Bali : Pantai Kuta, Surfing


Hari ni dah hari yang ke lima. Hari ni dah nak balik Malaysia. Tanah tumpah airku. Hari ni bangun awal. Turun breakfast pun awal. Seawal pukul 7.50 pagi. 

Selesai makan pukul 8.30 pagi aku gerak ke Pantai Kuta dengan berjalan kaki. Lima hari aku kat Bali baru hari ni berpeluang ke Pantai Kuta. Plan hari ni nak tengok suasana Pantai Kuta dan nak try surfing.

Di pantai Kuta ni ada disediakan kerusi pantai. Tapi kalau nak duduk kena bayar rental ye. Tengok, kat Bali semua benda nak kena cas kan. Memang mata duitan sungguh. Tapi itulah cara dorang mencari pendapatan.

Pantai Kuta

Melambak orang yang tawarkan khidmat surfing ni. Untuk first timer macam aku ni kena belajar dulu. Untuk pakej belajar termasuk sekali dengan sewa surfing board kena bayar Rupiah 150,000 untuk satu jam. Oklah pada aku harga tu. 

Surfing rental

Dorang akan ajar step by step macam mana nak bersurfing. Untuk first timer macam aku ni kena guna surfing board yang lebar dan besar sikit. 

Mula-mula belajar kat pantai dulu cara nak naik atas board tu. 1st step, kena baring atas board lepas tu bangun berdiri dan bongkok kan sikit badan tu sambil balance kan badan di atas board. Kedudukan badan kena mengiring dan kaki tak boleh lurus kena bengkok sikit. Kuda-kuda kaki kena kuat sebab kena stabil kan surfing board untuk melawan arus ombak yang kuat.

Kena ulang step ni berkali-kali sampai betul dan consistent. Lepas trainer tu puas hati baru boleh try di atas air plak.

Sessi pembelajaran

Not bad juga aku bersurfing walaupun aku ni first timer kan. Best memang best tapi agak penat sebab ombak kuat.

Tu dia gaya sudah ada

Ala professional gitu

Nampak tak kapal terbang nak landing 

Yang jatuh tergolek tu bukan aku

Cukup sejam aku naik pantai. Rehat kejap. Pukul 10.00 pagi aku beredar balik ke Hotel. Nak kena kemas-kemas bersiap nak balik. Flight pukul 2.15 petang. So kena ada kat airport at least pukul 12.00 tengahari. 

Pukul 11.30 pagi aku check-out. Pak Supir aku dah tunggu kat depan Hotel. Sampai airport pukul 12.00 tengahari. Check in. Untuk keluar dari Bali kena bayar airport tax di kaunter airport. So mesti kena sediakan duit Rupiah 200,000 seorang. 

Lunch di airport je arini. Flight depart dari Airport Denpasar pukul 2.15 petang. Pukul 5.15 petang sampai Malaysia dengan selamatnya. Alhamdulillah.

Pada aku pengalaman ke Bali ni memang best. Aku berhajat ada rezeki nanti aku pasti akan kembali ke Bali. Aku plan nak stay kat Nusa Dua sebab pantai di sana lebih cantik.

Sepanjang aku di Bali, aku gunakan khidmat Pak Supir. Berikut adalah bayaran khidmat Pak Supir yang telah aku gunakan sepanjang 5 hari di Bali :-
  1. Hari pertama dari Airport ke Hotel Rupiah 50,000 ke Jimbaran Rupiah 20,000.
  2. Hari kedua dari lovina hingga ke Tanah Lot bermula dari pukul 3.00 pagi hinggalah habis aktiviti Rupiah 400,000.
  3. Hari ketiga dari Barong dance hingga ke Seminyak Rupiah 350,000.
  4. Hari keempat dari Nusa Dua hingga ke Kuta Rupiah 350,000
  5. Hari kelima dari Hotel ke Airport Rupiah 50,000.
So total untuk Supir sepanjang di Bali ialah Rupiah 1,220,000. Bagi aku harga ini ok. Sangat berpatutan. Sebelum ke Bali aku booking dulu perkhidmatan Supir di sini.




Bali, Indonesia - Day 4


Rabu - 24.09.2014

Bali : Tanah Lot, Water Blow, Nusa Dua, Pantai Pandawan, Dreamland Beach, Pantai Padang Padang, Uluwatu, Kuta


Di hari ke empat sama juga. Pukul 8.30 pagi baru turun pegi breakfast. Untuk aktiviti hari ni, tibalah giliran melawat pantai-pantai di Nusa Dua, Bali.

Sepatutnya hari ni aku terus gerak ke Nusa Dua. Tetapi disebabkan semasa ke Tanah Lot pada hari kedua hari tu aku tak sempat nak beli fridge magnet yang aku berkenan kat sana. Wife aku pun kata nak beli baju kat sana. 

So aku bagitau Pak Supir yang aku nak pegi ke Tanah Lot dulu lepas tu baru ke Nusa Dua. Dia kata ok. Boleh saje. Bertolak dari hotel pukul 9.30 pagi menuju je Tanah Lot. Dalam pukul 10.30 pagi sampai.

Pegi ke pantai Tanah Lot. Nak tengok view waktu pagi. Hari tu datang petang dah nak senja. Air pun dah mulai surut. Kali ni datang waktu pagi air pasang. Ombak lagi kuat. Memang cantik pemandangan di waktu pagi. Tak sia-sia datang balik. Dah lah kena bayar entrance lagi. Pegi jalan-jalan kat area pantai pastu beli barang yang dicari, pastu terus beredar. 








Sembahyang dorang. Ada dimana-mana.

Tak boleh lama-lama kat sini sebab nak pegi ke Nusa Dua tu jauh. Pukul 11.35 pagi terus gerak ke Nusa Dua. Nak ke Nusa Dua akan melalui tol. Satu-satunya tol di Bali.

Lebih kurang pukul 12.45 tengahari sampai di Nusa Dua. Hajat di hati nak cari Wisata Water Blow. Merayau-rayau cari. Sambil jalan mencari water blow sambil menikmati permandangan pantai di Nusa Dua. Memang cantiklah pantai-pantai di Nusa Dua ni. Aku suka sangat! Kerna aku adalah pencinta laut. Laut dan aku memang tak dapat dipisahkan. 




Pantai di Grant Hyatt Hotel. Cantik macam syurga dunia.


Dengar suara orang menjerit bermakna itulah tempatnya. Jauh juga mencari lokasinya. Diceruk rantau gitu. Akhirnya jumpa juga water blow yang aku cari. 

Lokasi water blow ni terletak di belakang Grant Hyatt Hotel di Nusa Dua. Untuk mencari water blow ni kena masuk ke kawasan BTDC (Bali Tourism Development Corpoation) Bali. Akan nampak patung Krishna dan Arjuna besar. Jalan terus masuk ke dalam.


Water Blow ni bukan pantai. Ia terjadi akibat daripada ombak lautan hindi selatan yang menghempas ke dinding atau tebing batu maka mewujudkan percikan gergasi yang besar dan tinggi.  Ada disediakan jambatan untuk pengunjung merasai pengalaman water blow ni. Boleh berdiri disitu. Tapi sila berhati-hati sebab lantainya agak licin dan berlumut.



Pengunjung sedang menunggu ombak kuat datang

Tu dia... ombak kuat yang tinggi. 


Suasana memang meriah dan confirmed semestinya basah bila terkena air macam ni kan. Bila dah puas hati pegi tukar baju dan beredar dari situ untuk ke next destination. Lebih kurang pukul 2.20 petang gerak. On the way singgah ke Masjid Agung Ibnu Batutah untuk solat zohor. Apa yang menarik di sini masjid, gereja, kuil dibina bersebelahan antara satu sama lain.


Selesai zohor terus bertolak ke Pantai Pandawan. Sampai sana lebih kurang pukul 2.40 petang. Pantai ni memang cantik. Tepi pantai ada tebing batu yang tinggi. Ada kelainan sedikit disitu. Tebing batu ada yang ditebuk dan dibina patung-patung besar dewa hindu mereka. Di Pantai Pandawan ada terdapat banyak aktiviti-aktiviti laut. Antaranya kayak, banana boat dan macam-macam lagi aktiviti laut seumpamanya. 

Tebing batu tinggi


Apa yang paling aku suka dan nak buat sangat di Pantai Pandawan ni ialah paragliding. Mesti best dengan view laut. Tapi masalah kengkangan masa yang terbatas aku terpaksa lupakan. Lagi pun banyak  tempat lagi nak kena pegi.




Takpe lah. Harap Allah akan berikan aku rezeki untuk datang ke sini lagi. Amin. InsyaAllah. So, pukul 3.00 petang bergerak ke destinasi lain pulak. On the way, Pak Supir suruh kitaorang pegi makan tengahari dulu sebab takut nanti susah nak cari restoran halal. 

Pak Supir aku berhentikan kitaorang di satu Restoran Padang.  Lunch hari ini makan nasi padang. Makan yang simple je janji dapat isi perut. Makan pun laju-laju sebab nak kejar destinasi seterusnya.


Satu peristiwa berlaku. Wife aku makan nasi padang dan order air teh botol. Disebabkan nak kejar masa, habis makan, cuci tangan lepas tu terus keluar. Wife aku yang tak sempat minum bawaklah air teh botol masuk dalam kereta. Ingatkan bolehlah minum je dalam kereta. Nak masuk je dalam kereta, wife aku dikejar oleh seorang pelayan restoran ni. Wife aku tanya kenapa? Rupanya dia minta botol air teh botol tu. Tak boleh bawak balik. Dorang nak botol tu semula. Erk... bukan ke kalau dah beli air tu dengan botol sekali. Ni siap minta balik. Mesti nak buat recycle. Buat teh sendiri pastu masukkan balik dalam botol tu lepas tu jual balik kat customer. Hmmm... sabar je la. 

Itulah pengalamankan. Pukul 3.30 petang bergerak ke Pantai Dreamland. 15 minit dah sampai. Nak ke pantai ni kena jalan kaki masuk dalam sikit. Plan nak datang singgah tengok-tengok je sebab takut masa tak cukup. Sekali sampai, cantiklah pulak pantai ni. Daripada datang nak singgah terus terlama sikit. 

Ramai pelancong main surfing di sini. Aku jalan-jalan dan ambil gambar. Tengok ada makcik ni tengah kutip rumpai laut. Memang bestlah pantai ni. Kalaulah dapat lepak santai lebih lama mesti best. Hmmm...



Lebih kurang setengah jam kat sini. Pukul 4.15 petang aku gerak ke destinasi lain pulak.

Pukul 4.30 petang sampai di Pantai Padang Padang. Nak ke Pantai Padang Padang ni, kena melalui satu gua yang sempit. Cuma muat satu badan manusia je. Cuba bayangkan. Menarikkan. Itulah, bila kita travel ke negara lain macam-macam kejadian dan ciptaan Allah yang takde di negara kita boleh kita temui. Betapa besarnya kuasa Allah yang menciptakan alam ini dengan sebaik-baik kejadian. 

Kena ikut laluan gua ini untuk ke pantai


Air laut agak surut masa aku sampai. So macam kurang menarik sikit. Sekejap je aku kat sini. Pukul 4.40 petang dah gerak ke last attraction untuk hari ini iaitu Uluwatu. Antara attraction yang paling popular di Bali. Wajib pegi.

Aku plan nak sampai sini sebelum sunset. At least aku dapat tengok dan ambil gambar waktu siang. Tak naklah cuma gambar sunset je kan. Sebab tu aku terpaksa melawat sekejap-sekejap je pantai-pantai yang aku pegi sebelum ni tadi.

Pukul 5.00 petang aku dah sampai di Pura Luhur Uluwatu. Entrance fee Rupiah 20,000 seorang. Sebelum masuk, kita akan dipakaikan dengan kain sarung berwarna purple. Wife aku, mereka ikatkan selendang dipinggang. Itu adalah adab untuk memasuki pura mereka. Lebih kurang menutup aurat gitu.

Masa nak masuk ke dalam ni ada banyak monyet-monyet. Kena berhati-hati. Sila simpan cermin mata dan barang-barang peribadi di dalam beg. Termasuklah handphone. Jangan pegang apa-apa pun ditangan. Kalau tak monyet akan rampas dan bawak lari ke dalam hutan. Lebih baik berjaga daripada dah kena menyesal pun tiada gunanya nanti.

Apapun pemandangan di Uluwatu memang cantik. Kagum dengan view laut dan tebing tinggi. Matahari terbenam terlalu indah untuk diungkap dengan kata-kata.









Di sini ada temple hindu atau lebih dikenali sebagai Pura dan turut diadakan Kecak Dance. Bila senja mula tiba, maka bermulalah persembahan kecak dance. Kecak dance adalah tarian tentang dewa-dewa hindu. Di masa yang sama juga upacara menyembah matahari dilakukan. Sebab tu ada penggunaan api untuk pemujaan mereka. 

Kecak dance tidak menggunakan alat muzik tapi menggunakan mulut 70 orang lelaki sebagai muzik latar. Itu yang agak menarik dan uniknya kecak dance ni. Mesti kena rasa pengalaman ni.

Persembahan kecak dance diadakan setiap hari. Kalau musim hujan pun akan tetap ada sebab bila waktu acara akan bermula secara automatik hujan yang lebat akan berhenti. Menurut Pak Supir aku, ini berlaku adalah kerana mereka menggunakan bomoh hujan. Begitu kuat pemujaan mereka. Pada yang Muslim jangan terpesong. Sesungguhnya semua itu kuasa Allah Yang Maha Berkuasa. Jika Dia kehendaki maka jadilah ia.

Aku pilih tempat duduk dibahagian tengah dan atas sekali. Ini kerana aku nak mengadap matahari terbenam. Atas sebab diakhir persembahan kecak dance nanti dorang akan bermain api. Aku tak nak terlalu dekat dengan api sebab akan rasa bahangnya nanti.






Nasib baik aku datang awal dan pilih tempat duduk atas. Diakhir persembahan 'dewa monyet' mereka main sepak-sepak je api tu. 

Habis persembahan ada sesi bergambar kepada sesiapa yang berminat. Pukul 7.20 malam aku bergerak balik ke Kuta. Kalau ikutkan pakej ni selepas Uluwatu terus ke Jimbaran. Tapi aku sudah ke Jimbaran pada hari pertama. So tak perlulah nak pegi lagi. Jalan balik jem sebab semua keluar serentak. Jalan di Bali ni pun kecik je.

Untuk makan malam aku minta Pak Supir hantar aku ke Restoran Wong Solo di Kuta. Nak rasa original ayam penyet. Sampai pukul 8.50 malam. Kitaorang order ayam penyet dan bebek goreng. Memang sedap. Very recommended.



Selesai makan, pukul 9.30 malam gerak balik Town Kuta. Dalam 15 minit je jarak. Minta Pak Supir turunkan kitaorang di Pekan Kuta sebab nak jalan-jalan sekitar tengok apa yang ada.




Jalan-jalan sekejap je sebab dah penat sebenarnya. Dah tak larat decide balik hotel je. Jalan kaki je balik Hotel. Pukul 10.30 malam sampai. Bersihkan badan lepas tu terus kebaboommm tido. Dah terlampau letih.

Sambung hari kelima. Hari terakhir di Bali. Esok dah nak balik Malaysia. Sedih :(