Total Pageviews

Bali, Indonesia - Day 1


Ahad - 21.09.2014 

Bali : Jimbaran


Bismillahirahmanirahim dan Assalammulaikum. 

Hari ni bermula percutian aku ke Bali, Indonesia. Aku beli tiket AirAsia bulan December 2013 masa Sale Airasia. Dapatlah tambang RM554 return untuk 2 orang.

Flight pukul 10.25 pagi. Pukul 8.15 pagi student aku datang ambik kat rumah. Minta tolong student aku hantarkan ke KLIA 2. Sampai dalam pukul 9.30 pagi. Check-in lepas tu terus pegi boarding. Breakfast kat dalam flight sebab tak sempat nak breakfast kat airport.

Alhamdulillah flight semua smooth. Selamat mendarat di Bali pukul 1.30 petang. Immegration check memang lama di Bali. Harap bersedia. Dua kali check. Lebih kurang mengambil masa 1 jam. Settle semua keluar dari Airport, Pak Supir kami sudah sedia menunggu. Pak Supir akan pegang dan tayang nama customer masing-masing. So pepandai lah cari nama sendiri. Ramai Pak Supir- Pak Supir yang menunggu customer mereka.

Kami booked Pak Supir dari Malaysia lagi sebelum berangkat pegi. Kami booked melalui www.lovebali99.blogspot.com dan email yantohood99@yahoo.co.id. Boleh deal melalui email atau whatsApp. Senang gitu prepare awal. 

Waktu di Bali sama dengan waktu di Malaysia. Cuma Subuh dan maghrib di Bali lebih awal. Pukul 5.00 matahari dah mula terbenam. 

Pak Supir terus hantar kitaorang ke Masjid untuk solat zohor. 




Lepas solat dia bawak aku ke Restoran Malioboro untuk lunch sebab perut memang dah lapar giler. 










Kami makan ayam tulang lunak. Ayam sedap. Tulang ayam sangat lembut. Must try! Ramai orang Malaysia makan di restoran ni.

Lepas lunch terus pegi The Bene Hotel, Kuta nak check-in. Harga Hotel Rupiah 2,613,840.00 untuk 5H4M. Booked melalui www.booking.com. Kitaorang pilih hotel ni sebabnya konon nak yang dekat dengan pantai. Sekali sampai, hmmm... dekat lah sangat. 10 ke 15 minit jalan kaki rupanya.







Settle check-in aku terus minta pak supir bawak ke Jimbaran sebab nak kejarkan sunset di sana. Aku pun memang plan nak makan seafood di Jimbaran.

Aku frust sikitlah sebab pak supir terus bawak masuk kat restoran yang deal dengan dia. Mungkin ada commission kalau bawak customer. Aku dah survey awal-awal nak makan kat restoran mana satu . Nak tak nak aku makan gak kat restoran tu. Ikutkan aku, nak je blah pilih restoran lain tapi orang rumah aku tak berani sangat. Agak mahal jugak harganya.

Masuk dalam tu dorang terus bawak ke meja. Reserved table. Then aku pegi jalan-jalan kat pantai sambil tunggu matahari terbenam. Beli jagung bakar. Harga Rupiah 10,000. Jagung bakar sangat manis dan sedap ok. So, must try!










Pastu kitorang pegi meja tadi. Order set makanan. Memang dah plan dan teringin nak makan lobster. Kitaorang order set yang ada lobster. Harga Rupiah 950,000. Mahal sebab ada lobster. Kitaorang dah budget untuk set ni.




  
Sambil makan sambil menikmati view sunset, bunyi ombak dan ada buskers perform dari meja ke meja. Memang hapenning.




Tapi aku harap busker tu tak datang kat meja kitaorang sebab nanti kena bagi tips. Aku malas nak bagi tips-tips ni.


Buskers tu datang ke meja sebelah aku. Aku dah cuak risau dorang datang meja aku. Aku dan wife buat muka tak nampak. Tak pandang pun kat dorang. Buat hal kitaorang. Buat macam kitaorng tak layan busking ni. Then tiba-tiba....jeng...jeng...jeng...


Nasib baik dorang tak datang ke meja kitaorang. Selamat! Urut dada yang tak berapa nak bidang ni. Rupa-rupanya busker ni memang tak datang kat meja orang Asean. Sebab dorang tau kedekut kot. Itu aku agak je ye..hehe...

Lepas makan kitaorang pun balik hotel. Malam ni nak tido awal sebab esok nak kena keluar awal-awal pagi untuk next plan kitaorang. Nak tau ke mana kitaorang pegi di hari ke dua sila ikuti post untuk hari kedua. Sebelum tu aku tido dulu.... Gudnite Bali!


No comments:

Post a Comment