Total Pageviews

Bali, Indonesia - Day 3


Selasa - 23.09.2014

Bali : Barong Dance, Galeri Lukisan, Temple Pura Desa Batuan, Kopi Luwak, Kintamani Volcano, Tenggalalang, Seminyak


Hari ke tiga. Pukul 8.30 pagi turun breakfast di Hotel. Makan sekejap je sebab dah lambat keluar. Aktiviti pertama hari ni Barong Dance. Sepatutnya aku tengok Barong Dance di Batubulan Village Ubud. Tapi memandangkan dah keluar lambat, jalan pun jem, so pegi mana je yang sempat. 

Sembahyang di tengah jalan pun ada

Dilarang berbogel di Bali

Sebenarnya ada banyak tempat buat persembahan Barong Dance di Bali dan semuanya pun lebih kurang sama. Pak Supir bawak aku tengok Barong Dance di Stage Uma Dewi, Denpasar. Sampai pukul 9.40 pagi. Beli tiket masuk Rupiah 100,000 seorang. Tak lama tunggu. Pukul 9.45 pagi dah start persembahan. 

Di pintu masuk ada disediakan sinopsis kisah Barong Dance. Ada pelbagai bahasa. Kena ambil. Kalau tak ambil memang takkan faham kisahnya sebab persembahan dalam bahasa Bali. 

Barong dance ialah tarian yang mengambarkan pertarungan antara kebajikan (dharma) dan kebatilan (adharma). Barong ialah binatang berkaki empat yang menyeramkan dengan dua taring runcing dimulut. 

Para pemuzik yang berkemban

Barong dan monyet yang nakal





Secara jujurnya Barong Dance ni memang membosankan. Di tengah-tengah persembahan penonton mulai beransur keluar sebab bosan. Aku tunggu sampai habis walaupun aku pun dah bosan. Dalam pukul 10.30 pagi habis. Lepas persembahan ada sesi bergambar. Jangan ingat sesi bergambar ni free ye. Para pelakon tu akan minta bayar tips. Kat Bali ni semuanya nak minta tips. Bab ni yang paling aku tak suka.

Settle bergambar satu dua, aku terus bertolak ke destinasi seterusnya. Pak Supir berhentikan aku di satu Galeri Lukisan di kawasan Tohpati. Sepanjang jalan ada banyak galeri-galeri lukisan. Kalau berminat bolehlah pegi. Kalau tak berminat skip je. Aku berhenti nak tengok-tengok mana lah tahu ada yang menarik. Tapi sedih harga kat galeri ni agak mahal. So aku kejap je. Dalam 20 minit pastu terus beredar untuk ke destinasi lain.



Sepanjang perjalanan ke detinasi seterusnya akan nampak banyak kedai-kedai kraftangan, kedai jati, kedai layang-layang, kedai painting, kedai silver dan macam-macam lagi. Kawasan ini dikenali sebagai Tohpati Village, Celuk Village dan Mas Village. Kedai perabot jati dan perhiasan memang cantik-cantik. Rambang mata juga lah. Kalau aku banyak duit memang aku berhenti pegi beli. 


Aktiviti seterusnya ialah melawat Temple Pura Desa Batuan. Sampai pukul 11.45 pagi. Pengunjung yang datang akan dipakaikan kain sarung berwarna purple sebelum masuk. Jalan-jalan melawat sekeliling dan ambil gambar. Cantik juga temple ni. 






Tak lama sangat di temple ni. Lebih kurang pukul 12.40 tengahari kitaorang gerak ke next destination. Sepanjang perjalanan akan nampak banyak kedai jual babi guling. Harap bersabar ye.

Pukul 1.30 petang aku sampai di destinasi paling popular dan mesti dikunjungi di Bali iaitu Kopi Luwak. Seperti yang ramai sudah tahu, kopi luwak ialah kopi yang menggunakan biji kopi yang diambil daripada tahi atau bahasa yang lebih lembut sikit najis musang atau pun luwak dalam bahasa Indonesia yang telah dibersihkan dan diproses menjadi kopi. Dipercayai biji kopi yang dimakan oleh musang adalah biji yang terbaik dan memiliki rasa yang berbeza. Macam geli je bunyinya kan. Rasanya sanggup ke nak minum..?

Di sini mereka akan tunjukkan cara pemprosesan pembuatan kopi luwak. Kemudian mereka akan tunjukkan bagaimana penyediaan kopi tersebut. 

Biji kopi dari najis musang

Kopi yang telah dikeringkan

Kopi yang telah kering dimasak terlebih dahulu

Kopi yang telah dimasak

Mereka juga akan hidangkan beberapa jenis perisa kopi yang lain untuk kita cuba. Semua kopi ni percuma untuk diminum. 

Cun kan awek Indon yang served kopi aku

Barisan pelbagai perisa kopi yang dihidangkan


Kecuali kopi luwak. Kalau nak cuba rasa kopi luwak ni kena bayar Rupiah 50,000 secawan. 


Kalau setuju dan berminat ingin mencuba, mereka akan tunjukkan di depan pengunjung bagaimana penyediaannya. Rasa seperti sedang belajar sains di sekolah menengah. Sebab dorang gunakan alat seperti penunu bunsen.



Api akan dinyalakan. Apabila sudah panas dan menggelegak wap tadi akan menjadikan kopi bercampur dengan air dan mengalir turun ke bawah. Maka jadilah air kopi luwak panas yang sedia untuk diminum.


Pada aku rasa kopi luwak ni pahit dan takde lah sedap mana pun. Aku rasa sedap lagi kopi cap kapal api dan kopi di Malaysia. Tapi untuk mendapatkan pengalaman di Bali kena lah cuba.

Di sini ada kedai menjual pelbagai jenis kopi yang dihidangkan tadi. Kalau berminat boleh beli mana-mana perisa kesukaan untuk di bawak balik. Aku beli perisa coconut coffee dan lemon grass tea.

Pukul 2.20 petang gerak ke destinasi seterusnya iaitu Kintamani Volcano. Ini pun destinasi yang wajib dikunjungi. Sampai di Kintamani lebih kurang pukul 2.45 petang. Terpukau dengan keindahan pemandangannya. Gunung Kintamani adalah gunung berapi yang masih aktif. Jangan risau sekiranya gunung ini meletus, lavanya akan mengalir ke tasik. InsyaAllah selamat tempat ni seperti yang Pak Supir aku bagitau.

Dalam perjalanan nak ke sini akan melalui bukit bukau, ladang-ladang limau, bunga dan buah-buahan. Cuaca pun tak panas. Sejuk bukit.




Di sini ada restoran yang menyediakan lunch buffet. Boleh makan sambil menikmati pemandangan gunung Kintamani. Harga Rupiah 80,000 untuk satu kepala. Kalau tak nak makan pun takpe. Just tengok view je. 



Lepas makan, pegi surau solat. Settle, dalam pukul 4.00 petang gerak ke lokasi seterusnya. Sepanjang perjalanan ada banyak gerai buah-buahan dan ladang limau. Yang menariknya, semua buah-buahan disusun cantik dalam bakul. Semua gerai lebih kurang sama. Nampak kemas dan cantik. Aku singgah di satu gerai ni beli limau. Limaunya memang sedap dan manis. Rugi aku beli sikit je.



Seterusnya aku ke Padi Bukit, Tengalalang. Sepanjang perjalanan menghala ke sini ada banyak kedai perabot dan perhiasan kayu. Semua cantik-cantik. Budget je tak berapa nak cantik. 

Dalam pukul 4.30 petang aku sampai di kawasan Padi Bukit, Tengalalang. Dimana padi ditaman bertingkat-tingkat di lereng bukit. Pemandangan memang cantik di sini. Kebetulan time aku ke Bali ni, padi baru tanam dan dah tumbuh sikit. At least adalah nampak sedikit kehijauan. Kalau nak hampir dengan musim menuai mesti lagi cantik.

  


Aku tak lama kat sini. Tengok-tengok sekiling sekejap dan bergambar lepas tu terus beredar lebih kurang dalam pukul 5.00 petang. Aku nak kejar sunset di pantai Seminyak. Takut tak sempat sebab matahari terbenam awal di Bali. Perjalanan nak ke Seminyak dari Ubud ni pun agak jauh.

Tapi sedih. Rezeki tak menyebelahi kami, sampai di Pantai Seminyak matahari dah hilang. Yang tinggal saki baki senja je. Hari pun dah makin gelap. 

View sunset ni je yang dapat. Itupun blur. Kecewa

Sekejap je kat sini. Terus beredar nak balik ke Kuta. Pekan Seminyak nampak cantik dan menarik. Agak sedikit high class di sini dan juga kedai-kedainya. 

Bagitau Pak Supir untuk dinner aku nak makan bakso. Pak Supir bawak aku di satu gerai yang khas menjual bakso sahaja. Original bakso Indonesia. Lain sedikit dari Malaysia. Rasa sudah pasti sedap. 


Lepas makan terus balik Hotel. Rehat dan tido sebab dah keletihan. Sambung hari keempat.


No comments:

Post a Comment