Total Pageviews

Bali, Indonesia - Day 2


Isnin - 22.09.2014

Bali : Lovina, Air Terjut Gigit, Danau Buyan & Tamblingan Lake, Pura Ulun Danu Beratan, Bali Strawberry Farm & Restaurant, Pura Taman Ayun Desa Mengwi & Pura Tanah Lot.


Hari ke dua. Pukul 2.30 pagi alarm handphone dah berbunyi. Giler awal pagi kan! 

Bangun, mandi dan bersiap-siap. Pak supir dah sampai tepat pukul 3 pagi. Kitaorang terus bertolak ke Lovina untuk sesi mencari dolphin di lautan luas terbentang. 

Perjalanan dari Kuta ke Lovina mengambil masa 3 jam. Melalui Ubud kawasan bukit bukau. Jalan bengkang bengkok. Kitaorang tido je sepanjang perjalanan. 

Jalan banyak corner corner ni buat kepala aku pening. Bangun awal buat perut lapar minta diisi. Perut kosong dan tak makan lagi. Pepagi buta mcm ni mana nak cari kedai makan. Mungkin angin dah naik kat kepala so kepala aku sakit. Dah tak boleh nak tahan dan tak sempat nak mintak pak supir berenti, aku terus termuntah dalam kereta. 

Terkejut orang rumah aku. Terus dia bagi plastik. Tak sempat pun nak guna plastik tu. Habis dah. Pak supir berenti tepi terus. Kebetulan berenti depan rumah orang. Aku memang tak boleh nak tahan. Keluar je tak pandang kiri kanan aku terus muntah. Aku muntah sepuas-puasnya dan selagi boleh. Abis aku masuk kete.

Dalam pada orang rumah kesian tengok aku, dia sempat gelakkan kat aku sebab aku main sembarangan muntah kat depan rumah orang dan depan kereta tuan rumah tu. Hish... mana aku perasan. Kesian kat tuan rumah tu bila bangun nanti. Ada orang muntahkan kereta dia. Minta maaf ye tuan rumah...hehe.

Sambung balik perjalanan ke Lovina. Aku makan snikers sikit untuk isi perut. Dekat pukul 5 pagi sampai di Lovina. Berhenti kejap di Masjid untuk solat subuh. 

Untuk aktiviti mencari dolphin ni, pak supir tolong aku dapatkan bot. Harga cuma Rupiah 150,000 seorang. Harga ni aku dah survey awal-awal. So dorang tak boleh nak kencing aku. 

Lebih kurang dekat pukul 5.45 pagi aku ke pantai untuk naik bot. Fajar dah menyinsing. Memang cantik pemandangan pagi tu.




Pakej dolphin ni kena keluar awal pagi seawal 3.00 pagi sebab jarak perjalanan nak ke Lovina memang jauh. Macam aku stay kat Kuta so ambik masa 3 jam. Kalau korang nak dekat sikit boleh duduk kat Ubud atau nak lagi dekat duduk je kat Lovina. Lagi jauh korang duduk lagi jauh lah jaraknya dan lagi awal lah nak kena keluar.

Dolphin ni hanya akan banyak berenang di laut di waktu awal pagi je. Kalau lewat dah takde. Sebab tu kena keluar awal pagi.

Orang bot tu bawak kitaorang ke tengah laut di mana lokasi dolphin berenang. Banyak bot-bot dah menantikan kemunculan dolphin. Bot-bot akan berkejar-kejar ke lokasi bila ada ternampak dolphin walaupun sikit. Sedaya upaya dan gigih dorang nak bagi customer masing-masing tengok dolphin secara dekat. Macam berebut-rebut pun ada. Tapi itulah yang menarik. Kita pun rasa nak berkejar-kejar bila nampak dolphin kat tempat lain.





Apapun ini semua bergantung pada rezeki masing-masing. Kadang ada kadang takde. Kadang banyak kadang sikit. Tapi Alhamdulillah, rezeki menyebelahi kami. Kitorang dapat tengok banyak dolphin. Ada yang berenang dekat dengan bot aku. Ada yang berenang bawah bot aku. Dan yang best sekali dapat tengok dolphin tu show off dirinya dengan melompat tingggi. Memang satu pengalaman yang best sangat. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Satu lagi, di Malaysia tak boleh dapat pengalaman macam ni. So takpe lah spend duit lebih sikit untuk merasai pengalaman ni.

Lama jugak kat sini, pukul 7.45 pagi matahari pun dah semakin panas membahang, aku decide nak balik untuk breakfast dan ke destinasi seterusnya. Sampai daratan ambil gambar yang sepatutnya.




Lepas tu terus ke destinasi seterusnya iaitu Gitgit Waterfall. Dalam perjalanan ke air terjun sambil cari kedai-kedai makan yang confident halalnya. Akhirnya dapat gak satu kedai ni. Halal memang lah confirm halal cuma belasah je makan ape yang ada. Janji perut berisi. So kitaorang makan soto ayam kampung dengan air teh botol. 

Kat sini soto  di served dengan nasi putih. Tapi kitaorang tak nak nasi putih sebab rasa macam pelik je soto makan dengan nasi. Diorang pun macam pelik je bila kitaorang mintak macam tu.


Selesai makan terus gerak. Dalam pukul 9.30 pagi sampai ke Gitgit Waterfall. Time aku ke Bali ni sebenarnya dah lama Bali tak turun hujan. Dah hampir nak kemarau Pak Supir aku kata. Pokok-pokok pun banyak yang dah kering. Disebabkan dah lama tak hujan air terjun pun tak berapa banyak air yang mengalir. Tapi suasana tetap masih cantik. Kejap je kitaorang kat sini. Cuma bergambar, tengok-tengok sekeliling pastu balik ke kereta untuk ke destinasi seterusnya. Ada entrance fee. Sorang 5,000 Rupiah.  Ikutkan hati nak mandi tapi malas nak basah-basahkan baju. 





Sepanjang jalan masuk ke waterfall ni ada gerai-gerai menjual cenderahati. Ada macam-macam jenis. Tapi harga agak mahal sikit berbanding kat tempat lain. Aku beli note book daripada daun untuk anak saudara aku. Itupun sebab dia kirim.


Then kitaorang menuju ke destinasi seterusnya. On the way nak ke sana akan melalui satu temple Danau Buyan & Tamblingan Lake yang dulu agak terkenal juga tetapi sudah terbiar dan tidak lagi dikunjungi oleh pelancong. Pak Supir bawak aku singgah sebentar untuk kami meninjau temple tersebut. 



Tasik kering disebabkan kemarau

Tak lama kat sini lepas tu gerak ke Pura Ulun Danu Beratan. Lebih kurang pukul 11.15 pagi sampai. Pura Ulun Danu Beratan adalah temple yang paling terkenal dan menjadi simbolik atau trademark Bali. Tarikan yang wajib dikunjungi. Entrance fee untuk satu kepala Rupiah 30,000. Upacara keagamaan kerap diadakan di sini. 

 Loket adalah kaunter tiket

 Tiket Entrance









Dah pukul 1.00 tghri zohor pun dah masuk, sebelum pegi ke destinasi yang lain, aku solat dulu di Masjid Besar Al-Hidayah tak jauh dari temple tadi.


Masjid atas bukit. Suasana sejuk. Air paip pun sejuk. Boleh nampak Pura Ulun Danu Beratan dari Masjid ni. View pun cantik.



Sepanjang perjalanan banyak gerai jual strawberi. Tak sampai 10 minit perjalanan nampak Strawberry Farm. Berenti di Bali Strawberry Farm & Restaurant kejap. Harap dapat petik dan makan strawberi.  


Tapi malang tak besar ladangnya. Dapat tengok view sekeliling pun jadi lah. View di sini memang cantik. Boleh nampak Kintamani dari sini. Depan farm ada gerai buahan. Singgah nak beli strawberi. Si penjual recommend buah markisa. First time aku jumpa buah ni. Elok untuk rahim wanita katanya. Ada cara nak makan buah markisa ni. Kena telan tak boleh kunyah. Penjual tu bagi aku dan wife try. Memang tak biasa. Mesti nak kunyah juga. Aku belikan buah tu untuk kakak dan wife aku. 


Buah Markisa

Selesai beli buah, aku bertolak ke destinasi seterusnya. Sebelum ke destinasi akhir untuk hari ini, Pak Supir bawak kitaorang ke Pura Taman Ayun, Desa Mengwi. Sampai temple ni dalam pukul 2.15 petang. Cuaca di sini agak panas terik. Cuma jalan tengok sekeliling dan ambil gambar. 






Kejap je kat temple ni. Pukul 3.00 petang gerak ke destinasi terakhir untuk hari kedua iaitu Pura Tanah Lot. Aku kena sampai Tanah Lot sebelum matahari terbenam. Nak tengok suasana siang dan malam di sini. Alhamdulillah pukul 3.45 petang sampai di Pura Tanah Lot. Tanah Lot amat popular pada kalangan pelancong. Tempat tarikan yang wajib kita lawati bila datang ke Bali. Ada banyak deretan kedai yang menjual baju, cenderamata, kraftangan bali, painting dan macam-macam lagi sepanjang jalan nak masuk ke Tanah Lot. Harga painting pun agak murah.



Entrance Fee Rupiah 30,000 seorang. Dari entrance nak ke Tanah Lot kena jalan kaki. Agak jauh juga jaraknya. Sampai pintu masuk ke Tanah Lot terus terpukau dengan keindahannya. SubhanAllah. Cantiknya view. Biarlah gambar yang berbicara.













Memang cantik permandangan di Tanah Lot. Waktu ni air agak surut tapi ombak sangat kuat. Ramai sangat pelancong di kawasan ni. Cuaca panas yang amat. Masing-masing tunggu matahari terbenam. View sunset memang cantik. Di sini ada juga kecak dance kalau ada yang berminat nak menonton. Tapi tak masuk dalam iternary aku. 

Matahari pun sudah menyembunyikan dirinya. Orang ramai pun semakin beransur pulang. Aku pun bergerak balik ke Hotel. Badan pun dah penat. Dari awal pukul 2.30 pagi hingga ke 9.00 malam of course lah penat dan mengantuk. On the way balik ke Hotel kami singgah tapau nasi udang penyek dan ikan penyek kat satu gerai tepi jalan. Makan kat balconi hotel je sebab dah tak larat. Makanan yang kitorang tapau tu memang sedap dan pedas gile.  

Selesai makan bersihkan diri lepas tu kebaboom. Tido!

Sambung aktiviti hari ketiga.


No comments:

Post a Comment