Total Pageviews

New Zealand : Ringkasan Itineri & Perbelanjaan Hangus

Summer Road Trip - 13 Hari 14 Malam



Alhamdulillah, syukur ke-hadrat Allah atas nikmat dan kurnianya pada kami telah selamat menjejakkan kaki di bumi indah di New Zealand. Diberikan kesihatan yang baik sepanjang pengembaraan. Dilancarkan segala urusan walau ada sedikit masalah timbul tetapi ada saje jalan penyelesaiannya. 

Sentiasa ditemukan dengan orang yang baik-baik saje. Semua ini adalah asam garam yang mematangkan dan proses pembelajaran sepanjang hidup ini. Nikmat apa lagi yang hendak didustakan wahai manusia.

Sekejap saje rasanya 13 hari berlalu pergi. Pengalaman berada di New Zealand menikmati, merasai dan melihat sendiri alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa membuatkan hati rasa berat ingin meninggalkan negara indah ini. 

Masih banyak lagi tempat yang hendak dikunjungi tapi tiada berkesempatan. Tapi kami tetap redha dengan ketentuan dan rezeki yang telah ditetapkan. Ini pun kira bersyukur sangat sebab banyak juga tempat yang kami berjaya lawati dan kunjungi. Semoga ada rezeki kami lagi untuk datang kembali ke sini. Amin3 Ya Rabbalalamin.

Jadi tamat sudah pengembaraan kami di bumi kiwi dengan jarak pemanduan mencecah lebih 2,600 kilometer dalam masa 13 hari di selatan dan utara pulau New Zealand.

Panjang pulak mukadimah. Baiklah, di sini kami ingin membuat ringkasan itinerari sepanjang kami berada di New Zeland.

Hari Pertama :-

1.   Ketibaan di Auckland International Airport.
2.   Check-in Kiwi Airport Backpacker, Auckland.
3.   The Strawberry Farm.
4.   Balik hostel.

  

Hari Kedua :-

1.   Ambil flight ke Christchurch dengan Jetstar dari Auckland Domestic Airport.
2.   Ketibaan di Christchurch Domestic Airport.
3.   Ambil kereta sewa di Snap Rentals untuk 9 hari.
4.   Shopping makanan di PaknSave.
5.   The Famous Sheffield Pie Shop.
6.   Lake Lyndon.
7.   Castle Hill.
8.   Castle Hill Village.
9.   Lake Pearson.
10.  Arthur's Pass.
11.  Devil Punchbowl Waterfall.
12.  Otira Viaduct Lookout Point.
13.  Glow Worm Dell.
14.  Check-in di Hokitika Holiday Park.

 

 

Hari Ketiga :-

1.    Hokitika Beach.
2.    Hokitika Gorge.
3.    Lake Ianthe.
4.    Lake Mapourika.
5.    Franz Josef Glacier.
6.    Lake Matheson.
7.    Check-in di Gillespies Beach Camping Site.

 

 

Hari Keempat :-

1.    Bruce Bay.
2.    Lake Paringa.
3.    Knights Point Lookout.
4.    Ship Creek.
5.    Haast.
6.    Fantail Waterfall.
7.    Blue Pools.
8.    Boundary Creek Scenic Reserve.
9.    Lake Wanaka Lookout Point.
10.  The Neck.
11.  Lake Hawea Lookout Point.
12.  Puzzling World Wanaka.
13.  That Wanaka Tree / Lone Tree.
14.  Lindis Pass Viewpoint.
15.  Cromwell.
16.  Crown Range Road Scenic Lookout.
17.  Crown Range Summit.
18.  Queenstown.
19.  DF Souvenir Shop.
20.  Check-in di Butterfli Lodge Queenstown.

 

 

Hari Kelima :-

1.    The Remarkables.
2.    Patagonia Chocolates Cafe.
3.    Million Dollar Cruise.
4.    Cookies Time.
5.    Glenorchy.
6.    Devil's Staircase.
7.    Mainly Seafood.
8.    Check-in di Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park.

 

 

Hari Keenam :-

1.    Milford Sound.
2.    Tutoko Bridge.
3.    The Chasm.
4.    Homer Tunnel Lookout Point.
5.    Gertrude Valley Lookout.
6.    Monkey Creek.
7.    Falls Creek Waterfall.
8.    Hollyford Valley Lookout.
9.    Lake Gunn Campsite.
10.  Lake Gunn Viewpoint.
11.  Cascade Creek Campsite.
12.  Mirror Lakes.
13.  Eglinton Valley Viewpoint.
14.  Eglinton River.
15.  Gore.
16.  Check-in di Catlins - Newhevan Holiday Park, Surat Bay.

 

 

Hari Ketujuh :-

1.    Purakaunui Waterfall.
2.    Nugget Point Lighthouse.
3.    Lake Waihola.
4.    Dunedin Railway Station.
5.    Dunedin Scenic Train Tour.
6.    Dunedin Street Art.
7.    Universiti Otago.
8.    Check-in di Dunedin Holiday Park & Motels.

 

 

Hari Kelapan :-

1.    Tunnel Beach.
2.    Signal Hill Lookout.
3.    Baldwin Street, The World's Steepest Street.
4.    Centenary Lookout.
5.    Moeraki Boulders.
6.    Oamaru.
7.    Oamaru Blue Penguin Colony.
8.    Oamaru Harbour Breakwater.
9.    Oamaru Harbour.
10.  Elephant Rocks, Island Cliff.
11.  Lake Waitaki Dam Lookout.
12.  Lake Aviemore Dam Lookout.
13.  Check-in di Lake Ruataniwha Holiday Park & Motels.

 

 

Hari Kesembilan :-

1.    Clay Cliffs.
2.    Lake Ohau.
3.    Lake Middleton.
4.    High Country Salmon.
5.    Lake Pukaki.
6.    Hooker Valley Track, Mount Cook.
7.    Pukaki Canal.
8.    Lake Pukaki View Point.
9.    Check-in di Lake Tekapo Motels & Holiday Park.

 

 

Hari Kesepuluh :-

1.    Lake Tekapo.
2.    Church of Good Shepherd.
3.    Mount John Observatory.
4.    Cookies Time Factory.
5.    Check-in di South North Holiday Park, Christchurch.

 

 

Hari Kesebelas :-

1.    Kembali ke Auckland Domestic Airport menaiki Jetstar.
2.    Bethells Beach.
3.    Karekare Falls.
4.    Check-in di Ivy Cottage di Matamata.

 

 

Hari Kedua belas :-

1.    The Hobbiton Movie Set Tour.
2.    Te Waihou Walkway, The Blue Spring.
3.    Huka Falls.
4.    Redwoods - Whakarewarewa Forest.
5.    Check-in di Columbia Apartment, Whitaker.

 

 

Hari Ketiga belas :-

1.   Viaduct Harbour.
2.   Sky Tower.
3.   Mount Eden.
4.   Restoran Uncle Man.
5.   Auckland International Airport pulang ke Malaysia.

 

Di atas semua adalah senarai tempat-tempat yang berjaya kami kunjungi sepanjang berada di sana. Ada sebahagian tempat yang dirancang terpaksa skip dan tidak dapat dikunjungi akibat kekangan masa. Kita mampu merancang dan Allah sebaik-baik perancang.

Itinenari dah selesai, mari kita lihat pula perbelanjaan hangus di sana. Sebelum tu, berikut adalah senarai tour yang kami ambil bersama harganya sekali :-

1.   Milford Sound - NZD90.00
2.   Million Dollar Cruise - NZD39.00
3.   Dunedin Scenic Train Tour - NZD147.00
4.   Hobbition Movie Set Tour - NZD168.00

Yang ni pula kos utama yang lain :-

1.   Tiket Flight MAS - RM3,976.76
2.   MyCar - RM48.00
3.   ERL - RM18.80
4.   Tiket Flight JETSTAR - NZD292.00
5.   Penginapan - NZD739.38
6.   Sewa kereta - NZD693.34
7.   Minyak kereta - NZD486.00
8.   Shopping PakNSave - NZD84.12
9.   Makan dan minuman - NZD352.43
10. Tour - NZD444.00
11. Parking - NZD17.60
12. Entrance Fees - NZD13.00
13. Lain-lain (Souvenir/Fridge Magnet/Sim Card etc.) - NZD163.60

Jumlah keseluruhan - RM13,270.676 (NZD1=RM2.80)

Kos keseluruhan tu untuk dua orang. Tak pasti sama ada kos ini dianggap murah atau mahal untuk 13 hari 14 malam. Mungkin kalau nak murah lagi tak perlu ambil tour yang kena bayar mahal. Tapi pada pendapat aku, Milford Sound tu wajib ambil. Rasanya tak lengkap kalau pergi New Zealand tak pergi Milford Sound.

Mungkin juga boleh jimatkan lagi pada petrol jika rancang penjalanan dengan betul. Perjalanan kami ada yang menyimpang jauh dan patah balik semula. Di situ saje agak membazir minyak dan masa pada sesetengah orang. Tapi bagi kami ok saje, demi nak melihat apa yang kami ingin lihat.

Kalau nak jimat lebih berganda, pergi dalam kumpulan yang lebih ramai. Sebab boleh share bayar petrol, sewa kereta dan penginapan. Memang sangat menjimatkan. Tapi kalau dapat yang sekepala baru best.

Kos makanan juga boleh dijimatkan dengan cara memasak makanan dan stok bahan di bawa dari sini. Cuma bahan basah dan yang tidak boleh dibawa masuk baru kita beli di sana. Ini kerana currency di NZ lebih tinggi berbanding nilai duit kita. Tapi sekali sekala kena juga cuba makanan di negara orang.  

Pilihan musim juga mempengaruhi peningkatan kos. Jika pilih pada waktu peak kos lebih meningkat. Ini kerana biasanya penginapan dan sewa pengangkutan akan cas lebih tinggi. Contohnya seperti kami travel pada musim panas memang berganda harga yang dikenakan. 

Biasanya musim sejuk harga jauh lebih rendah. Tapi pada kami pemandangan walaupun masih cantik tapi seperti kurang umph jika dibandingkan dengan musim panas dan luruh. Ini semua ikut pilihan masing-masing. Tepuk dada tanya selera. 

Sekian dulu kisah perjalanan kami berkelana. Semoga diberikan rezeki lagi untuk mengembara di negara lain pula. Assalamualaikum.


3 comments:

  1. Best baca kisah ni.. dari hari pertama sampai la hari last tu.. tapi kenapa tak beli buah kiwi.. dan lagi satu memang tak rasa lapar ke.. sebab nampak mcm kurang sgt citer pasal makan.. setiap hari saya pulak rasa teruja.. nak tanya byk ni sebenarnya.. sebab plan nak pergi NZ next year bila covid19 dah abis nanti.. bajet 90 hari nak stay sana.. insyaAllah boleh kot aaminnn.

    Btw thanks Sbb kongsi pengalaman ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca blog ini. Komen seperti ini sangat dihargai.

      Tak ingat pulak napa tak beli buah kiwi. Hahaha...baru terfikir...mgkn sbb tak sempat beli buah dan ice cream di fruit stall kat Cromwell kot.

      Pasal makan, kami selalu makan simple je, makan untuk isi perut sbb terlalu leka dengan bergambar dan kembara. Bila abis trip berat badan pun turun sebab kurang makan dan banyak aktiviti.

      Delete
  2. Terima kasih krn menulis dengan detail sekali, walau pun saya dah pernah pergi thn 1916 sekeluarga, masih merancang utk pergi lagi tahun 2023 jika ada rezeki. sedang buat perancangan dari skrg , nak hala kemana dan bagaimana, cuma kali ni kami bercadang nak bercampervan pulak, tulisan saudara sgt byk membantu, semuga Allah rahmati saudara suami isteri. doakan kami juga supaya dpt berkelana lagi ke sana. k zue

    ReplyDelete