Total Pageviews

Japan : Yamagata - Day 3

Trip Main Salji - Yamagata : Zao Onsen Ski Resort


Isnin - 06.02.2017


Hari ke-tiga seawal pukul 6.00 pagi bangun bersiap nak keluar. Sebelum keluar breakfast dulu di hotel. Hotel ada sediakan breakfast roti sahaja. Tapi ada beberapa jenis roti. Roti buku, roti cheese, roti kismis dan roti butter. Sedap semua rotinya. Air panas dan sejuk gunakan mesin. Tinggal pilih dah tekan saje. Ada latte, mocha, cocoa, cappuccino, coffee dan ape lagi entah aku dah tak ingat.

Selesai makan terus gerak ke Yamagata Station. Sepanjang perjalanan diiringi dengan salji turun. Seronok rasanya. 



Sampai di Yamagata Station terus ke kedai beli tiket kombo untuk ke Zao Onsen Ski Resort. Kedai tu di sebelah kanan station. Beli tiket bas ke Zao Onsen pun di sini. Harga tiket bas JPY1,000 sehala. 


Tapi aku terus beli tiket kombo yang cover tambang bas pergi balik dan tiket ropeway dengan harga JPY4,100. Harga dah naik daripada yang aku survey sebelum ni. Nak tak nak bayar saje.

Keratan pertama tiket bas pergi, yang tengah ropeway dan yang hujung tu tiket bas balik nanti.

Selesai beli tiket kombo, ngam-ngam time bas nak gerak. Nasib baik tempat tunggu bas depan kedai tu saje. Terus beratur naik bas. 


Perjalanan mengambil masa 40 minit ke Zao Onsen Bus Terminal. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik. Semua kawasan dipenuhi salji yang tebal seperti lautan salji.


Daripada bus terminal kena jalan kaki lebih kurang 10 minit ke Zao Onsen Ski Resort. Perjalanan menuju ke Zoa Onsen Ski Resort sangat cantik. Sekeliling dipenuhi dengan salji yang sangat tebal. Kelihatan putih bersih keseluruhan kawasan. 



Dalam perjalanan ke sana nampak kedai jual souvenir, masuk kejap tengok fridge magnet. Beli dua harga JPY650. Kawan aku pulak sibuk beli rokok kat vending machine tapi tak berjaya. Rupanya, kena guna id card owner kedai baru boleh beli. Untuk keselamatan. Kalau tak budak-budak pun senang nak beli.

Aktiviti kitorang hari ni nak main ski. Sampai di Zao Onsen, pertama sekali kena exchange tiket ropeway terlebih dahulu. Tiket bas balik kena simpan. Kalau hilang kena beli lagi.




Lepas tu terus ke tempat sewa peralatan ski. Harga sewa JPY3,100 seorang. Dorang akan bagi ski boot, ski board dan ski pole. Tempoh main untuk sessi siang sampai pukul 4.00 petang.


Bagi aku dan wife, ini adalah kali ke-dua kitorang main ski. Kali pertama dulu di Yong Pyong Ski Resort, Korea. Dua tahun yang lalu. Itu pun main sekejap sebab kekangan masa. Kali ni memang berhajat nak main sepuas yang boleh. Bagi kawan aku pulak, ini pengalaman pertamanya. Dia memang sangat excited nak rasa main ski.


Selesai pakai kasut semua, cari locker simpan beg. Sepatutnya simpan beg dulu baru pakai kasut. Bila dah pakai kasut susah nak berjalan. Setelah selesai segala hal, ayuh kita main ski. Aku dengan kawan aku pergi ke slope yang agak tinggi. 



Wife aku tak nak ikut. Dia terus pergi ke tempat beginner yang mana lebih landai. Tapi akhirnya, aku dan kawan aku pergi kat tempat wife aku sebab agak susah juga nak main di slope yang agak tinggi. Tak sempat pasang kasut di ski board dah mengelusur turun. Laju jugak turunnya. Jatuh berdebuk jangan cakap. Berkali-kali. Apa pun itulah keseronokkannya.


Seronok memang seronok. Penat pun ada. Dengan kasut yang berat dan keras menyukarkan pergerakkan. Lepas tu susah nak masukkan kasut dalam ski board. Baru masukkan kasut sebelah dah menyusur turun ke bawah. Nak naik tempat yang lebih tinggi dengan ski board pun susah. Naik sikit, turun banyak. Bila lah nak sampai. Jealous sangat tengok orang lain yang pandai main. Nampak mudah saje pada mereka. Mula berangan, kalaulah terror macam dorang kan best.

Bila masing-masing dah keletihan, akhirnya kitorang berhenti main dan pulangkan semula peralatan ski tadi. Kemudian kitorang terus naik ropeway menuju ke Juhyokogen Station - Zoa Ropeway Sanrokusen. Sebelum naik ropeway petugas di situ akan mengambil foto kita berlatarbelakang gambar pemandangan snow monster. Sampai di Juhyokogen Station terus keluar dari station untuk tengok pemandangan di sekitar sini.



Kebetulan salji sedang turun waktu ni. Pemandangan putih seputihnya di sekeliling kawasan. Sangat cantik. Pokok-pokok diselaputi salji yang tebal. Rasa seperti berada di dunia Narnia. 




Cantik sangat. Sukar diungkap dengan kata-kata. Hanya mata yang melihat saje mampu menilai akan keindahannya yang diluar jangkauan.




Saljinya sangat lembut dan gebu. Sempat juga aku dan isteri buat snow angle. Dulu tak sempat buat. Kali ni memang itu perkara pertama yang kitorang buat dulu.




Memandangkan salji turun semakin lebat, suhu semakin sejuk, jadi kitorang decided masuk ke dalam kafe untuk memanaskan badan sekejap. Masuk kafe panaskan badan sikit dan setelkan urusan peribadi. 


Perut agak lapar minta diisi. Nasib baik kafe tu ada jual french fries. Jadi kitorang makan fries saje untuk isi perut. Biskut pun ada sebagai tambahan. Minum milo panas yang aku bawak. Pergh! Memang layan di dalam cuaca sejuk beku macam ni.



Lepas setel makan kitorang keluar semula dan bergambar di kawasan sekitar. Tak jauh pun kitorang pergi sebab salji turun semakin lebat. Jarak penglihatan pun semakin kurang. 


Kalau ikut puas ke tak, sudah pasti takkan puas berada di situ. Tapi memandangkan masa mencemburui, jadi kitorang decided naik ropeway ke station yang paling atas iaitu Jizo Sancho Station - Zoa Ropeway Sanchosen.




Perjalanan menaiki ropeway ke Jizo Sancho Station langsung tak nampak apa-apa. Kalau cuaca terang boleh nampak snow monster. Boleh nampak jugalah sikit-sikit kalau tengok betul-betul. 

Bila sampai di station angin sejuk sangat kuat. Keseluruhan station dan cable car diselaputi ais. Ini merupakan satu pengalaman baru untuk kitorang. Sejuk tak usaha cakap. Terlampau melampau sejuk. Menyucuk-nyucuk tajam. Kitorang terus masuk ke kafe untuk berlindung daripada kesejukkan.


Masing-masing seperti tak sanggup nak menempuh suhu yang terlampau sejuk di luar. Kesejukan angin mencecah -24 darjah celcius. Sejuk melampau tu. Tapi dah sampai sini, kena tengok juga apa yang kita dah berhajat nak saksikan dengan mata sendiri. Wife aku bersiap-siap pakai mafla tutup separuh muka terutama hidung. Guna hood tutup kepala. Rupa ninja jadinya. Bila dah bersiap sedia, wife aku terus keluar untuk melihat pemandangan di luar.


Bukan ninja dan bukan wife aku

Sementara wife aku keluar sorang, aku dan kawan aku pun rasa tak puas hati tak keluar. Nak tengok juga bagaimana keadaan di luar sana. Akhirnya, aku dan kawan aku pun pakai apa yang patut semoga dapat cover kesejukkan di luar sana nanti. 



Lepas wife aku masuk semula ke kafe, aku dan kawan aku pulak keluar. Angin sejuk sangat kuat di luar sana. Rasa seperti ribut salji sedang melanda. Aku rasa memang tengah berlaku ribut salji. Sejuk teramat sangat. Jarak penglihatan sangatlah sukar. Macam tak nampak ape pun. 

Salji yang berterbangan seperti menyucuk-nyucuk ke muka dan badan. Bila nak balik semula ke station aku terpaksa jalan mengundur sebab tak nampak ape pun. Dengan angin kuat yang meniup rasa seperti nak terbang melayang. Waktu tu aku tawakal pada Allah semoga aku selamat kembali ke station. Terasa perjalanan ke station seperti jauh. Padahal dekat saje.


Walaupun cuaca tak baik, tapi Alhamdulillah kitorang dapat juga tengok snow monster atau juhyo dalam bahasa jepun dengan mata sendiri. Sangat takjub dengan kejadian dan ciptaan Tuhan. Ya Allah, sungguh besar kekuasaanMu. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Besar dan berkuasa atas segalanya. SubhanAllah.




Zao Onsen terkenal dengan hot spring dan ski resort di pergunungan Wilayah Yamagata. Merupakan salah satu daripada beberapa tempat di Jepun di mana Juhyo atau Snow Monster dapat dilihat. Snow Monster ini terjadi apabila pokok-pokok ini diseleputi salji lebat dan pembekuan angin. Snow Monster ini terjadi di puncak Ski Resort dan bentuknya menjadi paling besar pada pertengahan Februari. Untuk naik ke puncak melihat snow monster ini ataupun berski boleh naik menggunakan ropeway atau gondola.




Tujuan aku datang ke sini sebab aku nak main ski dan nak tengok sendiri snow monster. Aku pilih bulan 2 kononnya nak tengok light illumination pada sebelah malam. Tapi memandangkan cuaca tak elok, jadi light illumination dibatalkan di atas ni. Light illumination akan ada sepanjang bulan 2 tapi bergantung juga pada keadaan cuaca. Melepas nak tengok. Redha dengan rezeki yang ditentukan.



Ada pulak orang berkhemah dalam sejuk beku macam ni.

Kalau cuaca elok boleh tengok juhyo ni di observation deck. Disebabkan cuaca buruk, observation deck pun ditutup. Kitorang asyik keluar tengok view lepas tu masuk balik panaskan badan. Kemudian keluar lagi, masuk balik. Berulang kali. Nak stay lama kat luar tu memang tak tahan. Sempat juga ambil video untuk kenangan.


Memandangkan hari nak gelap, light illumination pun dibatalkan, jadi kitorang decided turun ke bawah. Keadaan sekitar cable car semua sudah diselaputi ais. Menakjubkan. 



So dari Jizo Sancho Station - Zoa Ropeway Sanchosen akan berhenti di Juhyokogen Station - Zoa Ropeway Sanrokusen. Kemudian kena tukar ropeway di station ini untuk turun ke station terakhir. 

Kebetulan masa sampai di station, takde ropeway turun pula. Kena tunggu. Sementara tunggu tu sempat jalan kat luar station. Ambil gambar pemandangan malam pulak. 



Cuaca di Juhyokogen Station tak sehebat di Jizo Sancho Station. Bersalji tapi angin tak seperti ribut di atas tadi. Lebih tenang. Pemandangan malam lebih cantik dengan adanya cahaya lampu. Seperti berada di dunia fantasi rasanya.


Kebetulan masa kitorang kat sini dorang baru nak mula illumination tour. Tour ni kena bayar JPY3,000 seorang. Kalau stay kat sini boleh join tour ni. Takut habis tour nanti tak sempat nak kejar bas ke Yamagata Station. Tido tepi jalan jawabnya. Jadi gelandangan di Jepun. Esoknya beku sebab kesejukkan.


Bila time ropeway dah sampai terus naik dan turun ke bawah. Sampai di bawah mereka akan tunjukkan foto yang telah diambil masa awal sampai tadi. Terpulang sama ada nak beli atau tidak. Aku beli foto tu sebagai kenangan. Harga JPY1,000. Yang tak bestnya, gambar tu bertiga dengan kawan aku. Sepatutnya aku dengan wife saje...hehe.



Keluar dari station ni terus jalan laju-laju untuk kejar bas second last balik ke Yamagata. Konon nak jalan laju. Tapi tak juga. Sibuk bergambar dengan pemandangan salji yang lebih tebal daripada masa kitorang sampai pagi tadi. Ditambah dengan main salji yang sedang turun lebat. 




Walaupun begitu, kitorang masih juga sempat naik bas second last tu. Sampai di terminal bus sempat juga selesaikan urusan peribadi sebelum naik bas. Tengok orang semakin ramai datang, cepat-cepat beratur sebelum bas datang.




Sampai di Yamagata Station teruja dengan salji tebal yang sedang turun. Orang lain sibuk berlindung. Kitorang sibuk main dan ambil video. Suhu sejuk pun tak peduli. 

Lepas main salji, masuk station konon nak cari kedai makan yang sesuai. Tengok-tengok macam takde yang sesuai untuk dimakan. Ada Loteria tapi kawan aku tak makan udang. Akhirnya beli onigiri dan nasi makan kat hotel. Makan maggi pun sodap.

Lepas makan settle ape yang patut, lepas tu tido. Esok kena keluar awal pagi buta. Sambung hari ke-empat.

Perbelanjaan hari ke-tiga :

1. Tiket kombo - JPY 4,100 x 2 = JPY 8,200
2. Main ski - JPY 3,100 x 2 = JPY 6,200
3. Fridge Magnet - JPY 650
4. Locker - JPY 400
5. French Fries - JPY 380
6. Foto kenangan - JPY 1,000
6. Onigiri - JPY 360
7. Nasi - JPY 132

Total - JPY 17,322


4 comments:

  1. Wah bestnya. Tak tau plak pasal snow monster ni. Menarik. Next time kalau ada rezeki lagi ke Jepun boleh pergi sini. Btw, last time saya follow route awak ke Chureito Pagoda. Memang cantik dan dapat tgk clear view Mt.Fuji masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Pengalaman baru. Cuma kurang bernasib baik sebab time tu salji lebat. Jadi tak berapa nampak sangat. Alhamdulillah, rezeki awak dapat tgk Mt. Fuji clear. Terima kasih sudi baca blog ni.

      Delete
  2. Bestnyerrr.... Teringat pulak masa ke sini during winter 2016. Pemandangan memang cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Memang cantik walaupun masa ni salji lebat. Kalau cuaca cantik mesti bertambah tambah cantik pemandangannya.

      Delete