Total Pageviews

Japan : Osaka - Day 1

Trip Main Salji - Osaka : Minami (Namba)


Sabtu - 04.02.2017


Trip kali ini sebenarnya tidak dirancang. Masa AirAsia buat promotion free seat tahun lepas, mula tu nak cari destinasi lain tapi harga agak mahal. Belik-belik dapat harga pergi Jepun agak murah. Jadi wife minta aku beli sebab dia nak tengok sesuatu yang menarik di Jepun pada musim salji. 

Disebabkan banyak tempat yang wife aku nak tengok jadi aku beli tiket ke Osaka dan balik dari Sapporo. Harga tiket RM1,376.16 untuk dua orang. Ini harga tiket saje. Tak termasuk seat, luggage, makan dan insuran. Beberapa hari sebelum pegi aku tambah seat, luggage dan makanan untuk masa balik nanti. Total semua RM1,824.16 untuk dua orang.

Memandangkan tempat-tempat yang nak dilawati berada di wilayah yang berbeza dan jarak agak jauh antara satu sama lain jadi aku beli JR Pass untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Kali ini aku beli dengan travel agent H.I.S. Travel (M) Sdn. Bhd. di Ansa Kuala Lumpur dengan harga RM1,138.00 seorang utk 7 hari. 

Harga memang jauh berbeza dengan yang aku beli sebelum ini masa trip pertama ke Jepun 2015. Perbezaan currency yang sangat ketara. Duit aku tukar JPY1000 bersamaan RM39.40 sehari sebelum pergi.

Persediaan kali ini ala kadar saje. Cuma kena tambah baju winter yang lebih baik sebab cuaca di Sapporo nanti sangat sejuk. 

Aku booked hotel sekitar bulan Ogos. Itu pun setelah wife aku suruh cari awal. Pada aku masih terlalu awal nak booking. Sekali masa aku booking tu banyak hotel-hotel murah sudah habis ditempah. Baru rasa menyesal tak cari lebih awal. Tak sangka pulak hotel murah cepat habis. Tapi Alhamdulillah dapat juga hotel yang masih mampu nak bayar walaupun aku mengharapkan harga tu lebih murah. Nak tak nak kena ambil juga. Nanti tak pasal-pasal takde tempat tido.

Trip kali ini sorang kawan aku akan ikut sekali. Dia teringin nak rasa salji katanya. Pada hari keberangkatan, kawan aku minta kawan dia yang buat service uber hantar kitorang ke KLIA2. Pukul 11 lebih dorang ambil aku kat rumah. Masa check-in agak huru-hara sikit sebab luggage terlebih berat. Adjust sana adjust sini baru lepas. Flight berlepas dari KLIA2 menuju ke Kansai International Airport pada pukul 1.55 pagi. 


Selamat sampai di Osaka pada pukul 8.55 pagi. Urusan immigration berjalan dengan lancar kecuali kawan aku sorang ni. Dia kena body check. Kitorang punya tunggu lama ingatkan dia dah lepas awal sebab dia pergi kaunter lebih awal daripada kitorang. Ingatkan dia pergi melilau ke mana. Bengang juga kitorang dibuatnya. Daripada nak cepat jadi lambat pulak.

Tapi setelah diberitahu yang dia kena tahan untuk body check jadi kitorang pun terima. Kesian pulak kat dia. Kelakar juga bila dengar ceritanya. Aku cakap, mungkin muka dia ada rupa macam orang bawak barang terlarang kot. Pengalaman.

Selesai hal tadi, terus pegi ke kaunter untuk tukar JR Pass. Kena naik tingkat atas lepas tu keluar pintu kiri dan jalan terus akan nampak JR Office. Lepas dapat JR Pass, kitorang terus gerak ke train station untuk ambil train ke Osaka Station. Perjalanan lebih kurang satu jam. 

Sampai di Osaka Station cari coin locker untuk simpan beg. Kena ambil 2 locker besar sebab tak muat. Harga JPY1,400 untuk 2 locker. Lepas tu jalan kaki ke bangunan Umeda (Subway) dan ambil Osaka City Subway Midosuji Line for Nakamozu untuk ke Namba Station. Kena bayar tambang JPY240 sorang.


Plan pertama hari ini nak jalan-jalan sekejap di sekitar Namba dan Dotonbori. Masa trip pertama dulu aku pernah datang sini. Kali ni aku datang balik sebab nak makan ketam, takoyaki, udon yang sedap tu dan sushi. Dah alang-alang sampai Osaka haruslah singgah. 

Sampai di Namba Station ambil Exit 14. Kemudian jalan kaki sikit terus sampai di Shinsaibashi Shopping Arcade. Jalan terus sampai masuk kawasan Dotonbori. 



Jalan-jalan sambil makan takoyaki original dari Osaka harga JPY650 untuk 8 ketul. 




Lepas tu jalan lagi makan ketam pulak harga JPY900. Sikit saje ketam tu. Tapi dah sampai sini. Pejam mata je bayar. Wife aku memang berhajat nak makan ketam ni. Memang beza harga dulu dan sekarang.



Ketam sikit je. Rasa sedap tapi mahal

Sambung jalan lagi. Tengok kedai udon tu tutup pulak time ni. Melepas nak makan. 


Sambung jalan lagi ke arah belakang pulak. Kawasan yang ada sungai tu. Jalan-jalan kebetulan ada buat promotion kopi. Jadi kitorang pun beratur sama untuk dapatkan kopi free. Dapat sorang dua tin kopi. 




Jalan lagi sampai ke Glico. Hari tu aku melepas nak ambil gambar Glico. Padahal jarak sejengkal saje dengan tempat yang aku merayau masa trip pertama dulu. 



Tempat ni memang happening samada pada waktu siang ataupun malam. Orang sangat ramai yang datang menikmati bandar Osaka ini. Dengan kepelbagaian jenis makanan dan dekorasi papan iklan menjadikan kawasan ini menarik.



Habis kawasan ni dijelajah, kitorang decided balik semula ke station nak ke Shin-Osaka Station.


Dari Namba Station hanya 15 minit saje sampai ke Shin-Osaka Station. Ambil shinkansen ke Nagoya. Sebelum tu pergi reserved seat dulu. Shinkansen ke Nagoya ambil masa 53 minit. 



Sampai di Nagoya Station terus ambil Limited Express (Wide View) Shinano Train ke Nagano. Perjalanan ambil masa 3 jam untuk sampai ke Nagano Station.


Lebih kurang pukul 8.00 malam kitorang selamat sampai di Nagano Station. Terus pergi check in hotel. Di Nagano aku stay di Smile Hotel Nagano untuk semalam dengan harga JPY6,394 semalam. Kawan aku pulak malam ni tido di hostel lain.


Lepas checked-in takde apa aktiviti boleh dibuat di Nagano. Kedai dah banyak yang tutup. Wife aku ingat nak makan sushi kat satu kedai ni. Dia nampak masa on the way ke hotel kitorang. Tapi disebabkan aku kena temankan kawan aku cari hostel dia, jadi dah terlewat. Kedai pun dah tutup.




Jadi kitorang makan nasi beli kat convenient store, makan dengan seaweed yang aku bawak dari rumah dengan sambal ikan bilis. Lepas makan terus tido. Sambung aktiviti hari kedua.

Perbelanjaan hari pertama :

1. Tiket subway (return) - JPY 480 x 2 = JPY 960
2. Locker - JPY 700 x 2 = JPY 1,400 
3. Takoyaki - JPY 650
4. Snow crab - JPY 900
5. Nasi - JPY 134
6. Onigiri - JPY 460
7. Air Pitch - JPY 131

Total : JPY 4,635


No comments:

Post a Comment