Total Pageviews

Yogyakarta - Day 5

Rabu - 14.09.2016

Trip Korban : Bukit Punthuk Setumbu, Kalibiru

Hari ke-lima merupakan hari terakhir di Yogyakarta. Tak sabar nak balik rasanya. Hari ni seawal pukul 4.00 pagi pak supir datang jemput. Aktiviti hari ini sekali lagi nak tengok sunrise. Kali ini di Bukit Punthuk Setumbu.

Jarak perjalanan dari kota lebih kurang 1 jam lebih. Sampai di Punthuk Setumbu pukul 5.00 lebih. Terus pegi beli tiket masuk harga IDR 30,000 seorang. Sebelum masuk aku pegi solat subuh terlebih dahulu. Ada disediakan mushola di sini. 


Selesai solat terus gerak masuk ke dalam. Kena jalan kaki menaiki bukit selama lebih kurang 15 minit. Exercise di pagi hari. Memang mengah dibuatnya. Wife aku tertinggal di belakang sebab dia tak larat sangat. Letih trekking semalam tak habis lagi sambung lagi hari ni. Dia yang suruh aku pegi dulu. Takut terlepas moment cantik katanya.

Sampai di atas, terus hilang segala lelah tadi. Pemandangan memang cantik. Tapi sayang cuaca hari ini juga berawan. Nasib aku tak begitu menyebelahi, tiga hari dapat cuaca berawan di sini. Syukurlah, janji tak hujan. Mungkin aku tersalah pilih musim datang waktu ni. Tapi pak supir kata musim kemarau. Hmmm....

Peringkat Pertama

Borobudur nun di kejauhan sana

Gunung Merapi di balik awan

Hutan belukar

Bukit Punthuk Setumbu merupakan salah satu spot terbaik untuk menyaksikan sunrise dengan berlatar belakangkan Gunung Merapi dan Candi Borobudur di pagi hari di dalam lautan kabus. Tinggi bukit Punthuk Setumbu lebih kurang 400 meter. 

Dulu bukit ini merupakan ladang penduduk. Tapi setelah seorang photographer mengambil gambar sunrise Borobudur dari sini, tempat ini terus mendapat sambutan dan kunjungan orang ramai sama ada dari dalam atau luar Indonesia.  

Peringkat Kedua





Untuk menyaksikan sunrise di Bukit Punthuk Setumbu ini kena sampai sini sebelum pukul 5.30 pagi. Dari tempat parking kena trekking ke puncak bukit selama 15 minit. Bagi sesiapa yang tak larat sebenarnya ada disediakan sebuah gazebo tak jauh dari pintu masuk. Bolehlah tengok sunrise dari situ. 

Di dataran puncak bukit dikelilingi dengan pagar kayu untuk keselamatan pengunjung.  Di atas ni ada juga gazebo, kerusi kayu dan pondok kayu untuk pengunjung duduk menikmati matahari terbit. Ada juga penjual gerai-gerai makanan untuk pengunjung bersarapan dan minum pagi. Di atas ni memang sejuk. Bila pekena air panas, pergh! memang layan.

Peringkat Ketiga


Kalau cuaca cantik tak berawan, boleh nampak dengan jelas Gunung Merapi dari sini. Tapi memandangkan hari ini berawan, maka hanya bayang-bayang gunung saje yang kelihatan. Sebaiknya datang pada musim panas iaitu antara bulan Jun hingga Ogos. Ku sangkakan bulan September masih kemarau. Rupanya tidak. 

Terasa tenang dan nyaman saje di sini. Dengan burung keluar berterbangan di waktu pagi. Indahnya suasana. Semua gambar-gambar sama je. Tapi aku letak juga sebab warnanya tu berbeza. 




Bila matahari dah semakin meninggi, kitorang decided turun dan nak cari sarapan sikit sebelum pegi ke destinasi seterusnya. Pagi tadi cuma makan biskut dan coklat saje untuk alas perut.




Sampai di bawah ada gerai-gerai kecil di tepi laluan yang menjual makanan. Aku singgah beli sikit pisang goreng, tauhu goreng dan lontong untuk alas perut. First time try makan lontong Yogyakarta. Tak sangka sedap rasanya. Rugi beli satu je. Tak beli lebih sebab takut tak boleh nak pegi dengan rasanya nanti.


Selesai beli makanan tadi terus pegi ke kereta dan gerak ke destinasi seterusnya. Kitorang makan dalam kereta saje sebab tak nak buang masa. Destinasi kedua hari ini ialah Kalibiru

Aku tak sangka yang jarak perjalanan dari Bukit Punthuk Setumbu ke Kalibiru agak jauh juga. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih. Jalan masuk juga sangat curam. Kena guna kereta yang power. Kalau tak silap-silap boleh terundur balik ke belakang.


Sampai di Kalibiru dalam pukul 7.45 pagi. Beli tiket masuk harga IDR 5,000 seorang. Operasi bermula pukul 8.00 pagi. Settle beli tiket kitorang terus masuk ke dalam nak tengok spot mana yang menarik. Sebelum tu di kaunter tiket ada ditampal gambar spot-spot yang ada di sini. Boleh pilih dulu yang mana satu nak. Aku dah pilih awal tadi masa kat luar. Cuma nak tengok in real kat dalam ni pulak.


Spot yang menjadi pilihan kitorang ialah spot no. 1. Kitorang plan nak ambil satu spot saje. Nak ambil gambar disetiap spot kena beli tiket lain. Satu spot satu tiket. Harga dari IDR10,000 ke IDR 20,000. Ada khidmat jurukamera disediakan. Harga lain dikenakan. 



Tunggu punya tunggu di spot 1, masih tak bukak-bukak walaupun dah pukul 8.00 lebih. Sebab tak nak buang masa, pak supir ajak tengok spot lain. Ada satu spot dah mula beroperasi. Dah ada orang jaga dan pengunjung pun dah mula tunggu giliran ambil gambar. 

Mula-mula kitorang tengok saje. Lepas tu decided nak ambil gambar kat Spot Bundar. Kena beli tiket di situ dengan harga IDR 15,000 seorang. Lepas tu tunggu giliran.


Naik atas tu kena guna harness untuk keselamatan. Kitorang mintak tolong budak yang jaga spot ni tolong ambilkan gambar guna kamera sendiri. Pak supir aku dah hilang pegi minum katanya. Tak boleh pakai. Budak yang ambil gambar ni ok dan supporting. Siap suruh buat macam-macam gaya.  "Kak, padang belakang. Kak, lompat tinggi lagi kasi tinggi sama abang". Gila kau nak lompat tinggi. Wife aku dah seriau. Tapi mula-mula je seriau, lepas tu terus lupa diri.



Selesai bergambar di spot bundar kitorang beredar dan gerak ke Spot No. 1 yang dihajati tadi. Aku nak juga spot ni sebab ada pokok. Nampak lagi best pada aku. Kena bayar lagi tiket untuk spot ni. Harga IDR 15,000 seorang. 

Kali ni kena tunggu giliran lama sikit. Sebab dah ramai yang beli tiket. Masa aku datang spot ni tak bukak lagi. Boleh plak dia bukak tak ikut time. Main suka hati nak bukak pukul berapa. Pak supir kata kadang-kadang time rehat pun ikut suka dorang. Jadi yang sudah beli tiket untuk spot ini kena tunggu sampai abis time rehat dorang, lepas tu baru buka semula. Mentang-mentang spot ni paling top. Ikut suka dorang pulak. Tak professional langsung. Setiap spot lain orang yang jaga.



Penjaga di spot no. 1 ni tak berapa mesra alam. Berkira sikit. Tak boleh nak tolong ambilkan gambar kecuali guna khidmat dorang. Nak duitlah tu. Nasib baik kali ni pak supir ada jadi cameraman kitorang. Lagi satu yang tak best asyik suruh kitorang turun cepat. Kitorang buat tak tau je. Bising juga la. Orang dah bayar wei.


Kalibiru berada di kawasan Bukit Menoreh dengan ketinggian 450 meter. Dari puncak bukit ini kita dapat lihat keindahan bukit bukau dan tasik. Jika cuaca baik boleh nampak ombak di pantai selatan dari jauh.



Udara di sini agak sejuk dan nyaman. Untuk naik ke sini tak perlu nak trekking. Boleh naik terus dengan kenderaan. Selain spot-spot gambar ada juga flying fox, jambatan gantung, pondok pandang dan buaian tinggi. Semua ni usaha penduduk tempatan. Aku tak explore yang lain sebab nak kejar masa dan duit rupiah pun dah kurang sebenarnya.


Selesai bergambar, kitorang terus gerak balik ke Malioboro nak check out hotel. Perjalanan ambil masa 2 jam jugak. Sempat juga singgah ambil gambar Tugu Jogja yang merupakan treadmark utama di Yogyakarta. 


Sampai di Hotel terus bersihkan diri dan kemas semua barang. Lepas check out pak supir bawak kitorang ke Mulia Money Changer di kawasan Malioboro ini untuk tukar duit. Dah kehabisan rupiah. Souvenir dan oleh-oleh tak beli lagi. Duit nak makan pun dah takde. Kesian.

Bila dah ada duit di tangan terus pegi ke Hamzah Batik cari fridge magnet untuk kitorang dan keychain untuk member ofis wife aku. Pak supir bagitau kat sini je yg ada jual pelbagai fridge magnet. Fridge magnet biasa-biasa je takde yang cantik sangat. Terpaksa ambil jugak untuk kenangan.  Keluar daripada Hamzah Batik, dekat lorong kedai bawah tu aku sempat rembat sehelai t-shirt Jogja. Hamzah Batik ini di kawasan Malioboro jugak, berdekatan dengan Pasar Beringharjo. Trip kali ni aku tak sempat nak terjah Pasar Beringharjo. Bukan kaki shopping so takde rasa ralat sangat. Tapi kena tengok juga apa yang ada kat situ. Takkan nak dengar citer orang saja.



Selesai beli souvenir, pak supir bawak kitorang pegi ke Pusat Oleh-Oleh Ongko Joyo untuk beli oleh-oleh makanan. Pak supir kata makanan yang wajib beli kuih bakpia. Kuih ni ada beberapa perasa iaitu kacang hijau, cheese, chocolate dan apa lagi entah aku dah tak ingat. Rasa kuih ni macam rasa kuih kasturi. Cuma kuih kasturi tu digoreng. Pada aku kacang hijau yang paling sedap. Aku beli sekotak bakpia dan kerepek-kerepek sikit.




Selesai beli buah tangan, perut pun dah lapar, kitorang minta pak supir bawak kitorang makan kat Restoran Ayam Penyet Surabaya. Malas nak pikir makan apa dan kat mana. Lagi pun dah tau kat sini makanannya sedap. Kali ini order ikan dan ayam penyet.


Abis makan, tengok time dah banyak lari. Kalau ikut plan pegi ke Istana Air Taman Sari Kraton. Memang tak sempat. Ada nampak macam nak kena repeat je. Flight balik pukul 5.15 petang. At least kena sampai di airport pukul 4.00 petang. Jadi kitorang decided terus pegi ke airport saje.

Sampai di airport merayau sekejap lepas tu terus masuk check immigration. Sekali tak lepas immigration sebab camera stand. Kena masuk kargo. Aku tak ambil luggage pulak tu. Tensen. Dengan perasaan yang panas tu aku pegi kaunter kena beli luggage semata-mata untuk camera stand. Wife aku ada bagi suggestion minta tumpang luggage sesiapa kat situ. Tapi masa tu hati tengah panas, ego tengah tinggi mana nak terima. Bila dah tenang baru terasa rugi pulak.

Dah settle satu immigration kena check satu lagi. Kali ni ubat gigi yang aku baru beli pulak tak lepas. Kat KLIA2 lepas kat sini pulak tak lepas. Nak buat macam mana lain negara lain peraturannya. Follow saje la. Dahlah baru sangat pakai. Rugi je. Lagi bertambah panas hati aku. Flight gerak lewat sikit dari jadual. Flight gerak aku pun tido sepanjang perjalanan. 




Selamat sampai di KLIA2 pukul 8.45 malam. Terus ambil ERL ke Putrajaya Sentral. Sampai rumah settlekan apa yang patut pastu tido. Esok wife aku keje sehari. Aku masih cuti lagi sepanjang minggu ni.

Pada aku Yogyakarta ada banyak tempat menarik untuk dilawati terutama sekali bagi mereka yang pencinta alam. Kalau ada rezeki aku akan kembali lagi untuk ke tempat lain pulak. InsyaAllah. Apa pun aku berpuas hati dapat tengok, merasai dan mengalami sendiri apa yang memang aku hajati. Dapat pulak pak supir yang ok. Cuma hotel saje yang agak kureng sikit.

Perbelanjaan hari ke-lima :-

1. Puthuk Setumbu - IDR 30,000 x 2 = IDR 60,000
2. Sarapan (kuih-kuih) - IDR 8,500
3. Kalibiru - IDR 5,000 x 2 = IDR 10,000
4. Pelantar Spot Bundar - IDR 15,000 x 2 = IDR 30,000
5. Pelantar Spot No.1 - IDR 15,000 x 2 = IDR 30,000
6. Fridge Magnet & Keychain - IDR 82,500
7. T.Shirt - IDR 30,000
8. Oleh-Oleh - IDR 115,000
9. Restoran Ayam Penyet Surabaya - IDR 58,000

Total - IDR 424,000

Perbelanjaan keseluruhan :-

1. Flight tiket - RM 850.16
2. Hotel - IDR 1,200,000
3. Pak Supir -  IDR 2,400,000
4. Belanja harian - IDR 4,266,500

Grand Total ~ RM 3,296.64 (IDR 1M = RM311)


No comments:

Post a Comment