Total Pageviews

Japan : Sapporo - Day 8

Trip Main Salji - Sapporo : Home Sweet Home


Sabtu - 11.02.2017


Hari ke-lapan, hari keberangkatan pulang ke tanah air tercinta. Seawal pukul 5.00 pagi bangun bersiap dan kemas saki-baki barang. Pukul 6.30 pagi turun ke bawah untuk tunggu bas ke airport. Hotel ada sediakan bas free ke airport. Alhamdulillah, jimat duit. Kitorang booked bas pukul 6.50 pagi masa check-in hari tu.

Bas sampai awal dan gerak tepat pukul 6.50 pagi menuju ke airport. Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit saje. Sampai di airport tepat pukul 7.10 pagi. Begitu ketepatan masa public transport di Jepun. Memudahkan buat perancangan masa.


Sampai airport terus ke kaunter check-in. Masa kitorang sampai tak ramai orang lagi. Nampak timbang terus pergi timbang beg takut terlebih muatan. Seperti tak percaya, bila timbang macam ringan saje. Pelik. Jadi sumbat lagi beg. 

Masa tengah beratur tu, entah macam mana ternampak timbang lain pulak. Timbang yang sebenar. Pergi timbang untuk kepastian. Sekali timbang balik lebih muatan. Tak pasal-pasal kena punggah balik keluarkan barang. Keluar sana keluar sini, tukar sana tukar sini banyak kali akhirnya dapat juga kurangkan berat. Lebih 0.5 kg saje. 

Settle hal tu terus beratur check-in. Semakin panjang orang beratur. Masa boarding semakin dekat. Settle check-in, beratur panjang pulak di immigration. Kat sini makan masa lama sikit. Nampak seperti tak sempat nak bershopping dan makan dalam ni.

Lepas settle immigration terus pergi kedai bebas cukai beli sikit makanan untuk bawak balik. Habiskan duit yang ada. Tak sempat nak cari souvenir untuk ofismate wife aku. Cuma sempat beli dua fridge magnet untuk yang tertentu saje. Itupun harga mahal. Kitorang boarding antara orang yang terakhir. 


Lebih kurang 9.30 pagi flight berlepas. 



Untuk kali terakhir layan sekejap pemandangan Sapporo dari atas. Cantik sangat dengan salji yang penuh di merata kawasan.




Perjalanan mengambil masa hampir 9 jam untuk sampai ke KLIA2. Ini merupakan perjalanan paling panjang kitorang menaiki kapal terbang.


Mula-mula tu layan tido. Cover bangun awal pagi tadi. Lepas tu layan movie sekejap. Lepas tu makan.




Lepas makan tido lagi, bangun terasa nak makan. Order lagi makanan. 

Sedap cookies ni.

Selepas tido bangun makan, tido bangun makan berulang kali, Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA2 pukul 6.00 petang setelah menempuh perjalanan hampir 9 jam. Lama gile. 

Balik naik uber. Sampai rumah terus ambil kereta keluar pergi makan malam. Seperti biasa rindu makanan Malaysia. Order sup ekor, kailan ikan masin, paprik dan telur dadar. Fuh! Nyaman rasanya. Kira ni birthday dinner aku.

Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan trip kali ini. Walaupun agak penat sedikit dengan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi yang agak jauh. Perjalanan dari Osaka hingga ke Sapporo merupakan satu pengalaman yang menarik pada kami. Kebanyakkan attraction pada waktu winter berjaya kami pergi, mengalami dan melihat dengan mata sendiri.

Jepun sememangnya tidak pernah menghampakan. Alam semulajadinya yang cantik. Lain musim lain pemandangannya. Kali ni dapat rasa salji turun setiap hari. Rindu nak main salji. Salji di Jepun memang terbaik, lembut dan gebu.

Sapporo sangat cantik pada musim sejuk. Seluruh kawasan dipenuhi salji tebal. Putih, bersih dan cantik. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat indah hingga terasa rugi sekiranya tidur. 

Paling aku rindu suasana di Biei. Keindahan Biei pada musim sejuk sangat memukau. Terasa tenang berada di sana. Ada rezeki aku akan kembali. Tapi bukan di waktu yang terdekat. Terima kasih Ya Allah, atas rezeki, peluang dan nikmat yang telah Engkau berikan. Semoga diberikan lagi rezeki dan peluang untuk melihat ciptaanMu lagi selepas ini. Amin.

Perbelanjaan hari ke-lapan:

1. Makanan - JPY 2,450
2. Fridge magnet - JPY 1,000

Total - JPY 3,450


Perbelanjaan keseluruhan :

Tiket flight return - RM 1,824.16 (2 orang)
JR Pass - RM 2,276.00 (2 orang)
Hotel - RM 2,035.00
Belanja harian - JPY 69,138 ~ RM 2,724.40

Grand total ~ RM 8,859.00 (JPY 1,000 = RM 39.40) untuk 2 orang


No comments:

Post a Comment