Isnin - 02.05.2016
Road trip to Ipoh : Ipoh Wall Art Mural
Hari kedua kitorang keluar lambat. Cuti-cuti ni liat pulak nak bangun. Dah alang-alang lambat tu terus keluar tengahari dan check out sekali.
Lepas settle hal check out, singgah kejap kat kedai mamak area situ untuk isu perut dulu.
Aktiviti pertama hari ini ialah misi ke Ipoh Wall Art Mural di Jalan Bijeh Timah. Dikenali juga dengan nama Art of Oldtown. Kat sini lebih kurang sama dengan mural kat street of Penang's Georgetown tu. Pelukisnya pun orang yang sama. Gambar tak sebanyak macam kat Penang. Ada 7 art mural di sekitar kawasan ni.
Masa aku pegi ni tengahari buta. Panas gile waktu ni. So yang mampu berjaya ambil 3 foto je. Yang lain tak mampu nak terjah. Panas terik wei...
Tempat ni memang nampak sangat 'oldtown' nya. Kedai-kedai pun design lama-lama dan usang. Menarik juga pada aku. Dalam pada panas-panas tu sempat juga jalan kat Concubine Lane yang juga dikenali dengan nama Lorong Panglima. Macam-macam kraftangan dan souvenir ada jual disepanjang lorong ni. Kedai makan pun ada juga.
Masa jalan-jalan tu terjumpa pulak kedai makan Nellis Deli. Terus kitorang masuk untuk makan tengahari. Cantik design kedainya. Aku suka.
Kitorang makan nasi ulam, chicken chop dan air buah. Puas hatilah dengan makanannya. Memang sedap.
Lepas makan terus keluar jalan sikit kat kawasan tu lagi. Jumpa kedai dessert yang top kat sini iaitu Patisserie Boutique. Tak singgah masuk pun. Baru lepas makan. Dah kenyang gile. Kebanyakkan kedai-kedai kat sini ala hipster. Memang menarik.
Ambil gambar sikit kat area sini. Lepas tu terus balik ke kereta nak gerak ke tempat seterusnya. Malas pulak nak lama-lama kat sini sebab tersangatlah panas waktu ni. Kalau pegi petang-petang sikit mesti ok. Menyesal plak tak pegi petang semalam je.
Seterusnya kitorang nak gerak ke destinasi lain. Memula cadang nak ke Taiping tapi memandangkan nanti balik KL lewat sangat, so kitorang cancel kan aje. Tukar plan pegi tengok apa ada dengan cinta. Eh! Bukan. Apa ada kat Taman Rekreasi Gunung Lang pulak. Dengarnya ada air terjun.
Sampai sana rupanya air terjun tu adalah air terjun buatan. Air terjun buatan ini adalah yang tertinggi di Malaysia. Tapi masa kitorang datang tengah buat renovation. Jadi air terjun tu tidak beroperasi. Taman permainan pun ada kat sini.
Aktiviti lain yang boleh dibuat kat sini ialah naik bot ronda-ronda kawasan tasik. Kitorang tak naik pun sebab panas sangatlah. Lain kali je la.
Aku cuma ambil gambar je kat sini. Tak lama pun. Lepas tu terus cari stesen petronas nak solat zohor dulu. Dah pukul 3 lebih waktu ni.
Lepas solat kitorang decided nak pegi balik ke Tasik Cermin sebelum balik. Sebab tak puas hati dengan reflection air tu selepas wife aku tunjuk gambar orang lain kat Instagram malam tadi.
Kitorang sampai kat Tasik Cermin ni semula lebih kurang pukul 4 lebih. Masa sampai adalah beberapa orang dah nak balik. Pastu tinggal kitorang berdua je kat situ. Lama juga. Seperti tempat tu ana yang punya.
Kali ni reflection kat air tu lebih jelas. Tapi sesekali angin pulak datang bertiup. So hilanglah semula reflection tadi.
Memang terasa sunyi sepi bila takde orang. Ditambah dengan cuaca yang sangat redup waktu ni. Suasana memang tenang sangat. Sesekali angin bertiup menggugurkan daun-daun. Terasa seram pun ada. Itu wife aku lah yang rasa.
Pukul 6 gerak balik. Ingatkan nak ikut jalan lama, lepas tu keluar tol Gopeng. Nak elak jalan jem dari tol Simpang Pulai. Sekali sampai kat traffic light mana ntah jem langsung tak gerak. So kitorang decided patah balik dan keluar ikut tol Simpang Pulai. Mula-mula jalan ok sikit. Lepas tu jalan slow sampai le ke KL.
Sampai rumah pukul 1 pagi. First time redah jem panjang dan lama macam ni. Baru tau macam mana rasa orang balik kampung jauh-jauh time raya. Almaklum lah, kitorang kampung cuma jarak satu jam je dari KL.
Lepas settle hal check out, singgah kejap kat kedai mamak area situ untuk isu perut dulu.
Aktiviti pertama hari ini ialah misi ke Ipoh Wall Art Mural di Jalan Bijeh Timah. Dikenali juga dengan nama Art of Oldtown. Kat sini lebih kurang sama dengan mural kat street of Penang's Georgetown tu. Pelukisnya pun orang yang sama. Gambar tak sebanyak macam kat Penang. Ada 7 art mural di sekitar kawasan ni.
Lokasi mural. Sumber Internet
Old uncle with coffee cup
Evolution
Paper plane
Kitorang makan nasi ulam, chicken chop dan air buah. Puas hatilah dengan makanannya. Memang sedap.
Walaupun kawasan buruk dan lama tapi nampak menarik
Berani masuk toilet yang dah usang ni ke..?
Usang dan terbiar tapi berpenghuni
"There is no reason to have Plan B because it distracts from Plan A"
Sampai sana rupanya air terjun tu adalah air terjun buatan. Air terjun buatan ini adalah yang tertinggi di Malaysia. Tapi masa kitorang datang tengah buat renovation. Jadi air terjun tu tidak beroperasi. Taman permainan pun ada kat sini.
Aktiviti lain yang boleh dibuat kat sini ialah naik bot ronda-ronda kawasan tasik. Kitorang tak naik pun sebab panas sangatlah. Lain kali je la.
Aku cuma ambil gambar je kat sini. Tak lama pun. Lepas tu terus cari stesen petronas nak solat zohor dulu. Dah pukul 3 lebih waktu ni.
Kitorang sampai kat Tasik Cermin ni semula lebih kurang pukul 4 lebih. Masa sampai adalah beberapa orang dah nak balik. Pastu tinggal kitorang berdua je kat situ. Lama juga. Seperti tempat tu ana yang punya.
Kali ni reflection kat air tu lebih jelas. Tapi sesekali angin pulak datang bertiup. So hilanglah semula reflection tadi.
Agak-agak ada ke orang buat keje macam kitorang. Berulang kali datang ke sini dalam masa terdekat.
Tengah syok layan view, tetiba datang geng bangla nak pegi memancing. Ada ikan talapia dan ikan apa ntah ade kat sini katanya. Betul-betul kacau daun. Abis berkocak air akibat dayungan bangla ni. Kesian kat orang yang datang kemudian.

Lebih kurang pukul 5 lebih kitorang gerak dari situ nak balik KL. Sebelum tu singgah di stesen petronas nak solat Asar dulu.
Pukul 6 gerak balik. Ingatkan nak ikut jalan lama, lepas tu keluar tol Gopeng. Nak elak jalan jem dari tol Simpang Pulai. Sekali sampai kat traffic light mana ntah jem langsung tak gerak. So kitorang decided patah balik dan keluar ikut tol Simpang Pulai. Mula-mula jalan ok sikit. Lepas tu jalan slow sampai le ke KL.
Sampai rumah pukul 1 pagi. First time redah jem panjang dan lama macam ni. Baru tau macam mana rasa orang balik kampung jauh-jauh time raya. Almaklum lah, kitorang kampung cuma jarak satu jam je dari KL.
Cantiknya Tasik Cermin tue. Heard a lots about this place tapi tak berkesempatan nak pergi lagi. But talking about the food in Ipoh, its totally awesome!
ReplyDeleteInshaAllah, one fine day rezeki u plak ke sini.
DeleteSuka tengok gambar hipster tu. Tasik Cermin pun cantik. Thanks for sharing.
ReplyDeleteu r most welcome :)
Delete