Sabtu - 10.09.2016
Trip Korban : Hutan Pinus, Pantai Parangtritis & Alun-Alun Kidul
Selepas 498 hari bersamaan 1 tahun 4 bulan 9 hari, akhirnya kami kembali menjejakkan kaki semula ke luar negara untuk tahun ini. Gara-gara nak mengelakkan wife aku ambil cuti 'in advance' terpaksa mendiamkan diri buat sementara waktu. Tempat keje baru, cuti pun tak banyak. Kena kumpul cuti dulu. Nasib baik percutian sebelum ni company dia boleh consider ambil cuti in advance. Selamat tak kena tolak gaji. Tapi sampai bila nak ambil in advance kan.
Sempena minggu cuti sekolah ditambah lagi dengan cuti Raya Aidil Adha dan cuti Hari Malaysia, aku rasa ramai yang ambil peluang pegi ber 'holiday'. Kalau ikut rancangan asal nak ke Sydney seminggu tapi disebabkan tiket mahal dan takde yang murah jadi aku tukar ke Yogyakarta saja. Save sikit. Bulan depan aku ada lagi satu trip.
Beli tiket Air Asia RM850.16 return untuk 2 orang. Beli bukan waktu promotion. Harga agak mahal. Tapi aku rembat saje sebab nak pegi jugak. Duit aku tukar masa ni 1 juta rupiah bersamaan RM311. Gila makin jatuh duit kita.
Seminggu sebelum pegi aku booked pak supir. Mengunakan khidmat Trip Javanesia. Harga supir IDR 2,400,000.00 untuk 5 hari termasuk kereta, minyak dan toll parking. Pak supir akan bawak ke mana saja mengikut itinerary aku.
Bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi ke Putrajaya Sentral, parking kereta kemudian ambil ERL ke KLIA2. Sampai KLIA2 sekitar pukul 8.15 pagi. Flight pukul 9.45 pagi. Perjalanan 2 jam 35 minit. Sampai di Adisutjipto International Airport pukul 11.20 pagi waktu tempatan. Masa di Yogyakarta lewat 1 jam dari waktu Malaysia.
Sampai di airport Pak Supir dah sedia menunggu dengan nama tetamu masing-masing. Lepas jumpa dan salam perkenalan dengan Pak Supir, terus gerak nak cari kedai makan dan solat sebelum memulai perjalanan kami di Yogyakarta.
Aku minta Pak Supir bawa makan di kedai yang murah dan sedap. Jadi dia bawa ke kedai Ayam Penyet Surabaya. Kitorang makan nasi ayam penyet negeri dan ayam lombok ijo negeri. Harga agak berpatutan pada aku. Di sini kita boleh pilih sama ada nak makan ayam negeri a.k.a. ayam bandar atau pun ayam kampung. Aku pilih ayam negeri sebab harganya lebih murah. Di kedai tu ada mushola, jadi lepas makan kami solat di situ saja.
Selesai makan dan solat terus gerak ke destinasi pertama iaitu Hutan Pinus Imogiri. Perjalanan ke sana lebih 30 minit. Masuk percuma. Hanya bayaran parking dikenakan.
Hutan Pinus popular dikalangan pengemar fotografi. Hutan ini nampak cantik dan menarik dengan deretan pokok-pokok pinus yang tumbuh lurus tegak tinggi ke atas serta daun-daunnya di atas kelihatan seperti kanopi.
Ramai gile orang masa aku sampai. Terutamanya golongan muda mudi. Kebetulan hari sabtu hari liburan mereka. Hilang mood nak ambil gambar. Setiap pelusuk ada je orang. Tengah ambil gambar tiba-tiba datang orang. Sabar je la... Redha! Tips...kalau boleh jangan pilih weekend.
Di batang pokok-pokok ada diletakkan hammock untuk pengunjung gunakan. Sama ada untuk bergambar atau nak berehat. Ada yang bertingkat dan ada setingkat saja. Kalau nak guna dikenakan bayaran. Tiada benda free di Indonesia. Tapi itulah salah satu punca pendapatan mereka. Jadi terima saje la situasi ini.
Aku tak lama sangat kat sini. Lepas bergambar dan merayau sekejap kitorang terus gerak ke desitnasi ke dua iaitu Pantai Parangtritis. Hajat di hati nak ber 'sunset' di situ. Kena gerak cepat sebab pukul 5.00 petang matahari sudah mulai turun. Kalau ikut plan aku nak singgah ke Pantai Cemara untuk ambil gambar. Tapi memandangkan masa mencemburui terpaksa skip.
Jarak dari Hutan Pinus ke Pantai Parangtritis mengambil masa hampir sejam juga. Dalam pukul 5.00 petang kitorang sampai di pantai. Bayaran masuk IDR 5,000 dikenakan seorang.
Pantai Parangtritis cantik dengan pemandangan matahari terbenam. Ada kereta kuda dan ATV kalau ada sesiapa yang berminat nak mencuba.
Depan sikit di pantai ini ada satu tarikan menarik iaitu Gumuk Pasir Parangkusomo. Gumuk Pasir ni tempat kita boleh ber 'sand-boarding'. Menarik memang menarik. Rasa nak cuba juga tapi tak berkesempatan. Sesiapa yang berminat boleh cuba. Bayaran yang dikenakan IDR 150,000 sepapan. Boleh digunakan sepuasnya. Kalau datang berdua, sewa sepapan saja. Boleh guna bergilir-gilir. Tapi kalau niat nak berlumba kena sewa lebih.
Setelah matahari menghilangkan dirinya, kitorang gerak balik ke Malioboro. Destinasi seterusnya ialah Alun-Alun Kidul. Kalau ikut itinerary asal aku pergi ke Bukit Bintang tapi atas nasihat Pak Supir aku tukar ke Alun-Alun Kidul disebabkan laluan jauh menyimpang.
Alun-Alun kidul ni lebih cantik dan meriah di sebelah malam. Meriah dengan lampu-lampu dan gerai-gerai makan. Kalau datang siang takde ape sangat yang menarik.
Di tengah Alun-alun Kidul ada dua pohon beringin. Satu kecil satu lagi besar. Di sini kita boleh cuba masagin iaitu berjalan kaki dengan menutup mata menuju ke arah pohon beringin. Bunyi macam biasa je. Tapi agak menarik juga setelah mencuba. Menurut mitos masyarakat sana, sesiapa yang berjaya jalan lurus menuju ke arah tengah pokok pada percubaan pertama adalah mereka yang mempunyai hati bersih suci.
Ramai yang mencuba tapi ramai yang melencong. Sama ada melencong ke kiri atau ke kanan. Aku pun cuba untuk suka-suka. Sewa penutup mata IDR 5,000. Percubaan pertama gagal. Jauh menyimpang ke kiri. Percubaan ke dua juga gagal. Menyimpang ke kanan pulak. Wife aku pun cuba. Tapi dia menyimpang di hujung masa nak sampai ke pohon. Sayang sungguh. Tapi jangan percaya sangat. Buat untuk suka-suka saje.
Selain masagin, kita boleh sewa odong-odong iaitu kereta berhias. Ada pelbagai jenis odong-odong dengan hiasan lampu yang cantik dan comel. Harga sewa dalam IDR 30,000 ke IDR 50,000 untuk satu trip sekitar Alun-alun Kidul dengan cara mengayuh.
Di sini juga ada banyak penjual angkringan. Angkringan tu macam ala-ala gerai. Tempat untuk makan dibentangkan tikar di padang dan ada meja kecil. Ada macam-macam makanan dijual. Aku cuba bakso, indomie goreng dan tempura. Penghibur jalanan pun ada. So kalau rasa nak menyumbang bolehlah beri sumbangan sedikit. Kalau tak nak buat tak tau saje. Aku bagi sikit. Sebagai penghargaan pada pemuzik jalanan. Eh! suara dorang sedap tau.
Lepas makan kitorang terus balik ke Hotel. Baru nak check in. Kitorang menginap di Malioboro Garden Hotel dengan harga IDR 1,200,000 untuk 5 hari 4 malam. Sampai hotel bersihkan diri, kemas-kemas sikit, then terus tido. Kena bangun awal pagi esok. Sambung hari kedua.
Perbelanjaan hari pertama :
1. Makan tengahari - IDR 51,000
2. Tiket masuk Pantai Parangtritis - IDR 5000 x 2 = IDR 10,000
3. Sewa kain tutup mata - IDR 5,000
4. Bakso & Indomie - IDR 27,000
5. Tempura - IDR 5,000
Total - IDR 98,000
Sempena minggu cuti sekolah ditambah lagi dengan cuti Raya Aidil Adha dan cuti Hari Malaysia, aku rasa ramai yang ambil peluang pegi ber 'holiday'. Kalau ikut rancangan asal nak ke Sydney seminggu tapi disebabkan tiket mahal dan takde yang murah jadi aku tukar ke Yogyakarta saja. Save sikit. Bulan depan aku ada lagi satu trip.
Beli tiket Air Asia RM850.16 return untuk 2 orang. Beli bukan waktu promotion. Harga agak mahal. Tapi aku rembat saje sebab nak pegi jugak. Duit aku tukar masa ni 1 juta rupiah bersamaan RM311. Gila makin jatuh duit kita.
Seminggu sebelum pegi aku booked pak supir. Mengunakan khidmat Trip Javanesia. Harga supir IDR 2,400,000.00 untuk 5 hari termasuk kereta, minyak dan toll parking. Pak supir akan bawak ke mana saja mengikut itinerary aku.
Bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi ke Putrajaya Sentral, parking kereta kemudian ambil ERL ke KLIA2. Sampai KLIA2 sekitar pukul 8.15 pagi. Flight pukul 9.45 pagi. Perjalanan 2 jam 35 minit. Sampai di Adisutjipto International Airport pukul 11.20 pagi waktu tempatan. Masa di Yogyakarta lewat 1 jam dari waktu Malaysia.
Selamat datang ke Yogyakarta!
Aku minta Pak Supir bawa makan di kedai yang murah dan sedap. Jadi dia bawa ke kedai Ayam Penyet Surabaya. Kitorang makan nasi ayam penyet negeri dan ayam lombok ijo negeri. Harga agak berpatutan pada aku. Di sini kita boleh pilih sama ada nak makan ayam negeri a.k.a. ayam bandar atau pun ayam kampung. Aku pilih ayam negeri sebab harganya lebih murah. Di kedai tu ada mushola, jadi lepas makan kami solat di situ saja.
Nasi ayam penyet negeri
Nasi ayam lombok ijo negeri
Wisata Hutan Pinus
Awas! Merbahaya!
Menara tinjau
Pemandangan dari menara tinjau
Takde yang kosong. Semua full dengan orang.
Ombak agak kuat
Masa aku datang ni, punyalah ramai manusia. Di setiap pelusuk ada saja orang. Mungkin sebab weekend. Ombak di sini agak kuat. Memang bahaya sebenarnya kalau nak mandi. Lagi-lagi bila ombak tu menarik semula ke pantai. Agak kuat arusnya. Sebab tu menurut Pak Supir ramai juga yang mati di pantai ini. Walau bagaimanapun tetap ada saja orang yang bermandi manda. Tapi ramai yang mandi di gigi-gigi air saja la.
Setelah matahari menghilangkan dirinya, kitorang gerak balik ke Malioboro. Destinasi seterusnya ialah Alun-Alun Kidul. Kalau ikut itinerary asal aku pergi ke Bukit Bintang tapi atas nasihat Pak Supir aku tukar ke Alun-Alun Kidul disebabkan laluan jauh menyimpang.
Alun-Alun kidul ni lebih cantik dan meriah di sebelah malam. Meriah dengan lampu-lampu dan gerai-gerai makan. Kalau datang siang takde ape sangat yang menarik.
Pohon Beringin di Alun-Alun Kidul (sumber foto dari Google)
Selain masagin, kita boleh sewa odong-odong iaitu kereta berhias. Ada pelbagai jenis odong-odong dengan hiasan lampu yang cantik dan comel. Harga sewa dalam IDR 30,000 ke IDR 50,000 untuk satu trip sekitar Alun-alun Kidul dengan cara mengayuh.
Meja kecil di atas tikar dan makan bersila
Bakso, Indomie Goreng dan Tempura
Perbelanjaan hari pertama :
1. Makan tengahari - IDR 51,000
2. Tiket masuk Pantai Parangtritis - IDR 5000 x 2 = IDR 10,000
3. Sewa kain tutup mata - IDR 5,000
4. Bakso & Indomie - IDR 27,000
5. Tempura - IDR 5,000
Total - IDR 98,000
No comments:
Post a Comment