Total Pageviews

Ipoh - Day 1

Ahad - 01.05.2016

Road trip to Ipoh : Tasik Cermin, Gunung Rapat, Ipoh.


Sempena cuti Hari Pekerja yang jatuh pada hari Ahad dan cuti digantikan pada hari Isnin, aku dan wife ambil keputusan buat short trip ke Ipoh. Hajat di hati nak tengok dengan mata sendiri keindahan Tasik Cermin.


Kitorang bertolak dari rumah pukul 9.00 pagi. On the way ke Ipoh, singgah di Tanjung Malim makan di Restoran Yik Mun yang terkenal dengan pau nya sejak dari tahun 1926 lagi. Gitu macam iklan dah bunyinya. Sampai di restoran tu punya lah ramai orang. Penuh. Nasib baik masa kitorang masuk ada satu meja dorang dah settle makan.

Kitorang hanya makan pau ayam, pau daging dan mee hainan. Pau ayam sedap. Pau daging kureng sikit sebab rasa daging tu terlalu kuat. Mee hainan ok lah cuma masin sikit. Aku minum air teh o panas harga RM3.20. Hmmm....boleh tahan harga.


Selesai makan kitorang terus gerak ke Ipoh semula lebih kurang pukul 11.00 pagi. Tempat persinggahan seterusnya ialah Tasik CerminUntuk ke Tasik Cermin kitorang ambil Exit Simpang Pulai. 

Lepas Tol Simpang Pulai, sampai traffic light masuk kanan. Lepas tu jalan terus lebih kurang 4 km tengok belah kanan akan nampak ISUZU ACM Automotive. Jadi kena u-turn kat mana-mana yang rasa selamat. Sampai di ISUZU ACM Automotive masuk kiri dekat kedai tayar. Jalan terus je. Mula-mula jalan tar lepas tu akan melalui jalan berbatu. Ikut jalan tu sampai nampak ada macam rumah dekat dengan bukit-bukit batu kapur. Kat situ lah tempatnya.

Aku park kereta kat tepi jalan tu je. Tempat ni adalah kawasan kuari dan merupakan kawasan persendirian. Jadi jalan memang berdebu.


Masa aku datang ni, kereta tidak dibenarkan masuk. Dorang tutup gate. Mungkin sebab hari cuti kot. Jadi takde lah aktiviti memecah kuari berjalan. 


Kena masuk jalan kaki menghala ke arah bukit kuari tu. Nanti akan nampak sebuah gua. Masuk dalam gua tu lebih kurang dalam 50 meter. Sebab kat luar tadi terang benderang, masuk gua ni je terus dunia menjadi gelap.



Lepas tu..... tadaaaaaa... nampak dah Tasik Cermin yang cantik tu....


Tak sangka kan, disebalik bukit bukau ni ada tersembunyi sebuah tasik yang cantik. 

Aku tau pasal Tasik Cermin ni pun daripada wife aku. Dia nampak kat media sosial sapa ntah masa tu. Pastu dia terus google cari info dan hari ini berjaya juga datang ke sini. Alhamdulillah. Memang cantik tasik ni. Cerita banyak pun tak guna. Meh! Kita layan gambar.




Kebetulan masa aku datang ni memang tengah panas terik tapi berangin. Air tasik tu tak berapa tenang. Jadi reflection kat air tu tak berapa nampak sangat. Hanya nampak kat beberapa tempat je.



Lama gak kitorang lepak sini. Biasalah, wife aku kalau dah bergambar memang lupa dunia sikit. Gambar sama tapi ambik berpuluh kali. Layankan aje lah.

Tak dapat dinafikan, tasik ini sememangnya terlalu cantik. Sukar nak dilepaskan daripada pandangan mata. Melihat dengan mata sendiri lebih cantik daripada dalam gambar. Puas hati akhirnya dapat juga datang ke sini.




Dalam pukul 2 lebih kitorang gerak dari Tasik Cermin menuju ke Ipoh. Memandangkan badan pun dah berlengas dan berdebu kitorang decided terus check in dulu. Bolehlah bersih dan segarkan badan. 

Aku booked Golden Roof Hotel melalui booking.com untuk satu malam dengan harga RM108.00. Saje cari yang murah asalkan bilik dan bilik air bersih. Untuk tido je pun. Lagi pun kitorang nak save budget jugak untuk next trip hujung tahun nanti.


Lepas solat Asar kitorang keluar balik nak makan. Tengahari tadi tak makan lagi. Kenyang makan kat Restoran Yik Mun tadi.

So untuk lunch cum hi-tea, kitorang pegi ke Greentown Dimsum Cafe. Aku order nasi goreng sebab perut dah terasa lapar. Wife aku order dimsum. Dia memang dah mengidam sangat nak makan dimsum. 

Nasi goreng dan dimsum kat sini memang sedap.



Selesai makan kitorang pegi ambil gambar kat Padang Dataran Majlis Bandaraya Ipoh sekejap. Sebelah je dengan blok restoran dimsum tadi tu.


Lepas tu terus gerak ke Stesen Keretapi, Ipoh. Saje-saje nak ambil gambar sebab bangunannya cantik.




Hari pun dan Maghrib, masa nak balik tu ternampak notis bagitau pukul 8 malam ada pertunjukan air pancut. Dah alang-alang nak dekat pukul 8 so kitorang tunggu lah kejap. Solat Maghrib kat surau stesen keretapi je.

Masa tengah aku berdoa lepas abis solat kat surau tu, adalah terdengar orang ambik air sembahyang. Tapi aku tunggu-tunggu tak muncul juga orang tu. Bila aku dah abis tu tengok kat tempat wuduk tu dah takde orang. Eh! mana pegi orang tadi. Tak solat ke? 

Tepat pukul 8 bermula lah pertunjukkan air pancut. Boleh lah layan sekejap.



Lepas tengok air pancut tu, kitorang gerak ke Gerbang Malam di Jalan Dato Tahwil Azhar. Gerbang Malam ni macam pasar malam kat Chow Kit. Macam-macam ada dijual kat sini.


Aku cuma ronda-ronda je. Wife aku sempat juga lah beli selipar jepun. Ganti seliparnya yang putus masa pegi Sungai Lembing hari tu. Jauh cari sampai ke Ipoh beli selipar jepun.

Dinner kitorang makan nasi lemak dan char kuey tiaw kat depan Gerbang Malam tu aje. Ada satu stall char kuey tiaw. Char kuey tiaw sedap juga. Nasi lemak biasa-biasa je pada aku. 


Lepas makan terus balik hotel. Sambung hari kedua pulak.


No comments:

Post a Comment