Total Pageviews

Sungai Lembing - Day 2

Rabu - 10.02.2016

Rainbow Waterfall


Plan kami di hari kedua ialah pegi ke Rainbow Waterfall. Bangun seawal 5.30 pagi untuk bersiap-siap. Pukul 6.30 pagi, 4WD akan datang ambil di Guesthouse.


Rainbow Waterfall terletak di tengah hutan. Jadi untuk ke sana kena naik 4WD. Selidik punya selidik akhirnya aku ambil package dengan Uncle Lee. Owner Guesthouse ni yang cadangkan. Sebelum datang Sungai Lembing aku dah deal awal dengan dia. Jadi aku dapatlah package harga RM50.00 seorang. Harga ini termasuk transportation, makan dan guide. Kalau sesiapa yang berminat boleh call Uncle Lee di 016-9238639.

Memandangkan aku datang waktu cuti raya cina yang merupakan waktu peak, jadi harga package agak mahal sedikit. Kalau hari-hari biasa boleh dapat RM40.00 seorang. 

Kalau nak breakfast dulu, dorang akan ambil lebih awal dalam pukul 5.30 pagi. Disebabkan kitorang nak solat subuh dulu, jadi dorang ambil pukul 6.30 pagi dan terus gerak masuk ke dalam hutan. Takde nak singgah mana-mana lagi. Kitorang hanya breakfast burger yang dibeli malam tadi kat pekan Sungai Lembing. Bawak snickers dan 100 plus sebagai bekal. Manalah tau lapar nanti.

Pukul 6.30 pagi kenderaan sampai ambil kitorang. Lepas tu terus gerak ke dalam hutan. Perjalanan dijangka mengambil masa sejam. 

Dipertengahan jalan kitorang berhenti di satu bukit yang sudah ditarah untuk melihat matahari terbit. Ala-ala Bukit Panorama. 

Tunggu punya tunggu takde pun matahari. Kitorang dah jangka hari ni memang takde matahari sebab wife aku dah check whether forecast. Hari ni berawan mendung di Kuantan. Nampak tak dah tahu apa hasilnya nanti. Tapi kena teruskan juga sebab semua sudah di booked. Rezeki ketentuan Tuhan.


Disebabkan matahari tak menunjukkan bayangnya, jadi perjalanan diteruskan lebih awal agar sampai awal di last stop nanti. Jalan sangat teruk dengan lopak air dan keadaan jalan yang tidak rata. Kena lalui anak sungai juga. Tapi best dan sangat teruja.



Dipertengahan jalan, driver akan tanya sekiranya ada sesiapa yang nak buang air. Sebab 4WD akan berhenti di sebuah resort yang cantik iaitu Xscape Resort. Group kitorang semua tak nak berhenti. Jadi perjalanan diteruskan. Aku rasa dekat sejam lebih baru sampai ke last stop.


Sampai di last stop semua kena turun dan kena redah sungai yang agak deras juga arusnya. Ada tali disediakan untuk kita berpaut menyeberang sungai. Sungai agak dalam. Lebih kurang melebihi paras pinggang jugak.



Selesai seberang sungai kita semua kena trekking lebih kurang 30 minit menuju ke waterfall. Trek mula-mula ok.


Tak lama kemudian agak mencabar juga lebih-lebih lagi bila semakin menghampiri waterfall. Dengan batu-batu besar dan licin. Nasib baik ada disediakan tali di kawasan yang agak susah dan berbahaya. Jadi demi keselamatan sila gunakan tali yang disediakan. Jangan nak memandai guna trek lain. Bahaya! Safety first ok!


Pakailah kasut yang sesuai. Jangan pakai selipar jepun. Sangat licin ketika memanjat batu. Aku tengok ada juga beberapa orang yang sampai putus tali selipar. Termasuklah wife aku. Kesian tengok dia jalan susah dengan selipar yang putus. Jadi aku berkorban bagi dia pakai selipar aku. Aku pulak jalan dengan kaki ayam.


Eh! Aku rasa lebih 30 minit baru sampai. Bila dah sampai tu, SubhanAllah, memang cantik waterfall tu. Sangat tinggi.


Tapi sedih, sampai-sampai tengok takde pelangi. Seperti yang sudah dijangka kerana ketiadaan cahaya matahari yang keluar hari ini.


Untuk makluman, waktu yang paling sesuai untuk melihat rainbow waterfall ni ialah sekitar pukul 9.00 pagi ke atas. Tapi mesti kena ada cahaya matahari. Kalau takde memang takkan timbullah pelangi pagi.



Ini kerana biasan cahaya matahari oleh butir-butir air terjun itu menghasilkan pelangi. Begitulah kuasa Tuhan Yang Maha Berkuasa. Ini semua bergantung kepada rezeki masing-masing. Kalau cuaca cerah insyaAllah dapat tengok pelangi. Kalau mendung dapat tengok air terjun sahaja. Berdoalah semoga rezeki memihak pada kita.



Walaupun tiada pelangi, kitorang tetap lepak di situ sambil menikmati keindahan air terjun dan melihat gelagat manusia yang ramai. Dan kebanyakkan yang datang daripada mereka berbangsa cina. Sempena cuti raya cina mereka mengambil peluang beriadah bersama keluarga. Siap bawa anak kecil yang masih baby lagi pun ada.


Bila sampai kat atas ni ada disediakan makanan iaitu maggi cup dan milo panas. Harga dah termasuk dalam package tadi. Bolehlah buat isi perut dan cover balik tenaga yang telah digunakan selepas meredah hutan, batu-batan dan air sungai untuk naik ke atas tadi. Sambil makan sambil lihat gelagat masing-masing.


Ada yang mandi manda, ada yang hanya ambil gambar, ada yang hanya bermain-main air dan bermacam-macam gelagat lain yang ada. Agak lama juga kitorang lepak kat sini sambil main air. Rasa nak mandi tapi malas nak basahkan seluruh badan. Aku hanya redah air ni sampai ke hujung.


Di hujung sana tu dapatlah aku tengok pelangi kecil muncul. Hanya sesiapa yang pegi kawasan tu sahaja yang dapat nampak. Itu pun kalau diperhatikan betul-betul.


Bila dah pukul 10.30 pagi, matahari masih tak mengeluarkan sinarnya dan masih berselindung dibalik awan. Pelangi yang dinanti tidak memunculkan dirinya. Tibalah masa untuk semua beredar.

Perjalanan pulang ikut laluan yang sama.



Ikut trek masa datang tadi dan menyeberangi semula sungai yang agak dalam dan deras itu. Naik semula 4WD dan terus pulang ke tempat penginapan masing-masing.



Lebih kurang pukul 1.00 petang kitorang sampai ke Guesthouse. Mandi dan kemas ape yang patut. Lepas solat zohor, check out. Drop kan sahaja kunci di reception. 

Sebelum pulang singgah pekan Sungai Lembing cari kedai makan untuk lunch. Kitorang singgah di satu medan selera berdekatan dengan muzium. Tak banyak sangat pilihan yang ada.


Selesai makan, kitorang terus gerak balik ke KL. Mula-mula ingat nak singgah ke Kuantan. Tapi malas pulak. Rasa nak balik rumah awal. Lagi pun takut jalan jem sebab hari ini dijangka ramai yang balik ke kota setelah cuti panjang.


Trip kali ini tak begitu berjaya sebab gagal dapat tengok pelangi. Mungkin ada masa dan rezeki nanti aku akan datang semula untuk melihat pelangi dan ke bukit panorama pulak.

Next time boleh datang sini pulak.

See u again Sungai Lembing. InsyaAllah!

No comments:

Post a Comment